~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

tRageDi 14 September 2008

Ahad pukul 09.30 pagi aku terima panggilan dari Makcik membawakan perkhabaran yang memeranjatkan dan menyedihkan kami sekeluarga. Perkhabaran yang disampaikan ialah kedai Pakcik Tik dan Abg Akim habis hangus terbakar dijilat oleh api tanpa meninggalkan sedikit pun saki baki pakaian, yang tinggal hanyalah sekadar rangka-rangka besi yang digunakan untuk menggantung segala baju, kain, tudung, dan bermacam lagi jenis pakaian dikedainya. Kesedihan itu aku kongsi bersama dengan Mak dan Abah, dan kami segera bergegas ke tempat kejadian untuk mengepohkan diri dan menyaksikan sendiri bagaimana hangusnya kedai pakaian Pakcik Tik dan Abg Akim.

Sesampai di sana aku lihat Abg Akim duduk termenung, sempat aku sape Abg Akim dan aku lihat matanya merah menandakan yang dia baru lepas menangis. Sedihhh... ye itulah kali pertama aku lihat Abg Akim sesedih itu, sebab pada malam kejadian Abg Akim baru saje berbelanja dan segala barang yang baru dibeli dimasukkan ke stor kedainya. Patutlah dia sedih sangat, tak siapa pun kan!!! Sedang aku yang hanye melihat nie pun reti sedih ape lagi tuan punye kedai. Selepas itu aku berjumpe dengan Pakcik Tik dan Makcik dibazarnya yang sedikit bernasib baik kerana barang-barang dari kedai mereka dah dimasukkan sedikit ke bazar ramadhan dan kemudiannya aku bertanyakan bagaimana boleh berlakunya kebakaran nie.

Selepas nie aku pun tak tahu lah ke mana mereka nie nak berniaga. Kedai dah habis hangus terbakar, Pakcik Tik mungkin masih bernasib baik lagi kerana dia ade 1 lagi kedai di Kukup Laut, tapi bagaimana pula dengan nasib Abg Akim!!!... Semoga Pakcik Tik, Makcik dan Abg Akim sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini, pastinya ade hikmah disebalik kejadian ini yang tidak kita ketahui...

sej0k sepeRti beraDa d 0ber D' sEa

Iskkk sejak dari mula aku bekerja kat kampeni baru nie, tak penah sekali pun department aku nie panas... Macam mana nak panas kalau dah aircon besar-besar diletakkan dalam department aku. Bukan 1 atau 2 tetapi 4 aircon besar yang membuatkan aku sentiasa kesejukkan tahap gigil dan 2 daripadanya betul-betul mengadap aku. Sampai kadang-kadang aku terasa seperti berada di negeri yang penuh dengan salji pulak.
Dan disebabkan itu aku terpaksa mengenakan baju sej0k dan st0kin unTuk mengurangkan kesejukan yang aku hadapi, dan kadang kala aku terpaksa keluar mendapatkan cahaya matahari untuk memanaskan kembali badan aku yang seakan-akan beku. Pelik aku dengan rakan-rakan sepejabat dengan aku nie, tak tau sejuk agaknye... iskkk kulit apelah yang dia orang nie pakai. Bile aku naikkan suhu ke 27 or 26, haa tak lame lepas tu ade laaa yang mengomel bising panas. Sabooo jerk laaaa... Tapi alhamdulillah, aku bersyukur dengan kesejukan ini. Cume bila time aku sakit-sakit camnie jerk la aku takleh nak tahan... Tak tahan dEk bat0k yang terk0k0l-k0kol nie haaaa... adessssss adessssss.....

Demam and bat0k pulAk daHhh...

