Here my HERO... Muhammad Izz Firas bin Mohammad Irwan |
Assalamualaikum...
Alhamdulillah sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Ilahi...
Pada 14 Disember 2013 pada jam 12.05 petang (Sabtu), aku selamat melahirkan cek baby melalui pembedahan, hohoiiii orang kata anak ibu ni kuar ikut tingkap. huhuuuuu
Hajat dihati memang nak lahirkan cek baby secara normal tapi segalanya adalah ketentuan Allah, apa yang penting aku dan cek baby selamat.
13 Disember 2013 (Jumaat)
4.30pm - Keluar tanda darah bersama lendir
Kemudian disertai dengan sakit lebih kurang sejam sekali.
6.15pm - Mandi bersihkan diri dan buat solat taubat dan solat hajat.
7.30pm - Darah beserta lendir keluar lagi
9.00pm - Ajak En. Hubby pergi rumah Pakcik aku selang 1 lorong dari rumah aku dengan berjalan kaki. Konon untuk memudahkan jalan buka. Kata orang makin dekat lagi bagus banyak berjalankan. Duduk rumah Pakcik sampai kul 11.30 malam sambil tengok maharaja lawak mega. Hahaaaa...
11.30pm - Balik ke rumah dengan berjalan kaki lagi. Bersungguh yeee aku berusaha. hihiiii
14 Disember 2013 (Sabtu)
1.30am - Daripada pukul 12.00 pagi sampai 1.30 pagi cuba untuk tido tapi tak boleh pasal sakit dah 5 minit sekali.
1.30am - Bangun untuk pergi ke toilet tapi belum sampai toilet tiba-tiba air keluar dengan lajunya. Aku ingat aku dah buang air kecik maklumlah ini pengalaman pertama, cuba untuk tahan tapi memang tak boleh. Hahaaa air terus keluar hinggalah habis, nasib baik ada support dengan pad kalau tak kompom habis rumah aku berlinang dengan air. En. Hubby yang baru selesai solat memapah aku terus ke toilet untuk bersihkan diri sekali lagi.
1.45am - Selesai mandi, aku buat solat taubat dan solat hajat sekali lagi, memohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku dan suami dalam urusan aku nak bersalin serta selamatkan aku dengan cek baby nanti.
2.00am - En. Hubby, Pakcik dan Makcik yang duduk serumah dengan aku dah siap sedia menunggu untuk bawa aku ke hospital. Dalam masa yang sama sebelum tu En. Hubby dah siap-siap bagitahu Mak aku kat kg dan Mak yang suruh En. Hubby bawak aku ke hospital memandangkan aku dah sakit 5 minit sekali dan memandangkan air ketuban dah pecah.
2.45am - Sampai di HSA, Makcik aku terus tolak aku masuk ke bilik saringan, sementara En. Hubby parking kereta. Sampai di bilik saringan, adalah sorang doktor lelaki muda dan dia tengok muka aku dan muka Makcik aku dan terus menyoal. "Yaaa... ada apa masuk sini?". Aku yang tengah menahan sakit time tu rasa nak marah pun ada. Apa punya sengal soklan doktor ni dalam hati aku. Tapi aku diamkan je, Makcik aku yang menjawab. Masa aku nak turun dari kerusi roda, keluar lagi air dengan banyaknya menyebabkan habis basah kerusi roda dan habis lencun kain batik yang aku pakai. Kemudian aku disuruh baring, baring dengan kain batik yg lencun tu ye. Lepas beberapa minit, nurse datang tanya beberapa soalan kemudian pasang CTG untuk mengetahui denyut jantung cek baby. Serius paling rimas aku rasa pakai CTG ni, dengan nak melayan perot aku yang sakit lagi. Udahlah CTG tu diikat kemas kat atas perot, mana tak merimasnya. Huhuuu... Lepas keluar air kedua tu, sakit aku yang sebelumnya 5 minit sekali berkurangan. Boleh gitu... dari 5 minit jadi 15 minit sekali. Lepas tu doktor cina perempuan datang cek bukaan, haaaa hamek kauuu... rasakan bagaimana sakitnya kene seluk untuk cek bukaan. Huhuuu baru bukak 3cm. So aku disuruh baring lagi. Punyalah lama aku kat bilik saringan tu dari kain lencun sampaikan kain aku kering. Pergi ke toilet pun jangan cakaplah, berkali-kali aku pergi lastly penat aku baring aku duduk je kat kerusi yang ada kat bilik saringan tu. Pastu aku mintak permission dari doktor cina tu keluar dari bilik saringan tu untuk duduk kat luar.
