~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Ramadhan Kembali Lagi

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN Al-MUBARAK untuk semua

Dengan kedatangan bulan yang mulia ini marilah sama-sama kite meningkatkan amalan kita

Esok puasa yeahhhh....

Semoga aku mampu untuk menempuh Ramadhan kali ini dengan kesabaran dan keimanan kepada Mu ya Allah..

Famous Amos at Home Do You!!!!

Yehhhh kasi gempak sikit itu tajuk. Hahahaha.... Hari ni hari jumaat, ohhh yessss opkos my beloved hubby pegi solat jumaat. So tinggal la aku sesorang kat uma, takpe siang-siang hari takdelah aku kesah sangat. Heeeeeeeeeeeeeee

Ketika sedang menggodak lauk untuk lunch terpikir plak request en. hubby 2 minggu lepas tak aku tunai-tunaikan lagi. Aku punggah-punggah dapur, ohh yeahhh bahan-bahan semua ado. Cume butter je tidak berada di suhu bilik so macam mane mau buat!!! Dalam hati terus berkata "takpeee kite buat dia bukan dia buat kite". Terus aku keluarkan butter and picit-picit sikit. Dalam hati berkata lagi,"Ohhh takdelah keras sangat, boleh ni". Apa jadi seterusnyaaa????

Terus aku buang kulit butter and campak butter ke dalam mangkuk mixer. Campak gula bagai dan terus aku putar mixer dan aku tinggalkan. Haaaaa sekali korang tau ape jadi???? Ini la namanye citeeee... cube sabar sikitttt, aku lagi suspen tau tadi pasal aku yang mengadap. Hahahaa.... Ape terjadi??? Mixer aku melompat-melompat hokey... ahahaha (aku tipu jeeee). Korang ingat apee!!! sampai mixer aku nak melompat-melompat bagai. Mixer aku berputar seperti biasalaaa cume korang paham-paham ajelah, kalau dah butter ala-ala keras agak susah sikitlah mixer aku tu nak berputar pastu dengan bunyinye yang ala-ala seram tu kan.. Tapi aku teruskan juga dengan gigihnya mengenangkan dah terlalu lama membiarkan en. hubby meleleh air liur menengok gambar cookie dalam file resepi aku. Haaa aku ade file resepi okeyyy... korang ado??? Non adooookan.. ahahahaa...

Ok settle je aku menggodak semua bahan aku terus bakar cookies aku ni. Tapi before tu kasi panas aven dulu ye kawan-kawan. Bile tibe masenye untuk membakar dulang kedua en. hubby pun sampai. Dari luar pintu dah kedengaran suara dia bertanya, "Iskkk bau ape ni yang sedap sangat baunye". Dia nampak je ade cookies di atas loyang, terus dia sambar dan reaksi diaaaa... "uiii yangg sedapnyeeee". Hehehehe aku??? dah laki ko puji tak ke kembang idong ko? Hahahahaa... suke suke sukee.... Lepas tu sambil-sambil makan sambil-sambil membakar. Sudahnya lambat aku masuk ke opis. Hehehehe.. dah cite dah habisss daaa meh layan resepinye pulak. Resepi yang cukup mudah dan simple. Xtually aku dah penah tepek resepi ni dolu, projek raye bersama kazen juga makcik-makcik aku tahun 2009. Dah jom buatttt.....

picca from mr. google

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan unsalted butter (biarkan pada suhu bilik)
  • 1 cawan gula perang
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
Cara-caranya
  1. Pukul butter, gula perang dan gula pasir sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan sedikit garam.
  3. Masukkan chocolate chip dan gaul menggunakan senduk.
  4. Gunakan sudu/ garfu dan letakkan satu satu adunan ke atas dulang pembakar. Jarak setiap 1 mestilah jauh kerana biskut ini akan mengembang.
  5. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga masak.

