~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Happy Graduation Wawan...

TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! dan TAHNIAHHH!!! yang tak terhingga kepada Wawan kerana telah berjaya menamatkan Diplomanya. And sok dah start kuliah untuk Degree kan, ape yang diharapkan disini ialah belajar bersungguh-sungguh dan tingkatkan usaha. Lepas nie cabaran yang akan datang lebih mencabar dari yang sebelum nie. Jangan mudah mengalah ye... Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih dan ingat janji-janji yang penah dibuat dulu. Yakin dan cekalkan diri pasti akan berjaya suatu hari nanti. TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! anddds TAHNIAHHH!!!... "wink" "wink" "wink"...

Kelahiran Baru Rianne Marsya B. Noorhisham

Lahirnya Rianne Marsya mungkin sebagai ganti Arwah Neneknya yang meninggal dunia sehari sebelum kelahiran baby kecil yang comel ini. Tak sempat Arwah neneknya melihat Rianne Marsya. Tapi aku rase Arwah dapat melihat Rianne Marsya dari jarak jauh, kerana setahu aku roh orang yang meninggal dunia nie masih ada dekat dengan kita. Cume kita saje yang tak nampak. Comelkan Rianne Marsya!!! Kami sekeluarga sepakat memanggil Marsya sebab ketika Arwah Neneknya masih ade, Arwah selalu memanggil panggilan ini ketika Marsya masih dalam kandungan ibunya. Hari pertama Marsya dibawa pulang dari Hospital Maunt Elizabert, Orchard Singapura. Selepas waktu maghrib hari jumaat Marsya tido dengan nyenyaknya. Tapi selepas pukul 9.00 malam Marsya asyik menangis menggegarkan seisi rumah. Sehinggakan ketibaan aku dari kampung pun disambut dengan tangisan Marsya. Zura, Sham, Pak Ngah serta Mail tidak tahu bagaimana hendak mententeramkan Marsya. Pelbagai cara dibuat, tapi Marsya masih tetap menangis dan menangis. Sampaikan ibunya juga turut menangis kerana tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat. Mungkin perubahan persekitaran membuatkan Marsya menangis. Atauuuuu...!!!! aku sendiri pun tak tahu. Aku, Mak juga Nenek turut serta membantu Zura menenangkan Marsya. Dan kemudian hinggalah menjelang subuh, lebih kurang pukul 6.30 pagi barulah Marsya lena tidur di atas pangkuan Mak. Jadi mengantuk semua orang dibuatnya Marsya. Nasib baik Marsya mengaruk 1 hari aje, hari berikutnya Marsya tidur lena seperti biasa itu pun setelah puas kami berusaha membuat air penawar untuk Marsya kerana pada awalnya Marsya menangis seperti semalam. Kalau tidakkkk, tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Nak ketuk pintu macam crita Ahmad Albab tu takkan lah boleh pulakkan, takkan nak letak Siti Albab atau Nur Albab kalau tibe-tibe Marsya ketawa bila pintu rumah diketuk. Hehehhh Marsya Marsya, Nek Long kate jangan jadi macam Marsya yang tergedik2 tu sudahhh... Susah nanti Ibu nak jaga Marsya...

Aku, Aku dan Aku...

Tengok nie, nie angkara anae yang suke dengki aku. Aku dok leka-leka sambut telefon pon nak diambil gambo aku. Memang dengki... Erkkkk camnie punye orang pun ade. Hehehhee same dengan Noh Jenoh, suke sangat amik gambo bukan-bukan. Lobang hidun dia yang kembang tu lah diambilnye... entah hape-hape ajeee... Kire nak tunjukkan kekretifan agaknye... Nasib baik dia tak penah save, kalau tak sure aku boh kat dalam blog aku nie. Jaga ko Noh, satu hari nanti aku akan wat ape yang aku cakap...
Laaa jenohhh aku nyusun gambo2 nie, tapi tak nak ikut arahan gakkkk... Lantakkkk lahhh...

Dalam Kenangan

Gambar terakhir yang di ambil bersama Mak Ngah ketika majlis persandingan adik arwah yang ke 12, sebulan sebelum pemergian arwah. Arwah merupakan anak ke-2 dalam 16 orang adik-beradik.