6.00am - Time aku keluar tu jam dah pukul 6 pagi, terus dapatkan En. Hubby yang sedang lena tido dekat kerusi menunggu diluar bilik saringan. Aku kejut En. Hubby dan tanya pasal pendaftaran wad. Alhamdulillah aku dapat wad kelas pertama 4 katil, yang 1 katil dengan 2 katil dah penuh. Tak kisahlah yang penting aku dapat wad kelas pertama bukan wad perang. Kalau sape penah ke wad bersalin kelas ke 2 & 3 HSA tau la camne ghayenya. Huhuhu... Alhamdulillahh Allah perkenankan doa kami. Aku terus amik kain batik lain untuk di tukar.
6.30am - Nurse panggil supaya aku masuk ke bilik saringan semula. Masuk-masuk di suruh baring atas katil untuk di cek bukaan. Kali ni doktor pakar yang cek, doktor lelaki cina. Adehhhh... Bila dah cek doktor kata bukaan baru 4cm. Doktor pakar tu terus suruh nurse hantar aku ke bilik bersalin (LR).
7.00am - Aku ditolak ke LR, sampai dekat LR aku disuruh tukar uniform hospital dan disuruh baring dan CTG dipasang diperut aku. Sambil baring menunggu En. Hubby masuk tapi tak masuk-masuk. Nurse janji nak panggil... maka menahan sakit seorang dirilah masa tu. Hahaaa..
8.45am - Tengah-tengah rimas dengan CTG tu, nurse datang untuk masukkan ubat melalui tangan. Katanya untuk bantu cepatkan bukaan. Bile masuk ubat tu, sakit nak bersalin tu terasa semakin sakit.
9.30am - Tiba-tiba nampak muka En. Hubby dimuka pintu. Terasa lega hati bila nampak En. Hubby. Bila doktor datang cek bukaan En. Hubby tunggu dekat luar... time ni rasa sakit gile bile doktor seluk pastu di putar-putar di pusing-pusing jarinya, alasannya nak tolong buka bukaan. Macam tu kaaaa??? Perghhh macam anak patung dibuatnya aku, ingat tak sakit agaknya tapi sabar jelaaa.. aku banyakkan istigfar dan baca surah yang aku tau serta ingat Allah, ingat pesan mak dan ingat pesan kawan-kawan. En. Hubby setia menemani aku di saat aku sakit. Nampak terserlah kerisauannya bila aku menanggung sakit.
10.30am - Doktor datang lagi cek bukaan, baru 6cm.
11.20am - Bukaan dah 8cm... Ntah apa yg doktor godak aku pun xtau. Yang aku tau time digodak tu aku sakit dan yang aku tau nak cepat lahirkan cek baby dengan selamat. En. Hubby.. time tu tak tentu arah tengok aku. Aku tau dalam hati dia, dia risau tengok aku menanggung sakit.
11.30am - Tiba-tiba doktor suruh aku try teran, aku tarik nafas dan try teran. Tapi tak boleh..sebab resa nak sakit macam nak membuang air besar tu takde dan yang aku dengar doktor cakap "Tak boleh, jantung baby dah lemah", kite kene buat operation. Nurse nurse dan 2 orang doktor dah kelam kabut tak tau buat apa. Aku??? Aku memang dah tak dengar dah orang sekeliling cakap apa pasal aku tengah kesakitan. Yang aku ingat, ada sorang nurse mintak aku sign borang katanya untuk operation. Dalam hati aku apsal tak soh En. Hubby je yang sign (hahaaa sempat lagi ok aku berfikiran macam tu, yelaaa kan sah-sah En. Hubby aku ada). Lepas sign.. aku terus dipindahkan ke katil lain untuk ditolak ke bilik bedah. Masa ditolak tu sempat aku tengok muka En. Hubby yang ternyata nampak risau, aku time tu?? Nak nangis pun ada kecewa pun ada pasal bukaan dah 8cm tapi aku tak boleh lahirkan cek baby secara normal. Dalam bilik bedah.. yang aku ingat nurse suruh aku sedut gas. Lepas tu terus aku tak sedar.
2.30pm - Sorang nurse kejutkan aku... "Puan Maliah.. bangun puan". Aku yang tengah mamai-mamai tu terus bertanya dengan nurse tu, "Lama lagi ke nurse???". Lepas tu nurse tu pun jawab, "Dah siap pun Puan". Dalam hati aku, "haaa dah siap..." Ok lepas tu aku terus dihantar ke wad. Sampai di wad dari pintu masuk aku dah nampak muka En. Hubby yang ceria dan disisinya cek baby kami. Selesai aku dipindahkan ke katil, En. Hubby menunjukkan cek baby kami, putih gebu kulit anak ibu time tu. Terasa macam tak percaya yang aku dah jadi ibu. Hilang kekecewaan aku tak dapat bersalin normal bila melihat wajah cek baby yang gebu time tu. Syukur ya Allah kau selamatkan kami. Sekali lagi kau kabulkan doa kami.