~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Salam Ramadhan 2013

Alhamdulillah.. hari ni masuk hari ke 10 umat Islam di dunia ni berpuasa. Syukurrr kepada mu Ya Allah kerana memberi kesihatan dan kesempatan kepada aku untuk berpuasa tahun ini. 

Kepada semua... Semoga masih tak terlambat untuk aku ucapkan, 

SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA... 

:-D






Pada Minggu ke-17 vs Shaklee

Masuk minggu ke 17 bermakna kandungan aku dah mencecah pada usia 4 bulan 2 minggu, minggu bermulanya umat Islam berpuasa. Aku gagahkan diri untuk bangun pagi memasak juadah untuk bersahur. Alhamdulillahhh segalanya berjalan dengan lancar, dan bermulalah juga hari aku masuk ke dapur selepas beberapa bulan mengalami mabuk dapur. Hihihihi....

Syukurrrr Alhamdulillah kepada Allah... kalau time tu tak boleh masuk ke dapur lagi memang kompom aku dengan En. Hubby kene bersahur dan berbuka puasa di kedai. TAPIIIII... walaupun aku boleh memasak, ada pulak masalah lain yang timbul. Masalahnya ialah aku mudah penat, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan sakit dibahagian ari-ari. Sakit yang amat sangat, hingga menyebabkan setiap kali berlakunya kesakitan seperti itu aku kene berhenti buat keje dan kemudian baring selama beberapa minit untuk kurangkan kesakitan yang aku alami. Time tu memang rasa nak nangis jee tau. Rasa jelaaa takdelah aku menangis bebetul, sikit je kot alahan yang aku alami kalau nak bandingkan dengan orang lain dan kalau nak dibandingkan alahan yang mak aku alami masa mengandungkan aku. Mak aku cite masa mengandungkan aku, lagi teruk alahan yang dia alami. Kesiannnn makkkk... 

Bila berhari-hari aku berkeadaan macam tu, mana boleh tahankan. Memanglah aku bersabar dengan dugaan Allah yang satu ni, tapiiii kalau dah manjang ko nak baring time buat keje bile masanya keje nak siap. Baik-baik keje boleh siap dalam setengah jam jadi 1 jam. Boleh tahan macam tu. Ohhh tidakkklaaa aku menahannya. So altenatif yang aku amik, kebetulan kazen aku dealer product Shaklee, maka aku bertanya ngan dia kot-kot produk dia boleh tolong aku untuk mengatasi masalah yang aku alami tu. Kazen aku suruh aku try makan set mengandung. Ok aku terus order, tapi masa tu aku amik ESP dengan ostematrix dulu. Alhamdulillah selepas beberapa hari aku makan, kesakitan yang aku alami berkurangan dan aku terus order Vita-Lea, Vit-B Complex dan Vit-C. 

Selepas makan produk shaklee ni, Alhamdulillahh terasalah badan ni bertenaga, perut aku pun mudah hadam, bangun pagi pun mudah, sakit pinggang kurang, sakit-sakit belakang kurang, dannnn kurang juga aku kene simpul biawak. Haaa penah dengar simpul biawak?? Kaki kremmm di tengah malam or di pagi hari. Apa pun syukur kepada Allah kerana dengan keizinanNya untuk badan aku menerima produk shaklee ni. 

So kepada sesapa yang mengalami keadaan macam aku ni, try lah produk shaklee ni. Tak cuba tak tahukan. Wahhhhh... promote produk shaklee nampak. Hahahahaa.... So guy kalau rasa nak mencuba boleh kontek kazen aku ni Fyzara Shoppe atau makcik aku Ayang Opal. Kedua-dua mereka menjual produk shaklee.


4 bulan punya N3

Sungguh aku dah menjadi seorang yang makin malas untuk update blog aku yang 1 ni. Hampir 4 bulan aku langsung tak ada masukkan apa-apa cerita dalam blog, habis jadi kejung kaku blog ni kan??? Adehhhhh.... wahai aura rajin datanglah engkau ke dalam badan ku. Hiiiii hiii hiiii....

