~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Masakan Orang Kampung

Semalam aku masak yang ringkas-ringkas je... cepat, mudah dan emmm sedapppp... Kalau hari-hari menunya ikan same ayam, adekalanya bosan jugakkan. So wajiblah tukar menu ke sayur sayuran yang non ado ikannya. Hehehehe.... Untuk menu semalam aku lanyak masak air sayur sawi putih togel (iskkk ngapa ada togel plak.. ahaha dah aku yang masak and resepi sendirikan so suke hati aku la nak tepek nama ape, pun wakakaka), sambal kentang ikan bilis (iskkk bilis tu bukan spesis ikan jugak ke?? hahahhaa) dan akhir sekali sambal belacan.

Okey yommm kite belek resepinya pulak, walaupun sonang je pun resepinya (bercakap ala-ala kerek yeee). Biar ditepek resepinya so sonang untuk adik-adik yang baru nak belajar memasak. Kan kan kannn... macam aku jugaklah dolu-dolu kale masa zaman-zaman persekolahan... asal nak masak je tanye mak, asal tanya mak je nak masak. Hahahaha....

SAYUR SAWI PUTIH TOGEL

picca from MarienaPayne

Bahan-bahan :-D

  • 1 ikat Sayur Sawi Putih
  • 1/2 biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1 biji Bawang Putih (dihiris)
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1 cawan Air
  • 4 tbsp Minyak Masak
  • Garam dan Ajinomoto

Cara-cara ;-D

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Goreng ikan bilis dan goreng hingga ala-ala nak garing,
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan air, garam dan ajinomoto tunggu hingga didih.
  5. Masukkan sayur sawi tunggu hingga sayur sedikit layu.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

SAMBAL IKAN BILIS KENTANG

Picca from DapurMas

Bahan-bahan :-D

  • 2 biji Kentang (kupas dan hiris nipis-nipis)
  • 1 cawan Ikan Bilis
  • 1 senduk Cili Kering (yang dah diblender)
  • 2 biji Bawang Besar (di hiris)
  • 2 biji Bawang Putih (cincang lumat)
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • Garam dan Ajinomoto
Cara-cara ;-D
  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng kentang hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan cili kering dan tumis hingga lada garing.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan air asam jawa dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang dan gaul lagi hingga sebati.
  7. Sedia untuk dihidang.

SAMBAL BELACAN

Picca from FlashFiez

Bahan-bahan :-D

  • 1 inchi Belacan
  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 biji Cili Merah
  • 2 biji Cili Hijau
  • 5 biji Cili Padi
  • Secubit Gula
  • Secubit Garam (bergantung pada kemasinan belacan)
  • 1/2 biji Limau Nipis (boleh gak guna Limau Kasturi)
Cara-cara ;-D
  1. Gorengkan bawang besar dan semua lada hingga layu, angkat dan toskan. (mak aku kata ini style sambal belacan orang jawa, masa mula-mula aku buat dulu tak tahu pulak aku orang jawa buat sambal belacan macam ni. Aku goreng bahan-bahan tu dulu pasal memudahkan aku mase proses menumbuk. ehehehe ni kes koje nak sonang jo).
  2. Masukkan belacan, bahan-bahan yang digoreng, garam dan gula tumbuk hingga lumat. (masukkan garam dan gula awal-awal supaya bahan yang ditumbuk tak memercik ke muka).
  3. Perahkan limau nipis dan gaul sebati.
  4. Sedia untuk dihidang.

Si Misai Tebal vs Aishiteru

Mr. AA,"Ji, apa maksud AISHETERU???"
Pak Aji,"i love u, aku cinta kamu"

Haaaa tengok perbualan antara 2 orang di atas. Tu perbualan di antara Mr. AA juga Pak Aji kat opis aku. Pak Aji kat opis aku ni memang pandai cakap Jepun pasal dolu-dolu dia belajar kat Jepun. Nasib baik perbualan dia orang tu bukan aku yang dengar, kalau aku yang dengar perbualan tu kompom aku dah gelak kuat-kuat sambil guling-guling kat Mr. AA tu. Hahahaa...

Ok part perbualan ni memang aku tak dengar langsung or maybe aku tidak berada di tempat duduk aku. So ignorekan aje walaupun bile aku dapat tau aku gelak sakan. Yang penting skarang nie aku mau cite satu kesah gelak guling-guling punye, ni pasal Mr. AA jugaklah.... antara orang atasan aku ni. Satu petang selepas aku jumpe bos aku, terdengar la pulak telinga aku akan seseorang menyanyi...nyanyian yang berbunyi...

