~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Usaha untuk Mendapatkan Si Comel

Amboiii.... berbulan tak update ni, janji nak update tuh harikan.. isk isk iskkkk... masa tak berapa nak mengizinkan untuk aku update dengan lajunya.

Mmmm ok bermula cerita dengan usaha-usaha untuk mendapatkan si comel. Selepas tahun pertama usaha tidak berjaya, aku mula mencari pergi tempat-tempat mengurut yang orang kata bagus. Tapi takdelah banyak mana pun tempat yang aku terjah tu. Selain berurut dengan bidan kat kampung sendiri, pergi pulak ke tempat kawan En. Hubby yang katanya dah ramai yang berjaya namun untuk aku tak serasi kemudian mak mentua pulak bawak mengurut dengan bidan yang biasa dia mengurut. Semuanya hampa belaka... tidak mendatangkan hasil plus Allah masih mahu menguji dan mahu mendengar doa-doa kami suami isteri.

Usaha tidak habis di situ, aku teruskan usaha dengan meminum air rebusan buah zuriat selama 40 hari ++ bersama dengan serbuk kurma, aku pun tak berapa nak ingat exactly hari yang sepatutnya kene minum. Yeee dah orang kata minum, air rebusan buah zuriat tu so aku minum jelaaa... Suami isteri kene minum, and yes kami buat tapi biasalah kadang kala terlupa tu maka terskiplaa gamaknya. Selepas tempoh yang ditetapkan habis, kami berhenti minum, tapi hasilnya... mmmmm masih tidak ada. Kami tetap berserah kepada Allah dan redha atas ketentuannya, belum rezeki kami lagi.

Beberapa bulan berlalu bergerak dari setahun tu, setiap bulan adalah waktu yang ditunggu hasilnya. Namun segalanya adalah ketentuan yang Allah tetapkan untuk kami, kami terima dengan redha. Bersabar dan terus bersabar dan menanti. Walau selalu hati kecil ini terasa dengan cakap-cakap orang, En. Hubby selalu menasihati dan begitulah sebaliknya. Kami lalui dengan tabah... 

Kami teruskan usaha... pantang dengar ada orang kampung or kawan-kawan nak ke Mekah menunaikan umrah atau haji. Aku pasti mengirim doa, minta keizinan dari Allah memberi kami zuriat. Mengirim sedekah ke masjid pada hari penghulu segala hari, setiap minggu aku pastikan masjid yang berlainan. Tapi kadang-kadang adalah jugak masjid yang sama, dan mintak kawan-kawan tolong doakan sekali kat masjid. 

Pada penghujung bulan Januari 2013, tergerak hati aku dan En. Hubby untuk pergi buat pemeriksaan doktor. Alhamdulillah kami berdua sihat, cuma ada sedikit masalah dengan rahim aku. Doktor Rajesh dari Hospital Pakar Columbia Asia mengatakan aku mengalami rahim terbalik (rahim retroverted), namun menurut kata Dr. Rajesh bukanlah masalah besar jika mengalami masalah rahim terbalik ni, ramai je patient dia yang mengalami rahim terbalik boleh mengandung seperti biasa. Tapi Dr. Rajesh memberi aku pilihan sama ada nak biarkan atau pun membuat pembedahan untuk membetulkan kembali rahim aku pada kedudukan asal. Aku dengar saja pembedahan hati terus tidak senang memandangkan aku telah 2 kali membuat pembedahan. Tak sanggup rasanya nak mengadap pembedahan buat kali ketiga ini. Jadi jalan yang aku pilih adalah mintak Dr. Rajesh bagi aku ubat subur (clomid) dahulu dan bagi aku masa sebulan.

Selepas itu, aku dan En. Hubby balik ke kampung dan berjumpa dengan Pak Haji yang dah aku anggap seperti ayah aku sendiri untuk minta dia tengok-tengokkan keadaan aku. Pak Haji tu pesan supaya jangan buat pembedahan, berubat cara kampung dahulu. Dan kemudiannya aku berurut dengan Pak Haji untuk membetulkan kembali kedudukan rahim aku yang terbalik itu. Kesakitan untuk membetulkan kembali rahim aku tu, jangan di cakaplah... sakitnya memang tak terkata rasanya. Disamping usaha itu, aku kembali meminum air rebusan buah zuriat bermula pada hari pertama aku uzur, kali ini tiada had hari yang aku tetapkan. Tekad aku minum hingga membuahkan hasil.

