~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Ketang Ketung Di Petang Hari

Hokeyyyy ini hari aku mau tepek resepi iniiiii... Ini resepi pertama yang aku buat selepas kahwin tuh hari. Kire dah lama gak laaa resepi ni terperap dalam draft box aku. Hehehehee.... Resepinye sangat mudah ye kawan, yang tak penah buat kek pun kompom boleh jadi punye, haaa ni aku nak menunjukkan betapa senangnye. Hokeyyy lets enjoyyy dia punye resepi....

CONGO BAR

gambar & resepi cilok dr sini Bakerella

Bahan-bahannya:

  • 2 3/4 cawan tepung serbaguna - aku guna tepung gandum je
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 bar butter- dilembutkan – 1 bar
  • 3 cawan gula perang lembut (light brown sugar)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 200 gram milk coklat chip
  • 100 gram coklat rice
  • 1 cawan badam dicincang - bakar dulu kasi garing dan biar sejok
  • segenggam kismis hitam - suke2 tambah

Caranya:

Menggunakan mixer:

  1. Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
  2. Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer sehingga benar-benar sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
  4. Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
  5. Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan.
  6. Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.

Menggunakan tangan:

  1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  2. Satukan butter dengan gula sehingga benar-benar sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  4. Masukkan vanila, kacang dan coklat.
  5. Akhirnya masukkan adunan tepung.
  6. Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.

Jangan lupe mencube hokeyyyy.. mabeles tahap gaban ni tauuuuu... rugi kalau tak cube

Ketang Ketung Tengah Malam

Malas nak tulis ape2, korang tengok jela resepi yg aku tepek ni ha. Semalam jalan2 ke blog orang jumpe plak resepi ni, Katenye sedap aku pun menerai la ape lagi. Yessss memang betul sedap, pasal enchen hubby kate sedap and si Nananurgaya yg turut menerai pun kate sedap.
Rasanya macam ala2 rendang pun adooo... ok guys here the recipe!!!

Unga Bakar Berempah Woku ***Betoi2 sodap ni

picca cr to Yatie tuan punye blog Sinar KehidupanKu
Bahan -Bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan unga - dikelar-kelar (optional)
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
** Lumur ikan dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus (aku blend sekali psl enchek hubby xsuke serai hiris.
  • 5 tangkai selasih - (ambil daun, tp aku tak letak pasal dah tengah mlm, takot nak amik kat luar uma)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
  • 12 biji bawang merah
  • 10biji cili padi merah (aku tambah lagi cili thai 5 btg)
  • 5 biji buah keras - bakar sikit
  • 3 cm kunyit hidup - bakar sikit
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap
  • Daun senduduk secukupnya (dah tengah malam mane nak cari so tak letak)
  • 1 biji timun - dipotong serong (ni pun aku tak letak)
  • 4 tangkai selasih (tak letak)
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu.

Projek Godak Menggodak

Yihaaaa.. rabu lepas aku telah membuat blueberries cheesecake, ini semua gara2 melihat kazen aku si Zura ratu cooking menguking telah berjaya membuat ini cheesecake. Wowwwww aku pun ape lagi, yg sekarang ni memang selalu je teruja melihat resepi2 di internet ape lagi bile dah nampak hasil di depan mate yg hasilnye teramatlah sedap, mabeles mr loba loba dan yg memukau kalbu dan menggiurkan anak tekak aku....

Haaaaaa... dan aku telah meminta resepi blueberries cheesecake ni dari Zura. Ohhhh yeayyyy lunch hour hari rabu lepas aku terus zassssss bersama-sama kawan aku CTsitusanesini juga Nananurgaya ke kedai kek Perling. Hoyeayyyyy masuk2 itu kedai, wowwwww macam2 adooo... lagi lagi la aku teruja nak membuat itu cheesecake, dan dengan lajunye zasss zasss aku mengambik segala bahan2 yg diperlukan. Siap beli spring form hokeyyyyy tp bersaiz 10" laaa aku cari yg 8" punye non ado. Oleh kerana aku mmg dah lama verangan nak memiliki ini spring form yg berharga 32 hengget maka aku tetap rembat jugak itu spring form. Besar pun besarrr la janji aku dapat.

picca dr enchek google, sejibik sejibon mcm yg aku beli

Amboiii panjang pulak mukadimah aku yee... dah jom belek resepi pulakk...

