~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

seLamaT haRi raYA

Tinggal beraPe hari je laGi Nak Raya. Cepat betul mase berlalu, raseNya baru semaLam bermulaNya puasa. Tup-tup dah nak raya... dan es0k adalah hari majlis berbuka puasa kat uma nenek deNgan adik beradik mak, dan aku rase majlis berbuka puasa es0k adaLah majlis berbuka puasa yang paling gempak lagi hav0c sebabnya maj0riti anak2, cucu2 juga cicit2 nenek akan balik berbuka puasa beramai2. Wahhhh tak sabar nak menaNti kedatangan haRi es0k. Hehehehehhh... sem0ga semuanya selamat sampai ke rumah nenek deNgan selamatnya. Akan aku upl0ad gambar2 kami semua...

dAn kepAda semUa akU p0hon kemaAfAn dAri kejAuhAn atAs seGala saLah siLap aku yG terLanjuR kAte, terKutuk kE, teNgumpAt ker 0r ape juA "teR" yG sewAktu dGnNyaa...

...seLamat haRi rAya aiDiLfiTri maAf zAhir & baTin...

Buah Mentega???

Haaa ini yang dikatakan buah meNtega. Secara jujurNya aku katekaN yG aku memaNg tak peNah teng0k 0r jumpe ape laGi nak makaN buah Nie. Kenal p0n takkk... Adeke patuT mak ya d0k geLakkan aku gaRe-gaRe aku jak0n melihat buah nie semaLam. Memang tak pat0t....

Semalam pak n0din bawak balik buah Nie, ntah mane dia dapat aku tak tanye pulak. Tapi yG pastinya bukan pak n0din curik. (",) dAn denGan jak0nnyalah aku beLek dan pegAng buah menTega niE. PAstu kate merEka2 yG berkeNaan buah nie kalau nak buaNg bulunya keNe g0sok kaT rumput 0r ramBut duLu c0z buLunya tu b0leh membuatkan tanGan kita gaTai. haHhhh ape laGi, aku yg jak0n nie teRuslah amik buAh meNtega nie dan g0sok ke permukaaN rumPut. Jen0h gak nak membersihkaNnya. Heheheh.. kesian aku kan...

Dan rAsenyA pulak.... Mmmm macam raSe piSang and maCAm rase mentegA. Tapi meReka yG menyaksikaN aksi aku semua berkata, rasenya macam MENTEGA... mmm b0lehlah dikateg0rikan sedap...

kuiH raYe 20o8

Haa bebeRapa tahuN kebeLakangaN niE aku and the family buat kuih raye secara berg0t0ng r0y0ng. Seperti biasa fact0ry pembuatan kuih raye kami berl0kasi di rumah sepupu aku di Jur0ng East. Sambil buat kuih raye sambil kami berbuke puasa bersama di Geylang , dan tragedi tahun lepas berulang kembali bila kami terpaksa menunggu turn untuk berbuka puasa kerana tempahan meja dah penuh and cam biasa lahhh 0rang ramai, cume kali nie kami sedikit bernasib baik kerana dapat berbuke dengan berk0ngsi meja.

kAmi yG terpakSa melepakkan diRi sebeLum daPat tempAt duDuk

nAyLi yG kepEnaTan, 0paL yG tak reTi duDuk diAm dAn aKim yG masiH sTeady

YeeHaaa... BukE tiMe.. taPi dapAt miNum jerK duLu...
aiR yG hamPir haBis... mAkanaN biLe nak saMpai???
akHirnyA... eH maNe LaGi???

dAn antaRa kUih yG kAmi buat tahUn Nie ialAh.. jEng jeNg jENggg.. seDap?? perGhhhh... itu sudAh pAsTiiii... seHingGA menJilAt jaaRI....

