~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Projek Godak Menggodak

Yihaaaa.. rabu lepas aku telah membuat blueberries cheesecake, ini semua gara2 melihat kazen aku si Zura ratu cooking menguking telah berjaya membuat ini cheesecake. Wowwwww aku pun ape lagi, yg sekarang ni memang selalu je teruja melihat resepi2 di internet ape lagi bile dah nampak hasil di depan mate yg hasilnye teramatlah sedap, mabeles mr loba loba dan yg memukau kalbu dan menggiurkan anak tekak aku....

Haaaaaa... dan aku telah meminta resepi blueberries cheesecake ni dari Zura. Ohhhh yeayyyy lunch hour hari rabu lepas aku terus zassssss bersama-sama kawan aku CTsitusanesini juga Nananurgaya ke kedai kek Perling. Hoyeayyyyy masuk2 itu kedai, wowwwww macam2 adooo... lagi lagi la aku teruja nak membuat itu cheesecake, dan dengan lajunye zasss zasss aku mengambik segala bahan2 yg diperlukan. Siap beli spring form hokeyyyyy tp bersaiz 10" laaa aku cari yg 8" punye non ado. Oleh kerana aku mmg dah lama verangan nak memiliki ini spring form yg berharga 32 hengget maka aku tetap rembat jugak itu spring form. Besar pun besarrr la janji aku dapat.

picca dr enchek google, sejibik sejibon mcm yg aku beli

Amboiii panjang pulak mukadimah aku yee... dah jom belek resepi pulakk...

BLUEBERRIES CHEESECAKE

BAHAN BISCUIT

  • 200 gram biskut marie/digestive biscuit
  • 100 gram mentega, dicairkan

BAHAN CREAM CHEESE

  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 2 sudu kecil lemon essence
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal ( jenama NUR or HALAGEL)
  • 125 ml air suam
  • 200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
  • Blueberries tart filling yg jual dlm tin tu…ataupun aper2 buahan pilihan hati ler

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Biskut marie/digestive dihancurkan (guna food processor, uma aku takde mende alah ni aku tumbuk pakai lesung batu je lagi cepat), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) seeloknye tp aku guna 10" dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.

2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan lemon essense putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.

3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.

4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan blueberries dan hidangkan..

TIPs untuk keluarkan cheesecake dari loyang, basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, layur pisau atas api sekejap atau celup pisau dlm air panas kemudian lap pisau dan potong.

Sekarang meh tengok hasil blueberries cheesecake yg aku buat, haaaa nampak takkkk??? Tipisss je lahaiii... apsal??? Haaa tu pasal aku pakai spring form yg 10" tu laaaa.... ahahahaha kesiannnnkannn jadi tipis mcm tu, tp xpe yg penting jadiiiii... ohhhh yeahhh i likeeeee....

Selamat mencube untuk semua, sangat sedap ok.. sepatah kata Nananurgaya "lepas ni Secret Recipe tutuplaaa..." ahahahaha

Hokey tidak habis disini je projek aku, ade lagi 1 resepi... tapi ni mudah dan simple yee...

JELI BUAH KONNYAKU

Bahan-bahan:-
  • 1 pack jeli Konnyaku
  • 1 tin buah campuran (optional)
  • 1250ml Air
Cara-caranya :D
  1. Masukkan buah-buahan campuran ke dalam bekas acuan, dan letak tepi.
  2. Masukkan konnyaku dalam periuk, dan masukkan air juga air dari dalam tin buah
  3. Masak dengan api yang besar sampai mendidih, sentiasa dikacau ok supaya serbuk jeli tak berketul
  4. Bila dah didih kecikkan api dan masukkan malic asid (ni dah sedia ada dlm paket konnyaku), kacau sampai sebati.
  5. Bila dah sebati, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas acuan.
  6. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Macam-macam sudahhh

2 bulan 6 hari?? Heeee syukurr alhamdulillahhh lepas ni 2 tahun pastu 20 tahun dan seterusnya, insyaAllahh moga2 ikatan yang dibina ini akan kekal hingga ke syurgaMu Ya Allah. Sejak menjadi isteri orang ni, bila status dah berubah soalan yang ditujukan juga turut berubah. Kalau dulu mase bujang jumpe je kengkawan or sedara mara yang jarang jumpe kompom soklannya,

"Bile nak langsungnye ni?"