Mana nak mulakan ni ye... okey aku mulakan dengan berita sepupu aku yang sakit dalam N3 terakhir aku pada 2 November 2012. Sepupuku itu telah pun kembali ke pangkuan Allah, arwah Mohammad Harith Darwisy bin Zainuddin telah pun meninggal dunia selepas beberapa hari aku tepek cerita pasalnya, sabtu lepas kite orang ada buat kenduri sempena 100 hari arwah pergi. Syurga baginya kerana meninggal diusia yang hanya beberapa hari itu. Al-Fatihah untuk Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin...

Masuk ke bulan 12, mmmm takde ke mana pun kami. Hanya menghabiskan percutian bersama keluarga ke Melaka dan di sana aku sambut ulang tahun kelahiran Mak aku yang ke 58 tahun. Kemudian balik dari Melaka bapa mentua sepupuku pula meninggal di Singapura. Maka dari Melaka terus ke Singapura untuk melawat orang yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang. Percaturan Allah tiada siapa yang tahu kan.

2013... yeahhhh tahun baru, tiada apa yang menarik di awal tahun baru. Biasa-biasa aje... hingga tiba pada tarikh 18 Januari 2013 hari jumaat.. haaaa Piala Liga Super Malaysia, Johor DT vs ATM. Aku dan ahli keluarga yang lain pergi menyokong pasukan Johor DT ye.. dah nama pun orang Johor maka kenelah sokong Johor DT kan. Balik dari menonton bola sepak sampai kat uma dah pun pukul 12.30am pasal kite orang menyinggah isi perot dengan char kuey tiaw Jalan Rawa, Perling. Bile dah tengah malam maka tarikh ofkos berubahkan.. so 19 Januari 2013 adalah tarikh En. Hubby dilahirkan. Oleh kerana aku tak sempat nak membaking maka kek untuk En. Hubby adalah kek aiskrim, ini semua bola punye pasal. Tapi yehhhhhh aku telah celebrate En. Hubby dengan kek aiskrim di pagi hari.. 12.45am kot time tu... aahhahahaah sasauuuuu pepagi hari mencekik aiskrim laki bini.... and pepagi hari itu jugak aku telah menyusahkan hidup En. Hubby dengan menyuruh dia membuka hadiah yang telah aku sampul dengan berlapis-lapis kertas dan kotak. Hiu hiu hiuuuu... sangat best wooo kerana dapat membuli En. Hubby. Ohhh hadiah?? Aku just bagi En. Hubby powerbank jeee, kemudahan untuk En. Hubby mengecas hp nya ditempat keje. Pastu aku mintak En. Hubby balas hadiah besday aku ngan kuali Tefal yang siap ngan penutup.

Haaaa macam inilah yang aku mau...

Hihiiii.. amboiii sikit punye demand aku mintak hadiahkan, udahla mahai giler kuali tefal ni. Tunggu nanti kalau ada rezeki ke Langkawi, aku nak grab sebijik pasal ramai orang kata kat Langkawi Tefal murah. Dapat 1 ni jadilah pasal aku lebih suka memasak gunakan kuali, pastu baru transfer ke periuk cap buayak yang mak aku hadiahkan. Haaaaa tengok picca kat bawah tu ha... sederet tu lah periuk cap buayak Mak aku bagi hadiah kat aku. Aku sangat suke hokeyyyyy... Rege sederet aku tengok kat web yang aku cilok gambar ni 9pcs bersamaan dengan RM320. Kalau kat kedai area Johor ni lagi lebehhh mauuuu harganya. Syukurrr alhamdulillah pasal aku dapat free je. Memula aku dapat set kecik-kecik yang belah atas tu ha, Mak aku kirim dengan penyewa rumah makcik aku kat kg. Lepas tu yang belen 3 besar tu Mak aku kirim ngan makcik aku masa dia hantar anak dia ke Kedah tuh hari. Gile tak seronok dapat periuk free, ni semua gara-gara mak aku kesian tengok aku pakai periuk ala-ala tefal yang jual kat mydin tu ha. Calar sikit dah tak boleh pakai. Nyampahhhh tauu baru pakai 4 5 kali dah rosak. Sakit je hati aku tengok periuk yang dah calar tu, sudahnya aku buat pasu pokok cili je periuk tu. Hu hu....   