Nie dia kuih yG takkAn dilupEkan setiAp tAhun... bisKut cokLat cHip... lePas nie takYah p fam0us am0us laGi...

niE dia bisK0t cHess, yumMy..
Nie pUn mEnu setiAp tAhun...aPe laGi kaLau bukaN Almond l0nd0n...
iNi pulAk bisk0t gaJus...
dAn yG iNi, bisK0t NuTeLLa

tRageDi 14 September 2008

Ahad pukul 09.30 pagi aku terima panggilan dari Makcik membawakan perkhabaran yang memeranjatkan dan menyedihkan kami sekeluarga. Perkhabaran yang disampaikan ialah kedai Pakcik Tik dan Abg Akim habis hangus terbakar dijilat oleh api tanpa meninggalkan sedikit pun saki baki pakaian, yang tinggal hanyalah sekadar rangka-rangka besi yang digunakan untuk menggantung segala baju, kain, tudung, dan bermacam lagi jenis pakaian dikedainya. Kesedihan itu aku kongsi bersama dengan Mak dan Abah, dan kami segera bergegas ke tempat kejadian untuk mengepohkan diri dan menyaksikan sendiri bagaimana hangusnya kedai pakaian Pakcik Tik dan Abg Akim.

Sesampai di sana aku lihat Abg Akim duduk termenung, sempat aku sape Abg Akim dan aku lihat matanya merah menandakan yang dia baru lepas menangis. Sedihhh... ye itulah kali pertama aku lihat Abg Akim sesedih itu, sebab pada malam kejadian Abg Akim baru saje berbelanja dan segala barang yang baru dibeli dimasukkan ke stor kedainya. Patutlah dia sedih sangat, tak siapa pun kan!!! Sedang aku yang hanye melihat nie pun reti sedih ape lagi tuan punye kedai. Selepas itu aku berjumpe dengan Pakcik Tik dan Makcik dibazarnya yang sedikit bernasib baik kerana barang-barang dari kedai mereka dah dimasukkan sedikit ke bazar ramadhan dan kemudiannya aku bertanyakan bagaimana boleh berlakunya kebakaran nie.

Selepas nie aku pun tak tahu lah ke mana mereka nie nak berniaga. Kedai dah habis hangus terbakar, Pakcik Tik mungkin masih bernasib baik lagi kerana dia ade 1 lagi kedai di Kukup Laut, tapi bagaimana pula dengan nasib Abg Akim!!!... Semoga Pakcik Tik, Makcik dan Abg Akim sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini, pastinya ade hikmah disebalik kejadian ini yang tidak kita ketahui...

sej0k sepeRti beraDa d 0ber D' sEa

Iskkk sejak dari mula aku bekerja kat kampeni baru nie, tak penah sekali pun department aku nie panas... Macam mana nak panas kalau dah aircon besar-besar diletakkan dalam department aku. Bukan 1 atau 2 tetapi 4 aircon besar yang membuatkan aku sentiasa kesejukkan tahap gigil dan 2 daripadanya betul-betul mengadap aku. Sampai kadang-kadang aku terasa seperti berada di negeri yang penuh dengan salji pulak.
Dan disebabkan itu aku terpaksa mengenakan baju sej0k dan st0kin unTuk mengurangkan kesejukan yang aku hadapi, dan kadang kala aku terpaksa keluar mendapatkan cahaya matahari untuk memanaskan kembali badan aku yang seakan-akan beku. Pelik aku dengan rakan-rakan sepejabat dengan aku nie, tak tau sejuk agaknye... iskkk kulit apelah yang dia orang nie pakai. Bile aku naikkan suhu ke 27 or 26, haa tak lame lepas tu ade laaa yang mengomel bising panas. Sabooo jerk laaaa... Tapi alhamdulillah, aku bersyukur dengan kesejukan ini. Cume bila time aku sakit-sakit camnie jerk la aku takleh nak tahan... Tak tahan dEk bat0k yang terk0k0l-k0kol nie haaaa... adessssss adessssss.....

Demam and bat0k pulAk daHhh...