Sekarang punye trend soklan pulak,

"Dah ade isi ke belum?"

Ayoooo isi perot adelah, belum rezeki kami lagi. Ade ke orang dah kawin xmo baby??? Both of us memang mengharap dikurniakan baby cepat. Lumrah kehidupankan, nanti kalau dah ade yg pertama, kompom soklannye akan berubah lagi.. contohnyee...

"Bile nak tambah lagii..."

Haaaa see see see... aku dah kate soklan mesti berubah punye. Tak yah kate orang lain, pasal aku pun macam tu jugak. Heeeee.... tapi takdelah sampai over actingkan. Beragakla weiiiii...

Opssss yang sebenarnya bukan ini yang aku mau ceritakan. Aku mau ceritakan ape yang aku belajar sepanjang aku menjadi isteri kepada Enchek Hubby ku. Ok ye kawan2, ni pengakuan ikhlas dari aku... ketika zaman bujang aku, aku ni takdelah pandai sangat memasak, pandai sikit2 jela oleh kerana malas tu terlebey so aku buat2 tak pandai. Kalau balik uma mak aku, boleh dikire dalam setahun bape kali je aku memasak untuk keluarga aku. Kalau masak pun pasti dengan bantuan mak aku. Boleh dikatekan agak malas jugaklah aku ni nak turun ke dapur. Aku lebih suke mak aku masak, konon2 balik kampung mau rase air tangan mak, padahal... M.A.L.A.S sebenarnyeee....

Kalau ade kenduri kendara kat uma mak aku or uma nenek aku, aku lebih prefer menjaga sepupu2 aku yang kecil. Lagi la terbukti pemalasnye aku ni kan. Ni kes nak mengelak kene masak ok, ahahah kate orang taktik nak mengelat tu mesti ada weiii. Akaiiii mesti panjang, haaa tirulah cara aku ni kompom korang terlepas dari memasak hokey (oooooo sangatla tak bagussss ok ikut cara aku ni). Makcik2 aku juga sepupu aku yang dewasa, iskkk opkos mereka dah tau taktik aku ni. Hahahaha kalau dah sepanjang tahun ini aje taktik aku kompomlah dia orang tau kan. Muahahaha ade aku kisah, dan dia orang pun tak kisah as long as ade orang jaga anak2 mereka ketika mereka sedang sibok bersilat kat dapur.

Dulu selalu aku cakap kat kazen aku, "ala ape susahhh kedaikan banyak order je ape mau" Bile aku cakap macam tu, mak aku selalu marah aku. Heeeee but now i'm totally change... Nie antara isi email yang aku dapat dari kazen aku.

"Ingat dulu ko cakap beli ajer lauk / kek / kuih kat kedai berlambak...see you CHANGED!!! A positive changed in fact...good for you!!!

Dipendekkan cerita, syukur alhamdulillah sepanjang aku menjadi isteri kepada Enchek Hubby ni, dah macam2 lauk yang aku masak untuk Enchek Hubby. Termasuklah makanan yang tidak aku makan. Kalau dulu aku terlebih malas skarang uiskkkk dah rajin dah. Hehehehe takdelah rajin mane, tapi bila dah dok uma sendiri kemalasan tu terus bertukar menjadi R.A.J.I.N. Seriussss rajin hokeyyyyy... setiap hari aku akan masak menu berlainan pasal aku tak suke makan benda yang sama untuk 2 hari berturut2 dan paling penting aku tak mau Enchek Hubby aku jemu ngan menu yang same setiap hari. Kalau selang 4 ke 5 hari takpelah lagi. Nak jaga suami kene jaga perotnya dulu ye kawan2. Paling penting makanan yang korang masak dah sah2 bersih. Betul tak!!!! Dah banyak aku membebel jom tengok resepi yang aku masak semalam.

SAMBAL TUMIS SOTONG

picca ikhsan dr mr. google

Bahan-bahan

500 gram sotong putih (di potong kecil)

100 gram cili kering (25 btg ni kalau uma takde penimbang ha ha, men agak je weiii)

10 biji cili padi

6 ulas bawang kecil

1 ulas bawang besar (dipotong kasar)

3 ulas bawang putih

2 keping asam gelugor

1 helai daun Limau purut

2 btg serai dititik

Minyak masak untuk menumis

Gula, Ajinomoto aka pak aji dan Garam

Cara Memasak

Kisar cili kering, cili padi, bawang kecil dan bawang putih sehingga halus.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak cukup panas.

Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali dan tumis sehingga naik minyak.

kemudian masukkan serai, daun limau purut, bawang besar, asam dan sotong. Masak dengan api sederhana sehingga sotong benar-benar masak.

Masukkan garam, gula dan pak aji secukup rase.

Dah didih rase dah sedap boleh terus hidang.

Selamat mencubaaaa....

resepi ni aku amik dari AnjungWeb dan aku modified sikit. Hehehe suke2 hati aku kan tokok tambah bahan. Tapi yang penting Enchek Hubby kate sedapppppp....

Haaa Leka Lagi

Ok xtually ini cerita telah berlaku last week lagi, ngam2 soiiii kul 1.30ptg bertempat di JJ Bukit Indah di lot parking kereta dan ketika itu hujan renyai2 sedang turun menyimbah bumi dan menyiram pokok. Hamboiiii ayattt tak bleh blah... ahahahaa....

Syok2 je berbelanja ngan officemate aku CTcitucanecini sama Nana Nurgaya macam takde pape yang akan berlaku (opkos gumbira2 psl xtau ape akan terjadi selepas itu). Selesai berbelanja kami pun dengan gumbiranya (yelaaa baru lepas berbelanja sakankannnn), Nana dengan lenggang kangkungnya, CT dengan terkial2 menolak troli yg penuhhh sesangat ngan barang2 belanja kami dan aku pulak dengan lenggang Mak Limahnya menuju ke kereta terchenta. Eewaahhhh...

Masuk2 kete aku cube nak start enjin kete tapi tetibe idung aku terbau mcm ade bende hangitttt tak hengat menyengat ke hidung then terus tanye ngan CT & Nana. Tapi mereka 2 org ni kate takde ape2 bau pun

(Hiskkk hidung jenis ape dia org ni kan, bau hangit punye kuat bleh tak berbau) dlm hati jela aku berkate2 ahahahaa... terus aku berfikiran2 sekejap mengingat kembali mase pemanduan aku sepanjang perjalanan dr opis nak ke JJ. (ya ya yaaaa teringat mase dalam perjalanan mase nak naik ke highway lampu aladin kete aku menyala kejap lepas tu sepanjang jalan idung aku dah berbau hangit). Ok sudah ingat... aku terus turun dari kete and terus bukak boot depan kete, terus cek minyak hitam. Korang tau ape sudah jadi???? ooohhh tidak tau kannn!!!! Meh sini aku teruskan penceritaan aku.

Cek punye cek belek punye belek rupe-rupenye kete aku kekeringan minyak hitam. Haaaa hamekkkk ko, tu diaaaa dapat sedasss dibagi dek kete. Sape suruh dok leka selepas jadi pengantin. Hu hu huuuu.. serius selepas aku menjadi raja sehari tak penah langsung aku jengah enjin kete aku tu. Kalau dulu sebelum aku pegi keje, 2 minggu sekali setiap pagi sebelum pegi keje aku akan cek minyak hitam, takat air dan sewaktu dengannye. Ini idak keje aku dok cek resepi masakan masakan masakannnn... kereta yang bertanggung jawab membawa aku ke sane ke mari non ado aku cek. Hu hu huuuu jangan ikut macam aku ok kawan2 sekalian.

Lepas kompom minyak hitam kekeringan, aku jadi agak kalut nak mencari minyak hitam kat mana. Si CT mencadangkan supaya aku menelefon Kak Sal pasal husben dia ade bukak bengkel. Tapi aku takmo pasal mengenangkan husben Kak Sal pun kire jauh jugak dari tempat kejadian. Pikir punye pikir terus aku mencari no telefon budak opis aku Hadi. Ohooo kebetulan dia pun ade kat JJ jugak tengah makan. Pastu aku citelah kat dia ape terjadi, pastu terus aku tanye kat dia sama ada kete yang dia naik tu ade stok minyak hitam ataupun tidak. Tapi biasalaaa nama pun keta projek mane nak ade simpan stok2 bagai. Pastu aku tanye kat dia kat mana ade jual minyak hitam, si Hadi ni pun cakaplaa yang kat tingkat 3 JJ tu ade jual. Langsung aku tak teringat JJ ade jugak menjual minyak hitam, kalut punye kes terus lupe semua dah. Makaaaa berlari2lah aku ke tingkat 3 membeli minyak hitam, si CT same si Nana pulak pegi tanye kaunter tiket pasal kite orang dah buat pembayaran. Ngam2 ho minyak hitam kat JJ tu tinggal sebotol, perghhhh cube korang pikir ape jadi kalau minyak hitam tu dah habis??? Haaa pikir2...

