~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Iftar ke-6

Minggu lepas masa balik uma MIL, MIL bagi pelam epal 3 biji. Terus tetiba tekak mau makan kerabu mangga ikan bilis. Aduhhh yum yummm.. baru sebut dah terasa ditekak okeh. Maka iftar hari ke-6 aku buat kerabu mangga ikan bilis.


Kerabu Mangga Ikan Bilis, terliur tak??? Hehehee

KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan-bahan :-D
  • Mangga
  • Tomato
  • Kacang Tanah 
  • Ikan Bilis
  • Lada Cili
  • Bawang Merah
  • Sos Ikan
  • Jus Limau Nipis
  • Serai
  • Gula
  • ***Semua bahan agak-agak sendiri yeeee

Cara-caranya ;-D
  1. Racik Kerabu menggunakan peracik atau pakai pisau pun boleh, kemudian ketepikan.
  2. Potong nipis-nipis tomato, buang biji tengahnye ye.
  3. Hiris halus cili padi dan bawang merah mengikut kesesuaian.
  4. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  5. Goreng kacang tanah hingga garing dan kemudian tumbuk sedikit. (Kalau nak lebur sebiji-biji pun boleh).
  6. Racik serai sehalusnya supaya senang masuk ke tekak.
  7. Gaul semua bahan kecuali kacang tanah dan ikan bilis.
  8. Sedia untuk dihidang.
  9. Ikan bilis dan kacang tanah ditaburkan ketika hendak makan untuk mengelakkan lemau.


Ikan Pari Bakar.. ini beli jeee

Rojak Asma, ini pun beli je... En. Hubby sebok sangat nak makan sudahnya tak habis pun pasal tak menepati citarasa

Iftar Ke-5

Semalam aku berbuka puasa dengan Ikan Caru Belah Depan Berpandan. Hapsal caru belah depan berdaun pandan pulak ek??? Hahahah... dah aku yang masak maka ikut suka hati aku lah kan nak letak nama apa. Okey... Meh sini aku jawab ye... ngapa belah depan, sebab aku dah terbelah ikan caru tu bahagian perotnya, patutnyakan kene belah sebelah belakang ikan. Dah masa awal-awal siang takde pulak teringat nak masak ikan caru sumbat. Oleh kerana nak jugak menyumpat maka aku bedal saja kemudian aku gunakan daun pandan untuk mengikat si ikan caru supaya isi perotnya tak membuak keluar. Rugiii wooo kalau keluar, penat-penat aku tumbuk rencahnya semalam. Tumbuk hokeyyy bukan blender.

Apsal eh rencahnye tak merah??? Haaaa tu sebab aku guna cili hidup vs cili padi, oleh kerana cili kering uma aku dah kehabisan stok maka aku tibai je pakai cili padi ngan cili hidup. Tetap sedap hingga menjilat jari ye kawan-kawan, aku tak cakap tapi En. Hubby aku yang cakap. Hahahaha... So idaklah aku "masuk bakul angkat sendiri".





Tinggal 1 setengah ekor je... Tang hekok dah masuk dalam bekal  En. Hubby untuk bawak bekal sahur ke tempat keje.


IKAN CARU BELAH DEPAN BERPANDAN MELETUP


Bahan-bahan :-)

  • 2 ekor Ikan Cencaru
  • 2 helai Daun Pandan



Bahan kisar :-)

  • 1 biji Bawang Merah
  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 biji Bawang Putih (kalau kecik 2 biji)
  • 1/2 inchi Halia
  • 1/2 inchi Lengkuas
  • 1 batang Serai
  • 2 batang Cili Merah 
  • 10-15 batang Cili Padi Merah & Hijau
  • Garam secukup rasa



Cara-caranya ;-D

  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan perisakan dengan garam secukupnya.
  2. Sumbatkan sambal yang telah siap ke dalam ikan cencaru kemudian ikat dengan daun pandan kemas-kemas.
  3. Goreng ikan cencaru yang telah disumbat menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
  4. Bila dah masak sedia untuk dihidang.





Kemudian aku masak Tomyam Sayur, segala-galanya sayur ye kawan-kawan. En. Hubby nak ada lauk yang berkuah, kalau takde kuah tekaknya macam tak berselera nak makan pepagi hari. Aku masak sekali je sehari, lauk time berbuka puasa dibawak ke pagi hari. Kemudian ditambah pulak dengan adanya sambal "tembucan" (tempoyak+budu+belacan) hahhh memang menambahkan selera untuk En. Hubby aku. En. Hubby jeeee aku tidak pasal aku tak reti makan tembucan tu. Kalau setakat sambal belacan tu aku bedallah.