Pada pertengahan bulan Mac 2013, aku membuat test UPT sendiri di rumah dan aku disahkan mengandung oleh Dr. Rajesh dan ketika itu usia kandungan aku sudah pun mencecah 6 minggu. Kegembiraan yang tidak terhingga oleh kami suami isteri setelah menunggu berita gembira ini selama 1 tahun 10 bulan. Syukurrrr alhamdulillahh... semoga kawan-kawan yang masih berusaha, teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa. Penyusunan Allah untuk kita adalah yang terbaik untuk kehidupan kita yang tidak pernah kita ketahui.   

   

1 Hari Di Hari Raya 2013

Assalamualaikum...

Dihari yang mulia ini.. hari ini aku dan En. Hubby telah pun mendirikan rumah tangga selama 2 tahun 3 bulan 1 minggu 5 hari... Syukurrr Alhamdulillahh di atas penyatuan kami berdua. Syukur juga kerana Allah memberi keizinan untuk kami bahagia selama kami bersama, semoga kebahagian ini kekal milik kami hingga Jannah Mu Ya Allah. Kepada yang diluar sana, moga kebahagian milik korang juga.

Ohooooo apa kes raya-raya cerita pasal usia rumahtangga ye? Hehehehe.... Mestilah ada sebabkannnnn... apa yang berlaku semuanya bersebab. Maka dengan itu, dengan rasa Syukur ke Hadrat Ilahi aku ingin membuat pengumuman bertulis di dalam blog aku ni bahawasanya.... Aku telah pun disahkan mengandung pada penghujung bulan 3 tuh hari. Alhamdulillahhh hari ni genap usia kandungan aku 5 bulan 1 minggu 5 hari. Baby apa?? Ohoooo itu aku tak pegi scan lagi... patut last month ada appointment ngan Dr. Rajesh (Hospital Columbia Asia) tapi aku skip. So maybe lepas-lepas raya ni bolehlah pegi. 

Suka?? Ofkosss suka... semua orang yang dah berumahtangga menunggu zuriat sendiri. Kannnn.... Cuma rezeki aku & En. Hubby lambat sedikit, apa pun kami tetap bersyukur. Segalanya adalah ketentuan dan penyusunan dari Allah. Kepada yang masih berusaha, teruskan usaha dan jangan putus asa InsyaAllahh ada rezeki untuk kalian juga, dan TERIMA KASIH kepada korang semua yang mendoakan kami.

Kenapa tak umumkan dari awal? mmmm aku rasa ini dah kira awallah aku buat pengumuman. Xtually aku tak suka nak kecoh-kecoh... sama jugak masa aku nak kawin dulukan. Dah nak sampai masanya, dah kompom baru aku buat announcement. Jangan kata di blog ni, di kalangan ahli keluarga dan dipejabat aku sendiri pun perot dah besar baru bg tau tu pun kebanyakan orang bertanya baru aku mengiyakan. Kalau tidak aku diamkan aja. Hihihihi...   

So lepas ni... N3 N3 aku maybe lebih ke arah si kecik di dalam perut aku ni ha. Hahaha itu pun kalau aku rajin, nasib la nak oiiii... dapat ibu yang tak berapa rajin nak menulis dalam blog ni ha... Tapi takpe akan ibu usahakan menulis untuk tatapan & renungan anak ibu ngan ayah bile dah besar nanti, macam mana pengalaman ibu mengandungkan dia nanti. InsyaAllahhh.... Akhir kata, 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
UNTUK SEMUA 
DARI KAMI



Selamat Hari Raya untuk Semua



Salam Ramadhan 2013

Alhamdulillah.. hari ni masuk hari ke 10 umat Islam di dunia ni berpuasa. Syukurrr kepada mu Ya Allah kerana memberi kesihatan dan kesempatan kepada aku untuk berpuasa tahun ini. 

Kepada semua... Semoga masih tak terlambat untuk aku ucapkan, 

SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT HARI RAYA... 

:-D






Pada Minggu ke-17 vs Shaklee

Masuk minggu ke 17 bermakna kandungan aku dah mencecah pada usia 4 bulan 2 minggu, minggu bermulanya umat Islam berpuasa. Aku gagahkan diri untuk bangun pagi memasak juadah untuk bersahur. Alhamdulillahhh segalanya berjalan dengan lancar, dan bermulalah juga hari aku masuk ke dapur selepas beberapa bulan mengalami mabuk dapur. Hihihihi....