Pastu settle je aku tuang minyak hitam tu yang ketika itu hujan renyai2, Hadi pun sampai sekali dengan En. Mazli

(xbos aku ni dulu, skang sudah pindah dept lain... nak jugak cite ahahaha). Lepas menunggu beberapa minit aku cube start kete aku. Yehhhh hidupppp TAPIIIII sebelum itu sempat kite orang ni kuar dari kete semata2 nak berposing sakan. Hehehehee...

dan ini la pulak hasilnye... ahahaha sudah terlepas dari kalut sama masalah kite possing duluuu sebelum balikk.. hoyeahhhhh

Beria2 je si Nana ni menunjuk-nunjuk... entah ape yg ditunjuknye kat aku... ahaahahaa acting mesti lebeyyyyy
Yahhh berusaha untung menuang minyak hitam...
Tengok habis basah baju aku tu ha. Tuang punye tuang ngapa tak kuar2 minyak itu?? Hahaha... kate actinggggg

Buhsan Sudehhh...

BUHSAN BOSAN Oohhhh bosanovaaaaa... hi hiyaaaaaa

Bukan buhsan pasal dah kawin hokeyyy tp aku dah buhsan tengok aku punye template blog ni.

Rase tak meriahhh beno mate aku menengoknya

sudah feeling2 mau tukar yang baru

Mau kaler ijo pulak

TAPIIII

Sesi pencarian belum berjayaaa

Aku mau template kaler ijo plus 3 column

2 column ako tamoooo

Kalo mauu dah lama aku tukar yang 2 column punyaaa

Yahhhh aku mau teruskan pencariannnn

aDieyZa Wedding Anniversary GiveAway!!!

Joint GA yg bukan GA bluee... GA pertama selepas aku wawen...

yezzaaaaa

Jom joint reramai sementara stok masih ade..

ehehehe

Honeym0on 00hh yeah h0neybuLan

Ini N3 terperap ye kawan2, baru nak post selepas berkurun2 lamanya bersarang dlm draft section. hu hu hu

2nd honeym0on aku yg pen0h pancar0ba.. cewwaaahhh... Permulaan perjalanan berjalan dengan lancar bermula dengan bacaan doa pastu memasing naik ke bas yg telah ditetapkan. Ada 6 bijik bas semua sekali ye, aku dan Enchek Hubby naik bas ke-3 iaitu bas C.

Belum jauh perjalanan, aircon bas yg aku naik losak. Maka bermandi peluhlah kami di dalam bas. Sampai kat R&R Machap bro driver bas konon2nye membelek sakan. Pastu takleh gak buat, then ketua rombongan buat keputusan supaya kami berpecah dan masuk ke bas lain yg sememangnya ade kekosongan 1 or 2 tempat duduk. Maka aku dan Enchek Hubby telah ditempatkan di bas B. Oohhh tak kisahlah asalkan kami ber2 tidak dipisahkan, he he he bukan apeeee pasal aku tak berapa nak kenal ngan budak2 tempat kije Enchek Hubby. Ok bile dah naik bas B ni pulakkk sampai di suatu kawasan Segamat... tiba tiba dengan sepantas kilatnye driver bas telah memberhentikan bas ditepi jalan dan terus turun dari bas.

Haaaa ni la jadinya, bas B pulak timing belt aircon putus. Nasib baik pakcik driver bas tu ade bawak timing belt spare time, so dengan gigihnye pakcik tu menukar timing belt tu. Godak godek godak godek haaaa jejak 1 jam kite orang menunggu di tepi jalan. Tengok je gambar kat atas tu, tukang tengoknye ramai tp yg merepairnye sorang je termasuklah Enchek Hubby.Sampai2 Bukit Gambang (BG) dah petang lebey kurang pukul 4.30pm. Padahal kite orang bertolak dr JB pukul 8.30 pagi.