BLUEBERRIES CHEESECAKE

BAHAN BISCUIT

  • 200 gram biskut marie/digestive biscuit
  • 100 gram mentega, dicairkan

BAHAN CREAM CHEESE

  • 250 gram cream cheese
  • 60 gram gula halus
  • 2 sudu kecil lemon essence
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal ( jenama NUR or HALAGEL)
  • 125 ml air suam
  • 200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)
  • Blueberries tart filling yg jual dlm tin tu…ataupun aper2 buahan pilihan hati ler

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Biskut marie/digestive dihancurkan (guna food processor, uma aku takde mende alah ni aku tumbuk pakai lesung batu je lagi cepat), kemudian masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) seeloknye tp aku guna 10" dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.

2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan lemon essense putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.

3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.

4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan blueberries dan hidangkan..

TIPs untuk keluarkan cheesecake dari loyang, basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, layur pisau atas api sekejap atau celup pisau dlm air panas kemudian lap pisau dan potong.

Sekarang meh tengok hasil blueberries cheesecake yg aku buat, haaaa nampak takkkk??? Tipisss je lahaiii... apsal??? Haaa tu pasal aku pakai spring form yg 10" tu laaaa.... ahahahaha kesiannnnkannn jadi tipis mcm tu, tp xpe yg penting jadiiiii... ohhhh yeahhh i likeeeee....

Selamat mencube untuk semua, sangat sedap ok.. sepatah kata Nananurgaya "lepas ni Secret Recipe tutuplaaa..." ahahahaha

Hokey tidak habis disini je projek aku, ade lagi 1 resepi... tapi ni mudah dan simple yee...

JELI BUAH KONNYAKU

Bahan-bahan:-
  • 1 pack jeli Konnyaku
  • 1 tin buah campuran (optional)
  • 1250ml Air
Cara-caranya :D
  1. Masukkan buah-buahan campuran ke dalam bekas acuan, dan letak tepi.
  2. Masukkan konnyaku dalam periuk, dan masukkan air juga air dari dalam tin buah
  3. Masak dengan api yang besar sampai mendidih, sentiasa dikacau ok supaya serbuk jeli tak berketul
  4. Bila dah didih kecikkan api dan masukkan malic asid (ni dah sedia ada dlm paket konnyaku), kacau sampai sebati.
  5. Bila dah sebati, tutup api dan tuangkan ke dalam bekas acuan.
  6. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Macam-macam sudahhh

2 bulan 6 hari?? Heeee syukurr alhamdulillahhh lepas ni 2 tahun pastu 20 tahun dan seterusnya, insyaAllahh moga2 ikatan yang dibina ini akan kekal hingga ke syurgaMu Ya Allah. Sejak menjadi isteri orang ni, bila status dah berubah soalan yang ditujukan juga turut berubah. Kalau dulu mase bujang jumpe je kengkawan or sedara mara yang jarang jumpe kompom soklannya,

"Bile nak langsungnye ni?"

Sekarang punye trend soklan pulak,

"Dah ade isi ke belum?"

Ayoooo isi perot adelah, belum rezeki kami lagi. Ade ke orang dah kawin xmo baby??? Both of us memang mengharap dikurniakan baby cepat. Lumrah kehidupankan, nanti kalau dah ade yg pertama, kompom soklannye akan berubah lagi.. contohnyee...

"Bile nak tambah lagii..."

Haaaa see see see... aku dah kate soklan mesti berubah punye. Tak yah kate orang lain, pasal aku pun macam tu jugak. Heeeee.... tapi takdelah sampai over actingkan. Beragakla weiiiii...

Opssss yang sebenarnya bukan ini yang aku mau ceritakan. Aku mau ceritakan ape yang aku belajar sepanjang aku menjadi isteri kepada Enchek Hubby ku. Ok ye kawan2, ni pengakuan ikhlas dari aku... ketika zaman bujang aku, aku ni takdelah pandai sangat memasak, pandai sikit2 jela oleh kerana malas tu terlebey so aku buat2 tak pandai. Kalau balik uma mak aku, boleh dikire dalam setahun bape kali je aku memasak untuk keluarga aku. Kalau masak pun pasti dengan bantuan mak aku. Boleh dikatekan agak malas jugaklah aku ni nak turun ke dapur. Aku lebih suke mak aku masak, konon2 balik kampung mau rase air tangan mak, padahal... M.A.L.A.S sebenarnyeee....

