~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Aku dpt artikel nie drpd seorang kawan aku. So saje aku nak kongsi ngan kawan2 blog aku plak. Jom same2 kite bace buat pedoman...

Ada seorang pemuda Arab yang baru selesai pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu , si paderi agak terkejut ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima pelawaan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Si P aderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kubur berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t...

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, katak, darah, kutu dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kubur yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Soleh dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Soleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia menghentikan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah memberikan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kamu marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Saiyidina Muhammadar Rasulullah." Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Tag dr Eila

Ahaaa nie dia award yg aku terima dr Eila, dah di bagi kita award di bagi plak kite kerja. Ade ke patut??? Memang tak patuttttkannnnn... Anyway nie dia 10 perkara yg aku tahu tentang Eila...
  1. Name betoi Eila : Nurfadzilah Kadir
  2. Status : dah berkahwin dan name suami Eila plak - Nor Aezam B. M Nor.
  3. Anak : ade 2 orang, 2 2 hero ok!!! Perghhh puehhhh nak hantar menantu jerk nieeee...sape2 yg berkenan kat anak Eila bleh mintak diikat dulu... ahahaha
  4. Sekolah rendah Eila di SRK Sg Durian.
  5. Sekolah menengah plak kat SMK Sri Kukup, same sekolah ngan aku daaaa...
  6. Eila penah GEMOK tauuuu, dulula mase tgktn 3 tp skang dah kurus kering sbb smua vitamin dah p kat anak dia. Kehkehkehhhhhh tp xtually mase tgkatan 4 dia dah kuruih dahhhh... Kalau tak silap aku laaaa... kalau salah tuan punye badan tolong betoikan haaaa....
  7. Tahun 2004 Eila dah mengandungkan anak pertama yg diberi nama Muhammad Afiq Zharfan @ anak Zelan sbb masuk je keje kat zelan dia mengandung.
  8. Anak ke-2 Eila lahir pd tahun 2007 diberi nama Muhammad Afeef, haaa nie mase dia keje kat kampeni lain. Asal masuk kampeni baru jerk dapat baby baru, masuk kampeni baru jerk dpt baby baru!!! yg no 3 bile pulak nie??? Dah masuk kampeni baru nie!!! MUahahahahaa tambah2 jangan tak tambah.
  9. Penah keje ngan bank, kejenye cari orang ajak wat credit card... Sampai aku pun dipujuknye...seb baik aku tak minat pakai credit card.
  10. Eila memandu selama bertahun2 TANPA ADA LESEN... Haaa jangan tak percaye ok. Tp skang dh ade lesen, kalau takde lagi memang aku p report kat polis. Ahak ahak ahakssss...
Hahhh dah cukup 10 ok... penat aku perah otak aku tauuuu... niwayyy tenkiu to Eila coz bg aku keje nie.. Hehehehee....

muSim mUngE

Haaa tengok gambo nie. Cube teka gambo nie kat mane??? Bagi mereka2 yg selalu lalu lalang kat jalan nie maybe tau lah kot. Hehehehehhh... OK3 biar aku bg tau korang gambo nie aku amik kat mane. Inilah dia satu2nya jalan nak ke rumah aku, opss silap jalan ke rumah rumah mak bapak aku. Jalan Pontian-Kukup la mane laeiiii... Cube kowang tengok pokok2 yg berbunga tu, cantekkan!!! Mase aku lalu kawasan nie, hati aku berbunga2 riangg... cewWaahhh terasa macam berada di ober d' sea plakkk sbb dikelilingi bunga2an... Heheheh... Memang best gilerlah sebab kiri kanan jalan nie ditaburi bunga2. Aiseyyyysss jiwanggg lak aku nie. Harharharrrr... Anywayy aku nie luar memanglah nampak ganazzzz tapi aku tetap sukesss sangat ngan bunga2 dan kawasan yg mendamaikan jiwe rage aku. Yezzaaaaaa siapa yg tak suke kedamaiannnkannn...