Tuh hari aku diserang gastrik sekarang aku di serang demam dan batuk pulak... Demam ok lah sebab dah kebah and dapat M.C hamer dari d0kter 1 hari. Tapi batuk tak nak baik-baik. Naik sakit teKak, per0t, pinggang juga tulang belakang aku kerana terlalu kerap batuk, sampai termuntah-muntah aku dibuatnya... Iskkk p0se aku kiRe baTal ker??? bukAn sengaja aku munTah nie... Huhuhuuuu... taKpe aku terUskan jugAk usaHA aku berpuasa unTuk hAri-hari geTir aku nie... mAkan ubAt bAt0k kLinik tAk bAik pUn. tUh hAri mase mAk baGi makAn ubAt baT0k cap kelApa lAut ok jugAk, kurAng lah bATok Aku. haRi nie aKu nAk cAri uBat batOk cAp kelAPa lAut tu semUlA. mAkan ubAt bat0k tu laGi berkeSAn and tAk membuAt aku menGant0k. izk izk izkkkk...
dAh bat0k2 cAmnie teKak nak pulAk mAKan macAm-mAcAm. seMaLam ciK mAil bAwak baLik buAh Delima, hAhhh aku aPe lAgi belAsahhh laaa. AnggAp ubAttttt... lEPAs tu ade plAk oRang Anto buAh duKu, aku Ape lAgiii melAntAk lah lAgi. TakdelAh bAnyAk sangAt Aku mAkan, tAk saMpAi 10 bijik pUn. mAkAn sekAdaR utk rAse anD niAt buAt ubAt jEe. Hehhehee... nAsib bAik lAh Aku bAtok, kAlAu aKu tak bAt0k hAruS semaLam jugAk duKu tu hABis aku belAsah... tApi semAlAm aku baRu makan sikiT, baTok malAm tAdi N hAri ni semAkin menJadi-jAdi...Haaa rAsekannnn... c0baAn c0bAannn...

Gastrik di buLan Puasa?? 00oo00hhh tIdAK...

Alhamdulillah syukur kerana aku masih lagi berpeluang berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Semoga puasa aku hari ini sampai ke penghujung hari. Baru masuk hari ke 5 puasa perot aku dah mula meragam dari semalam dan terasa lebih teruk lagi untuk hari ini. Terasa seperti meletup-letup angin di dalam perut aku, sebu sesangat. Macam air gas yang digoncang dan dibuka penutupnya juga seperti eno yang dituang ke dalam air. Begitu lah yang aku rasa sekarang nie. Aku tak rasa lapar, tapi disebabkan keadaan seperti ini perot aku rasa tersangatlah tak selesa. Takkan aku kene gastrik kot???? Cukuplah mak aje yang kene gastrik tu... Sedawa angin jangan cakap laaa... sampai kadang-kadang aku terasa macam nak menangis bila sedawa tak menjadi, sebolehnya aku nak keluarkan segala angin yang ade di dalam perot aku nie. Rase nak muntah semua ade.... Puas ditekan dan urut perot aku nie, hasilnya perot aku masih tak selesa. Ya Allahhh jangan lah aku kene gastrik macam mak...
Tekak pulak dah mula terasa perit dari malam tadi, suara aku pun dah mula jadi parau. Terasa gatal sesangat tekak aku sehinggakan rasa macam nak digaru-garu ajeee...Nak pegi klinik malas lah pulak. Tapi sesungguhnya aku tak boleh tahan dengan keadaan yang macam nieeee. Tapi mengikut pembacaaannnn aku, ini yang aku dapattt....Huhuhuhuuuuuu...
SIMPTOM-SIMPTOM GASTRIK Penyakit Gastrik adalah kesakitan atau ketidakselesaan yang dialami di bahagian perut. Ia digelar dyspepsia di kalangan pakar perubatan. Kesakitan ini mungkin akan jadi lebih teruk selepas makan atau ketika perut kosong. Namun begitu, ada kalanya kesakitan ini tiada kaitan dengan makanan yang diambil.
Lain-lain simptom penyakit gastrik adalah kembung perut, loya dan muntah. Manakala kesakitan yang dirasai di bahagian tengah dadah dipanggil reflux. Reflux berlaku apabila asid naik ke atas, iaitu ke oesophagus (saluran yang membawa makanan dari mulut ke perut).

Sekitar Majlis Persandingan Pak Din @ Roberto Crolerto

cHikunGunyaaa????