Kalau ade kenduri kendara kat uma mak aku or uma nenek aku, aku lebih prefer menjaga sepupu2 aku yang kecil. Lagi la terbukti pemalasnye aku ni kan. Ni kes nak mengelak kene masak ok, ahahah kate orang taktik nak mengelat tu mesti ada weiii. Akaiiii mesti panjang, haaa tirulah cara aku ni kompom korang terlepas dari memasak hokey (oooooo sangatla tak bagussss ok ikut cara aku ni). Makcik2 aku juga sepupu aku yang dewasa, iskkk opkos mereka dah tau taktik aku ni. Hahahaha kalau dah sepanjang tahun ini aje taktik aku kompomlah dia orang tau kan. Muahahaha ade aku kisah, dan dia orang pun tak kisah as long as ade orang jaga anak2 mereka ketika mereka sedang sibok bersilat kat dapur.

Dulu selalu aku cakap kat kazen aku, "ala ape susahhh kedaikan banyak order je ape mau" Bile aku cakap macam tu, mak aku selalu marah aku. Heeeee but now i'm totally change... Nie antara isi email yang aku dapat dari kazen aku.

"Ingat dulu ko cakap beli ajer lauk / kek / kuih kat kedai berlambak...see you CHANGED!!! A positive changed in fact...good for you!!!

Dipendekkan cerita, syukur alhamdulillah sepanjang aku menjadi isteri kepada Enchek Hubby ni, dah macam2 lauk yang aku masak untuk Enchek Hubby. Termasuklah makanan yang tidak aku makan. Kalau dulu aku terlebih malas skarang uiskkkk dah rajin dah. Hehehehe takdelah rajin mane, tapi bila dah dok uma sendiri kemalasan tu terus bertukar menjadi R.A.J.I.N. Seriussss rajin hokeyyyyy... setiap hari aku akan masak menu berlainan pasal aku tak suke makan benda yang sama untuk 2 hari berturut2 dan paling penting aku tak mau Enchek Hubby aku jemu ngan menu yang same setiap hari. Kalau selang 4 ke 5 hari takpelah lagi. Nak jaga suami kene jaga perotnya dulu ye kawan2. Paling penting makanan yang korang masak dah sah2 bersih. Betul tak!!!! Dah banyak aku membebel jom tengok resepi yang aku masak semalam.

SAMBAL TUMIS SOTONG

picca ikhsan dr mr. google

Bahan-bahan

500 gram sotong putih (di potong kecil)

100 gram cili kering (25 btg ni kalau uma takde penimbang ha ha, men agak je weiii)

10 biji cili padi

6 ulas bawang kecil

1 ulas bawang besar (dipotong kasar)

3 ulas bawang putih

2 keping asam gelugor

1 helai daun Limau purut

2 btg serai dititik

Minyak masak untuk menumis

Gula, Ajinomoto aka pak aji dan Garam

Cara Memasak

Kisar cili kering, cili padi, bawang kecil dan bawang putih sehingga halus.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak cukup panas.

Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali dan tumis sehingga naik minyak.

kemudian masukkan serai, daun limau purut, bawang besar, asam dan sotong. Masak dengan api sederhana sehingga sotong benar-benar masak.

Masukkan garam, gula dan pak aji secukup rase.

Dah didih rase dah sedap boleh terus hidang.

Selamat mencubaaaa....

resepi ni aku amik dari AnjungWeb dan aku modified sikit. Hehehe suke2 hati aku kan tokok tambah bahan. Tapi yang penting Enchek Hubby kate sedapppppp....

Haaa Leka Lagi

Ok xtually ini cerita telah berlaku last week lagi, ngam2 soiiii kul 1.30ptg bertempat di JJ Bukit Indah di lot parking kereta dan ketika itu hujan renyai2 sedang turun menyimbah bumi dan menyiram pokok. Hamboiiii ayattt tak bleh blah... ahahahaa....

Syok2 je berbelanja ngan officemate aku CTcitucanecini sama Nana Nurgaya macam takde pape yang akan berlaku (opkos gumbira2 psl xtau ape akan terjadi selepas itu). Selesai berbelanja kami pun dengan gumbiranya (yelaaa baru lepas berbelanja sakankannnn), Nana dengan lenggang kangkungnya, CT dengan terkial2 menolak troli yg penuhhh sesangat ngan barang2 belanja kami dan aku pulak dengan lenggang Mak Limahnya menuju ke kereta terchenta. Eewaahhhh...

