~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Jus MInda Dato' Fazley

Alhamdulillah selamat sudah aku habiskan puasa ganti aku. Syukurrr kepada Mu ya Allah kerana memberi kesempatan kepada aku untuk mengganti puasa yang tertunggak.

Bila dah berpuasa maka tekak pun macam-macamlah nak makan, ehehehehe... Kalau cakap macam tu ngan makcik aku, jawapannya "Tekak ko je macam tu, tekak mak ya tak pun". hahahahaa... Tapi betul, makcik aku ni kalau bulan puasa tak kesah berbuka apa pun. Apa ada depan mata tak diherannya asalkan perot dia kenyang dengan nasi. WAJIB bagi dia berbuka puasa dengan nasi. Takde nasi memang tak sah.

Jadi selama berpuasa maka macam-macamlah yang aku sediakan untuk juadah berbuka puasa aku sendiri. Ni salah satu air untuk aku berbuka puasa, JUS MINDA DATO' FAZLEY hasil ramuan ibu Dato' Fazley untuk anak-anaknya ketika kecil dahulu. Memang super duper sedap yehh kawan-kawanku sekalian. Bagus untuk semua peringkat usia. Korang pun tau kan khasiat kismis, kurma, madu dan badam maka tak perlu was-was untuk mencubanya. 

Selamat mencuba!!!!











JUS MINDA DATO' FAZLEY


Bahan-bahan :-D

  • 200g Kismis
  • 100g Kurma
  • 100g Cranberry (ini aku tambah)
  • 1 mangkuk Natural Yogurt (gantikan dengan susu pun boleh)
  • 2 sb Serbuk Badam
  • 5 sb Madu
  • 1 cwn Ais 
  • 1 gelas Air



Cara-cara ;-D

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Sedia untuk dihidang./li>
***Boleh jugak perahkan sedikit lemon 








Macam-macam adooo

Aku.. Sudah semakin MALAS nak menghapdet blog. Giler pemalassss woooo... Bile dah MALAS maka ginilah jadinya, blog tak berhapdet seb baik masak tak MALAS kalau idak kompom kebulurlah perot aku laki bini. Heeeeeeee......... Akibat kerajinan aku memasak maka badan aku dan En. Hubby sama2 membesar dengan sehat, dan hasilnyaaaaa... "Liaaaaa... dah nampak GEMOK sekarang ni." Adehhhhh.... takleh nak handle ayat ituu.. takpeeee yang penting hati manyakkk sinang bersama En. Hubby.. Hahahahaaa..... tapi aku kesah dan En. Hubby juga kesah bila badan aku semakin sehak.


Dah jom lah kite layan gambar pulak...




Nak jugak tepek usaha En. Hubby masa proses memasang lampu... En. Hubby pasang sendiri hokeyyy... aku tolong hulur je...






Dah petang hari sikittt, barulah abg long aku sama 2 org pakcik aku datang membantu. Mekasih Pak Acip pasal bawakkan makanan... meknonel mariii...






Hari berikutnya.... makanan disponsor dari uma Mamujiro... dan tukang masaknye Maknani.. rezeku rezekiii...






Opsss kite minummm dulu, homemade strawberi milk share , strawberi segar dari ladang Cameron Highland disponsor oleh Pn. Nananurgaye






Sambutan hari ibu... sesi ibu-ibu memotong kek...seronotttnyeee mekasih  Pn. Ajula sponsor KFC and cake from MakJaiha








Selamat hari ibu omak... lap u mak... muah muah muahhhh








Dah sambut mother day belah aku, belah mentua pun kenelah sambut jugak... TQ En. Hubby  sponsor makan2 itu hari... lap u dear...






Muke Mamy amik sikit je yeee... biar muke Aman yg lebey.. hik hik 







Selamat bertunang, adik ipar aku bersama tunangannye... Semoga tabah, sabar dan  kuatkan iman kerana di alam pertunangan macam-macam dogaan yang akan ditempuhi....
Last but not leasttt... gambar budak bokdong berposing di taman mainan giant  Bukit Indah.









Air AppLiBoi

Hahhh tengok2 terliur tak korang ngan air yg aku buat nie. Nampak sedapkan, semalam aku berbuke puasa dengan air ini. Sangat lazattt dan disukaiii oleh aku tika ini. Hahahah... sampai cyg aku pun sms mintak aku buatkan dia bile dia balik nanti. Hahaha... nak buat sendiri laa kannn... Air nie ku beri name AppLiBoi a.k.a Apple + Limau Kasturi + Asam Boi, tu yg jadi AppLiBoi. Hahaha...Ok pada kawan2 yg berminat nak try ini dia rahsianyee...
Bahan-bahan
  • 2 bj Apple Hijau
  • 2 bj Limau Kasturi (yg sedang punya)
  • 3 bj Asam Boi (kaler merah ok, kaler lain pun boleh)
  • Gula secukup rase or 1 sudu or 2 sudu utk manis sikit.
Cara-cara
  • Campakkan apple hijau ke dalam pengisar buah. Jangan lupe buang kulit and bijinye.
  • Lepas blend tuangkan air apple tadi ke dalam gelas yg kiut miut.
  • Lepas tu perahkan limah kasturi, haa jgn lupe buang bijinye. Selepas perah, kulit yg sebiji tu campakkan aje dlm gelas korang tadi kasi lagi naik aromanya.
  • Masukkan asam boi dan sedikit gula (aku letak sesudu je, sbb aku x suke manis2).
  • Kacau sehingga rate dan mesreeee...
  • Sedia utk diminum.
***Kalau nak sejuk korang letak la ais. Pandai2 korang la nak adjust, selera memasing. hahaha
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.