~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Usherer for Nusajaya Security Conference & Training 10-12 April '08

Welcome welcome... hahaha bile aku tibe2 terpaksa menjadi penyambut tetamus di hari Nusajaya Security Conference & Training, Sofitel Palm Resort, Senai.
Nie dia minah2 usherers... ade yg kate kami org kuat UMNO.. hua hua hua... ini korporat suit Nusajaya laaaa.... Huhuhuhuuuu
Posing tetap posing bebbb...
Sempat ajak Pn. Karimah Tan berposing sekali, sporting gileee....
Posing semautnyee...hua hua hua
Backdrop belakang tuh la projek yg sedang membangun...WPI

Rezeki Rezekiii....

Syukur kepada NYA yang telah memberikan aku peluang mencari rezeki yang halal disini... Alhamdulillah.. semalam aku dah start bekerja di Nusajaya Center. So bermulalah kehidupan aku disini... Mmmm setakat nie belum ade ape2 lagi kerja yang memeningkan kepala aku. Tapi akan datang telah diwarning awal2 supaya bersedia dengan segala bebanan keja yang akan menimbun2 lagi melambak2. Huhuhuu hahahaa kene get ready dari awal nie... Kawan2 sekerja setakat nie adelah jugak, geng2 se'department' dengan aku so far ok2 belaka termasuklah bos aku En. Fadil. Buat lawak je kejenyeee.. tapi tak taulah akan datang macam mana plak kannnn... Aku pun macam biasa jelahhh.. tak boleh nak tunjuk taring dulu skang ni, eheheh mesti dok diam2 tunjuk baik and cakap sopan2. Orang tegur aku tegur lah, orang diam aku lagi diam seribu kali diam. Iskkk boleh ke macam tu, ade plak nanti orang kate aku sombong, dah la orang baru lagi nak kerek2 plak ekkk... sonyommm udahh laaaa... hahahaha Haiiii wateberrrr laaa... Skang nie aku dalam proses memerhati orang sekeliling, selepas itu barulah aku boleh keluarkan taring juga belang aku sedikit demi sedikit...

caRi keJe - Buat Keje - Dapat Keje @-@

Zaman sekarang nie susah betul nak mencari keje. Dah seminggu aku dok melanguk kat uma, ehh tak jugak aku jadi orang gaji omak ngan abah kat uma seperti yg aku war-warkan sebelum nie. Kekekehhhh... Jadi tukang masak and tukang kemas macam cerita nasib si labu labi. Ahakssss siap pakai apron lagi tuh. Bila abang aku tengok dikatenye aku mengada2 sebab pakai apron. Ehhh tu kan kebersihan, kitakan mesti menjaga kebersihan ketika memasak. Betulll takkkk...??? Nasib baik uma aku takde topi tukang masak yang tinggi2 tuh. Kalau ade memang aku pakai sekali. Hahaha.... Konfrem kalau aku pakai topi tu aku dah boleh digelar Chef Lieya. Kwang kwang kwangggg... Hmmmm selama seminggu aku duduk kat rumah takdelah bohsan sangat sebab aku tolong mak ngan abah buat keje rumah and ape2 keje yg patut dan terlarat aku buat, termasuklah membela, membelai juga melayan kerenah 2 ekor kucing aku si "kemmung" dan "domong" yang semakin gemmok dan ligat.
So dalam pencarian aku mencari keje, akhirnye ade jugak lah yg tersangkut. Alhamdulillah syukur kepada NYA yang memberikan aku pekerjaan juga rezeki diwaktu yg terdekat ini. So maybe 01 April 2008 nie aku akan mula bekerja di UEM Land, Ledang Heights Nusajaya Gelang Patah. Itu pun kalau semua dokumen aku siap. Mmmm aku tunggu dan nantikan pula gelagat2 pekerja di Nusajaya center nie, dari penglihatan aku majoriti pekerjanya adalah melayu. So bile melayu paham2 sahajalah cerita dan celotehnye nanti. Mesti macam-macam ada... hahaha tak dapat aku gambarkan. Opssss belum ape2 lagi aku dah cakap banyakkan...
Hemmmm semoga berjaya untuk aku menempuh segala dugaan ditempat baru dan semoga aku lebih cekal dan sabar di tempat baru nanti...Aminnnnnn (",)