Hamek gambar saki baki dalam periuk jela, aku lupe nak snap awal-awal. Ni untuk sahur aku, sikit jeee banyak-banyak tak habis.


TOMYAM SAYUR


Bahan-bahan :-)

  • 1 biji Bawang Merah - dimayang halus
  • 1 biji Bawang Putih (saiz kecik) - dimayang halus
  • 1 batang Lada Merah - hiris
  • 1 biji Limau Nipis (saiz kecik) - perah amik jusnya
  • 1 batang Serai - ketuk
  • 1 helai Daun Limau Purut - buang batang tengah dah siat 2
  • Air secukupnya
  • Garam



Sayur-sayuran :-)

  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Putik Jagung
  • Batang Saderi
  • Kubis
  • Kubis Bunga
  • Brokoli
  • Tomato



Cara-caranya ;-D

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hidup hingga layu. 
  2. Masukkan air, serai, daun limau purut dan sayur-sayuran yang lambat empuk tunggu hingga mendidih.
  3. Bila telah mendidik masukkan garam dan jus limau nipis kacau rata.
  4. Mendidih sekali lagi masukkan sayur-sayuran yang mudah masak seperti cendawan dan tomato.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.









"Ohhhh saya malu bile ditogelkan, bulan-bulan puasa ni tak baik seksi-seksi tau"
Clean and clear senang nak mencuci.. ehehehe


Haaaa hamek kau, naik licin kite orang bedal menu iftar semalam. Udah tu ini je menu kite orang. No kuih no mee no lauk-lauk lain. Beginilah kite orang hidup laki bini, jarang nak membeli kat kedai pasal tahu kalau beli mesti tak habis. Maka eloklah tak payah beli dan makan apa yang ada je sudah mencukupi. Janji berbuka dengan nasi dan perot kenyang. Syukurrrrrr Alhamdulillah...



xtvt Penutup 2011


Permulaan disember, bermula dengan berdating ngan En. Hubby menonton Ombak Rindu.. kata orang sedeyyyyy tp tak berjaya memecahkan empangan mata aku walaupun aku kini seorang yg berhati taman mungkin sebab aku dah banyak memecahkan empangan mata bila membaca novelnya.


Kemudian xtvt family di hari natal, menonton aksi2 si ipar duai merandok parit depan uma mak aku mencari si ikan puyu dan si ikan haruan. 

Beria-rialah abang-abang aku juga En. Hubby memasang jaring

Sekali abg long aku, di bawak arus... ceewaahhh nak tunjuk terrerrr la kononnnn... haa hamekkk ko... seb baik ade jaring tolong tahan... ahahahaha
Puas berendam.... sesi melepaskan ikan daripada jaring bermulaaa....
Sesi menyiang ikan pada si ikan yang tak dapat di selamatkan, daripada buang baik di makan.... tapi yang makan En. Hubby aje.. we all semua tak tergamak nak makan si ikan puyu... eheheheh



Penutup disember... jom mengecutkan badan

Mandi-mandi di Ulu Tiram Indoor Water Park....

Ibu-ibu yang menjadi pemerhati sambil memegang belon untuk anak-anak... ibu-ibu jugakkkk yang kene....

Belum sempat puas mengecutkan badan, tetiba ade pulak En. Barny.. so take picture sedas dua.. ehehehe

dah berejam berendam di ajak naik tak mauuu tak padan ngan kecik..


Penutup disember.... Kerabu ikan bilis bermangga....so yummyyyyy

KERABU IKAN BILIS BERMANGGA

Bahan-bahan :-D
  • Segenggam ikan bilis (digoreng)
  • 1 biji Mangga muda(hiris halus @ sagat)
  • 1/2 biji Lobak Merah (hiris halus @ sagat)
  • 1 biji Tomato (buang biji dan hiris)
  • 1 btg Serai (ambil putihnya saja dan hiris halus)
  • 3 sb Sos Ikan/ Sotong
  • Cili Padi (hiris halus dan ikut tahap kepedasan)
  • Jus Limau Nipis
  • Garam dan Gula
***Lagi sedap kalau letak bunga kantan, tapi time aku buat ni bunga kantan takde.. so bedal ape ade jelaaa...