"terhapus ruang dan waktu, percayakan kesetiaan ini, akan tulus a a ai aishiteru"

Si penyanyi terusan-terusan menyanyi sambil konon-kononnye membuat keje. Aku???? Ape lagi.. inilah masenya untuk mengenakan si penyanyi itu. Sambil berlalu di depan penyanyi itu, terus aku berkata-kata...

"Wahhhh.. tak ku sangkaa... muke ganazzzzz misai tebal tapi rupe-rupenye dalam hati ada tamannnn".

Habis aje aku lontarkan kata-kata "dalam hati ade taman" aku ketawa kaw-kaw punyenya. Hahahahaa.... Si penyanyi Mr. AA pulak yang bengang bile aku menegur macam tu terus menyinga... "Kuanggg ajooolah tu gelakkan aku". Bile dah dia kate begitu.. lagi kuatlah aku gelak sampaikan Mr. AA pun dok joint aku gelak.. rasa macam nak guling-guling je kat opis time tu. Hehehe... ngan Mr. AA ni memang selamba je kalau aku nak mengenakan dia. Pasal dia pun suke mengenakan aku tapi walau ape pun aku still hormat dia sebagai orang atasan aku. Hehehe dah jom layan AISHITERU...

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

Ikan Masam Manis

Yezzaaa... pepagi ni kite tepek resepi dulu eh. Resepi yang sangat simple dan sedap, cewwahhhh... tak sedap pun kate jelah sedap yeee... redhooo jelaaaa dah sendiri yang memasaknye. Hahaha... Okey resepi seperti biasalah, aku cilok dari buku Kak Hanieliza, mane lagi nak cilok. Nak bukak tenet petang-petang kat uma memanglah non ado. makanya buku Kak Hanielizalah yang aku gunakan. Cari resepi yang simple, mudah, ringkas, cepat dan sedap... kompom memang cepat dan sedap tak yah dinafikan. Semua resepi dalam buku Kak Liza memang terbaekkk...

Resepi ni Kak Liza pakai ikan siakap, tapi uma aku mane ade ikan siakap plus aku ni tak bape nak minat makan ikan siakap. Kecuali kalau ade request dari enchek hubby barulah aku akan beli ikan siakap. So untuk resepi ni aku bedal je pakai ikan selar, dah itu je stok ikan yang ade dalam peti sejuk aku. Hehehe.. takkan nak pakai ikan jaket plakkan. Tapi aku rase boleh je kot kalau nak pakai ikan jaket, janji ikan... ahahahaha... Suke hati jekan aku ni, ni kire ala-ala resepi derhaka. Wakakakaa mintak mahap Kak Liza pasal suke-suki mengubah resepi akak ni ha.... ampunkan saya tuan punye resepi..ampunkan saya tuan punye resepi.. ;-D ok lets check it out..

IKAN MASAK MASAM MANIS

Picca credit to Kak Liza, ngapa selar tukar jd siakap?? Hahaha ni kan picca contoh jeee pasal aku malas nak snap, lg pun tak sempat nak snap dah ngap.

Bahan-bahan :-D

  • 1 ekor ikan Siakap (2 ekor ikan Selar)
  • Kunyit
  • Garam
Bahan-bahan lain :-D
  • 5 biji Bawang Merah(dihiris)
  • 3 biji Bawang Putih (dihiris)
  • 1/2 inchi Halia (dihiris)
  • 2 biji Lada Merah (dhiris)
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • 5 sudu makan Sos Tomato
  • 3 sudu makan Sos Cili
  • 1 bj Tomato (belah 4)
  • 1/2 cwn Air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara ;-D

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit kemudian goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan air dan masak hingga didih.
  4. Kemudian masukkan cili potong, garam dan gula.
  5. Selepas kuah pekat tutup api dan tuangkan ke atas kemudian taburkan daun bawang dan daun sup.

Orang Bulan Depan Uma

Haaa cube korang baca tajuk N3 aku tu... ini cerita benar-benar berlaku ye kawan-kawan. Bukan aku reka secara sengaja untuk melariskan blog aku supaya hangat di pasaran. Hahaha wahhh dah macam kedai jual minyak pulakkan, nak laris-laris hangat-hangat bagai... Wakakakakaaaaa.....

Okey citenye macam ni, hari selasa lepas bertarikh 27 September 2011 dan bersamaan dengan 29 Syawal 1432H pada jam 2.09 pagi, tido aku telah dikejutkan dengan kehadiran orang bulan di depan rumah aku. Sedang aku lena tido tiba-tiba aku terjaga bila halwa telinga aku dikejutkan dengan bunyi bising kat luar rumah. Bunyi hujan yang turun renyai-renyai dicemari dengan bunyi ala-ala macam tong jatuh terhempas ke tanah. Sekali 2 kali berbunyi... aku masih mendiamkan diri lagi pasal nak mengamati bunyi tu, selang beberapa saat benda tu berbunyi dan terus berbunyi.. kentang kentung kentang kentung... uiskkk bisingggg la sangattttt...

