~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Pinjaman Allah

Pagi tadi, tetiba terasa nak bace blog sepupuku, dan tetiba jugak tersentap dengan berita yang aku bace. Baby dalam kandungan sepupuku telah meninggal dunia pada usia kandungannya menjejak 8 bulan. Meninggalkan  mama, ayah dan kakaknya yang belum sempat dilihat. 

Etty... Tabah, sabar dan redhakan pemergiannya. Etty dah buat yang terbaik selama baby di dalam kandungan. Ingat bahawa Allah lebih mengetahui segala-galanya, darinya kita datang dan kepadanya kita kembali, setiap yang berlaku ada hikmah yang tidak kita ketahui. InsyaAllahhhh... baby akan menunggu Etty dan Hisham di pintu syurga.. InsyaAllahhhh... 

Jaga diri Etty baik-baik... Perlu ingat bahawa Etty masih ada Eryna, dan insyaAllahhh akan ada rezeki untuk Etty dengan Hisham suatu hari nanti. 

Maha suci Allah... menyedarkan aku akan kekuasaan Allah atas apa jua dikehendakinya. Janji Allah itu PASTI.


Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin


Semalam... aku ke hospital, melawat sepupuku Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin, dan semalam juga genap umur Harith 3 bulan. Masih sangat kecilkan, bayi sekecil itu telah melalui kehidupan dihospital selama beberapa minggu. Bergantung dengan bantuan pernafasan, bergantung dengan ubat-ubatan dan semalam juga doktor telah mengesahkan bahawa mereka telah habis usaha. Mesin-mesin yang digunakan adalah mesin yang paling maxima digunakan, maknanya tiada lagi mesin-mesin yang lebih canggih untuk membantu Harith. Tiada lagi ubat-ubatan yang paling power boleh diberi kepada Harith. Hanya Doa dan kuasa Allah mengiringi kesakitan yang Harith tanggung selama 3 bulan ini. 

Untuk pengetahuan semua, Muhammad Harith Darwisy dilahirkan pada 30 Julai 2012 (Isnin). Doktor mengesahkan kepada pakcik ku bahawa saluran najis Harith tidak bersambung dengan lubang duburnya dan sedikit komplikasi lain. Sejak dari itu Harith sentiasa berulang alik ke hospital. Sehinggalah pada 19 Oktober 2012 (Jumaat), Harith dibedah kerana doktor mengatakan ada ketumbuhan dalam perut Harith. 

Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dilakukan. Selama beberapa hari di wad ICU Kanak-kanak keadaan Harith stabil. Kemudian pada petang 27 Oktober 2012 (Sabtu), Harith mula menunjukkan kesihatan yang membimbangkan sehinggalah menjelang ke 3 pagi. Degupan jantungnya tidak stabil, tekanan darah turun dan paru-parunya dijangkiti kuman. Dan doktor telah memasang mesin penggegar untuk membersihkan paru-parunya juga bermacam jenis ubat telah dimasukkan ke dalam badan Harith. 

...dan semalam, doktor sahkan Harith KOMA. Ya Allah.... Tak sanggup aku melihat keadaan Harith, apatah lagi pakcik dan makcik ku sendiri. Kau kuatkanlah hati mereka agar mereka kuat dengan ujianMu ini. Berikanlah kesabaran dan keimanan yang tinggi kepada mereka untuk menerima segalanya ketentuanMu.

Ya Allah... andai kata Muhammad Harith Darwisy belum tiba masanya kurniakanlah kesihatan kepadanya dan jika sudah sampai masa ingin kau ambil dia dari kedua ibu bapanya semula maka ambillah dia dengan tenang... Segalanya atas kekuasaanMu Ya Allahh....  

Tiada Tajuk

Assalamualaikum... sekian lamanya aku tak meninggalkan jejak di blog sendiri. Terasa tetiba aku dah kehilangan kawan-kawan yang dulunya rajin membaca blog aku walaupun sebagai silence reader. Kenapa?? Kerana aku sendiri dah lama tidak menjadi penjejak mereka. Baru adilkan!!! Hehehee.... Tak apalah, blog ni tercetus pun hanya kerana untuk diri aku di masa akan datang dan untuk orang-orang yang dekat dengan aku. 

