~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Pinjaman Allah

Pagi tadi, tetiba terasa nak bace blog sepupuku, dan tetiba jugak tersentap dengan berita yang aku bace. Baby dalam kandungan sepupuku telah meninggal dunia pada usia kandungannya menjejak 8 bulan. Meninggalkan  mama, ayah dan kakaknya yang belum sempat dilihat. 

Etty... Tabah, sabar dan redhakan pemergiannya. Etty dah buat yang terbaik selama baby di dalam kandungan. Ingat bahawa Allah lebih mengetahui segala-galanya, darinya kita datang dan kepadanya kita kembali, setiap yang berlaku ada hikmah yang tidak kita ketahui. InsyaAllahhhh... baby akan menunggu Etty dan Hisham di pintu syurga.. InsyaAllahhhh... 

Jaga diri Etty baik-baik... Perlu ingat bahawa Etty masih ada Eryna, dan insyaAllahhh akan ada rezeki untuk Etty dengan Hisham suatu hari nanti. 

Maha suci Allah... menyedarkan aku akan kekuasaan Allah atas apa jua dikehendakinya. Janji Allah itu PASTI.


Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin


Semalam... aku ke hospital, melawat sepupuku Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin, dan semalam juga genap umur Harith 3 bulan. Masih sangat kecilkan, bayi sekecil itu telah melalui kehidupan dihospital selama beberapa minggu. Bergantung dengan bantuan pernafasan, bergantung dengan ubat-ubatan dan semalam juga doktor telah mengesahkan bahawa mereka telah habis usaha. Mesin-mesin yang digunakan adalah mesin yang paling maxima digunakan, maknanya tiada lagi mesin-mesin yang lebih canggih untuk membantu Harith. Tiada lagi ubat-ubatan yang paling power boleh diberi kepada Harith. Hanya Doa dan kuasa Allah mengiringi kesakitan yang Harith tanggung selama 3 bulan ini. 

Untuk pengetahuan semua, Muhammad Harith Darwisy dilahirkan pada 30 Julai 2012 (Isnin). Doktor mengesahkan kepada pakcik ku bahawa saluran najis Harith tidak bersambung dengan lubang duburnya dan sedikit komplikasi lain. Sejak dari itu Harith sentiasa berulang alik ke hospital. Sehinggalah pada 19 Oktober 2012 (Jumaat), Harith dibedah kerana doktor mengatakan ada ketumbuhan dalam perut Harith. 

Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dilakukan. Selama beberapa hari di wad ICU Kanak-kanak keadaan Harith stabil. Kemudian pada petang 27 Oktober 2012 (Sabtu), Harith mula menunjukkan kesihatan yang membimbangkan sehinggalah menjelang ke 3 pagi. Degupan jantungnya tidak stabil, tekanan darah turun dan paru-parunya dijangkiti kuman. Dan doktor telah memasang mesin penggegar untuk membersihkan paru-parunya juga bermacam jenis ubat telah dimasukkan ke dalam badan Harith. 

...dan semalam, doktor sahkan Harith KOMA. Ya Allah.... Tak sanggup aku melihat keadaan Harith, apatah lagi pakcik dan makcik ku sendiri. Kau kuatkanlah hati mereka agar mereka kuat dengan ujianMu ini. Berikanlah kesabaran dan keimanan yang tinggi kepada mereka untuk menerima segalanya ketentuanMu.

Ya Allah... andai kata Muhammad Harith Darwisy belum tiba masanya kurniakanlah kesihatan kepadanya dan jika sudah sampai masa ingin kau ambil dia dari kedua ibu bapanya semula maka ambillah dia dengan tenang... Segalanya atas kekuasaanMu Ya Allahh....  

Tiada Tajuk

Assalamualaikum... sekian lamanya aku tak meninggalkan jejak di blog sendiri. Terasa tetiba aku dah kehilangan kawan-kawan yang dulunya rajin membaca blog aku walaupun sebagai silence reader. Kenapa?? Kerana aku sendiri dah lama tidak menjadi penjejak mereka. Baru adilkan!!! Hehehee.... Tak apalah, blog ni tercetus pun hanya kerana untuk diri aku di masa akan datang dan untuk orang-orang yang dekat dengan aku. 

Sekian lama tidak menulis, maka banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku dan sekeliling aku. Ada sedih ada gembira, setimpal dengan kehidupan aku menjadi manusia yang biasa-biasa aje. Kalau dah jadi manusia luar biasa tu gerun pulak kang. Hahahaha.... 

Aidil Adha pun dah terlepaskan... Alhamdulillah... tahun ini ada ahli keluarga aku yang membuat qorban. Mak Ya, telah menunaikan hajat Allahyarham suaminya Ismail bin Hj Sharif, sepupuku Azura juga telah membuat perkara yang sama untuk anak-beranaknya. Syukurrrr alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Ohhh sehari sebelum hari raya haji, sepupuku telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel lagi sihat. Gile ko tak comel!!! mana ade baby lahir yang tak comelkan. Pendek kata segala ciptaan Allah ini comel-comel belaka. Lagi berita gembirakan... dan dalam kegembiraan itu hati aku tersentap sedikit. "Alhamdulillah... Mastura dah ada baby sendiri... sedangkan aku!!!". Ayat itu bermain di kotak fikiran aku. Syukur aku cepat sedar., bahawa segalanya datang dari Allah. Allah lebih mengetahui segala-segalanya, apa yang terbaik untuk aku dan En. Hubby. Segalanya telah tersusun untuk kehidupan kami seperti mana kami dipertemukan dan disatukan dahulu. Aku redha dengan apa yang telah tertulis untuk aku.




Adam & Hawa

Haaaa.. gamaknya dah macam sebulan 1 N3 la pulak. Dah malas nak menghapdet blog... kerajinan itu tak sampai-sampai entah ke manalah hilangnya yeee... Tapi takpelah at least adelah jugak N3 dalam sebulankan!!! Takdelah kosong bontang je...



Okehhhh... just nak share ngan korang kat luar sane, alaa skangkan sebok orang dok cite pasal drama Adam & Hawa. Best wooo citenyeee sebest novelnya. Untuk korang yang ada melanggan astro mustika saluran 134 kompommm takkan melepaskan peluang menontonnya. Tapi untuk aku yang takde langgan ni kan, aku just tengok melalui web je. So kawan2 yang nak sangat tengok ke"best"san cite ni, mohlah kite sama-sama menonton secara online. Nak tengok kat mana... haaa ni dia laman webnyaa... "Drama TV Online". Bukan setakat cite Adam & Hawa je yang ada, ade macam-macam lagi cite kat tv yang ado. So kawan-kawan selamat menonton... Yihuuuuuuuuuuuuuuuuu...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.