Masuk2 kete aku cube nak start enjin kete tapi tetibe idung aku terbau mcm ade bende hangitttt tak hengat menyengat ke hidung then terus tanye ngan CT & Nana. Tapi mereka 2 org ni kate takde ape2 bau pun

(Hiskkk hidung jenis ape dia org ni kan, bau hangit punye kuat bleh tak berbau) dlm hati jela aku berkate2 ahahahaa... terus aku berfikiran2 sekejap mengingat kembali mase pemanduan aku sepanjang perjalanan dr opis nak ke JJ. (ya ya yaaaa teringat mase dalam perjalanan mase nak naik ke highway lampu aladin kete aku menyala kejap lepas tu sepanjang jalan idung aku dah berbau hangit). Ok sudah ingat... aku terus turun dari kete and terus bukak boot depan kete, terus cek minyak hitam. Korang tau ape sudah jadi???? ooohhh tidak tau kannn!!!! Meh sini aku teruskan penceritaan aku.

Cek punye cek belek punye belek rupe-rupenye kete aku kekeringan minyak hitam. Haaaa hamekkkk ko, tu diaaaa dapat sedasss dibagi dek kete. Sape suruh dok leka selepas jadi pengantin. Hu hu huuuu.. serius selepas aku menjadi raja sehari tak penah langsung aku jengah enjin kete aku tu. Kalau dulu sebelum aku pegi keje, 2 minggu sekali setiap pagi sebelum pegi keje aku akan cek minyak hitam, takat air dan sewaktu dengannye. Ini idak keje aku dok cek resepi masakan masakan masakannnn... kereta yang bertanggung jawab membawa aku ke sane ke mari non ado aku cek. Hu hu huuuu jangan ikut macam aku ok kawan2 sekalian.

Lepas kompom minyak hitam kekeringan, aku jadi agak kalut nak mencari minyak hitam kat mana. Si CT mencadangkan supaya aku menelefon Kak Sal pasal husben dia ade bukak bengkel. Tapi aku takmo pasal mengenangkan husben Kak Sal pun kire jauh jugak dari tempat kejadian. Pikir punye pikir terus aku mencari no telefon budak opis aku Hadi. Ohooo kebetulan dia pun ade kat JJ jugak tengah makan. Pastu aku citelah kat dia ape terjadi, pastu terus aku tanye kat dia sama ada kete yang dia naik tu ade stok minyak hitam ataupun tidak. Tapi biasalaaa nama pun keta projek mane nak ade simpan stok2 bagai. Pastu aku tanye kat dia kat mana ade jual minyak hitam, si Hadi ni pun cakaplaa yang kat tingkat 3 JJ tu ade jual. Langsung aku tak teringat JJ ade jugak menjual minyak hitam, kalut punye kes terus lupe semua dah. Makaaaa berlari2lah aku ke tingkat 3 membeli minyak hitam, si CT same si Nana pulak pegi tanye kaunter tiket pasal kite orang dah buat pembayaran. Ngam2 ho minyak hitam kat JJ tu tinggal sebotol, perghhhh cube korang pikir ape jadi kalau minyak hitam tu dah habis??? Haaa pikir2...

Pastu settle je aku tuang minyak hitam tu yang ketika itu hujan renyai2, Hadi pun sampai sekali dengan En. Mazli

(xbos aku ni dulu, skang sudah pindah dept lain... nak jugak cite ahahaha). Lepas menunggu beberapa minit aku cube start kete aku. Yehhhh hidupppp TAPIIIII sebelum itu sempat kite orang ni kuar dari kete semata2 nak berposing sakan. Hehehehee...

dan ini la pulak hasilnye... ahahaha sudah terlepas dari kalut sama masalah kite possing duluuu sebelum balikk.. hoyeahhhhh

Beria2 je si Nana ni menunjuk-nunjuk... entah ape yg ditunjuknye kat aku... ahaahahaa acting mesti lebeyyyyy
Yahhh berusaha untung menuang minyak hitam...
Tengok habis basah baju aku tu ha. Tuang punye tuang ngapa tak kuar2 minyak itu?? Hahaha... kate actinggggg

Buhsan Sudehhh...

BUHSAN BOSAN Oohhhh bosanovaaaaa... hi hiyaaaaaa

Bukan buhsan pasal dah kawin hokeyyy tp aku dah buhsan tengok aku punye template blog ni.

Rase tak meriahhh beno mate aku menengoknya

sudah feeling2 mau tukar yang baru

Mau kaler ijo pulak

TAPIIII

Sesi pencarian belum berjayaaa

Aku mau template kaler ijo plus 3 column

2 column ako tamoooo

Kalo mauu dah lama aku tukar yang 2 column punyaaa

Yahhhh aku mau teruskan pencariannnn

aDieyZa Wedding Anniversary GiveAway!!!

Joint GA yg bukan GA bluee... GA pertama selepas aku wawen...

yezzaaaaa

Jom joint reramai sementara stok masih ade..

ehehehe

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.