~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Majlis Kenduri Muhammad Aqil Thakif Muhamad Rizal

Hari sabtu selepas aku bertugas kat Majlis Khatam Al-Quran di Parag0n H0tel, aku terus sh0ot ke K0ta Tinggi but b4 tu aku amik Mak ngan Nenek kat t0l Perling je, c0z C. Ijan dah tol0ng antarkan mereka ke situ. Kalau dak mau huru-hara gak hidup aku ari tu. Jauh tu and penat tu nak ulang alik ulang alik. Seb baikkkk C. Ijan ngan M.Ogy sudi nak men0long jadi mudah la sikit keje aku kan. Then lepas tu sampai kat Kota dekat2 kul 3 gak la. Sampai2 0rang marhaban pun baru je sampai,alahaiii ingat sampai2 terus makan. Huhuhuuuu seb baik lepas wat keje kat h0tel aku dah melantak sakan. Cume kesian kat Nenek, Mak ngan A. Long aku, pasal dia orang dah simpan perut dari uma laei... Hehehe... So siap2 marhaban pesemua lebih kurang kul 4.30 petang. Haaa time tu la baru dapat makan, aku pun ape lagi bedal la lagi sekali. Lagi2 soto kan mmg peberet aku pun. Hihihihiiiii... sedap sehingga menjilat jari.. yum yum yummmm... Then lepas je semua siap aku pun shoot balik uma Nenek semula.

Majlis Khatam Al-Quran

Nie dia gambar Majlis Khatam Al-Quran anjuran Yayasan Islam Terengganu dan kampeni aku. Tapi byk gambo posing nie dr gambar budak khatam. Hehehe... biasa laa aku dan kawan2 yg pantang jumpe camera. Gini la jadinyeee... seb baik korum x cukup, kalau cukup hentah pesen ape lagi gambo kami nie haaa.. Ntah ape2 jerk la kami nie kan. Tajuk sikit punye bestttt.. sekali tengok gambar aku yg banyak. Nak buat camneee.. dah time bertugas xdan nak amik2 gambokan, tu pun seb baik kawan aku sempat snap 1 gambo bebudak tengah mengaji. Harapkan camera aku,langsung xde gambar budak2 khatam. Ade gambo yg budak opis aku amik, tp dia belum download lagi kat kampeni punye web. So malas nak tunggu korang tengok jela gambo yg ade ehh...

Its So Sad

Pagi tadi sebelum aku kuar menghadiri reasel penuh di Paragon Hotel utk Program Khatam Al-Quran anjuran kampeni aku, aku mendapat 1 berita yg sangat sedih pd pendengaran aku. Arien, kawan aku mase belajar amik diploma dulu bg tau yg anak dia yg no. 2 menghidapi penyakit autisma. Ya Allahh, terus tersentap aku dari lamunan bila Arien bg tau mcm tu. Terus sebak dada dan menitis air mate aku mengenangkan nasib Arien, sungguh aku kasihan kat Arien, Ed dan anak2nya. Arien juga kawan2 yg lain memang rapat dan kami dah macam adik-beradik, suke duke kami tempuhi bersama ketika belajar dulu. Macam mane aku x sedih bile dengar berita macam nie. Bagaimanalah Arien menghadapi ujian nie semua, anak Arien yg ketiga menghidapi jantung berlubang dan skarang anak yg kedua pula menghidapi penyakit Autisma. Ya Allahhh.. sangat besar dugaan mu buat sahabat ku Arien. Tiada lain yg mampu aku buat utk Arien, hanye sekadar kate nasihat juga semangat utk dia meneruskan kehidupan ini. Aku doakan agar kawan2 aku, Arien juga Nolie yg mempunyai anak bermasalah dengan panyakit jantung berlubang juga penyakit autisma, korang banyak2lah bersabar. Aku dan kawan2 lain sentiasa ade dibelakang korang... kami doakan korang tabah menghadapi segala dugaan ini dan semoga anak2 sedara aku nie akan sembuh dari penyakitnye.. Aminnnnnnnnnnnnnnnn...

Dan dibawah nie sedikit info pasal penyakit Autisma... Selamat membacee...

Pengenalan

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :

  • Komunikasi
  • Tindak balas sosial
  • Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal.

Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

Tanda dan gejala

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

Komunikasi

  • Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
  • Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
  • Kurang cerdas semasa bermain
  • Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain

Tindak balas sosial

  • Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
  • Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
  • Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
  • Suka bermain sendirian

Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

  • Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
  • Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
  • Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
  • Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

  • Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
  • Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
  • Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi

Rawatan

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

  • Membaiki kemahiran sosial
  • Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
  • Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
  • Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.

Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

  • Kelakuan ganas
  • Hiperaktif
  • Kebimbangan yang mungkin timbul

Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :

  • Terapi pertuturan dan bahasa
    • Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak
  • Cara pulih kerja ( occupational therapy )
    • untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
    • berbagai rangsangan pancaindera / deria
  • Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
    • Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas
  • Pendidikan khas
    • kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )
Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration ) Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Story lagi

Semalam balik keje terus amik M.ya ngan C. Mail kat uma mak C. Mail. Lepas tu on the way balik M.ya yg tengah sibuk2 berpotpet ngan kawan dia by phone tibe2 mengarahkan aku melajukan kete. Iskk ape kes M.Ya nie tetibe jekan. Lepas tu aku nie still la bawak perlahan, paham2 jela jalan basah pastu kete banyak pastu plak jalan berselekoh turun naik bukit plakkan, mane dan aku nak bawak lelaju. Then lepas tu M.ya paksa gak aku bawak laju, rupe2nye M.Ya aku nie sakit perot. Aku ngan C. Mail ape lagi, berdekah2 ketawekan M.Ya. Naik meleleh air mate aku, pastu M.ya pun simpul2 la ujung tudung dia, kompom nie mesti M.ya aku buat mcm mase aku kecik2 dulu. Alaa dulu kalau time sakit2 perut kat tengah jalan ke kat mane2 ke tak jumpe toilet, mak mesti ajar suruh bace ayat yg satu itu.. korang xkan x penahkan... ayatnye camnie "simpul simpul baju tersimpul t*&# aku" ehhehe.. kononnye sangat berkesan la kan ayat tu.. Hahaha.. Sesampai je kat uma, M.Ya aku nie terus melepaskan hajat dia. C.Mail yg sakit tu terkontang kanting turun kete sendiri. Hehehe...

Tapi cite diatas tu sekadar selingan utk korang ketawe hilangkan stress, mcm aku nie ha.. dan tak mustahil korang penah alaminye jugakkan. Aku?? Bohong kalau aku kate aku tak penah. Hehehe.. ok berbalik pada cerita asal yg nak aku cerita, semalam lepas antar M.Ya ngan C.Mail aku terus ke uma kawan baik aku yg baru lepas bersalin pada 25 Oct 2009 yg lepas, seb baik uma dia 1 taman ngan uma M.Ya aku. So senang la sikitkan nak pegi, kalau x haru gak petang2 bute nak p redah uma org tgh dlm pantang nie. So semalam singgah kejap je kat uma K.Sal tu. Tengok baby dia ngan baby akak dia kejap. Comei gile anak dia, aku sampai anak K.sal tengah membute. Sepatah kate bos aku, "muke anak Saleha tido sebijik mcm mase Saleha tido" ahahah pasal K.sal nie suke tido kat opis, x kire ade bos ke takde ke dia main belasah sebarang jerk...

Ok selamat menjamu selera, tu dia ade gambo anak si K.Sal nie, aku pun menjointkan diri bergambo ngan baby kecik nie. Name anak K.Sal tu Khairunnaqibah bin Saharman dan yg sorang lg tu anak akak dia, namenye Aqilla.

Ape Kes!!??!!!

Huarghhh... (nie aku sangap besar2an punye, xleh kawal. Hehe hisk anak sap0 la nie) Aku x tau ape kene dengan aku 2 hari kebelakangan nie, aku dah terkene penyakit susah nak tid0 plak agaknye. Malam semalam b0leh lagi la aku tid0 event aku asyik terjaga je, adela dalam 4 ke 5 jam aku tid0 but malam tadi plak aku rase just 3 jam je aku tid0. Kul 11.15 aku tid0 then 12.30 aku dah terjaga,pastu nak lelapkan mate balik punyela payah. Sampai kul 2.30 aku masih x b0leh nak menidurkan diri. Penat aku pejam kel0pak mate aku and bef0re tu amik air sembahyang sekali tapi tid0 x jugak, mate ngant0k tapi x tau la ape yg membuatkan aku x b0leh tid0. Nak kate aku ade masalah besar tak jugak, kebiasaannye walau sebesar mane masalah aku pun, kalau dah ngantuk cukup time k0mp0m aku tid0 x sedarkan diri. Lepas tu aku x tau kul bape aku tertid0 selepas kul 2.30 tu tau2 aku sedar jam dah dekat kul 5pg dan selepas itu terus aku tak boleh nak tido. Kul 6.30pg aku terus bangun siap2 pesmua and kul 7.30pg aku dah tercat0k kat 0pis ses0rang diri.