Cara-cara ;-D
  1. Gaul semua bahan kecuali ikan bilis, perasakan dengan bahan perasa mengikut citarasa masing-masing.
  2. Nak makan baru taburkan ikan bilis supaya kerangupan ikan bilis kekal.



Sup Sayur ala Tom Yam

Bile dah muhsan makan daging, ayam, ikannnnn... ikan.. ikan... maka menu terus bertukar kepada sayur. Segala-galanya sayur... no rendang daging, no ayam masak cili padi no ikan masak sambal cili... ohhh no no no.... Bile sampai tekak vegetarian, sila lupekan semua itu sampaikan En. Hubby pun terbabit sama.

Hahahahaaa... nasiblah badan, dah chefnya aku dan yang menentukan menu pun aku, makaaaaa sila ikut selera aku. Hik hik hikk... tapi takdelah teruk sangat sampai berminggu-minggu makan sayur, kan sayang kannnn.... tapi apa salahnya makan sayur, sayur itu bagus ape!!!! Betul tak????

Oklah takmo celoteh panjang lagi... meh menjeling resepi aku ni ha... Resepi ikut naluri hati aje, takde nak belek-belek buku 365 Resepi or membelek kat tenet bagai.


Sup Sayur ala Tom Yam




       



Ini picture selepas aku menyamtap sakan ngan En.Hubby.. lapo bebeno sampai terlupe nak snap awal-awal. Orang tengok pun dah macam tak selera je nak menerai resepi aku. Hahahaha tapi ape aku kesah.. ini blog adalah untuk ingatan di hari tua aku dan untuk tatapan generasi aku akan datang, insyaAllahhh....















 Bahan-bahan :-D
  • Kacang Panjang
  • Putik Jagung
  • Lobak Merah
  • Kubis Bunga
  • Brokoli
  • Tomato
  • Cili Padi
  • Jus Limau Nipis
  • Air dari Stok Daging (ahahaha ada gak dagingnya)
  • Garam 
  • Air
Bahan Tumis (di mayang halus) :-D
  • Minyak
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih

Cara-cara ;-D
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan air dari stok daging dan tunggu hingga didih. (kalau takde stok daging pakai stok ayam or seafood pun boleh jugak)
  3. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan mendidih lagi.
  4. Masukkan garam dan jus limau nipis secukupnya.
  5. Bila rasa dah cukup, tutup api dan sedia untuk di hidang.
  6. Taburkan daun dup dan bawang goreng barulah sedap dimakan.

NotaDiHujungKaki:-
Jangan masak sayur terlalu lama kerana segala khasiat, zat, vitamin segala bagai akan terbang ke awan. Makan sayur yang telah dimasak lama dan dicuci lama sehingga menghilangkan segala nutriennya samalah seperti kita makan rumput, iskkk itulah ayat lecturer B.I aku dolu masa belajar. Hu hu huuuu




Sup Cendawan Chek Na

Holaaaaaaaaaaahukkkkkkk.... hari ni aku mau kongsi resepi SUP CENDAWAN CHEK NA... resepi dari mak aku, resepi turun temurun dari mak aku ke aku... ehehehe baru turun setingkat ye bukan bertingkat-tingkat. Resepi mudah lagi simple. Orang paling pemalas pun boleh buat yeeeee..


Sup Cendawan Chek Na sedap dimakan bersama sambal belacan dan ikan kering. Ada umppphhh.. stok bekalan untuk aku dan En. Hubby untuk santapan ditengahari di tempat kije.

Bahan-bahan :-
1 paket Cendawan (aku beli yang 2 hengget punye)
1 biji Tomato 
1/2 batang Lobak Merah
2 batang Putik Jagung (aku letak sikit je pasal pasal En. Hubby tak suka)
1/2 batang Saderi
5 batang Cili Padi
1 sb Kicap Sotong (tak letak pun takpe)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
1 liter Air @ secukupnya
Daun Sup
Bawang goreng (lagi sedap kalau goreng sendiri)

Bahan dikisar :-
2 biji Bawang Merah
1 biji Bawang Putih
1 sk Serbuk Lada Hitam

Cara-cara:-
  1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan Air dan tunggu hingga air mendidih.
  3. Kemudian masukkan cili padi, lobak merah, batang saleri, putik jagung, kicap sotong, garam dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan dan tomato gaul rata dan tutup api.
  5. Hidangkan kemudian taburkan daun sup dan bawang goreng.





