~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Warna Warni Hari Raya

Seperti yang dijanjikan, aku buat kek betday utk en. Hubby. Hasil titik peluh air tangan aku sendiri... walaupun tak segah mcm kek kat kedai and walaupun frostingnya agak cair sikit pasal aku overmixed, En. Hubby sukeee ngan suprise yg aku buat untuk dia. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang sepupu dan seorang pakcik yang telah meriuhkan suasana seperti ada 100 orang gamaknye kat uma aku tu. Siap bagi komen ala-ala masterchef tuuuu....

Pak Acip,"Mmmmm combination yang menarik.... krimnya walaupun nampak macam cair tapi bila digabungkan bersama kek, rasanya sangat menakjubkan".

Is,"Mmmm saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh chef Rasyid, inilah yang dikatakan rupe tak melambangkan rasa, sangat-sangat menarik."

Komen-komen 2 orang ni telah memecahkan gelak kite orang di tengah malam....




En. Hubby tersenyum simpul bile aku mengeluarkan kek utk dia.... heheheh kek tak seindah rupenye...

January birthday cake.... kek untuk dipotong bersama oleh En. Hubby, Hakim dan Nur Aien Farisya, we all sambut beramai-ramai kat uma mak aku. More happening pasal ramai orang. ehehehehee...

Haaaaaa itulah birthday boy dan birthday galnye... HAPPY BIRTDAYYYYY....

Kek pelangi boleh kek dam pun boleh, lagi best kek senget pun boleh.. ehehehehe

Hokeyyyy.. di hari raye orang beraye dan berjalan sakan kite orang plak habiskan masa dengan memancing ikan kat parit depan uma mak aku.... manyakkk syok wooo mancingggg...
Ini orang tak yah herrann, memang kaki pancing... selalu mancing kat laut or kat kolam....
Si Atok tukang perhati cucunya buat apa, lepas tu bila cucu-cucu dah ade batang pancing sendiri dia pun joint sama. En. Hubby pulak tukang buat pancing... sonang bah ituuu...

For the 1st time aku memancing kat parit depan uma mak aku, biasa tengok je orang memancing... bile dah meneraiiiiii.. wahhhh manyakkk syokkk terutama sekali bile mata kail kene sentap ngan si ikan... yeahhhh berlawan dengan gagahnye...

aku di darat ikan di air, akhirnya kalah gak ko ikan.. ahahahaha.. kocikkk je pun ikannyeee... tp amat berbaloiiiii selepas puas aku mencanggung bagai nak rak kat tepi parit tu ha...hilang sabar aku sauk je pakai jaring... ahahahaha


Hari selasa pulak, kejenye mengecat uma mentua aku kat pasir gudang, uma yang baru dibeli dan akan disewakan akan datang.. banyak penat okey mengecat walaupun umanya kecik sekangkang kera...sudahnye aku sambung lagi cuti sehari, eheheeheehee....

Okeyyy beraikhir sudahhh cerita pasal CNY 2012... jumpe lagi di tahun hadapan.... adiossss


HAPPY BIRTHDAY LALING...!!!

Hari nie adalah tarikh En. Hubby dilahirkan
Tarikh yang sebenar-benarnya
BUKAN empat september
Yang tercatat kat I/C itu adalah tipu semata-mata


Dan hari nie berangan nak buat kek untuk En. Hubby
Tapi yang sebenarnya nak buat dari semalam lagi
Apakan daya.. semalam kesihatan tidak mengizinkan
Hari ni walau sakit macam mana pun WAJIB aku usahakan 


Aku tak reti buat ayat munge-munge
Cukup sekadar En. Hubby  tau
Yang aku sayang sama dia
Baaaaaanyak banyakkkkkkk


Wahai En. Hubby
Kau lah sahabat ku, tempat mengadu nasib suka dan duka
Wahai En. Hubby
Kau lah kekasih ku, tempat bercinta-cinta walaupun orang kata cinta itu buta
Wahai En. Hubby
Kau lah musuh ku, tempat berperang kerana masing-masing keras kepala
Wahai En. Hubby
KAU LAH SUAMI KU HINGGA KE SYURGA ILAHI


Amboiii terpanjanglah pulak aku menulis... ahahahhahaa... Apa pun wahai  En. Hubby ... for the first time we are celebrating your birthday... i wish that you're always happy with me... 
Ohhh my laling I LOVE YOU...

xtvt Penutup 2011


Permulaan disember, bermula dengan berdating ngan En. Hubby menonton Ombak Rindu.. kata orang sedeyyyyy tp tak berjaya memecahkan empangan mata aku walaupun aku kini seorang yg berhati taman mungkin sebab aku dah banyak memecahkan empangan mata bila membaca novelnya.


Kemudian xtvt family di hari natal, menonton aksi2 si ipar duai merandok parit depan uma mak aku mencari si ikan puyu dan si ikan haruan. 

Beria-rialah abang-abang aku juga En. Hubby memasang jaring

Sekali abg long aku, di bawak arus... ceewaahhh nak tunjuk terrerrr la kononnnn... haa hamekkk ko... seb baik ade jaring tolong tahan... ahahahaha
Puas berendam.... sesi melepaskan ikan daripada jaring bermulaaa....
Sesi menyiang ikan pada si ikan yang tak dapat di selamatkan, daripada buang baik di makan.... tapi yang makan En. Hubby aje.. we all semua tak tergamak nak makan si ikan puyu... eheheheh



Penutup disember... jom mengecutkan badan

Mandi-mandi di Ulu Tiram Indoor Water Park....

Ibu-ibu yang menjadi pemerhati sambil memegang belon untuk anak-anak... ibu-ibu jugakkkk yang kene....

Belum sempat puas mengecutkan badan, tetiba ade pulak En. Barny.. so take picture sedas dua.. ehehehe

dah berejam berendam di ajak naik tak mauuu tak padan ngan kecik..


Penutup disember.... Kerabu ikan bilis bermangga....so yummyyyyy

KERABU IKAN BILIS BERMANGGA

Bahan-bahan :-D
  • Segenggam ikan bilis (digoreng)
  • 1 biji Mangga muda(hiris halus @ sagat)
  • 1/2 biji Lobak Merah (hiris halus @ sagat)
  • 1 biji Tomato (buang biji dan hiris)
  • 1 btg Serai (ambil putihnya saja dan hiris halus)
  • 3 sb Sos Ikan/ Sotong
  • Cili Padi (hiris halus dan ikut tahap kepedasan)
  • Jus Limau Nipis
  • Garam dan Gula
***Lagi sedap kalau letak bunga kantan, tapi time aku buat ni bunga kantan takde.. so bedal ape ade jelaaa...

Cara-cara ;-D
  1. Gaul semua bahan kecuali ikan bilis, perasakan dengan bahan perasa mengikut citarasa masing-masing.
  2. Nak makan baru taburkan ikan bilis supaya kerangupan ikan bilis kekal.



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.