Inilah deretan periuk cap buayak yang Mak aku hadiahkan. Gambar cilok dari web  My Budget Shop


...The end

Usus, Daging or Otak????

Begitu besarnya kuasa Allah tak siapa pun yang tahu. 

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendakan sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya, "JADILAH!!! LALU JADILAH IA."
-Al-Baqarah: 117-


Cuba tengok gambar yang aku tepek kat bawah ni, dan perhatikan betul-betul.


Bile korang tengok gambar yang aku tepek ni, korang agak apa benda alahnya tu??? Usus? Daging? Otak? Ohhh tidakkkkk... semuanya bukan ok. Bukan usus, bukan daging dan opkosss bukan jugak otak ye. Nampak besarkannnn... kalau yang ini korang nampak besar cuba bayangkan bahawa gambar itu adalah separuh bahagian daripada ketumbuhan yang dikeluarkan oleh doktor dari perot Harith. Bayangkan lagi, dalam pada Harith berumur 1-3bulan ketumbuhan ni membesar dengan jayanya dalam perut Harith. 3 bulan ok, bukanlah 1 jangka masa yang lamakan. 

Pejam celik pejam celik tuppp 3 bulan. Sekali doktor belah perut Harith selonggok ketulan ni dikeluarkan dari perut Harith. Kami sekeluarga semua cuba membayangkan macam mana ketumbuhan ni boleh duduk dalam perut Harith yang kecil molek tu. Subhanallahhhh maha suci Allah.. sesungguhnya itulah ketentuan Allah. Bila Allah mengatakan JADI, maka perkara yang mustahil pada kita tidak lagi akan menjadi mustahil. 

Untuk pengetahuan semua, Harith masih lagi ditahan di wad ICU kanak-kanak, masih tidak sedarkan diri tetapi keadaannya mengikut kata doktor Alhamdulillah dah stabil berbanding dari 3 hari lepas. Penerangan doktor itu sudah cukup melegakan kami sekeluarga. Kami akan terus berdoa agar Harith akan cepat sembuh  dan sihat seperti kanak-kanak yang lain.

Kawan-kawan yang budiman sekalian, tolong yeee doakan kesihatan 
Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin.

Terima kasih.

Pinjaman Allah

Pagi tadi, tetiba terasa nak bace blog sepupuku, dan tetiba jugak tersentap dengan berita yang aku bace. Baby dalam kandungan sepupuku telah meninggal dunia pada usia kandungannya menjejak 8 bulan. Meninggalkan  mama, ayah dan kakaknya yang belum sempat dilihat. 

Etty... Tabah, sabar dan redhakan pemergiannya. Etty dah buat yang terbaik selama baby di dalam kandungan. Ingat bahawa Allah lebih mengetahui segala-galanya, darinya kita datang dan kepadanya kita kembali, setiap yang berlaku ada hikmah yang tidak kita ketahui. InsyaAllahhhh... baby akan menunggu Etty dan Hisham di pintu syurga.. InsyaAllahhhh... 

Jaga diri Etty baik-baik... Perlu ingat bahawa Etty masih ada Eryna, dan insyaAllahhh akan ada rezeki untuk Etty dengan Hisham suatu hari nanti. 

Maha suci Allah... menyedarkan aku akan kekuasaan Allah atas apa jua dikehendakinya. Janji Allah itu PASTI.


Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin


Semalam... aku ke hospital, melawat sepupuku Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin, dan semalam juga genap umur Harith 3 bulan. Masih sangat kecilkan, bayi sekecil itu telah melalui kehidupan dihospital selama beberapa minggu. Bergantung dengan bantuan pernafasan, bergantung dengan ubat-ubatan dan semalam juga doktor telah mengesahkan bahawa mereka telah habis usaha. Mesin-mesin yang digunakan adalah mesin yang paling maxima digunakan, maknanya tiada lagi mesin-mesin yang lebih canggih untuk membantu Harith. Tiada lagi ubat-ubatan yang paling power boleh diberi kepada Harith. Hanya Doa dan kuasa Allah mengiringi kesakitan yang Harith tanggung selama 3 bulan ini. 