Sekian lama tidak menulis, maka banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku dan sekeliling aku. Ada sedih ada gembira, setimpal dengan kehidupan aku menjadi manusia yang biasa-biasa aje. Kalau dah jadi manusia luar biasa tu gerun pulak kang. Hahahaha.... 

Aidil Adha pun dah terlepaskan... Alhamdulillah... tahun ini ada ahli keluarga aku yang membuat qorban. Mak Ya, telah menunaikan hajat Allahyarham suaminya Ismail bin Hj Sharif, sepupuku Azura juga telah membuat perkara yang sama untuk anak-beranaknya. Syukurrrr alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 

Ohhh sehari sebelum hari raya haji, sepupuku telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel lagi sihat. Gile ko tak comel!!! mana ade baby lahir yang tak comelkan. Pendek kata segala ciptaan Allah ini comel-comel belaka. Lagi berita gembirakan... dan dalam kegembiraan itu hati aku tersentap sedikit. "Alhamdulillah... Mastura dah ada baby sendiri... sedangkan aku!!!". Ayat itu bermain di kotak fikiran aku. Syukur aku cepat sedar., bahawa segalanya datang dari Allah. Allah lebih mengetahui segala-segalanya, apa yang terbaik untuk aku dan En. Hubby. Segalanya telah tersusun untuk kehidupan kami seperti mana kami dipertemukan dan disatukan dahulu. Aku redha dengan apa yang telah tertulis untuk aku.




Adam & Hawa

Haaaa.. gamaknya dah macam sebulan 1 N3 la pulak. Dah malas nak menghapdet blog... kerajinan itu tak sampai-sampai entah ke manalah hilangnya yeee... Tapi takpelah at least adelah jugak N3 dalam sebulankan!!! Takdelah kosong bontang je...



Okehhhh... just nak share ngan korang kat luar sane, alaa skangkan sebok orang dok cite pasal drama Adam & Hawa. Best wooo citenyeee sebest novelnya. Untuk korang yang ada melanggan astro mustika saluran 134 kompommm takkan melepaskan peluang menontonnya. Tapi untuk aku yang takde langgan ni kan, aku just tengok melalui web je. So kawan2 yang nak sangat tengok ke"best"san cite ni, mohlah kite sama-sama menonton secara online. Nak tengok kat mana... haaa ni dia laman webnyaa... "Drama TV Online". Bukan setakat cite Adam & Hawa je yang ada, ade macam-macam lagi cite kat tv yang ado. So kawan-kawan selamat menonton... Yihuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Legoland Malaysia

Sebokkan sekarang orang bercerita pasal Legoland Malaysia ni, maunya tidak inilah legoland yang ke enam didirikan di dunia. Haaa hebat tak hebatlahkan.... Maka pada yang berminat nak masuk, silakan... Nak detail lebih lanjut sila lawat web Legoland Malaysia. Alhamdulillah aku dah masuk dah ke legoland ni, aku dapat masuk FREE pasal kawan aku cikgu so dia dapat tiket free dari legoland.


Main entrance, aku cilok dari Mr. Google jeee...


Berani nak naik mende alah ni??? Aku dah buktikan walaupun naik sekali jekan... ketakkkkk gile kaki lepas naik.. ahahahaha


Haha.. ini picca aku snap, try and error masa nak amik picca kawan aku naik menda alah ni... Gegel kaki lepas naik benda alah ni wooo.. 


Naik dragon roller coaster ni pun manyak syok, boleh bikin jantung korang ala2 nak gugur. Tp still ok lagi aku rasa pasal naganya panjang berbanding dengan permainan yang kat project X tu ha, so takdelah gayat sangat lutut...


Haaa camnilah gayenye naik dragon roller coaster ni, kasi korang teranggg sikit mata tu ha....