Tuh hari aku diserang gastrik sekarang aku di serang demam dan batuk pulak... Demam ok lah sebab dah kebah and dapat M.C hamer dari d0kter 1 hari. Tapi batuk tak nak baik-baik. Naik sakit teKak, per0t, pinggang juga tulang belakang aku kerana terlalu kerap batuk, sampai termuntah-muntah aku dibuatnya... Iskkk p0se aku kiRe baTal ker??? bukAn sengaja aku munTah nie... Huhuhuuuu... taKpe aku terUskan jugAk usaHA aku berpuasa unTuk hAri-hari geTir aku nie... mAkan ubAt bAt0k kLinik tAk bAik pUn. tUh hAri mase mAk baGi makAn ubAt baT0k cap kelApa lAut ok jugAk, kurAng lah bATok Aku. haRi nie aKu nAk cAri uBat batOk cAp kelAPa lAut tu semUlA. mAkan ubAt bat0k tu laGi berkeSAn and tAk membuAt aku menGant0k. izk izk izkkkk...
dAh bat0k2 cAmnie teKak nak pulAk mAKan macAm-mAcAm. seMaLam ciK mAil bAwak baLik buAh Delima, hAhhh aku aPe lAgi belAsahhh laaa. AnggAp ubAttttt... lEPAs tu ade plAk oRang Anto buAh duKu, aku Ape lAgiii melAntAk lah lAgi. TakdelAh bAnyAk sangAt Aku mAkan, tAk saMpAi 10 bijik pUn. mAkAn sekAdaR utk rAse anD niAt buAt ubAt jEe. Hehhehee... nAsib bAik lAh Aku bAtok, kAlAu aKu tak bAt0k hAruS semaLam jugAk duKu tu hABis aku belAsah... tApi semAlAm aku baRu makan sikiT, baTok malAm tAdi N hAri ni semAkin menJadi-jAdi...Haaa rAsekannnn... c0baAn c0bAannn...

Gastrik di buLan Puasa?? 00oo00hhh tIdAK...

Alhamdulillah syukur kerana aku masih lagi berpeluang berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Semoga puasa aku hari ini sampai ke penghujung hari. Baru masuk hari ke 5 puasa perot aku dah mula meragam dari semalam dan terasa lebih teruk lagi untuk hari ini. Terasa seperti meletup-letup angin di dalam perut aku, sebu sesangat. Macam air gas yang digoncang dan dibuka penutupnya juga seperti eno yang dituang ke dalam air. Begitu lah yang aku rasa sekarang nie. Aku tak rasa lapar, tapi disebabkan keadaan seperti ini perot aku rasa tersangatlah tak selesa. Takkan aku kene gastrik kot???? Cukuplah mak aje yang kene gastrik tu... Sedawa angin jangan cakap laaa... sampai kadang-kadang aku terasa macam nak menangis bila sedawa tak menjadi, sebolehnya aku nak keluarkan segala angin yang ade di dalam perot aku nie. Rase nak muntah semua ade.... Puas ditekan dan urut perot aku nie, hasilnya perot aku masih tak selesa. Ya Allahhh jangan lah aku kene gastrik macam mak...
Tekak pulak dah mula terasa perit dari malam tadi, suara aku pun dah mula jadi parau. Terasa gatal sesangat tekak aku sehinggakan rasa macam nak digaru-garu ajeee...Nak pegi klinik malas lah pulak. Tapi sesungguhnya aku tak boleh tahan dengan keadaan yang macam nieeee. Tapi mengikut pembacaaannnn aku, ini yang aku dapattt....Huhuhuhuuuuuu...
SIMPTOM-SIMPTOM GASTRIK Penyakit Gastrik adalah kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami di bahagian perut. Ia digelar dyspepsia di kalangan pakar perubatan. Kesakitan ini mungkin akan jadi lebih teruk selepas makan atau ketika perut kosong. Namun begitu, ada kalanya kesakitan ini tiada kaitan dengan makanan yang diambil.
Lain-lain simptom penyakit gastrik adalah kembung perut, loya dan muntah. Manakala kesakitan yang dirasai di bahagian tengah dadah dipanggil reflux. Reflux berlaku apabila asid naik ke atas, iaitu ke oesophagus (saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut).
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.