Memmang Terbaek...

Semalam balik keje bergegas balik ke rumah pasal nak memasak. Biasalah nak menjadi isteri solehah la katakan.... Sampaikan niat nak menyinggah kedai pun aku batalkan pasal takut En. Hubby tak kuarkan daging or ikan dari si peti sejuk. Kalau tak kuarkan, akulah yg masak pasal bahan semua keras kejung.

Pastu sampai-sampai uma, tengok En. Hubby dah bangun tengah layan badminton. Letak bag and aku terus ke dapur... Masuk dapurrr... uwaaaaaaaaaa.. what a supriseeeeeee!!!!!!! En. Hubby dah masak hokey.... Ooooooo terus dapatkan En. Hubby and polok ketat2 same dia. Heheheheeeeeee... wooo best killer....



Daging goreng kunyit ul la laaa...

 

Kangkong goreng belacan... ui ya yaaaa







Sambal ayam penyek special... uw wa waaaaa



Keseluruhan masakan En. Hubby, ADA UMMMPPPP.... yummylicoussss sehingga menjilat jari terutamanya sambal ayam penyek tu ha. Serius sodappp... original resepi dari Kg Jawa Shah Alam ye kawan-kawan. En. Hubby dapat masa dia keje part time kat Shah Alam zaman dolu kala. 

SAMBAL AYAM PENYEK

Bahan-bahannya :-D
Ikan Bilis
Belacan
Cili Padi
Lada Merah
Lada Hijau
Tomato
Jus Limau Nipis
Garam, Gula dan Ajinomoto.

Cara-caranya ;-D
Goreng semua bahan (ikan bilis,belacan, cili padi, lada merah, lada hijau, tomato). Kemudian lenyekkan dengan lesung kayu (pakai lesung batu pun boley jugee). Pastu perah limau, masukkan garam, gula dan ajinomoto. Rasa dah ok boleh dihidang bersama ayam penyek, takde ayam makan ngan nasi saje pun sodap.


Komen dari juri tetap,



Masakan Orang Kampung

Semalam aku masak yang ringkas-ringkas je... cepat, mudah dan emmm sedapppp... Kalau hari-hari menunya ikan same ayam, adekalanya bosan jugakkan. So wajiblah tukar menu ke sayur sayuran yang non ado ikannya. Hehehehe.... Untuk menu semalam aku lanyak masak air sayur sawi putih togel (iskkk ngapa ada togel plak.. ahaha dah aku yang masak and resepi sendirikan so suke hati aku la nak tepek nama ape, pun wakakaka), sambal kentang ikan bilis (iskkk bilis tu bukan spesis ikan jugak ke?? hahahhaa) dan akhir sekali sambal belacan.

Okey yommm kite belek resepinya pulak, walaupun sonang je pun resepinya (bercakap ala-ala kerek yeee). Biar ditepek resepinya so sonang untuk adik-adik yang baru nak belajar memasak. Kan kan kannn... macam aku jugaklah dolu-dolu kale masa zaman-zaman persekolahan... asal nak masak je tanye mak, asal tanya mak je nak masak. Hahahaha....

SAYUR SAWI PUTIH TOGEL

picca from MarienaPayne

Bahan-bahan :-D

  • 1 ikat Sayur Sawi Putih
  • 1/2 biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1 biji Bawang Putih (dihiris)
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1 cawan Air
  • 4 tbsp Minyak Masak
  • Garam dan Ajinomoto

Cara-cara ;-D

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Goreng ikan bilis dan goreng hingga ala-ala nak garing,
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan air, garam dan ajinomoto tunggu hingga didih.
  5. Masukkan sayur sawi tunggu hingga sayur sedikit layu.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

SAMBAL IKAN BILIS KENTANG

Picca from DapurMas

Bahan-bahan :-D

  • 2 biji Kentang (kupas dan hiris nipis-nipis)
  • 1 cawan Ikan Bilis
  • 1 senduk Cili Kering (yang dah diblender)
  • 2 biji Bawang Besar (di hiris)
  • 2 biji Bawang Putih (cincang lumat)
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • Garam dan Ajinomoto
Cara-cara ;-D
  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng kentang hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan cili kering dan tumis hingga lada garing.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan air asam jawa dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang dan gaul lagi hingga sebati.
  7. Sedia untuk dihidang.

