~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Bila Akhirnya

Semalam mak bising lagi kat aku, sebabnya aku tak habis-habiskan lagi bacaan Al-Quran aku. Erkkk bila aku nak abiskan nie!!! Dah nak abis bulan puasa nie. Iskkk iskk iskkk... Macam tak boleh abis je sebelom raye nie...

Reunion di My Friends Corner

My friends menjadi medan perjumpaan aku dan kawan2, setelah hampir 5 bulan tak bertemu. Sepatutnya setiap awal bulan ada perjumpaan seperti yang dirancangkan. Tapi oleh kerana dlm masa 5 bulan nie masing2 sibok, tak dapatlah nak berjumpa. Hiskkk terubat rase rindu bila dapat jumpe ngan dia orang nie. Pun begitu masih ade yang tak dapat nak men'joint'kan diri atas sebab2 tertentu. Mmm mungkin raye nie baru leh jumpe smua kot. Ahaksss... Bila dah lama tak jumpe, macam2 topik perbualan yang aku dan kawan2 bualkan. Huhuhu seronotnye... mana taknye, jumpe2 anak syam si cepol nie pun dah besar. Dah nak dapat adik pon. Le' plak menghitung hari melahirkan baby sulong dier. Smoga dia selamat nanti. Tengokkan gelagat cepol teringat plak kat anak Arien yang umornye lebih kurang sebaya. Ligatnya pun same. Hehehe.. Tengok jelah gambo yang sempat aku snap semalam.

So perjumpaan kali nie masing2 datang berpasangan. Le' vs Wan and anak buahnya, Syam vs Ida & Cepol, Jijie vs Shahrul dan Fendy vs Azi. Aku, along and alang plak macam biasalah 'loneranger'. Heheheee leksss nanti kita bawak plak pasangan masing2 ehh.. Wakakakah...

Geylang Serai

Geylang serai yang terkenal dengan lampu lip-lapnya bile tibe musim perayaan. Seluruh warga Singapura akan ke sini untuk membeli juadah berbuke dan bersahur, membeli persiapan raya dan segala macam jenis kuih muih ada disini.
Tukang buat char kuey. Ade 3 perisa iaitu char kuey soton, udang dan ikan. Tapi yang paling aku suke char kuey soton. Iskk nikmatnya bile dapat...
Dendeng bakar. Daging yang dipotong tipis2 dan kemudian dibakar. Huishkk sedapnya... Kalau dah ke sini tak beli dendeng nie memang tak sah walau pun aku terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk dapatkan dendeng nie. Sampaikan baju aku pun bau dendeng daaa.. Tempat lain banyak gak, tapi yang dijual kat gerai nie gak yang paling sedap hingga menjilat jari. Tapi ayam madu dia kureng cikit, takleh lawan ngan ayam madu pasar malam Kukup or Pontian. Yezzaaa...
Perghhh.. tengok betapa ramainya manusia time nie. Nak jalan pun susah, seksanya... jam dah kul 11.00 pun masih ramai lagi yang baru sampai.

Sehari di Bugis Junction dan Bazar Sri Gelam

Bazar ramadhan seri Gelam, Bugis Junction... Iskk tak menarik seperti mana yang diwar-warkan kat tv suria pon. Lagi besk kalau pegi Bazar ramadhan Geylang Serai. Pastu orangnya pun lengang jerk.
Nie gerai yang menjual Murtabak paling besk kat bugis Junction, Singapura. Aku tapau 3 keping murabak daging and 2 keping murtabak ayam.
sibok nak beli tiket MRT
Nie MRT yang membawa aku ke Kampung Sri Gelam. MRT nie turun kan aku kat terminal Bugis. Sebelom tu kene berhenti 13 terminal dolu, barulah bleh sampai kat terminal Bugis nie. Hmm terlepas gak rindu aku nak naik MRT nie setelah 3 tahun aku tak naik. Heheheh Akim cakap nie bukan MRT tapi keretapi, xtually nie 1st time dia naik MRT. Hehehe mase time pegi ngan balik tak senang dudok dia. Aku yang kat sebelah nie pun naik penat nak menjawab soalan2 dia. Hishhh... jakon betul, aku pun dolu gitu gak. Heheheh

Besar giler ikan karp nie, pastu cyantek plak tu. Kolamnya tak lah besar mana pun, pastu cetek je airnya. Gambo nie aku amik masa lalu kat depan Raffles Hospital. On the way nak ke bazar sri gelam dan Bugis Junction.

'param' lagi!!!