***NotaDiHujungjari:- Pening kepala macam mane nak tukar measurement dari oz, pound, gram, kg or cup??? Jom pegi web ni Diana's Desserts. Semoga ianya dapat membantu anda semua.

Ikan Pari Bakar

Haaa semalam balik keje aku terus ke dapur, ohhh sampai-sampai uma dah pukul 6 petang. Dalam hati berkata-kata "sempat ke tak sempat aku nak membakar ikan pari versi Kak Yatie ni". Tempoh masa membakarnya 45 minit hokeyyyyy.. En. hubby nak pegi keje kul 7.15, time makan dia pukul 7. Jadi tanpa melengahkan masa dan tanpa berpikir panjang aku terus menyediakan bahan-bahan untuk diblender bagai. Dalam mase penyediaan bahan tu, aku tengok en. hubby tak beli lada kering yang aku pesan. Adoiii mengomel panjang aku ngan dia. Seb baik dia beli lada merah banyak, so altenatifnya aku gunakan je lada merah yg dibeli.

Ketang ketung ketang ketunggg, haa tengok jam dah 6.10, ok terus aku menumis bahan-bahan blender. Tapi tumis lebey kurang je tak sampai garing dalam 6.20 macam tu aku pun terus membakar ikan pari tu. Pastu kul 7 terus angkat so aku bakar dalam 40 minit je. 5 minit tu kire halal la... ehehehehe.. Oleh kerana semalam aku berpuasa, maka en. hubby lah yang merasmikan dulu. Lepas perah-perah limau dia pun merasa... "Wowwwwww.... thumb ups", itu reaksi pertamanya. Hehehehe oohhh yesshhh...(aku melompat2 tanda gumbira..ahahaah percaya aku wat mcm tu??? non adooo hookeyyyy tipu jeeee).

Bile masuk je waktu berbuka.. (ohh selepas en. hubby pegi keje yee). Aku dengan tak sabarnyaaa terus berbuka puasa dengan ikan pari bakar special Kak Yatie, terima kasih Kak Yatie pasal selalu tepek resepi yang sodap-sodap kat blog akak. Ini resepi ke-2 yang aku cilok dari blog Kak Yatie tau. Memang sodap hokeyyyy.. tak cayeee!!!! Haaaa buat sendiri kat uma korang. Tengok picca kat bawah tu ha, tengok gambar je dah menggiurkan okeyyyyyy.... tak meleleh air liur korang???

picca credit to YatieMemories

Bahan-Bahan

  • 2 ekor Ikan Pari - yg kecik2 tu
  • 1 btg Serai - dititik
  • Daun Limau Purut - buang tulang tengah dan koyak je (aku guna 6 helai jeee)
  • Air Asam Jawa (aku guna sikit je pasal en. hubby tak suke masam2)
  • Daun Pisang dan Aluminium Foil

Bahan2 Kisar:-

  • 5 cili Merah (aku pakai 12 batang psl takde guna cili kering)
  • 5 cili Kering @ (2 sudu besar mengikut sukatan kak Yatie tp aku tak guna pasal dah kehabisan lada kering)
  • 5 cili Api
  • 5 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 3 batang Serai
  • garam dan sedikit gula - ikut Kak Yatie
  • sedikit belacan - ikut Kak Yatie

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang di atas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutup daun pisang dan foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian. Saya bakar dlm oven saja selama 45 minit.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.
***NotaDihujungJari:-RAJINNN maka pandailah memasak, MALASSS.. tak dapek den nak nolong weiii....

Sambal Special Ikan Tenggiri

Ohhh yeahhh... semalam aku telah berjaya mencipta resepi masakan aku sendiri. Mmmm tapi tak tahulah kalau sebelum-sebelum ni memang dah ada orang lain yang masak sambal macam ni. Itu aku idok tahu yeee, yg pentingnya semalam tengahari aku balik masak memang tak tengok buku resepi or ketas resepi aaaatau dari resepi terbilang kuarga aku (ceewaahhh ayat takleh hangkat). Semua kuar dari akal pikiran aku yg sememangnya terkenal ngan suke-suke hati mencampak yg bukan-bukan dalam masakan aku. Hahahahaa....