Antara tempat yang korang WAJIB pegi... boleh rasa salji turunnnn.. eheheh manyak syokkk oooo


Asyik memandu kereta jekan, sesekali nak jugak jadi nakhoda kapal. Maka disinilah tempatnya... ehehehehe 

Yang ini pulak permainan menguyupkan badan, tapi takdelah kuyup sangat but no worries ada tempat utk mengeringkan badan.. 


Ini pulakk kasi anak2 memandu, tengok terrer ke tidak dia orang ni nak buat drift bagai.. ehehehe



Dah puas berpanas-panasan, masuk pulak ke kawasan beraircon , mencipta apa jua yg terlintas dlm kepala dengan menggunakan lego





Kalau anak-anak suka nak naik kuda, haa korang kasi dia naik si kuda ini..  Nasib baik hanya budak2 je yang boleh naik. Kalau takde limit kompom aku pun nak tunggang sekali...
Haaaa... kalau dah penat korang berjalan, korang boleh naik train ni. Tapi train ni hanya ada 1 pick-up point dan disitulah jugak tempat korang turun. Takde nak tahan-tahan soh berenti ke apa ke kan.
Haaa ni salah 1 yang boleh dibanggakan, KLCC yang dibuat dari lego eh... tak bangga ko??? Memmang terbaekkk ok. Macam-macam bangunan lagi yang ado kat miniland. 
dannn ini, haaa dari jauh nampak macam real woooo... ko tak bangga lego digunakan utk membuat patung yang siap berbaju melayu, bersongkok, dan berbaju kurung bagai. Patung ni kat depan surau, kire signage untuk muslim kite ke surau. Alhamdulillahhh... ada jugak surau dalam legoland ni. Lagilah aku bangga...




Ok ini adalah peta ke Legoland Malaysia, aku cilok dr Legoland Malaysia punya web.. kalau korang tak tau mana nak tuju kasi print map ni.. kompom korang sampai dengan selamat and 1 more thing, kalau korang nak parking, korang parking kat sebelah Mall of Medini pasal kawasan parking itu adalah yang paling dekat dengan main entrance Legoland berbanding  dari parking lain.




Ini pulak map dalam legoland sendiri... So kalau korang nak pegi korang start  dari Lego City.

Ok cukuplah tu, kalau nak tau lebih lanjut silalah pergi ke legoland. Tapi bukan memaksa yeee... pasal harganya ada yang tak puas hati kerana a bit mahal. Ada yg siap tag aku, "membazir je pegi ke sana"... Aloooo PM pun tak paksa ko ke sanakan, itukan hak masing-masing. Ko ada duit lebih and nak having fun ko boleh pegi. Tapi kalau keadaan kewangan ko tak mencukupi so takyah la ko pegi and no need ko nak cakap ngan aku membazir bagai. Aku pegi atas dasar tiket free and aku sendiri belum beli tiket legoland takde pulak aku nak kecoh2 kat kawan-kawan aku yang berlumba-lumba membeli and cakap membazir so on kat dia orang. Kan kawan-kawan... so tepuk dada tanya selera and tepuklah poket korang sendiri. hehehehe...

Yang Hidup Pasti Akan Mati

Bulan ramadan berlalu pergi dan kini syawal juga bakal meninggalkan kita. Macam-macam cerita suka duka dikongsi bersama kaum keluarga. Awal ramadan disambut dengan gembira, kemudian dipertengahan pula... kesedihan menyelubungi kaum keluarga, Pak cik ku kembali ke rahmatullah tanpa dijangka, yeee ajal dan maut tidak pernah kite ketahui... Sesungguhnya janji Allah itu benar belaka. 

Pada 6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadan 1433H dan hari itu adalah hari Nuzul AlQuran, hari baik bulan baik pakcik ku Ismail Hj Sharif telah pergi buat selama-lamanya. Pergi meninggalkan seorang isteri tanpa berwaris. Tak siapa menyangka akan pemergiannya. 

Pagi pada 6 Ogos itu, pakcik ku keluar ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pemeriksaan lanjut setelah 2 bulan tidak melakukannya. Sampai di Hospital arwah telah dimarahi oleh doktor kerana tidak datang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hasil pemeriksaan, mengikut kata doktor darah pakcikku sedikit pekat, jantung dan kencing manis semua normal dan pakcik ku perlu datang kembali ke hospital pada minggu depannya untuk cek darah sekali lagi. 