Smalam aku ke 'param' lagi. Mcm biasalah mencuci mata melihat juadah yg dijual kat 'param' tu. Hmm beli ketupat, rendang ayam, rendang daging, ayam goreng utk Akim, sdikit kuih and tak dilupe air katira. Then mase perjalanan nak kuar tu aku singgah sat ke gerai jual kapet yg dijual oleh pakcik aku. Saje jalan2, tp pakcik aku takde plak time tu. Yg ade pun pekerjanya aje, si Panjang (hehehe name betul aku tak tau, tp disebabkan dia tinggi aku panggil dia panjang). Sebelum balik Panjang bg bunga api kat Akim. Huhhh suke sakanlah si Akim nie, sebab balik uma lepas buka dia boleh main bunga api. Time tu dah tak ingat ape dah, asyik nak balik cepat aje kejenya. Lepas ke 'param' aku ke kedai Ang plak, nak suwuh dia tengok ape kene ngan handphone aku nie. Keypadnya mcm berkaren plak, takot plak aku kalau2 tengah guna kene kezutan letrik. Haizzz... Pastu Ang tukar dgn handphone baru sbb handphone yang aku pakai tu dia nak anto ke kilang semula. Wahhh seronoknya dpt handphone baru lagi. Ahaksss tp yg aku bengang kejap ngan Ang nie, pasal dia terdelete semua no tel yg ade kat dlm simcard aku. Adusss mana aku nak cari no tel yg ilang nie. Nasib baiklah bulan pose, tp nak ngamok ngan Ang nie pun tak boleh. Sbb smalam ramai sangat pelanggan yg nak dilayannya. Untuk kesekian kalinya aku berbuke pose kat dlm kete. Kesiannnyaaa... Sampai uma lepas aku smayang terus aku cari2 no tel kat dlm buku tel. Huhhh nasib baik, hampir separuh no tel ade kat dlm tu. Yg takde tu kenelah aku cari sndiri.
Hahhh kul 1030 plak aku dah terpacak kat depan tv. Apelagi kalau bukan menunggukan cite Seputeh Qaseh Ramadhan. Smalamkan aku cite yg Fahrin tu ajak si Eja nie pegi berbuke pose ngan dia. Tapi belum sempat ape2 si Arash and anak2 dia pun sampai. Pastu si fahrin nie tercengang melihatkan Eja. Dia tak sangka yang Eja nie dah kawin and ade anak 3. Hahaha gelak aku tengokkan gelagat Fahrin smalam. Hmmm takat tu jelah aku citer. Hahhh mase tengok citer tu, mak ke dapur ambil kuih tako yang dibeli kat 'param' petang tadi. Pastu aku tengok mak cium2 kuih tu amik bau. Aku tanye ngan mak kenapa, mak jawab sayang nak makan... Kekekkeehhhh ade2 aje mak aku nie. Cam Fahrin plak... sebab smalam Fahrin wat camtu.

Seputih Qaseh Ramadhan

Seputeh Qaseh Ramadhan, membariskan 2 orang pelakon yang aku minati. Hehehehe sape lagi kalau bukan Eja ngan Fahrin Ahmad. Huisshhkkk memang aku minat giler ngan Eja and Fahrin nie. Tapi takle sampai jadi peminat fanatik... Muahahahahaaa... ganaznya ketawa aku, bulan-bulan pose nie kene bersopan skit cam Eja dalam cite nie. Hihih... dan kebanyakan citer yang aku tengoklah, Eja memang selalu sangat bawak watak yang macam nie. Tengok muke dia pun dah tau dah. Mmm minggu sudah dalam melodi Eja ditemubual. Dia nakkan watak2 yang agresif skit, sebab dia yakin dia boleh bawak watak sebegitu. Tapi dia tak sanggup nak bawak watak 'penggoda' katenya dia tak pandai nak menggoda orang. Ahaks... Fahrin Ahmad!!! ahhh pelakon nie aku mula minati bila dia berlakon citer 'Salina' digandingkan ngan Sharifah Haslinda. Hahhh Lynn nie pun aku minat gak, tapi bila masuk 'Salina 2' ade rase cam kurang menarik sikit, watak Lynn diambil alih oleh ...... sape nama dia aku pun luper. Yang pentingnya kalau dia berlakon, rasenye blom ade watak baik yang dia bawak. Kirenya dia berjaya wat aku tak suka ngan dia. Haizzz... Berbalik pada citer Seputih Qaseh Ramadhan, haaa sambungan citer malam tadi agak lawaks... Sakit perot aku ketawa. Hehehehh... Si Fahrin lah, dia beli kuih tako yang Eja jual. Pastu balik umah, bukan dia wat berbuka pose pun, tapi untuk dia tengok2, belek2 kuih tu ngan cium bau kuih tu. Kawan dia nak makan pun dia tak bagi sebab Fahrin kate kuih tu hanye untuk dipandang jerk, bukan untuk dimakan. Tapi lastly kawan dia curik gak kuih tako tu. Hahahaha then esoknya Fahrin dok sibuk blaja wat kuih tako tu sebab dia nak bagi Eja rase hasil kerja tangan dia. Mase Fahrin bagi kat Eja kuih tako tu, Eja pun peliklah kenapa dengan tiba2 Fahrin buat kuih tako, dahle gitu kuih takonye ade yang besar ade yang kecik. Pelbagai saiz daaaa... Kehkehkehkehhh bagusssnya kalau ade lelaki camtu. Wakakakakahhh... Pastu si Fahrin nie nak ajaklah Eja nie kuar berbuka pose ngan dia. Tapi blom abis Eja nak menjawab, suami Eja nie (lakonan Arash Mohd) pun sampai. Xtually Eja nie baru kuar dari penjara kerana Eja mengaku memiliki dadah, padahal bukan dadah dia pun. Sebab nak selamatkan seseorang, sape aku pun tak tahu. Heheh sebab aku tengok citer nie pun dah episod yang ke 2 or 3. Hemm mungkin isteri Arash yang skang nie (lakonan Ifa Raziah) mengamok bila dapat tahu Arash ngan anak2 dia berbuke pose bersama Eja. Huhhh tengok je lah malam nie sambungan dia kat TV2. Tak sabo nak tunggu episod seterusnya nie... Ahaksss