Oleh kerana semalam aku kene memasak time lunch hour, jadinya sepanjang perjalanan balik ke uma aku cube memikirkan resepi masakan yg mudah. Tapiiii resepi2 mudah tu rasa-rasa dah biasa sangat aku makan. Nak masak singgang 2 minggu lepas aku dah masak. Nak masak sambal cili, ini lagi lagi laa dah biasa aku masak plus enchek hubby masak. Pikir punye pikir terus decide nak masak sambal lada kering campur ngan cili. Pastu pikir lagi kalau letak daun kunyit mesti sedap, daun limau purut, sos tiram, serai... oooo yea yeaaaa sampai uma aku buat. Dan hasilnyeeeee... yes yes yessss enchek hubby kate sedapppp... hingga licin pinggan dikejakannyeeee.

Ok sape-sape yang berani untuk mencuba resepi berani mati aku ni silalah copy paste resepi kat bawah ni. Jangan takut nak mencuba yeeee, kalau tak sedap tu silap koranglah bukan silap aku. Aku masak sedap jeee...

Bahan-bahannya :D

  • 6 hiris Ikan Tenggiri (or ape-apa ikan la yg korang suke)
  • 1 biji Bawang Besar*
  • 2 biji Bawang Putih*
  • Segenggam Lada Kering*
  • 2 batang Lada Merah*
  • 3 batang Lada Hijau*
  • 1 1/2 sudu Sos Tiram
  • 1 batang Serai (di titik)
  • 1 biji Bawang Besar (dimayang)
  • 1 helai daun Limau Purut (di buang tulang tengah dan disiat 4)
  • Setengah helai daun Kunyit (di hiris halus)
  • Daun Sup (di hiris)
  • Sedikit Air Asam Jawa or boleh gak ganti ngan asam keping
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;D

  1. Bahan-bahan bertanda * diblender
  2. Goreng ikan tenggiri (tak perlu sampai garing).
  3. Tumis bahan-bahan yg telah diblender hingga naik bau
  4. Masukkan serai, daun limau purut juga daun kunyit dan tumis hingga lada garing.
  5. Masukkan bawang yang telah dimayang, sos tiram, air asam jawa, garam, ajinomoto dan gaul sampai rata.
  6. Masukkan ikan dan gaul lagi.
  7. Bile dah agak-agak kuah menyerap ke ikan bolehlah tutup api.
  8. Sedia untuk dihidang dan di makan.

Itssss really yummyyy... ahahaha dah aku yg masak sedaplaaaa...

***NotaDihujungJari:-Keberanian mencube akan mencipta pelbagai resepi.

Resepi Dolu Kale

credit picca dr DariDapurMina, Ini rupe sebenar rupe kuih Dangai

Bak kate orang, yang lama jangan sekali dilupekan. Haaaa hari ni aku mau share resepi kuih dolu kale punye. Ape korang ingat kuih dolu-dolu kale ni tak sedap?? Ho hooo silap besar weiii... banyak kuih-kuih dolu sedap-sedap belaka hingga tahap boleh jilat sampai ke siku taauuuu!!!

Ini lg canggih woo, bakar pakai pembakar roti je... credit picca to DariDapurMamaAina

Tengok macam kuih yang nak aku share resepinye ni, Kuih DANGAI a.k.a kuih RANGIN a.k.a S.A.N.G.AI Ehhh bape banyak punye nama glemer dia daaaa, tp ape yg penting ade G.A.I kan belakangnya tu ha kire samelah tu asal usul kejadiannye. Apsal org dolu2 letak nama ni, haaa jangan tanye aku pasal aku pun tak tau. Kalau mau tau kene tanye ngan orang Penang pasal kuih ni katenya berasal dari sane, buktinyaaa... ha korang bace sikit info pendek kat sini.