Aku yang ketika itu berperasaan ala-ala cuak, takut plus nak jugak tau ape benda yang berbunyi tu kan, terus bangun sambil mengebil-ngebilkan mata. Terus aku ambil hp tengok jam pukul berapa time tu. Lepas aku tengok jam aku terus menjengah ke luar rumah melalui tingkap bilik. Jengah punye jengahhh mata aku terus terpandangkan beberapa orang bulan... berdegup-degup laju jantung aku... suspennnnnn oiiiiii....

Haaaa sebijik macam ni lah yang aku nampak, cume takde beg besau yang kat belakang tu je ha... credit picca to enchek google yeee...

Kalau korang dah nampak orang bulan macam ni ape korang buat??? Suspenkannnn.... tapi dalam suspen-suspen aku ni pun, masih lagi nak tengok orang bulan tu buat ape. Korang tau ape yang di buat?

Sejibik sejibon bajunya mcm ni, cume hari tu depa takde pakai vase ijo tu, putih serupo macam orang bulan. credit picca to enchek google

Tu dia... orang bulan collect sampah da... wakakakakaka seriusss mereka-mereka itu telah berjaya memperdaya aku untuk beberapa minit pertama. Tapi lepas tu aku pelik bin ajaib... pasai ape???Pasal sepanjang aku duduk kat taman perumahan aku tu, tak penah pulak aku tengok dia orang ni datang collect sampah pukul 2 pagi, dalam hujan renyai pulak tu. Ni mesti dah ade yang buat komplen, pasal sampah kat perumahan aku tu dah bape hari tak berangkat sampaikan tong sampah uma aku yang besar gedabak tu pun dah naik penuh ngan sampah. Pastu yang collect tu pun bukannya orang SWM tau, tapi collector persendirian punya. Mmm ape-apelah janji sampah kat uma aku tu berangkat mengikut waktu yang sepatutnya. Hehehe

Asam Pedas Lada Hitam

Ohh yeayyyy its time menepek resepi masakan yang aku masak. Lama dah kan aku tak tepek resepi kat blog ni, dan inilah masanyaaaa.... resepi macam biasalah yeee, semenjak dah ade buku masakan ni, so everthing pun dari buku itu. Hehehe.... Resepi from Chef Hanieliza, terima kasih kak kongsi resepi. Resepi memang terbaekkklah. Sampaikan en. hubby melanggar pantang larangnya yang kekononnya berikrar nak makan sesenduk nasi setiap kali makan. Adoiiiii.... pastu aku disalahkan....

Sesi perbualan diantara pasangan suami isteri dimeja makan.

En. Hubby, "Aduhaiii... tengok nie seluar semua dah ketat... punggong dah beso perot dah semakin membuncit, ini semua salah U..."

Cik Puan, "Ehhh ape pulak I, siapa yang makan banyak???? Kononnnn nak makan sesenduk sekali makan. Salahkan diri sendiri yee.... siapa suruh makan banyak-banyak. (sambil bebel panjang dan menyendukkan sesenduk nasi ke pinggan en. hubby, senduk dengan ikhlas ok he he he)"

Kemudian memasing diam sambil menikmati masakan yang dimasak oleh cik puan. Tiba-tiba...

En. Hubby, "Yang... tambah nasi sikit lagi..."

Cik Puan, "Haaa tengok tengok, baru lepas cakap tadi... isk isk iskkk... skarang nak salahkan siapa???"

Tak tahan nafsu makan rupenye suami aku ni, hu hu...dah, jom layan resepi yang sedap ni...

picca credit to Kak Hanieliza

ASAM PEDAS LADA HITAM

Bahan-bahan :-D

  • 500 gm ikan pari (aku pakai ikan selar yang besar)
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • air secukupnya (untuk kuah)
  • garam
  • minyak untuk menumis
  • daun sup (potong pendek)
  • 2 batang serai (diketuk)
Bahan dikisar :-D
  • 15 biji cili api
  • 2 s/b lada hitam
  • 1 inchi halia
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 1 inchi belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah (aku pakai 1 biji bawang besar)
Cara-cara ;-D
  1. Basuhkan ikan, rendamkan sebentar dengan asam limau + asam jawa + garam. Bilas dan toskan sehingga kering.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendideh.
  4. Masukkan ikan, garam dan buah tomato.
  5. Biarkan kuah reneh sehingga agak pekat.
  6. Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih.

NotaD'HujungJari:-Moral of the story, jangan masak sedap-sedap kalau nak enchek hubby kurus kering. Heeeee...

Kompang dipalu PENGANTIN BARUUU!!!!