Haa hari sabtu petang tuh hari mase balik dari pengantin, aku ngan mak sempat berenti kat tepi jalan nie tau cari benih2 pokok bunga nie. Orang yg lalu lalang mase tu mesti pelikkan!!! Mane taknye aku ngan mak terbongkok2 mencari biji2 benih, kot2 ade bertaburan kat bawah pokok tu. Tapi malangnya kami tak jumpe, baru berangan nak tanam kat tepi jalan rumah kite orang plak. Takpe nanti aku cari kat tempat lain plak. Ape yee name pokok bunga nie??? Ade sesape tau tak????

Pengantin 000 pengantin

Ahaaa nie dia gambo2 pengantin yg sempat aku snap. Hahaaaa ade 2 pengantin jerkkk. Yg belah atas tu kawan aku kawin hari sabtu yg baru lepas nie. Yg pengantin belah bawah tu plak sepupu aku hari ahad yg lepas. Pengantin semalam punye aku tak dapat nak amik sebab bateri camera aku flat terus dah. Haaa gambar zapin yg atas tu mase pengantin sepupu aku kat 5 kedai. Setakat nie bila sedara mara aku kawin, depa nie suka amik budak2 zapin time pengantin bersanding sebagai pencuci mate pengantin dan tetamu yg hadir. Dulu mase aku sekolah, mase aku mengajar pastu mase aku dok kat kg ade jugaklah aku terlibat ngan aktiviti2 zapin nie. Tapi skang nie dah dok jauh dari kg, aku dah tak terlibat lagi dah. Huhuhuuuu seronok tau bile kite berzapin nie. Skang nie bile ade persembahan2 camnie aku berzapin dlm hati jerk laaa and jamu mate jelah. Nak joint same takdan lagi dahhh... Kadang2 terasa rindu pulak nak berzapin. Untuk melepaskan rindu aku dengar jerk la lagu2 yg berentak zapin.

Haaa si cilik c0mey tu plak, itu adik pengantin. Sepupu cilik aku jugaklahhh.. Hehehe c0mey plak aku tengok bile dah dis0lek dan dipakaikan baju gaun camtu. C0meykannnnnnn!!!!

Jumaat,jumaat...Jumaatttt

Haaa tengok3 cube korang teke apebende gambo yg aku amik tu??? Hahhh kalau tak kenal tak tau lah aku nak cakap ape kannnnn... Itu lah kuaci namenyeee... ehehehe skang nie aku kemaruk makan kuaci nie. Dolu2 mase zaman aku sekolah aku sukeee sangat makan kuaci nie. Kalau makan tu sampai rase kering2 bibir. Yelah kuaci nie kan masin. Kalau dolu2 zaman sekolah aku selalu beli kat kedai Pak Mat tempat aku tunggu bas time nak p sekolah pagi. Mase sekolah petang plak aku selalu beli kat kedai Pak Hamid. Haaa time tu sepeket baru 20 sen. Skang nie aku rase macam dah tak wujud lagi paket2 cenggitu. Yang nie pun aku beli pakai timbang punye. Aku beli 240g dengan rege RM3.34 aje. Tak banyak pun, nie skali hadap je nieee...

Hehehe aku p terbang ke JJ Bukit Indah sekejap tadi. Semenjak JJ Bukit Indah nie bukak, kebiasaan ari jumaat aku akan terbang ke sane. Alaaa bukan jauh pun... lebih kurang 10 minit jerk dah sampai dah. Biasa aku p ngan kengkawan aku. Tapi untuk ari nie aku p sowang jerk, sbb ramai geng2 amik M.C laa A.L laaa... ape2 jerkkk... 1 lagi yg buat aku p sensorang pasal aku nak memborong hadiah kawin kawan ngan sepupu aku utk majlis sok, luse, minggu depan ngan ujung bulan punye skali. Haaa kan borong tu namenyee. Hahahaaa... Mmmm dalam bulan nie setiap minggu aku ade jemputan kawin, kawan aku la yg kawin, sepupu aku laa, kaum kerabat semua ade... aishhhh aku nie bile lagi ehhhh... ehehehe mmm cominggg soonnnn la jawapannye... sendiri tanye sendiri la yg menjawabnyeee... Ahaksss...