Ni dia acuan sebenar kuih Dangai, credit picca to JommJalan

Ok nama pun kuih dari Penang, macam mane plak aku boleh tersesat tau pasal kuih ni kan!!!!. Pasal tuh hari mase kenduri uma mak mentua aku ade jiran mak aku buatkan kuih ni untuk pencuci mulut. Makan panas-panas perghhhh memang super duper yummy. Mak cik tu bukan berasal dari Penang tau, tapi memang orang Johor. Tak tau la kalau ade susur galurnya dari Penang. Hehehehee.... Takdelah pulak aku nak menyelidik susur galurnya. So resepi ni aku mintak dari dia la. Same je macam kat internet. So jom layan kuih Dangai ni pulak.

Dangai yg aku buat rupenye macam ni pasal aku guna loyang je, credit pica to CTBakery

Bahan-bahannya :D

  • 1 biji Kelapa Parut (amik putihnye saje, pakai kelapa mude lagi sodap)
  • 1 1/2 cawan Tepung Pulut
  • Secubit Garam
  • 1/2 cawan Gula Pasir or ikut suke (ada web aku bace pakai gula halus lg bagussss)
  • Acuan Khas Kuih Dangai (aku pakai loyang je, mane nak cari acuannye)
  • Kertas Minyak (buat alas laaa ape lagi)

Cara buat ;D

  1. Gaul sebati kelapa parut dengan sedikit garam, pastu biarkan kejap.
  2. Lepas tu gaulkan pulak kelapa parut dengan tepung pulut, pastikan adunan tidak berketul.
  3. Taburkan sedikit adunan dan ratakan di atas loyang.
  4. Kemudian taburkan gula ikut kemanisan yg disukai.
  5. Ulangi langkah 3 & 4 hingga adunan habis dan tekan sikit jangan sampai mampat pulak, ape jadiiiii!!!
  6. Bakar adunan pada suhu 180'c api atas bawah hingga masak dan kelihatan kekuningan @ garinggggg.
  7. Kemudian kuarkan dari loyang dan sedia untuk diserang.
***NotaDihujungJari:-Jangan dilupe ciptarasa orang lama, tiada yang lama maka tiada yang baru.

Percubaan Pertama

Congo Bar versi CTsitusanesini

Yihaaaaa.... N3 ini saje aku buat khas untuk officemate aku si CTsitusanesini yang telah berjaya membuat kek pertamanyaaaaaa yang menggunakan aven. Hehehehe... tahniah tahniahhh kerana telah berjaya menghasilkan sebijik kek yg bernama congo bar...

Rase ooo sangat sodap.. cume aku lupe nak soh dia kurangkan sikit kuantiti gula tu. Hehehe silap aku gak pasal aku tak tepek kat blog aku. Hehehehe tu laaaaaaa men copy paste je resepi dr blog orang sudahnye ape yg dimodified tidak dimasukkan. Ape daaaaaa....

Tapi ape pun kek ko CTsitusanesini tetap menjadi, cume lepas ni better ko jangan letak "bubble rice" sebabnye bubble rice tu telah menjadi lembek hilang crunchynya. (mentang-mentanglah aku bg green light soh ko masukkan ape saje yg ko suke) Kalau untuk biskut kompom sesuai. He he heee ini pendapat aku jela, or maybe ade carenye yg idak kite tau. Maklumlakan kite ni kan orang baru yang baru je menceburkan diri dalam dunia menggodak kek, same-same tak tahu la katekan. Tengok le nanti kot2 ade yang berkenan nak komen and bagi pandangan kat N3 aku ni ha. Hehehe kite tunggu haaaaaa...

Anyway sekali lagi TAHNIAH untuk ko CTsitusanesini. Lepas ni boleh cube resepi lain plak. Kek coklat moist plak hokeyyyy... boleh ko buat jual lepas ni. Kalahkan akak jual kek tu., barulah boleh jadi tokey kek sebenar... Hehehehehehee.....