Hemmm bermulanye cerita aku dengan musim-musim demam zaman sekarang... emmm takde lah sekarang sangat coz demam nie mengikut pembacaan aku dah melanda negara luar dulu kemudiannye barulah berkembang dengan pesatnya di Malaysia nie. Demam Chikungunya or secara ringkasnye Demam Chik or orang melayu kite kate Demam Sendi...
Dalam ahli keluarga aku, bermula dengan Abah, Mak dan Hakim masing-masing dah terkene serangan demam sendi nie. Antara mereka nie, Mak lah yang paling teruk kene. Mak yang sememangnya bergantung dengan ubat sakit lutut dan penah suatu ketika dulu tulang belakangnya beralih kerana terlalu lasak bekerja menjadi habuan Chikungunya. Bile saje kene penyakit nie lagi lah teruk jadinya. Pada hari pertama Mak kene, Mak masih mampu untuk menelefon aku yang kini menetap bersama Mak Ya di Gelang Patah, dan kebetulan pada hari Mak demam sendi tu aku pun demam same... Sesampai aku di rumah aku lihat mak dah terbaring lesu sampaikan nak bangun pun terpaksa berpapah. Tanpa melengahkan mase aku terus bergegas membawa Mak ke klinik untuk mendapatkan rawatan segera.
Sehingga ke hari ini Mak terpaksa bergantung dengan ubat anti-bengkak. Nie semua kesan daripada demam sendi tu. Buat keje pun dah tak boleh lasak-lasak macam dulu. Begitu juga Abah, pun bergantung dengan ubat tahan sakit bisa badan... Mmmm untuk waktu ini, alhamdulillah aku belum lagi diserang demam sendi nie. Cukup la Mak, Abah ngan Akim jerk yg kene. Kalau aku kene kesiannnn kat Mak kene jaga aku pulakkk... Menurut doktor kesan demam sendi nie memakan mase selama 6 bulan untuk baik. Satu jangka masa yg lama tu kannn... Ubatnya pulak sedap-sedap belaka... Ade yg kate kene selalu minum air kelapa, ade yang kene minum 100 pluss dan ade jugak yg kene makan sup jari-jemari ketam. Semua nie dah Mak ngan Abah amalkan... Semoga Mak ngan Abah cepat sembuhhhh... Aminnnnnnnnn...

miNyak nAikkkkk, berAs nAiK seMua baraNg nAik!!! 0hhHhhh tiDak...

Bermulalah kenaikan harga minyak yang melambung tinggi dr RM1.92 ke RM2.78 seliter, iaitu dengan kenaikan 78sen seliter... impaknya telah menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mengisi tank kereta masing2 tak terkecuali aku yang terpaksa menunggu sehingga 2 jam lamanya pada hari terakhir sebelum kenaikan harga minyak. Pada hari pertama kenaikan minyak nie, semua berita, radio juga rancangan mencuit hal harga minyak naik, dan sehingga lah ke hari ini semua cerita, berita, email dan ape jua corak perbualan juga bangsa membuka topik mengenai kenaikan harga minyak yg mendadak sepertinya menzalimi rakyat sendiri... Aku tak pasti sama ada percakapan aku ni betul ke tidak sebab segala apa yg aku cakap adalah melalui hati dan pemikiran pendek aku sendiri yg mungkin juga singkat pada pandangan orang lain. Secara jujur lagi kasarnya aku memang tak bersetuju dengan kenaikan harga minyak yg mendadak seperti ini, tp biasalah siapa aku untuk memberi komen ape tah lagi pandangan kepada PM kite yg dikagumi juga dibangga ramai.
Mmmm sekarang nie orang ramai berpusu-pusu ke pejabat pos untuk menuntut subsidi yg diberikan bermula pada hari sabtu yg lepas... semalam aku tengok gambar kat paper, perghhh tahap gaban punye sesak dan berjuta jugak duit yg telah dibayar kepada seciput rakyat Malaysia. Tu baru seciput utk claim bulan April ngan May, belum lagi bulan2 yg berikutnye. Tapi apelah sangat subsidi setahun tu kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yg diperoleh oleh negara kite... Tapi betul ke negara kite yg mendapat keuntungan hasil daripada jualan minyak yg keluarkan oleh negara kite sendiri??? Hasil minyak kita gred A tuuu, tp minyak yg dijual kepada rakyat, gred ape??? tak perlulah aku terangkan sebab ramai yg tau kannnn... So kalau harga minyak dunia melambung tinggi, ini bermakna melambung tinggi jugaklah keuntungan yg diperolehi... sape lah nak jawab???
Kesian kepada rakyat yg tidak berkemampuan... semakin hari harga barang naik menjulang tinggi... tapi gaji??? Lepas nie orang pergi keje naik basikal or tidak pun jalan kaki sebab minyak dah naikkan, lepas tu orang2 Malaysia nie slim2 belaka sebab harga beras pun dah naik, makanan lain pun naik... huhuuuu tak tauu laaa akuuu... apo nak dikatoooo....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.