Ok laaaa adios amigosss aku sambung story len kali plak... aku nak sambung makan kuaci yg aku beli tadi sambil menunggu time balikkkkkk.. yahoooo sok cutiiiiiiii....

Ape dah jadi???

Semenjak aku diserang gastrik yg sedikit teruk tuh hari sampai la sekarang nie, tekak aku ke perot aku mengalami masalah. Hurmmm malasah ape??? Mungkin pada orang lain masalahnye kecik aje, tp pada akuuuuu!!! Rase sedikit terseksaaaaaaaa... Waaaaaaaaa sebabnya aku mudah mual lagi loyeeee bila tengok makanan. Terutama sekali ikan...Eiiii kembang tekak aku nie haaaa...

Haaa 2 hari lepas, makcik aku masak kari ikan tenggiri. Bunyi je dah sedapkan!!! Aku yg tengah kelaparan nie teruslah menceduk nasi ke pinggan. Kene plak nasi panas2kan. Lepas tu aku pun cubitlah sikit ikan tenggiri yg sememangnya tinggal seiris dan aku suap ke mulut bersama nasi dengan sopannye.... opsss walaupun aku lapo aku tak gelojoh tau bila ngadap makanan. Hihihiiii. Lepas tu aku cubit lagi. Baru masuk cubitan ke-3 tekak aku dah mula rase lain pesen. Aku teruskan kunyahan tapi akibat dari kunyahan aku tu jugak tekak aku semakin rase mual dan terus aku keluarkan balik ape yg aku makan, bukan aku saje2 nak muntahkan balik. Tapi kowang tau jelah camne tibe2 memuntahkan sesuatu. Terasa ade sesuatu yg menolak dari dalam perut. Huaaa rase nak nangeh time tu pun ade, yelahhh dah sedap2 makan tibe2 jadi macam tu. Sedihhh betullll... Lastly aku makan nasi kosong jeee... sayur kangkong goreng belacan yg sangat sedap tu pun aku pandang dengan pandangan yg bernafsu je tanpa dapat dijamah lagi. Huhuuhuuuu....

Somebody tolonglah aku... Ape yg patut aku buat skang nie. Sedih tau bile tengok orang2 disekeliling kite makan dengan nikmatnya tapi aku tak dapat menikmati tu semua. Huaaaaaa.. please please pleaseeeeee...

p/s : K.Ina tolong tanyekan ngan K.Ija or Adli, dia orang tau tak camne leh jadi macam nie???

B.U.L.I

Hmmm... pelik aku tengok zaman skang nie. Saban hari pasti ada saja pasal kes B.U.L.I kat sekolah. Tapi apa nak herankannn, kat mane2 pun sebenarnya kita boleh jumpe kes B.U.L.I nie. Same je smua, ahahha termasuklah tempat keje aku. Ahaaaa... jangan kate tempat keje aku, tempat keje kowang pun mesti adekan. Jangan nak tipulah, cume samada kite perasan or tak je perkara nie.Contohnya ada je orang baru masuk mesti orang2 lame atau lebih best dipanggil veteran akan membuli orang2 baru. Tapi takdelah semuanya begitu.

Okey berbalik kepada cerita pasal B.U.L.I disekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mencadangkan supaya konsep junior-senior di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah faktor penyumbang kepada kejadian gengsterisme di sekolah. Kowang rasalahkan, cadangan nie berjaya ke tak??? Sebab pada aku bukan kerana konsep junior-senior nie sebenarnya masalah B.U.L.I nie menjadi2. Tapi kerana disiplin para pelajar tu sendiri. Aiskkkk aku pun tak tau lahhh budak2 zaman sekarang nie, dulu mase zaman aku sekolah dulu takdelah seteruk ini. Tapi sekarang nie makin hari semakin menjadi2 pulak. Bahkan hampir setiap hari ade saje berita pasal B.U.L.I di sekolah. Jangan kate dari sekolah asrama biasa, ade jugak yg datangnya dari sekolah asrama agama. Haaaa macam mane tu??? Nak salahkan didikan sape nie???? Guru, Ibu or bapa or keluarga???

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.