Skang nie keje aku asyik sangap jerk but still menten celik lagi, ehehe..kalau aku letak kepala kat 0pis 0r kat surau 0r kat uma 0r kat bantal empuk sekali pun belum tentu aku b0leh terus tid0 sekarang nie. K0mp0m x b0leh punye, begitulah kebiasaannye aku kini. Kalau mase aku kat tempat keje lame haa jangan cari pasal. Serius mase kat tempat keje lame, aku penah terlajak tid0 dari kul 2.30ptg sampai ke 4.30ptg kat dalam surau itu pun nasib baik ade Kak Ket t0l0ng kejutkan aku. Kalau dak harus sampai ke malam aku tid0 x sedarkan diri. Sekarang lak punye pesen kalau dah ngantuk sangat bukannye aku b0leh terus tid0. Ade sesetengah 0rang aku teng0k letak kepala terus zzzzzzzzzzzz. Nie bukan 0rang lain, M.Ya aku macam nie. Mak 0iii mudahnye dia tid0. Sedangkan aku??? Terpaksa terkulat2 terpisat2 0r kene berangan2 dulu barulah b0leh lena. Opss bukan aku s0rang rupenye begitu, ade gak kawan2 aku macam tu. Hehehe pada mereka yg begitu, we are same. Huarghhh ad0iii.. nampak gayenye arinie menjadi ari "sangap day" untuk aku.

Manusia GILA kerana CINTA

Cerita lanjut di Mazidul dan MediaMalaya.

Manusia menjadi gila,lupa daratan, lupa keluarga, lupa tanggungjawab yg diamanahkan kepada mereka hanya kerana cinta dan inilah yg telah berlaku kepada ibu arwah adik Aaliyah Aiman. Dimanakah sifat keibuanya selama ini? Tidakkah pernah dia terfikir bahawa anak itu adalah amanah yg perlu kita jaga sementara hayat dikandung badan. Subhanallahhh... aku sangat terkilan bila ade ibu bapa seperti ini, tidak memikul tanggungjawab dan menjaga amanah yg Allah bagi kepada mereka. Tidakkah dia tahu bahawa betapa besarnya pahala jika dia mendidik arwah dengan sempurna.

Sungguh aku tak mengerti manusia zaman sekarang nie, yelahkan MANUSIA AKHIR ZAMAN.. yang ade anak senang2 dibuang tapi bagi mereka yg tidak punye anak bersungguh2 mahukannye. Wahai sekalian yg membace tulisan aku yg pendek nie, kalau korang tak mahu memikul amanah yg Allah bagi pada korang bagilah anak korang tu pada orang yg benar2 mahukan anak. Jangan sesekali korang buat anak korang macam nie. Ape salah anak2 dilakukan seperti ini!!! Mereka hanyalah pinjaman sementara untuk korang. Fikir2kan sebelum melakukan sesuatu. Jangan kerana cinta anak dijadikan korban. Subhanallahhh... Moga aku dilindungi oleh-NYA dari menjadi manusia kejam seperti ini. Aminnn...

Rempit iN d' Hujan

Gambar dipetik 0leh M. Ya ku yg sangat sp0rting.

Hahhh jangan tak caye semalam adalah hari rempit utk aku. Padan muke kene ujan, suke sangat merempit mandilah hujan. Hihihi xtually bukanlah aku suke merempit, tapi 0leh kerana kereta aku kehabisan bateri dan aku tak berkesempatan utk menukar bateri kereta aku beberapa hari nie s0 terpaksalah aku meminjam m0t0 M. Ya pegi keje. Kebiasaannya aku pinjam kete Pakcik aku C. Mail tapi 0leh kerana hari tu dia nak gunakan kete dia, M. Ya dengan baik hati telah meminjamkan m0t0nya kepada aku. Nasibbb baik ade M. Ya kalau idak terpaksalah aku buat muke sep0sen menelef0n kengkawan yg sudi menumpangkan aku.

Best gak sesekali pegi keje naik m0t0 nie, b0leh merempit dengan br0ther2 dan juga pakcik2 yg seb0k nak pegi keje tu kan. Kebiasaannya aku hanye memandang saje dia 0rang nie bawak m0t0. Haa sekali semalam aku telah menj0intkan diri merempit bersama-sama mereka. Hihihi ser0n0kkkk giler. Yang x berapa nak bestnye bile petang semalam dlm kul 4.30 hujan turun mencurah2 berserta dengan guruh, jadi kecut plak perut aku nak meredah hujan dengan menaiki m0t0. Tapi syukur kepada-NYA kerana telah meredakan hujan pada pukul 5.30 petang semalam, dan guruh pun kurang mase perjalanan pulang aku tu, sampai kat uma siap mintak t0l0ng M.Ya amik gambar lagi. M.Ya kate, "Dah basah2 pun seb0k nak bergambar lagi". Hihihi M.Ya nie mcm x paham lak kan aku nak masukkan cite merempit dalam bl0g aku nie. Kannn... Ape pun it was a w0nderful mem0ry in my life, "Rempit in D' Hujan". Ade peluang aku nak merempit lagi.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.