Setelah menyepikan diri beberapa hari, hari ni tergerak hati aku nak menghapdet blog. Saje nak tepek souvenir dari kawan-kawan aku yang dah agak berkurun lamanya. Untuk kenangan di masa akan datang...
Cenderahati pertama dari geng bas sekolah aku, yang baru balik dari Holland setelah berhijrah bertahun-tahun lamanya dinegara orang putih. Akhirnya balik jugak ko ke bumi Malaysia ni Chek Dah oiiiii... semua orang rindukan ko... maka tercapailah cita-cita ko di zaman persekolahan dolu kala... dan dah puas jugaklah ko pusing keliling negara omputih itu. Segala genap sudut ko jejak....
Aku doakan ko berjumpa dengan Mr. Right yang ko idam-idamkan secepat yang mungkin supaya ko tidak berhijrah lagi. Cukup-cukuplah beb ko berhijrah... janganlah ko bagi masa 2 tahun je untuk diri ko mencari jodoh. Semua ini adalah ketentuan Allah yang tidak pernah kite ketahui... InsyaAllahhhh kawan-kawan kite sentiasa mendoakan kebahagiaan ko.
Kasut Holland mari, TQ Chek Dah.... |
Ini pulak oven mitt dan glove yang diterbangkan khas dari Perth, thanks to Puan Nana kite yang baru je balik dari berhoneymoon. Wahhhh sonokkkkkan dapat pegi honeymoon jejauh. Terujaaaa tau tengok gambar-gambar kat sane. Semoga perkahwinan kamu berdua kekal hingga ke syurga.
Oven mitt and glove Aussie mari, TQ Nana |
... dan tak lupe juga ini makanan, nougat namanya.. juga diterbangkan khas dari Perth oleh Pn Nana. Di tekak aku setap hingga menjilat jari tapi pada si Nana ni pulak katanya tak sedap. Aku siap mencari resepinye tauu, berangan nak membuat sendiri. huhuhuhu..... Sedap mungkin sebab aku suka makan kacang kot. ehehehehee Ade sesapa nak pi Perth??? Aku nak kirim beli nougat... ahahaha
Nougat ada pelbagai perisa, yang aku telan perisa vanilla memang super sedap. |
0 Ng0mel-ng0mel:
Post a Comment