~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Bisul???

Nie dia gambar bisul kat blakang badan, bawah sikit dr bahu Abah selepas di bedah, Nie time nak mencuci. Kes tolak menolak part mencuci antara aku ngan mak telah berlaku. Aku nie jenis mabuk darah and xleh tengok bende2 macam nie lelama mau aku pengsan kat situ gak gamaknya. Sudahnye mak aku pun mengalah, and terus cuci luka abah nie. Huhuhuuu... Besarkan????

CNY punye story

Skang nie kemalasan melanda nak hupdate blog aku nie. Adessss sindrom M datang lagi. Tapi bile lame x hupdate and menulis terasa rindu la plak kan.

Mmmmm for last weekend, CNY ok!!! Xing Ni Quay Leq to all, 1 Malaysia kannn.. ehehehe aku berulang alik ke Hospital Sultanah Aminah (HSA). Kenapa??? Hal kecik je, Abah aku dimasukkan ke HSA kerana bisul tumbuh kat blakang bahu kiri dia. Besaqqqq gila, korang bayangkan sebiji limau manderin boleh letak terduduk kat dalam bekas bisul tu selepas dibelah. Mulanya kene kecik je, and memula tumbuh kat ketiak and kat blakang bahu Abah. Tapi yg kat ketiak tu dah baik, cume kat bahu tu tak baik2. Aku nak bawak ke klinik tp abah tak nak, kate nye nanti boleh baik selepas amik ubat dr kawannye.

Sekalinyeeee ari khamis pg gitu Mak aku tepon, mengatakan doc klinik swasta suruh Abah rujuk ke Hospital Pontian (HP) bahagian kecemasan. Pasal bisul tu dah terlebih besar so doc tu x brani nak buat. So aku pun ape lagi, tengahari tu gak aku balik and sampai je terus bawak Abah ke HP. Korang tau, lame kite orang tunggu tapi takde tindakan pun yg dibuat. Sudahnye Mak aku pun tanyelah kat kaunter kecemasan tu. Rupe2nye surat tu depa men biar jerk kat atas meja dan sesedap rase depa dok belek2 hp. Adohaiiiii... pastu ngan xde rase bersalah, depa bleh cakap p rujuk kat bahagian kecemasan Poliklinik Pontian (PP). So aku pun marahlah, asal lak kene ke sane. Depa pun kate yg kes bapak aku tu x berat, so kene ke sane. Nak tak nak aku pun ke PP. Sampai kat sane, doc kat PP tu plak cakap apsal aku hantar Abah aku ke situ. Korang rase tak ape yg aku rase time tu???? Aku dah nak melenting dah. Pastu aku ngan Mak aku terangkan la ape yg dah jadi. Pastu doc tu mintak maaf pesemua then dia ckp mmg kene rujuk ke wad kecemasan HP. Aku pun terus pergi semula ke HP tu.

Sampai kat situ aku turunkan Mak Abah aku kat depan wad kecemasan memandangkan hari hujan. So Mak aku la yg pegi jumpe pembantu kesihatan kat situ. Korang tau, pembantu kesihatan tu sesedap rase marah mak aku, siap ckp "Makcik nampak tak signboard kat depan tu, KECEMASAN", kat sini untuk kecemasan aje. Mak aku pun ape lagi, naik la hangin dia. Lepas Mak aku naik hangin baru pembantu kesihatan tu amik surat tu and bg no. Tak lama lepas tu, selepas Abah aku dicek misi kat situ ckp Abah aku ditahan wad. So tido la Abah aku kat HP tu, soknye plak Abah aku dihantar ke HSA. Dipendekkan cite selama 4 hari sepanjang Abah aku berada di hospital dia disuruh puasa. Masuk mlm ke-3 masih x buat apa2, Abang Long aku terus pegi jumpe doc kat HSA tu and mintak penerangan dan bertekak la pasal kes Abah aku nie. Last2 malam tu jugak Abah aku dipanggil untuk buat pembedahan kecil tu. Aku rase kalau Abang Long aku tak bertekak ngan doc tu mau seminggu Abah aku kat HSA tu. Ape pun Alhamdulillah akhirnya Abah aku selamattttt....

Bday Hakim 30 January 2010

Tengok2 ade seorang budak kepohhhh yg sebok nak tolong tiup & tolong potong kek.
Hakim yg gumbira memotong kek.. blueberry cake tu... favoret org kat belakang tu... Hehehe
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.