Mari bace sikit keratan akhbar utusan hari ni,
“Pihak Jabatan Pelajaran Negeri mengucapkan takziah atas pemergian mengejut Allahyarham dan diharap keluarganya akan banyak bersabar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, ayah Allahyarham, Hasah Eunos, 56, memberitahu, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu ketika berada di kebun.
“Saya menghantarnya ke sekolah setiap hari sebab itu saya terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak sekolah yang mengatakan anak saya tenat dan kemudiannya meninggal dunia,” katanya yang menetap di Kampung Seri Maamor di sini.
Katanya, Allahyarham merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dikesan menghidap komplikasi jantung sejak lahir dan dia sering membawa mangsa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
“Doktor di IJN memberitahu yang penyakit jantung anak saya ini agak kronik dan pembedahan tidak dapat dibuat untuk menyembuhkannya, namun dari semasa ke semasa kami ada membawanya ke hospital.
“Dia boleh bersekolah seperti biasa tetapi tidak boleh aktif kerana badannya boleh menjadi kebiruan. Dia juga sering batuk-batuk, namun dia seorang yang periang dan merupakan anak yang baik,” katanya yang turut memberitahu Allahyarham amat meminati mata pelajaran lukisan.
Marilah sama2 kite sedekahkan Fatiha untuk adik Hazizul Hasah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Al-Fatihah...
2 Ng0mel-ng0mel:
Baru baca berita tu td..sedihnya kan..tak sempat amik SPM.. tapi, sudah ketentuanNya begitu. Semoga yang tinggal terus tabah dan redha..
Tuh laa... Allah lebih menyayangi arwah..
Post a Comment