Ramadhan Reuni0n...

Sabtu dan ahad, aku berbuka pose bersama keluarga di kampung. Hmmm hari sabtu aku sekeluarga berbuka pose di luar. Makan fastfood jerk, KFC makanan kegemaran ahli keluarga aku. Aku pun pelik macam-manalah family aku nie bleh suka sangat makan ayam goreng KFC. Nak kata sedap, takdelah sesedap mana pun. Bukan aku tak makan langsung, tapi takdelah macam ahli keluarga aku yang lain nie. Boleh dikatakan setiap bulan mesti nak makan KFC or Mc-Donald. Pantang ade menu baru pasti melonjak-lonjak masing-masing nak pegi KFC nie mencuba menu baru. Hehehehehhh aku plak, tak kisah sangat ngan mende2 macam nie. Kalau ade aku makan, takde aku tak kisah. Pelik!!!! Antara aku ngan ahli keluarga yang ada nie memang tak same citerasa. Banyak mende yang dimakan oleh keluarga aku, aku tak makan or tak berapa nak makan. Begitulah sebaliknya. Hari sabtu tu aku dan keluarga berbuka pose kat KFC Tampoi Indah. Tak ramai yang berbuka puasa di KFC nie. Yelah bulan pose, jarang orang nak makan fastfood. Sesekali boleh ler... Dan yang meri0hkan suasana KFC nie datangnya dari keluarga aku juga. Mana taknya, Khalisa sepupu aku yang kecik nie dok sibuk bace doa makan. Sedangkan blom lagi masuk waktu berbuka pose. Dah 3 tahun tapi bercakap pelat sungguh. Hehehehheee semua yang ade kat KFC tu gelak tengokkan reaksi sepupu aku yang sowang nie. Tak lama lagi dah taklehlah nak manja2 ngan ayah and ibu, sebab dah nak dapat adik baru 16 october nie.
Hmmm semalam pulak ari ahad, aku dan keluarga berbuka pose kat umah nenek je. Aku wat roti prata 5 kilo. Fuhhh naik lengoh tangan aku nak mengulinya. Wat banyak sebab nak diantar ke umah sepupu aku di Singapura and nak antar ke masjid depan uma nenek juga jiran terdekat. Lepas siap semua, aku masuk Singapura plak. Kali nie aku pegi naik motor je, tak kuasa nak nak naik kete. Jadi minah rempit jap. Hahahaha tapi malang sungguh sebab time balik jem gile kat Imegresen Singapura. Perghhhh setengah jam aku beratur menunggu giliran tiba. Nasib baik semalam tak panas terik. Kalau tak masak ranum aku kat imigresen tu, dah le kene tolak motor tu. Dan nasib baik gak aku sempat berbuka pose kat umah nenek. Hmmm sampai je kat uma nenek, macam2 hidangan dah sedia menunggu. Roti prata, nasi ambeng Singapura, nasi berlauk, segala macam kuih-muih, mee kari, mee goreng, kebab dan entah ape2 lagi makanan yang tak larat aku nak jamah. Begitu jugak dengan air yang pelbagai, nak minum apa pun aku fenin. Hehehehehh. Hahhh tak dilupa tamar mude dari Singapura, ehhh buah kurma daaaa. Hmmm sedap juga, tapi untuk orang yang bergigi jelah. Orang yang tak bergigi macam abah aku takleh lah nak makan, sebab mudakan so gigi kene kuat dan sihat...hehehehh.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.