Dah lepas check-in mandi mande pastu terus rayau2 kat BG. Xde ape pun time2 petang just ade pasar tani kecik pastu dlm kul 6pm barulah tempat2 game bukak. Ape lg Enchek Hubby dan kawan2nye amik peluang main snooker. Pastu mlmnye plak ade Dinner and game. Enchek Hubby & kawannye dpt tempat pertama dlm game yg disertainye.

2nd day seawal pagi afta bfast sukan air dijalankan.

Afta sukan air bermula aktiviti bebas, maka bermula jugalah permainan yg boleh membuatkan aku keluarkan segala isi perot plus tobat aku nak naik mende alah tu semua. Tobatttt weiii terutamanya permainan yg ala2 mcm superman tu ha, tree top hill slides namanya. Tu yg pertama dan yg terakhirlah aku naik.

picca from enchek google

Haa korang tengok gambar belah kiri tu haa, terbangkan??? Macam tu lah aku mase naik mende alah ni, tp aku rase time aku lg tinggi terbangnye woooo, 2 kali aku terbang mcm tu sampai aku rase mcm nak terbang ke lane sebelah. Aiyoooo tobat nasuha aku nak naik lagi mende alah ni.

Haaa ini pulak Galaxy Slide selain tu ade gak Canopy Side, Crystal Slide dan Family Raft Ride (yg terpanjang kat Malaysia ok) Semua ni aku naik, tp idaklah sampai boleh tercabut nyawa aku mcm tree top hill slide tu. - ini picca pun enchek google

For the 2nd nite, aktiviti bebas.. suka hati korang mau bikin ape. Lepas dinner aku ngan Enchek Hubby pegi perabehkan duit ngan kalaoke pastu main game. Pastu ade pulak ahli silap mate, so layannn jugak.

Ini picca saje untuk menggamit kenangan dolu2 kale mase zaman belajo. Rajin aku ngan kengkawan pegi race Daytona same Moto tu ha untuk release tension.

Haaa tu dia pasangan pengantin baruuuu... ehehehee we all pengantin sebulan and yg pasangan 1 lagi tu pengantin baru seminggu. Puehhh kene giat dlm bas.

Sempat grap baju kapel sepasang, Bukit Gambang special edition punye. Hahahaha

Pastu time balik... ha hamekk ko sekali lg bas yg aku naik losak.. Tp seb baik setengah jam je, kalo idak mampuihhh fengsan kami kat tepi jalan tu ha. Tu gambar pembakar jantung berjaya. Hehehehehee....

Hadiah Anniversery ohhh yeay

Alhamdulillah... sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara. Syukur ya Allah....

Semalam jumpe kawan aku 1 sekolah, geng nakal mase amik dip dulu. Dari minggu lepas lagi cadang nak jumpe kawan aku ni ha, tp asyik tertangguh je mcm la keje jauh sangat memasing padahal opis Si Syidod ni ngan opis aku berdepan je ha. Tu pun susah nak jumpe pasal memasing ada komitmenkan. At the end semalam dpt jumpe kejap sambil2 si Syidod ni nak mencuci mate menengok gambo kahwin aku. Then before balik sempat dihulurkan hadiah untuk aku, amboiii dah sebulan aku kawin baru nak bagi. Hehehe tapi takpe aku suke jeeee, asalkan orang memberi dengan hati yang ikhlas, ye dakkk!!!

Sudah gitu, pagi ni... sorang opismate aku plak datang2 department aku ngulurkan hadiah. Kite orang 1 opis okey cume len len department je. Opismate aku ni, asyik lupe je nak ngantar hadiah ke aku. Sudahnya sampai sebulan barulah terhantar ke meja aku haa.. Hahahaha hadoiiii kelakoo betulla, ini kire hadiah anniversery sebulanlah kirenya.

... tidak sampai di sini je pasal apeeee... ade lagi 3 4 orang kawan aku yg masih tak sampai2 hadiahnye ke tangan aku. Kes same je macam kawan aku yg kat atas tuh ha. Asal nak jumpe je, elok2 planning tetibes tak jadi pulak. Kalau tak aku yg ade hal, kawan aku tu plak yg berhal. Huhuhuuuuu boleh plakkk mcm ni kan. Tp kire oraitlah pasal aku dapat hadiah sepanjang bulan. Kalau selama setahun mcm ni, wahhh penuh uma aku ngan hadiah kahwin. I like i like i likee.... sape lagi mau bagi hadiah kahwin kat aku, haaa bagi la bagi laaaa.. aku suke aje. Waakkakaka...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.