SAMBAL BELACAN

Picca from FlashFiez

Bahan-bahan :-D

  • 1 inchi Belacan
  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 biji Cili Merah
  • 2 biji Cili Hijau
  • 5 biji Cili Padi
  • Secubit Gula
  • Secubit Garam (bergantung pada kemasinan belacan)
  • 1/2 biji Limau Nipis (boleh gak guna Limau Kasturi)
Cara-cara ;-D
  1. Gorengkan bawang besar dan semua lada hingga layu, angkat dan toskan. (mak aku kata ini style sambal belacan orang jawa, masa mula-mula aku buat dulu tak tahu pulak aku orang jawa buat sambal belacan macam ni. Aku goreng bahan-bahan tu dulu pasal memudahkan aku mase proses menumbuk. ehehehe ni kes koje nak sonang jo).
  2. Masukkan belacan, bahan-bahan yang digoreng, garam dan gula tumbuk hingga lumat. (masukkan garam dan gula awal-awal supaya bahan yang ditumbuk tak memercik ke muka).
  3. Perahkan limau nipis dan gaul sebati.
  4. Sedia untuk dihidang.

Ayam Masak Ayam

Yeahhh hari kite masak ayam ehh... menu dinner malam ni ayam masak sambal dan ayam goreng berempah hantam saja dannnn sayur goreng cincai. Mau tau resepinya.... jom kite tengok yee kawan-kawan. Resepi ayam masak sambal opkos aku amik dari buku 1 hari 1 resepi 365 resepi istimewa Chef Hanieliza. Mekasihhh kakkk sedapppp resepinya... mabelesssss yum yum...
picca cr to Dapurku Sayang

AYAM MASAK SAMBAL KICAP

***Resepi from Chef Hanieliza

Bahan A

  • 500 gm Ayam
  • 1 btg Serai (diketuk)
  • 5 helai daun Limau Purut (dikoyak)
  • 3 sudu makan Sos Tomato
  • 5 sudu makan Kicap
  • 1 labu Bawang Besar (dipotong gelang)
  • 1/2 cwn Minyak Masak
  • Garam
Bahan B (dikisar)
  • 20 tangkai Cili Kering
  • 5 biji Bawang Merah
  • 1 labu Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1/2 cwn Air
Cara-cara ;D
  1. Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil, kemudian basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut, sos tomato, kicap dan bawang besar yang dipotong gelang.
  5. Masakkan sehingga pecah minyak.
  6. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Berempah

picca from mr. google
Bahan-bahan
Ayam
Kunyit
Ketumbar
Jintan Kasar
Sos Tiram
Tepung Jagung
Garam secukup rasa.
Cara-cara ;D
  1. Gaul semua bahan dan biarkan beberapa minit lg lama lagi bagus.
  2. Kemudian goreng ayam hingga garing.
Sonang je kannnn.... kompom sedap hingga menjilat jari, ayam kfc pun kalah noooo...

SAYUR GORENG MORENG

Bahan-bahan
  • 100gm Kobis
  • 1/2 biji Lobak Merah
  • 100gm Bunga Kubis
  • 1/2 btg Saderi
  • 2 biji Anak jagung
Bahan Tumis
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1/2 biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1 biji Bawang Putih (dihiris)
  • 1 sudu makan Sos Tiram
  • 1 helai Daun Limau Purut (buang tulang tengah)
  • Garam
Cara-cara ;D
  1. Semua sayur dipotong mengikut citarasa sendiri.
  2. Tumiskan ikan bilis hingga sedikit kuning.
  3. Kemudian masukkan bawang dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan sayur-sayuran, sos tiram, daun limau purut hingga sayur ala-ala layu.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidang.

Begedil Daging

Yahhhh hari nie aku nak kongsi resepi ngan korang semua. Seperti yg tertulis kat tajuk tu, ape lagi kalau bukan bedegil opss begedil daging, jangan salah sebut ok!!!

