Yihaaaa yaribaaaaa andre andreeeeee.... Alhamdulillah selamat akhirnya perjalanan aku ke Melaka bersama-sama kawan-kawan sekilang En. Hubby. Family day kilang En. Hubby tahun ini dibuat di A Famosa Melaka dengan tema Rock. Syukurrrr... semuanya telah selesai dengan sempurna dan dengan jayanya.
Sebanyak 8 buah bas kot yang pergi kalau tak silap aku la... ditambah lagi dengan beberapa biji kereta yang dipandu sendiri oleh mereka-mereka yang tak mahu naik bas. Untuk aku ngan En. Hubby, kite orang lebih suka naik bas pasal tak payah nak bersusah payah memandu bagai. Kalau we all penat 2 2 boleh membuta dengan sepuasnya.
Tempat penginapan, Alhamdulillahhhh semuanya sempurna and tak ada gangguan walaupun pada permulaannya hati aku berdebak debuk bila mengenangkan cerita-cerita suspen yang disampaikan oleh kawan sepejabat aku, sekali lagi syukurrrrrrr.. Cuma yang tak bestnya kat A Famosa Resort ni adalah.. MAKANANnya... aduhaiii saddissss sungguh. Tekak aku ni takdelah pandai merasa sangat tapi kalau dah semua orang kata, "10 kali lagi sedap makanan dekat Gambang Resort", maka apakah maknanya tu yee!!! Aku berharaplah sangat management A Famosa Resort ni khususnya part tukang-tukang masak ni ha, amiklah chef yang betul-betul pandai merasa. Sedihhhh woooo, resort superduper tetabos plus superduper mahal tapi part makanan superduper ........................... haiskkk paham-paham sendirilah.
Dah malas nak komplen banyak-banyak sangat. Untuk mereka-mereka yang nak ke A Famosa resort pesanan aku cuma 1 je... sila bawa stok makanan korang banyak-banyak. Hehehehee....
1 Ng0mel-ng0mel:
sian plak makanan tak best... apapun thanks for the tip...
Post a Comment