Syukurrrr Alhamdulillah kepada Allah... kalau time tu tak boleh masuk ke dapur lagi memang kompom aku dengan En. Hubby kene bersahur dan berbuka puasa di kedai. TAPIIIII... walaupun aku boleh memasak, ada pulak masalah lain yang timbul. Masalahnya ialah aku mudah penat, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan sakit dibahagian ari-ari. Sakit yang amat sangat, hingga menyebabkan setiap kali berlakunya kesakitan seperti itu aku kene berhenti buat keje dan kemudian baring selama beberapa minit untuk kurangkan kesakitan yang aku alami. Time tu memang rasa nak nangis jee tau. Rasa jelaaa takdelah aku menangis bebetul, sikit je kot alahan yang aku alami kalau nak bandingkan dengan orang lain dan kalau nak dibandingkan alahan yang mak aku alami masa mengandungkan aku. Mak aku cite masa mengandungkan aku, lagi teruk alahan yang dia alami. Kesiannnn makkkk... 

Bila berhari-hari aku berkeadaan macam tu, mana boleh tahankan. Memanglah aku bersabar dengan dugaan Allah yang satu ni, tapiiii kalau dah manjang ko nak baring time buat keje bile masanya keje nak siap. Baik-baik keje boleh siap dalam setengah jam jadi 1 jam. Boleh tahan macam tu. Ohhh tidakkklaaa aku menahannya. So altenatif yang aku amik, kebetulan kazen aku dealer product Shaklee, maka aku bertanya ngan dia kot-kot produk dia boleh tolong aku untuk mengatasi masalah yang aku alami tu. Kazen aku suruh aku try makan set mengandung. Ok aku terus order, tapi masa tu aku amik ESP dengan ostematrix dulu. Alhamdulillah selepas beberapa hari aku makan, kesakitan yang aku alami berkurangan dan aku terus order Vita-Lea, Vit-B Complex dan Vit-C. 

Selepas makan produk shaklee ni, Alhamdulillahh terasalah badan ni bertenaga, perut aku pun mudah hadam, bangun pagi pun mudah, sakit pinggang kurang, sakit-sakit belakang kurang, dannnn kurang juga aku kene simpul biawak. Haaa penah dengar simpul biawak?? Kaki kremmm di tengah malam or di pagi hari. Apa pun syukur kepada Allah kerana dengan keizinanNya untuk badan aku menerima produk shaklee ni. 

So kepada sesapa yang mengalami keadaan macam aku ni, try lah produk shaklee ni. Tak cuba tak tahukan. Wahhhhh... promote produk shaklee nampak. Hahahahaa.... So guy kalau rasa nak mencuba boleh kontek kazen aku ni Fyzara Shoppe atau makcik aku Ayang Opal. Kedua-dua mereka menjual produk shaklee.


4 bulan punya N3

Sungguh aku dah menjadi seorang yang makin malas untuk update blog aku yang 1 ni. Hampir 4 bulan aku langsung tak ada masukkan apa-apa cerita dalam blog, habis jadi kejung kaku blog ni kan??? Adehhhhh.... wahai aura rajin datanglah engkau ke dalam badan ku. Hiiiii hiii hiiii....

Mana nak mulakan ni ye... okey aku mulakan dengan berita sepupu aku yang sakit dalam N3 terakhir aku pada 2 November 2012. Sepupuku itu telah pun kembali ke pangkuan Allah, arwah Mohammad Harith Darwisy bin Zainuddin telah pun meninggal dunia selepas beberapa hari aku tepek cerita pasalnya, sabtu lepas kite orang ada buat kenduri sempena 100 hari arwah pergi. Syurga baginya kerana meninggal diusia yang hanya beberapa hari itu. Al-Fatihah untuk Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin...

Masuk ke bulan 12, mmmm takde ke mana pun kami. Hanya menghabiskan percutian bersama keluarga ke Melaka dan di sana aku sambut ulang tahun kelahiran Mak aku yang ke 58 tahun. Kemudian balik dari Melaka bapa mentua sepupuku pula meninggal di Singapura. Maka dari Melaka terus ke Singapura untuk melawat orang yang telah kehilangan ahli keluarga tersayang. Percaturan Allah tiada siapa yang tahu kan.