So inilah bahan2nya

  • 3kg Kentang
  • 1.5kg Daging Cincang
  • 2 biji Kuning Telur
  • 200 gram Bawang Goreng
  • 50 sen Daun Sup & Daun Bawang
  • Garam & Pak Aji secukup Rase
Bahan lain
  • Minyak utk menggoreng
  • Telur untuk menyalut
Cara-caranya:-
  1. Kupas kentang serta potong nipis kemudian goreng, jgn sampai hangus
  2. Goreng kering daging cincang sampai daging tu betul2 masak, betul ke ayat aku tu? Betul la gaknya kan pasal tak letak air or minyak.
  3. Potong2 daun sup dan daun bawang
  4. Tumbuk kentang yg telah digoreng tadi
Masukkan kentang yang siap ditumbuk ke dalam mangkuk
Masukkan garam dan ajinomoto
Masukkan bawang goreng
Masukkan 2 biji kuning telur, pendek kate semua bahan2 tadi dilebur kat dalam mangkuk yg same kecuali bahan2 lain dan gaul semua sampai rata... Sampai mesreeee ok!!!
Bile semua dah mesreee, bulat2kan begedil tu mcm gambar kat atas nie...
Lepas tu celupkan ke dalam telur yeeee
Lepas tu mari kite menggorenggg

....

.......

..........

..................

.........................

...................................

..............................................

Dannnnn akhirnyaaa...

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa...

dah siapppp, sedia untuk di makan ok!!!! Makan panas-panas kompom sedap sampai melecur-lecur mulut. Hahahaha

Menu Hari Minggu

Ini dia factory Cik Lieya.. he he...
Ahad lepas projek aku adalah masak memasak. Xdelah masak yg hebat2 macam chef Wan ke chef Ismail ke kannn. Cume sekadar masak masakan ala-ala kampung gitew. Oleh kerana pepagi gajah Mak ngan A. Ngah aku dah pegi memetik pucuk paku ditepi2 jalan kat kampung aku, so tugasan aku pulak adalah memasak. Sebelum memasak pucuk2 paku nie mestilah disiang dulu, wahhh cam nak siang ikan plak kan!!! Ha ha... Tapi betulla ayat aku tu kan?? Ke ade ayat yg lebih bernas dari itu?? Ahhh ade aku kesah, yg penting aku paham ape yg aku tulis. Dipanjangkan cite, aku pun ape lagi menggunakan kuasa veto menyuruh sepupu juga abang2 aku termasuk A.Ngah walaupun dia dah penat memetik pucuk paku supaya menyiang semua pucuk2 paku itu, kire kene amik daun2 ngan pucuk yg ujungnye ajela.

Memula A. Long aku cakap, "Ahhh... ape nak siang2, masak je sekali ngan batang2nye nak makan baru buang batang".

Sambil tersenyum and tersengih2 A. Long aku berkata2.

Amboiiii bestnye ayatkannn, then aku plak jawab, "Haaaa...yelaaa orang masakkan utk A. Long yg x siang punye, nak???" Pastu aku terus gelak dan disambut oleh abang2 ku juga sepupuku si Esah.

Sudahnye dia orang pun siang gak la pucuk paku tu. Lepas siang pucuk paku tu, si Esah tolong gak aku potong2 daging korban yg orang bagi utk digoreng berkuah dan K. Ngah aku lak si Lela yg tengah sakit2 tu tolong aku memotong ayam kampung untuk digoreng. Haaa senangkan keje aku... ade kakitangan semuanya berjalan dengan lancar. Ini dah kire factory nie. He he...

Pucuk paku yg aku masak ayo jeee.. sedap hingga menjilat jari.

Bahan2nya:-

  • Bawang merah(dihiris nipis2)
  • Bawang Putih (dihiris nipis2)
  • Ikan Bilis (dibuang perut juga kepala, kalau malas beli yg dah siap siang punye)
  • Daun Kunyit (diracik halus)
  • Daun Selasih (amik pucuknye aje)
  • Pucuk Paku
  • Garam (secukup rase)
  • Pak Aji (secukup rase)

Tumis segala bahan yg ade kat atas tu kecuali segala daun maun. Dah garing bukan rentung ok! masukkan pulak air, garam dan pak aji secukup rase tapi kalau korang nak kene penyakit darah tinggi korang bubuhlah garam bebanyak ehhh..ha ha pastu tunggu sampai mendidih. Dah mendidih rase semua dah ok, barulah korang masukkan daun kunyit, daun selasih dah pucuk paku. Kacau dan gaul2 pastu tutup api cepat2 supaya pucuk paku nie tak lecur.