Selesai mengambil ubat pakcik ku terus ke tempat kerjanya di Pekan Rabu, semasa dalam perjalanan pakcik ku sempat menelefon makcik ku untuk memberi perkhabaran hasil dari pemeriksaan doktor. "Yang... Alhamdulillah... semuanya ok, cuma kata doktor darah pekat sikit minggu depan kene datang lagi cek darah." Itulah antara ayat terakhir yang didengari oleh makcik ku dari suaminya melalui panggilan telefon lebih kurang pukul 11.30 pagi. Maha suci Allah... siapa kita untuk menghalang ketentuan yang telah Allah buat. Perancangan Allah cukup sempurna.

Pada pukul 1.30pm, aku menerima panggilan telefon dari makcik ku, mengatakan yang pakcik ku pengsan ditempat kerjanya ketika berbual dengan rakan sepejabatnya. Maka aku dan suami ku bergegas membawa makcik ku ke tempat kerja pakcik ku. Suatu kebetulan, pada hari itu suami ku hantar aku ke tempat kerja. Sampai di sana, sekujur tubuh yang kurus tinggi telah ditutupi kain putih menyambut kedatangan kami. Tiada kata yang dapat diungkapkan,  hanya air mata berjujuran jatuh ke pipi dan raungan seorang isteri di atas pemergian suaminya yang sebelum itu berbual seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pada kebiasaannya situasi itu hanya aku tonton dikaca tv, tidak pernah aku duga keluarga kami akan diuji seperti itu. Pemergian seorang insan yang terlalu baik dengan semua orang, pertolongan yang diberi tidak pernah minta dibalas. 

Ya Allah... Engkau memberi balasan yang setimpal dengan amalannya, itu janji Mu. Engkau tarikh nafas pakcik ku dengan begitu mudah pada hari yang cukup baik dan pada bulan yang baik. Engkau pancarkan cahaya pada wajahnya disaat rohnya telah terpisah dari jasadnya. Sesungguhnya janji Mu itu benar Ya Allah. Ya Allahh... aku memohon kepada Mu, tempatkanlah arwah pakcik ku, ISMAIL BIN HJ SHARIF dikalangan orang-orang yang beriman iaitu dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Aminn Ya Rabbal Alamain. 

Tinggal kenangan, Sambutan Hari Jadi Arwah bersama ahli keluarga yang lain pada hari raya haji tahun 2009.

Al-Fatihah untuk Arwah ISMAIL BIN HJ. SHARIF

Alahaiiii Elyano...

Mood kelaut nak menulis pasal baru dapat berita kucing aku yang bernama Elyano mati pagi tadi. Yano sakit mata, tapi takdelah terok sangat and mak cakap dah elok sikit lepas letak ubat cuma semalam demam sikit. Pagi tadi mak nak keluarkan dari sangkar and nak bagi makan macam biasa sekali tengok Yano dah terbaring kaku tak seperti kebiasaan akan menunggu di depan pintu sangkar berebut dengan adik beradik lain untuk keluar. Hua hua huaaaa...mau tak sedih walaupun bukan dibawah jagaan aku, tettap aku sedey pasal boleh dikatakan tetiap minggu balik uma mak tengok anak-anak bulus dan baru je hari sabtu lepas aku balik kampung mandikan mereka.

Sekarang tinggallah 6 ekor kucing aku Papa Jeyrit, Mamy Jeynet, Satria, Alvin, Britney dan juga Mika kat rumah mak aku. Yang lain-lain semua tinggal kenangan... Papy Kemmung, Papy Jeykey, Mamy Domong, Panda, Tiger, Eichik, E.J, Theodore, Simon  and baby-baby Mamy Domong juga Mamy Jeynet yang belum sempat punya nama. Kalau tak kompom meriah rumah aku dengan anak-anak bulus aku. 


S.E.D.I.H
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.