PerGinya Tak KembAli

Tanggal 04 September 2006 bersamaan 11 syaaban 1427 tepat pada jam 1.40 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon rumah aku. Tiba-tiba aku terdengar raungan Mak yang menyambut telefon, dan kemudian aku bergegas keluar dari bilik mendapatkan Mak. Aku lihat ganggang telefon dah terlepas dari genggaman Mak, Mak terduduk sendu di sisi meja. Aku capai telefon dan mendengar suara di hujung talian, aku dengar suara Mak Ani dan Mak Ani mengatakan bahawa Mak Ngah telah kembali ke rahmatullah tepat jam 01.33 pagi. Ya Allah dugaan apakah ini untuk seluruh keluarga aku setelah 5 tahun pemergian arwah adikku. Begitu sedih aku rasa kan, menangis aku tanpa airmata kerana aku tersentak mendengar khabar berita itu. Baru minggu lepas aku menghantar Mak Ngah pulang ke rumahnya di Singapura dari menghadiri majlis perkahwinan bapa saudara aku di Kota Tinggi dan baru pagi sebelum kematian aku berbual dengan arwah. Ya Allah kuatkan iman aku sekeluarga. Aku bergegas menelefon keluarga yang lain dan sejurus itu juga airmata mengalir laju bagai hujan yang menyimbah bumi, dan kemudian aku bergegas pulang ke kampung halaman, Kg Pekajang Gelang Patah meredah keheningan pagi. Sesampai di kampung semua adik beradik nenek, mak dan abang-abang aku sudah menanti. Aku sekeluarga berangkat pula ke Jurong West, Singapura. Aku sampai di rumah arwah pada pukul 4.30 pagi. Aku terus mendapatkan sepupuku Azura yang sedang sarat mengandung dan sepatutnya keesokkan pagi pukul 9.00 Zura kene operation sebab dia dah lewat melahirkan anaknya dari tarikh yang ditetapkan. Bila terpandang saje wajah aku airmata Zura mencurah bagaikan hujan yang lebat. Aku tenangkan dia, semampu yang boleh walau aku tahu aku sendiri sedih. Kemudian aku mendapatkan arwah. Ya Allah terpandang saje sekujur tubuh yang terbaring tidak bernyawa di katil, dan terpandang oleh aku Mail anak lelaki kepada arwah yang sedang menangis di penjuru katil lagi membuatkan aku sedih tak terkata. Aku ratapi wajah arwah yang tersenyum seolah-olah arwah masih bernyawa. Surah Yasin aku sedekahkan, hanya itu yang mampu aku lakukan sambil mata yang tak penah kering dengan airmata yang mengalir membasahi pipi. Tiada seorang pun yang dapat melelapkan mata ketika itu, hanya airmata yang menemani diri masing-masing juga surah Yasin dan tahlil yang dibaca silih berganti. Menjelang pagi hingga ke tengahari semakin ramai yang datang melawat silih berganti sehinggakan rumah 2 tingkat itu penuh di setiap penjuru. Aku tahu mengapa, kerana arwah seorang isteri, ibu, anak, adik, kakak, makcik, nenek dan seorang sahabat juga saudara yang cukup baik. Arwah seorang yang amat baik pada semua yang dikenalinya. Semua orang menyenanginya. Tak ketinggalan juga aku, aku antara anak saudara yang rapat dengan arwah. Aku jugalah yang selalu mengambil, menghantar arwah pulang ke Singapura atau balik ke kampung atau ke mana saje arwah nak pergi pasti aku yang dipanggilnya, dan rumah arwah jugalah tempat aku tinggal ketika cuti zaman persekolahan dulu. Tak kira senang atau susah kami sekeluarga bersama, aku dan arwah bukan lagi seperti ibu saudara dan anak saudara. Tapi arwah sudah seperti ibu aku sendiri. Buat pertama kalinya aku turut serta memandikan jenazah orang meninggal, walaupun sebelum ini aku antara orang yang paling takut nak memandikan jenazah. Tidak aku tahu dari mana datangnya kekuatan itu dan Alhamdulillah arwah dapat dimandikan dan dikhafankan dengan mudah sekali. Bukan hati aku saje yang berdetik malahan Ustazah yang mengetuai pun mengatakan bahawa jenazah Arwah cukup mudah diuruskan dari dimandikan hinggalah dikhafankan walaupun arwah agak sihat begitu juga ketika dikebumikan, aku tahu itu kerana aku juga turut serta mengiringi arwah ke tanah persemadiannya. Ketika kali terakhir kami sekeluarga diberi peluang untuk mengucup arwah, tiada seorang pun yang tak mengalirkan airmata. Cukup menyayat hati bila Azura, Mail, Pak Haris, Uncle Atan, Mak Ya, Nenek, Mak juga yang lain meraung seperti tak boleh menerima pemergian arwah. Cukup pilu hati aku bila melihatkan wajah nenek, patah hati aku bila melihatkan wajah Pak Ngah suami kepada arwah juga sayu hati aku bila terpandangkan Zura, Mail, Nayli, Mak serta keluarga yang lain. Terlalu pedih aku rasakan untuk terima ketentuan Allah ini. Namun apakan daya, walau sayang kami kepada arwah setinggi langit, tak boleh dilawan dengan sayangnya Allah terhadap arwah. Dan semalam sepupuku Azura anak kepada arwah selamat dibedah pada pukul 1.30 petang. Aku dapat seorang lagi anak saudara perempuan, sangat comel secomel kakaknya Nayli. Rian Marsya nama yang dipilih sendiri oleh arwah, dan sepupuku Azura meletakkan nama itu sebagai nama anak keduanya. Jenazah arwah selamat dikebumikan selepas solat Zohor. Ya Allah berkatilah Mak Ngah ku Rahimah Binti Esa, KAU ampunilah dosa-dosanya, tempatkanlah Mak Ngah ku ditempat orang-orang yang beriman ditempat orang-orang yang KAU kasihi.
....Al-Fatihah...