Peringatan!!!! Mase korang nak tutup periuk tu jangan korang tutup rapat2, bagi sikit ruang wap untuk kuar kalau tak nanti sayur korang akan jadi lecur and lebam, dah tak cantek and dah rupe korang makan rumput plakkannn...

Daging goreng berkuah resepi Chek Na, Mak aku la tu punye resepi.

Bahan2nye:-

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Air Asam Jawa
  • Daging
  • Garam
  • Pak Aji

Bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit korang tumbuk bagi lumat. Kalau dah pemalas sangat pakai jela blender. Lepas tu tumis bahan yg ditumbuk tadi. Dah garing masukkan daging, jangan lupe daging tu korang kene hiris nipis supaya cepat empuk. Pastu tutup periuk dan dengan api yg kecik korang biarkan daging tu empuk kejap. Lepas tu bila air dah mula kering and daging dah empuk korang masukkan air asam jawa. Lepas tu masukkan garam dan pak aji. Bile rase semua dah ok, bolehlah dihidangkan untuk dimakan.

Hiasla ikut kreativiti korang. Nak lagi sedap korang letak la daun sup ngan daun bawang. Time aku masak nie daun sup semua xde, tu yg xde dekoret2 tu. Yg penting perut aku kenyang. Ha ha...

Amaran keras:- JANGAN MASUKKAN AIR ASAM JAWA SEBELUM DAGING EMPUK, KALAU KORANG MASUKKAN JUGAK ALAMAT SAMPAI KE TUA LA DAGING TU XKAN EMPUK2.

Selamat Mencube resepi mudah lagi sedap nie. Ayam kampung tu aku goreng togel je, so takyah la korang nak tanye aku resepinye ape yerkkkk... Korang lagi terer dari aku kan!!!

Sambal Raye Nek Bechik

Haaaa sape2 nak belajar care2 membuat Sambal Raye Kuarga Nek Bechik, camnie la carenye. Tapi kalau ade gaye2 ter'over' ker ter'extravaganza' ke jangan la ditiru pulakkan!!! Chefnye ialah sepupuku si Azura. Terer part masak memasak nie, korang nak makan ape semua dia bleh buat. Order jelaa... kalau time raye sambal raye memang order ngan dia je. Ha ha promote plak... Habislah ko Jue lepas nie... Aku tak bersalah ok... heheheee... aku kan tau makan jer kannn... kan kan kannn...

Ok here the recipe.

  • 1 kg Daging Batang Pinang (dipotong nipis2 ok, tp jangan sampai bederai plak)
  • 1 kg Udang (dipotong 4 kalau besar punye, nak letak sekor2 pun ikut suke korang la kes pemalas la tu)
  • 1 kg Bawang Kecil (digoreng sampai garing, jgn pakai yg beli punye langsung x sedap)
  • 750 gram Lada Merah (hiris halus)
  • 250 gram Lada Hijau (hiris halus)
  • 2 kg Santan Pekat (No kotak or pack punye brand, mesti dari kelapa tulen)
  • 1/2 Labu Bawang Putih (hiris halus gak)
  • Garam dan Pak Aji secukup rase
Cara2nya
  1. Korang kene masak santan pekat tu sampai naik minyak opsss silap sampai kuar ala2 taik minyak lepas tu letak tepi.
  2. Lepas tu korang amik minyak yg korang goreng bawang tadi lepas tu panaskan minyak tu.
  3. Lepas minyak panas masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  4. Pastu korang campakkan aje lada merah ngan lada hijau goreng sampai lada tu layu.
  5. Bile lada dah layu korang masukkan daging batang pinang tadi dan masak sampai empuk.
  6. Lepas tu masukkan udang dan masak lagi.
  7. Lepas tu korang tuangkan santan yg telah dimasak tadi separuh.
  8. Pastu biarkan didih, jangan lupe kene rajin kacau ok pasal korang dah masukkan santan.
  9. Lepas tu masukkan bawang goreng tadi dan masukkan tahi minyak yg korang dapat dari masak santan tadi, kire amik atasnye jelakan pasal korang dah masukkan separuh tadikan.
  10. Dah gitu masak sampai didih, lepas tu korang boleh la makan.

Kalau tak sedap tu maknenye korang salah teknik memasak or petua2 yg aku bagi korang langgar. INGAT... nak sedap kene ikut arahan dan aturan yg telah diberikan ok!!!

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.