Mood dipagi hari.... HARI INI... ialah mengupdate blog, sementara ade mood baik update awal-awal. Kalau nak tunggu time free gaban-gaban kompom aku malas. Tengok jelah last N3 aku bile tarikhnya, tu pasal tertangguh-tangguhlah jadi gitu... keMALASan yang sentiasa melanda diri.

Menjak lepas raya ni, orang kawin sane sini. Sane jemputan sini jemputan... dari hari raya ke-3 lagi dah ade jemputan sampai la ke sekarang ni. 2 minggu lepas jemputan kazen aku kat Rawang, last week pulak jemputan kat BP then ujung minggu ni pulak jemputan kat Singapura. Sumput kalau nak mengejar jemputan kawin ni, manyakkkkkkk sangattt sampaikan jemputan hari raya aku terlupa. Bukan sengaja dilupekan tapi aku langsung tak teringat. Dah lepas baru laaaa teringat, hu huuuu MINTAK MAHAP laaaaa kengkawan yang menjemput ke open house korang. Sorrylah tak dan nak mengingat ke open house korang tu, siyessss aku dan enchek hubby lupe. Ni kes dah terbanyak sangat makan semut kottt... ahahaha semut jugak yang disalahkan yeeee!!!

Ok dah jom tengok pengantin-pengantin yang dah selamat diijab kabulkan.

Tu dia kazenku Yati dan Mastoya.. bukan pasangan kembar ye, dah nama adik beradik ye same mukenya. Kanan tu kakak yang kiri pulak adik.

Nak jugak tepek muke sendiri ngan pengantin and pengantin to be... awek yang berjubah tu ha... tunggu turn dia pulak.

...and pengantin yang baru keluar dari aven, ahahahaha... Nana and Hafiz. Nana lepas ni jangan lupe operasi baking membaking ye... wish u luck, selamat menggemokkan Enchek Hafiz. To Enchek Hafiz, selamat digemokkan... ahahahhaaaaaaa

and to all of you, selamat menjalani kehidupan berumah tangga yang penuh pancaroba...

Ayam Masak Ayam

Yeahhh hari kite masak ayam ehh... menu dinner malam ni ayam masak sambal dan ayam goreng berempah hantam saja dannnn sayur goreng cincai. Mau tau resepinya.... jom kite tengok yee kawan-kawan. Resepi ayam masak sambal opkos aku amik dari buku 1 hari 1 resepi 365 resepi istimewa Chef Hanieliza. Mekasihhh kakkk sedapppp resepinya... mabelesssss yum yum...
picca cr to Dapurku Sayang

AYAM MASAK SAMBAL KICAP

***Resepi from Chef Hanieliza

Bahan A

  • 500 gm Ayam
  • 1 btg Serai (diketuk)
  • 5 helai daun Limau Purut (dikoyak)
  • 3 sudu makan Sos Tomato
  • 5 sudu makan Kicap
  • 1 labu Bawang Besar (dipotong gelang)
  • 1/2 cwn Minyak Masak
  • Garam
Bahan B (dikisar)
  • 20 tangkai Cili Kering
  • 5 biji Bawang Merah
  • 1 labu Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1/2 cwn Air
Cara-cara ;D
  1. Ayam dibuang kulit dan dipotong kecil, kemudian basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut, sos tomato, kicap dan bawang besar yang dipotong gelang.
  5. Masakkan sehingga pecah minyak.
  6. Sedia untuk dihidang.

Ayam Goreng Berempah

picca from mr. google
Bahan-bahan
Ayam
Kunyit
Ketumbar
Jintan Kasar
Sos Tiram
Tepung Jagung
Garam secukup rasa.
Cara-cara ;D
  1. Gaul semua bahan dan biarkan beberapa minit lg lama lagi bagus.
  2. Kemudian goreng ayam hingga garing.
Sonang je kannnn.... kompom sedap hingga menjilat jari, ayam kfc pun kalah noooo...

SAYUR GORENG MORENG

Bahan-bahan
  • 100gm Kobis
  • 1/2 biji Lobak Merah
  • 100gm Bunga Kubis
  • 1/2 btg Saderi
  • 2 biji Anak jagung
Bahan Tumis
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1/2 biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1 biji Bawang Putih (dihiris)
  • 1 sudu makan Sos Tiram
  • 1 helai Daun Limau Purut (buang tulang tengah)
  • Garam
Cara-cara ;D
  1. Semua sayur dipotong mengikut citarasa sendiri.
  2. Tumiskan ikan bilis hingga sedikit kuning.
  3. Kemudian masukkan bawang dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan sayur-sayuran, sos tiram, daun limau purut hingga sayur ala-ala layu.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk dihidang.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.