Selamat Tinggal Zelan

Setelah 4 tahun 3 hari aku berkhidmat dengan Zelan, akhirnye hari ini adalah hari terakhir aku disini. Namun sebenarnya aku masih terkapai2 tanpa tujuan ke mana arah tujuan aku selepas nie. Semoga interbiew aku yang sebelum2 nie berjaya dan membuahkan hasil. Ya Allah permudahkanlah aku mendapat jawatan yang setimpal dengan pengalaman aku or jikalau ade pekerjaan yang baru yg lebih mancabar untuk aku. Huhhhh mesti penin gileee... Takpe.. as long as aku tak dapat bos mcm yg sekarang nie... iskkkk dijauhhhhhkan lah hendaknyeee... Selisihhhhhhhhhhhhh................
So sementara nie, aku jadi maid merangkap driver untuk mak dan abah, and goyang kaki ajelah aku kat rumah. Heheheh moga2 penantian mendapat pekerjaan baru ini tidak terlalu lama untuk aku. Mesti bohsan dok kat uma, almaklumlahhh dah biasa bekerja tup2 kene duk uma plak. Aisehh tak dapat aku bayangkan... Konfrem memang tak lekat kat uma lah aku ngan mak agaknye.
Ape2 pun kepada rakan2 seperjuangan ku, semoga kalian semua berjaya mengejar impiannn... "Menuju puncakkk... da da da... da da da da............................"
P/S:- My Dear Kak Na, sorry to say sebab Lia tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis kahwin Kak Na kat Bangi. Adehal lah Kak Na this week. But dont worry k, before end this mac or early April Lia akan ke Putrajaya, so see u soon. Love u much *muaccckkkkssss*
"Semoga kekal bahagia untuk selamanye dengan orang Minyak"
Lia nyanyiakan utk K.Na k...
"Selamat Pengantin Baruuuu..." deng deng deng dengg dengggg...
"Selamatttt berbahgiaaaa...." selebihnye sambung sendiri lah yerkkkk... ahaksssss

beTday mAil & K0pAl 23.02.2008

Hari Sukan Sekolah Akim

Yana, sepupu aku dalam acara 4x100m
Hakim yg sekarang nie dah semakin berisi, lari pun dah tak kuat.
Akim bersedia untuk berlari Memang Akim dah gemmok sebab dapat no 4 je... So no KFC Nie lagi sorang anak sedara aku yg berbakat, Mira
Minggu lepas adalah hari sukan sekolah Akim. Bila aku tengok Akim turut serta dalam beberapa acara dan kanak-kanak lain menyertai acara padang dan balapan nie mengingatkan aku ke zaman persekolahan aku dulu. Terus membuatkan aku menggamit kenangan silam dan terasa rindu pulak berlari ditengah padang. Terutama sekali dalam acara pecut memecut.
Dulu aku memang aktif dalam sukan, baik acara padang mahupun balapan. Biasanye acara yang aku kusai disekolah ialah lompat tinggi, lompat jauh, lari 100m, 200m, 400m, 4x100, 4x200, 4x400 dan tak ketinggalan jugak bagi acara jarak jauh 3000m. Heheheeh banyakkan acara yang penah aku sertai, macam tamakk gitu. Heheheh... Tapi dalam setahun aku tak digalakkan untuk mengambil kesemua acara tuh, sebab dalam syarat-syarat pertandingan aku tak boleh melebihi 6 acara sekaligus, kecuali diperingkat sekolah. Bila saje masuk ke peringkat daerah, acara yg sering aku tinggalkan ialah lompat tinggi, lompat jauh, 3000m dan 4x200m. Manakala acara 100m dan 4x100 adalah acara wajib bagi aku.... Tapi sekarang kalau disuruh aku berlari lagi, aku rase jauhhhhhhh aku ketinggalan walaupun bertandingan dengan budak tingkatan 3. Heheheh sebab badan dah beratt and yang penting sekali dah lama takde exercise.

Domong VS keMmung

Haa semalam aku pulang ke kampung halaman semata-mata nak ambil kucing yg diberi oleh jiran A.Ngah dan Pak Nodin... Hehehehe betol-betol buat aku suka sebab aku dapat 2 ekor anak kucing yg comel walaupun pada asalnye aku nak sekor aje dan walaupun sebenarnye aku alah dengan kucing tapi aku nak try bela sekali lagi. Yang sekor aku dapat anak kucing parsi aku namekan "DOMONG", anak kucing parsi nie jiran A.Ngah bagi yang bagi. Manakala yang sekor lagi anak kucing Pak Nodin anak kepada si tupai (kite orang panggil tupai sebab ekornye macam tupai), aku name kan "KEMMUNG" sebabnye Pak Nodin aku nie selalu sangat sebut kemmung. Ntah ape maksudnye pun aku tak tahu.... Hmmmmmm mulai sekarang tugas harian aku adelah menjaga anak2 kucing aku sehingga besar. lets see sama ade sekarang nie aku masih alah dengan kucing lagi ke tidak... Harap-harap tak lagi laaaaaaa...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.