Nasi Impit Goreng

picca cilok DariDapurMaklang

Hokeyy ini hari aku mau kongsi resepi sarapan pagi yg aku amik dari blog DariDapurMaklang. Tajuk pun korang dah nampakkan or nama omputihnye CARROT CAKE or nama javanya LONTONG GORENG. Heeeee... Ini menu breakfast yang aku buat ntah hari bile, dah lama aku buat ni. Nak post tuh hari almaklumlaaaa keMALASan terlampaukan so tertunggak-tunggaklah N3 memasak aku.

Jangan malu-malu nak mencube pasal resepi ni memang sedap hokeyyy bukan pasal aku yg masak tapi resepinye memang sedap. Kalau tak sedap tu maknanye korang yg masak tak sedapla... kene amik air tangan aku ni haa untuk bagi sedap... ahahahaa (jangan marah aku gurau je). Aku ni pun bukan pandai sangat memasak, cume korang kene rajin dan berani mencuba. Maklumlaa aku kan orang baru dalam rumah tangga ni, jadi setiap kali nak memasak internetlah rujukan aku selain dari mak juga mentua aku.

Kalau nak masak menu biasa setiap hari, kompom jemu enchek hubby aku. Silap-silap aku yang jemu dulu pasal menu setiap hari same. Ohhhh no no no... idak aku mauuu... So ape lagiiii jom cube.

Bahan-bahan:
  • Nasi impit yang telah dipotong (lebih kurang satu mangkuk seperti dalam gambar)
  • 2 sdb lada kering blend
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 packet lobak asin yang telah dipotong nipis (aku pakai yang hancur je)
  • 5 pokok daun kucai dipotong sepanjang 1 inci
  • 2 biji telur ayam dipukul
  • 2 sdb kicap masin
  • 2 sdb kicap mee (kicap pekat)
Cara-cara:
  1. Gorengkan nasi impit yang telah dipotong selama beberapa minit. Kemudian toskan dan masukkan kedalm telor yang telah dipukul tadi. Minyak jangan terlalu banyak cuma seperti hendak menumis.
  2. Tumis lada kering dan bawang putih sehingga garing.
  3. Masukkan kicap masin dan kicap pekat dan kacau rata.
  4. Masukkan lobak asin.
  5. Masukkan nasi impit yang telah direndam dalam telur.
  6. Balik2kan nasi impit tadi sehingga telur garing.
  7. Terakhir masukkan taugeh dan kucai. Taugeh dan kucai jangan terlalu lembik sebab carrot cake ni kalau makan dengan taugeh separuh masak, lebihlah enak.
***NotaDiHujungJari:-Kalau malas nak mencube sampai bile2 takkan pandai memasak.

Kembung Masak Tempoyak

picca dr Mat Gebu

Okey kawan2 sekalian, resepi ni aku tujukan khas kepada penggemar2 tempoyak. Akuuu??? Hu huuu sori aku tak makan tempoyak, bukan ngada2 tapi memang tak leh masuk kat tekak. Kalau durian2 yang dijadikan makanan ni memang aku tak makan. Aku just makan durian mentah jee.

Ini aku masak khas untuk enchek hubby terchenta walaupun aku tak makan tempoyak. Kata orang tua-tua nak tambat suami kenelah tambat perotnye dulu. Hi hi... dan hasilnyaaaaa.. yezzaaaa sangat membanggakan, enchek hubby kate setapppp sangat sampai menjilat jari. Licin hokeyyy bekal yg aku bawakkan. Resepi ni aku cilok dari tuan tanah fofuler Mat Gebu. Selamat mencube penggemar2 tempoyak juga isteri2 penggemar tempoyak. ha ha...