Zoo Saling

Selama aku di Johor nie, and walau pun aku membesar dan dilahirkan di Negeri Johor nie aku tak penah tahu bahawasenye dekat Saling Kulai nie ade Zoo. Bukanlah Zoo Negara tapi nama nya "Saling Zoo". Hehehehe baru semalam aku dapat tau, itu pun setelah diberitahu oleh sepupu aku Jamal. So semalam masa kami semua on the way nak ke Tebrau, aku pun singgah sebentar ke Zoo Saling nie. Bukannya ape, sekadar nak memastikan bahawa sememangnya wujud Zoo Saling seperti yang di gembar-gemburkan. Uuuhhh memang betul wujud Zoo Saling nie. Dari luar aku nampak ade banyak jugalah binatang yang dibela di Zoo nie. Mmmm kiranya nie private punye z0o lah. Dari luar aku lihat ade 2 ekor harimau, burung bangau, ikan arapaima, keli afrika (aku rasalah) and ade ular sawa yang sangat besar. Bak kate sepupu aku, kalau ular nie nak telan aku sure dengan sekelip mata je. Hmmm sure satu hari nanti aku akan masuk ke kawasan zoo tu untuk melihat binatang-binatang yang dibela.

sAmbutAn hAri KemerDekAan di DaNga BAy

Tengok betapa cantiknya bunga api nie. Gambar bunga api nie aku ambil mase malam kemerdekaan kat Danga Bay tu ari. Mmmm mase aku sampai jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam, so ade lagi masa lebih kurang setengah jam untuk aku dan yang lain-lain menunggu detik 12.00 malam, dan masa aku sampai tu kumpulan Amok (badi) tengah menyanyikan lagu rocknya. Nampaklah mamat-mamat yang gila rock terkinja-kinja depan stage dan ada jugalah 2 3 orang yang dijulang tinggi. Kalau aku, lepas aku julang tu aku tak sambut lagi dah. Cube lepaskan ke bawah, biar dia jatuh... Hahahhaa jahatnya aku!!! so malam kemerdekaan tu aku sambut kat Danga Bay dengan Mak, Akim, Jamal, Esah, Zarey, A'Coy, Dian, Reen dan juga orang-orang yang ada disekeliling aku. Pada mulanya aku memang malas nak ke mana-mana memandangkan faktor kesihatan aku yang tak mengizinkan. Tapi bila dah di timbang dan di sukat terpaksalah aku melayan kerenah diorang nie. Pada pandangan aku, sambutan kali nie tak semeriah macam tahun lepas. Sebab seperti tahun lepas, PM kite ade turun ke Danga Bay nie untuk memeriahkan lagi malam kemerdekaan. Tahun nie hanye sekadar kumpulan Amok yang menjadi penyeri Danga Bay. Alahaiiiiii.... Ade ke rock dikaitkan dengan kemerdekaan... Tak sesuai langsung...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.