Untuk pengetahuan semua, Muhammad Harith Darwisy dilahirkan pada 30 Julai 2012 (Isnin). Doktor mengesahkan kepada pakcik ku bahawa saluran najis Harith tidak bersambung dengan lubang duburnya dan sedikit komplikasi lain. Sejak dari itu Harith sentiasa berulang alik ke hospital. Sehinggalah pada 19 Oktober 2012 (Jumaat), Harith dibedah kerana doktor mengatakan ada ketumbuhan dalam perut Harith. 

Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dilakukan. Selama beberapa hari di wad ICU Kanak-kanak keadaan Harith stabil. Kemudian pada petang 27 Oktober 2012 (Sabtu), Harith mula menunjukkan kesihatan yang membimbangkan sehinggalah menjelang ke 3 pagi. Degupan jantungnya tidak stabil, tekanan darah turun dan paru-parunya dijangkiti kuman. Dan doktor telah memasang mesin penggegar untuk membersihkan paru-parunya juga bermacam jenis ubat telah dimasukkan ke dalam badan Harith. 

...dan semalam, doktor sahkan Harith KOMA. Ya Allah.... Tak sanggup aku melihat keadaan Harith, apatah lagi pakcik dan makcik ku sendiri. Kau kuatkanlah hati mereka agar mereka kuat dengan ujianMu ini. Berikanlah kesabaran dan keimanan yang tinggi kepada mereka untuk menerima segalanya ketentuanMu.

Ya Allah... andai kata Muhammad Harith Darwisy belum tiba masanya kurniakanlah kesihatan kepadanya dan jika sudah sampai masa ingin kau ambil dia dari kedua ibu bapanya semula maka ambillah dia dengan tenang... Segalanya atas kekuasaanMu Ya Allahh....  

Tiada Tajuk

Assalamualaikum... sekian lamanya aku tak meninggalkan jejak di blog sendiri. Terasa tetiba aku dah kehilangan kawan-kawan yang dulunya rajin membaca blog aku walaupun sebagai silence reader. Kenapa?? Kerana aku sendiri dah lama tidak menjadi penjejak mereka. Baru adilkan!!! Hehehee.... Tak apalah, blog ni tercetus pun hanya kerana untuk diri aku di masa akan datang dan untuk orang-orang yang dekat dengan aku. 

Sekian lama tidak menulis, maka banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku dan sekeliling aku. Ada sedih ada gembira, setimpal dengan kehidupan aku menjadi manusia yang biasa-biasa aje. Kalau dah jadi manusia luar biasa tu gerun pulak kang. Hahahaha.... 

Aidil Adha pun dah terlepaskan... Alhamdulillah... tahun ini ada ahli keluarga aku yang membuat qorban. Mak Ya, telah menunaikan hajat Allahyarham suaminya Ismail bin Hj Sharif, sepupuku Azura juga telah membuat perkara yang sama untuk anak-beranaknya. Syukurrrr alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Ohhh sehari sebelum hari raya haji, sepupuku telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel lagi sihat. Gile ko tak comel!!! mana ade baby lahir yang tak comelkan. Pendek kata segala ciptaan Allah ini comel-comel belaka. Lagi berita gembirakan... dan dalam kegembiraan itu hati aku tersentap sedikit. "Alhamdulillah... Mastura dah ada baby sendiri... sedangkan aku!!!". Ayat itu bermain di kotak fikiran aku. Syukur aku cepat sedar., bahawa segalanya datang dari Allah. Allah lebih mengetahui segala-segalanya, apa yang terbaik untuk aku dan En. Hubby. Segalanya telah tersusun untuk kehidupan kami seperti mana kami dipertemukan dan disatukan dahulu. Aku redha dengan apa yang telah tertulis untuk aku.




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.