BAHAN-BAHANNYA

  • 3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
  • 1 helai daun kunyit, hiris halus
  • 2 batang serai*
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 biji kecil bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 25 biji cili padi siam merah*
  • 1 camca besar penuh tempoyak
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air

CARA MEMBUATNYA

  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat @ blender bahan2 bertanda (*).
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Sosej Roll uiii Dapnyee

picca dr enchek google

Bahan-bahannya

  • 1 paket sosej (ada 12 batangkan)
  • 12 keping roti (apa-apa roti)
  • Bbq sos
  • Mayonis
  • Tepung Herba HPA
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Rebus sosej hingga masak dan toskan, letak tepi
  2. Lenyek/gelek roti dengan penggelek supaya memudahkan proses menggulung
  3. Kemudian ambil roti dan sapukan sos bbq dan mayonis rata-rata
  4. Gulung kemas sosej dengan roti yang telah disapu sos bbq dan mayonis
  5. Gelekkan sosej roll dengan tepung herba HPA
  6. Goreng sosej roll hingga ke kuningan
  7. Sedia untuk dihidang bersama sos cili atauuuu SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJAA (nyanyilah korang ikut iklan roti gardenia tu haa haaa)
haaa tu dia tepung herba HPA, serius sedap tepung herba ni picca cilok dr enchek google

Ketang Ketung Di Petang Hari

Hokeyyyy ini hari aku mau tepek resepi iniiiii... Ini resepi pertama yang aku buat selepas kahwin tuh hari. Kire dah lama gak laaa resepi ni terperap dalam draft box aku. Hehehehee.... Resepinye sangat mudah ye kawan, yang tak penah buat kek pun kompom boleh jadi punye, haaa ni aku nak menunjukkan betapa senangnye. Hokeyyy lets enjoyyy dia punye resepi....

CONGO BAR

gambar & resepi cilok dr sini Bakerella

Bahan-bahannya:

  • 2 3/4 cawan tepung serbaguna - aku guna tepung gandum je
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 bar butter- dilembutkan – 1 bar
  • 3 cawan gula perang lembut (light brown sugar)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 200 gram milk coklat chip
  • 100 gram coklat rice
  • 1 cawan badam dicincang - bakar dulu kasi garing dan biar sejok
  • segenggam kismis hitam - suke2 tambah

Caranya:

Menggunakan mixer:

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  2. Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
  4. Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
  5. Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan.
  6. Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.

Menggunakan tangan:

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  2. Satukan butter dengan gula sehingga benar-benar sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  4. Masukkan vanila, kacang dan coklat.
  5. Akhirnya masukkan adunan tepung.
  6. Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.

Jangan lupe mencube hokeyyyy.. mabeles tahap gaban ni tauuuuu... rugi kalau tak cube

Ketang Ketung Tengah Malam

Malas nak tulis ape2, korang tengok jela resepi yg aku tepek ni ha. Semalam jalan2 ke blog orang jumpe plak resepi ni, Katenye sedap aku pun menerai la ape lagi. Yessss memang betul sedap, pasal enchen hubby kate sedap and si Nananurgaya yg turut menerai pun kate sedap.
Rasanya macam ala2 rendang pun adooo... ok guys here the recipe!!!

Unga Bakar Berempah Woku ***Betoi2 sodap ni

picca cr to Yatie tuan punye blog Sinar KehidupanKu
Bahan -Bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan unga - dikelar-kelar (optional)
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
** Lumur ikan dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus (aku blend sekali psl enchek hubby xsuke serai hiris.
  • 5 tangkai selasih - (ambil daun, tp aku tak letak pasal dah tengah mlm, takot nak amik kat luar uma)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 12 biji bawang merah
  • 10biji cili padi merah (aku tambah lagi cili thai 5 btg)
  • 5 biji buah keras - bakar sikit
  • 3 cm kunyit hidup - bakar sikit
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap
  • Daun senduduk secukupnya (dah tengah malam mane nak cari so tak letak)
  • 1 biji timun - dipotong serong (ni pun aku tak letak)
  • 4 tangkai selasih (tak letak)
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu.

