Alhamdulillahhh.. syukur ke hadrat ilahi kerana masih memanjangkan umurku untuk menikmati kehidupan di dunia ini. 30 April yang lepas adalah tarikh penting dalam hidup aku, ianya tarikh aku dilahirkan ke dunia ini dan merupakan tarikh aku disatukan dengan En. Hubby. Syukurrr alhamdulillah... pada 30 April 2012 genap umurku 32 tahun opssssss jangan pandang pada umur haaa, ahahahaaa dan genaplah setahun aku mendirikan rumah tangga bersama suami terchenta. Oooo yeahhhhh setahun ka!!! sekejap je masa berlalukan!!! suke suke sukeeee....
Alhamdulillahh... kini aku sudah berpindah ke rumah baru, rumah kami sendiri. Setelah berminggu-minggu berhempas pulas menyiapkan apa yang patut.... syukur Ya Allah atas nikmat dan rezeki yang kau curahkan kepada kami.
Terima kasih kepada seluruh ahli keluargaku yang datang membantu, tak dapat kami balas jasa kalian semua. Terima kasih juga kepada En. Hubby kerana sanggup bersengkang mata menunggu kontraktor menyiapkan kerjanya, berkerja keras selama ini untuk kehidupan kita yang lebih sempurna dan terima kasih kerana mengambil tanggungjawab abah untuk menjaga isterimu ini.
07 May 2012 secara rasminya kami telah berpindah ke rumah baru... alhamdulillahhh
1 Ng0mel-ng0mel:
hepi belated besday...:) eerr..kene panggil akak ni..walau tak jauh beza pon...tapi nak feeling2 mude..hehehee..;p
Post a Comment