2013... yeahhhh tahun baru, tiada apa yang menarik di awal tahun baru. Biasa-biasa aje... hingga tiba pada tarikh 18 Januari 2013 hari jumaat.. haaaa Piala Liga Super Malaysia, Johor DT vs ATM. Aku dan ahli keluarga yang lain pergi menyokong pasukan Johor DT ye.. dah nama pun orang Johor maka kenelah sokong Johor DT kan. Balik dari menonton bola sepak sampai kat uma dah pun pukul 12.30am pasal kite orang menyinggah isi perot dengan char kuey tiaw Jalan Rawa, Perling. Bile dah tengah malam maka tarikh ofkos berubahkan.. so 19 Januari 2013 adalah tarikh En. Hubby dilahirkan. Oleh kerana aku tak sempat nak membaking maka kek untuk En. Hubby adalah kek aiskrim, ini semua bola punye pasal. Tapi yehhhhhh aku telah celebrate En. Hubby dengan kek aiskrim di pagi hari.. 12.45am kot time tu... aahhahahaah sasauuuuu pepagi hari mencekik aiskrim laki bini.... and pepagi hari itu jugak aku telah menyusahkan hidup En. Hubby dengan menyuruh dia membuka hadiah yang telah aku sampul dengan berlapis-lapis kertas dan kotak. Hiu hiu hiuuuu... sangat best wooo kerana dapat membuli En. Hubby. Ohhh hadiah?? Aku just bagi En. Hubby powerbank jeee, kemudahan untuk En. Hubby mengecas hp nya ditempat keje. Pastu aku mintak En. Hubby balas hadiah besday aku ngan kuali Tefal yang siap ngan penutup.

Haaaa macam inilah yang aku mau...

Hihiiii.. amboiii sikit punye demand aku mintak hadiahkan, udahla mahai giler kuali tefal ni. Tunggu nanti kalau ada rezeki ke Langkawi, aku nak grab sebijik pasal ramai orang kata kat Langkawi Tefal murah. Dapat 1 ni jadilah pasal aku lebih suka memasak gunakan kuali, pastu baru transfer ke periuk cap buayak yang mak aku hadiahkan. Haaaaa tengok picca kat bawah tu ha... sederet tu lah periuk cap buayak Mak aku bagi hadiah kat aku. Aku sangat suke hokeyyyyy... Rege sederet aku tengok kat web yang aku cilok gambar ni 9pcs bersamaan dengan RM320. Kalau kat kedai area Johor ni lagi lebehhh mauuuu harganya. Syukurrr alhamdulillah pasal aku dapat free je. Memula aku dapat set kecik-kecik yang belah atas tu ha, Mak aku kirim dengan penyewa rumah makcik aku kat kg. Lepas tu yang belen 3 besar tu Mak aku kirim ngan makcik aku masa dia hantar anak dia ke Kedah tuh hari. Gile tak seronok dapat periuk free, ni semua gara-gara mak aku kesian tengok aku pakai periuk ala-ala tefal yang jual kat mydin tu ha. Calar sikit dah tak boleh pakai. Nyampahhhh tauu baru pakai 4 5 kali dah rosak. Sakit je hati aku tengok periuk yang dah calar tu, sudahnya aku buat pasu pokok cili je periuk tu. Hu hu....   

Inilah deretan periuk cap buayak yang Mak aku hadiahkan. Gambar cilok dari web  My Budget Shop


...The end

Usus, Daging or Otak????

Begitu besarnya kuasa Allah tak siapa pun yang tahu. 

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendakan sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya, "JADILAH!!! LALU JADILAH IA."
-Al-Baqarah: 117-


Cuba tengok gambar yang aku tepek kat bawah ni, dan perhatikan betul-betul.


Bile korang tengok gambar yang aku tepek ni, korang agak apa benda alahnya tu??? Usus? Daging? Otak? Ohhh tidakkkkk... semuanya bukan ok. Bukan usus, bukan daging dan opkosss bukan jugak otak ye. Nampak besarkannnn... kalau yang ini korang nampak besar cuba bayangkan bahawa gambar itu adalah separuh bahagian daripada ketumbuhan yang dikeluarkan oleh doktor dari perot Harith. Bayangkan lagi, dalam pada Harith berumur 1-3bulan ketumbuhan ni membesar dengan jayanya dalam perut Harith. 3 bulan ok, bukanlah 1 jangka masa yang lamakan. 

Pejam celik pejam celik tuppp 3 bulan. Sekali doktor belah perut Harith selonggok ketulan ni dikeluarkan dari perut Harith. Kami sekeluarga semua cuba membayangkan macam mana ketumbuhan ni boleh duduk dalam perut Harith yang kecil molek tu. Subhanallahhhh maha suci Allah.. sesungguhnya itulah ketentuan Allah. Bila Allah mengatakan JADI, maka perkara yang mustahil pada kita tidak lagi akan menjadi mustahil. 

Untuk pengetahuan semua, Harith masih lagi ditahan di wad ICU kanak-kanak, masih tidak sedarkan diri tetapi keadaannya mengikut kata doktor Alhamdulillah dah stabil berbanding dari 3 hari lepas. Penerangan doktor itu sudah cukup melegakan kami sekeluarga. Kami akan terus berdoa agar Harith akan cepat sembuh  dan sihat seperti kanak-kanak yang lain.

Kawan-kawan yang budiman sekalian, tolong yeee doakan kesihatan 
Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin.

Terima kasih.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.