Projek Godak Menggodak

Yihaaaa.. rabu lepas aku telah membuat blueberries cheesecake, ini semua gara2 melihat kazen aku si Zura ratu cooking menguking telah berjaya membuat ini cheesecake. Wowwwww aku pun ape lagi, yg sekarang ni memang selalu je teruja melihat resepi2 di internet ape lagi bile dah nampak hasil di depan mate yg hasilnye teramatlah sedap, mabeles mr loba loba dan yg memukau kalbu dan menggiurkan anak tekak aku....

Haaaaaa... dan aku telah meminta resepi blueberries cheesecake ni dari Zura. Ohhhh yeayyyy lunch hour hari rabu lepas aku terus zassssss bersama-sama kawan aku CTsitusanesini juga Nananurgaya ke kedai kek Perling. Hoyeayyyyy masuk2 itu kedai, wowwwww macam2 adooo... lagi lagi la aku teruja nak membuat itu cheesecake, dan dengan lajunye zasss zasss aku mengambik segala bahan2 yg diperlukan. Siap beli spring form hokeyyyyy tp bersaiz 10" laaa aku cari yg 8" punye non ado. Oleh kerana aku mmg dah lama verangan nak memiliki ini spring form yg berharga 32 hengget maka aku tetap rembat jugak itu spring form. Besar pun besarrr la janji aku dapat.

picca dr enchek google, sejibik sejibon mcm yg aku beli

Amboiii panjang pulak mukadimah aku yee... dah jom belek resepi pulakk...

BLUEBERRIES CHEESECAKE

BAHAN BISCUIT

  • 200 gram biskut marie/digestive biscuit
  • 100 gram mentega, dicairkan

BAHAN CREAM CHEESE

  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 2 sudu kecil lemon essence
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal ( jenama NUR or HALAGEL)
  • 125 ml air suam
  • 200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
  • Blueberries tart filling yg jual dlm tin tu…ataupun aper2 buahan pilihan hati ler

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Biskut marie/digestive dihancurkan (guna food processor, uma aku takde mende alah ni aku tumbuk pakai lesung batu je lagi cepat), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) seeloknye tp aku guna 10" dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.

2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan lemon essense putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.

3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.

4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan blueberries dan hidangkan..

TIPs untuk keluarkan cheesecake dari loyang, basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, layur pisau atas api sekejap atau celup pisau dlm air panas kemudian lap pisau dan potong.

Sekarang meh tengok hasil blueberries cheesecake yg aku buat, haaaa nampak takkkk??? Tipisss je lahaiii... apsal??? Haaa tu pasal aku pakai spring form yg 10" tu laaaa.... ahahahaha kesiannnnkannn jadi tipis mcm tu, tp xpe yg penting jadiiiii... ohhhh yeahhh i likeeeee....

Selamat mencube untuk semua, sangat sedap ok.. sepatah kata Nananurgaya "lepas ni Secret Recipe tutuplaaa..." ahahahaha

Hokey tidak habis disini je projek aku, ade lagi 1 resepi... tapi ni mudah dan simple yee...

JELI BUAH KONNYAKU

Bahan-bahan:-
  • 1 pack jeli Konnyaku
  • 1 tin buah campuran (optional)
  • 1250ml Air
Cara-caranya :D
  1. Masukkan buah-buahan campuran ke dalam bekas acuan, dan letak tepi.
  2. Masukkan konnyaku dalam periuk, dan masukkan air juga air dari dalam tin buah
  3. Masak dengan api yang besar sampai mendidih, sentiasa dikacau ok supaya serbuk jeli tak berketul
  4. Bila dah didih kecikkan api dan masukkan malic asid (ni dah sedia ada dlm paket konnyaku), kacau sampai sebati.
  5. Bila dah sebati, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas acuan.
  6. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.