~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Biskut Raya 2011

Yahhh mood berpuasa masih ade tapi nak puasa 6 tak jugak terpuasa-puasa. Adoiiii ape mau jadi ni!!!! Takpelah kite tengok pulak feel minggu depan macam mane. Hu hu hu... sekarang kite tengok resepi-resepi biskut yang aku buat untuk hari raya. Cewaahhhhh macamlah terrer sangatkan aku membuat biskut ni. Hahaha takdelah pandai mana, pasal setiap kali buat tu ade je spoilnye... Ade yg terkeraslah, ade bahan tak cukuplah, ade yang aku bakar hanguslah.... Hu huuu ape pun layankan aje biskut raye 2011 ni. Tapi 1 biskut yang aku buat tak fail ialahhhhh......
mau tau ape????

jeng

jeng

jenggg

|

|

|

|

|

|

V

picca c&p dari enchek google ye

Tu dia biskut coklat cip, inilah biskut yang aku buat paling menjadi. Sedap rangup dan berkrim. Hahahaha.... (ni kes masuk bakul angkat sendiri) Sampaikan sepupu aku makan mengulang-ngulang pastu menangis-nangis bile aku tak mau bagi dia lagi biskut ni. Gile ko nak bagi dia, kompom licin dikejakan kalau tak dihalang. Kalau dah sekali bakar habis licin dia pulun. Silap-silap aku pulak yang meraung pasal penat membuat tapi biskut tak nampak. Hu huuuu..

..... dan resepinya dah pun aku tepek pada N3 Famous Amos at Home Do you!!!!. Kalau korang nak copylah dari situ je, pasal aku malas nak tepek resepi yang berulang-berulang. Heeeee... cume untuk resepi raya ni aku tambahkan kuaci yang semakin menyedapkan lagi resepi ni. Tak cayeee??? Haaa silalah buat sendiriiii, baru tau kelazatannya.

Kemudian aku buat biskut Mazola, ni pun sonang je buatnya. Cume part nak menggoreng kacang tu jelah leceh sikit. Nasib baik ade kazen aku si Ayie yang rajin menggoreng dan memblender, aku tinggal menguli aje. Resepinye tengoklah kat bawah ehh... mase aku buat aku tak ikut pun sukatan sebenar, main agak-agaknye. Walaupun agak-agak tapi jadi ok biskut ni. Cume part pembakaran tu jelah ade ala-ala legam sikit, heeeeeeee pasal aku leka tengok tv.

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahannya ;-D

  • 200gm Tepung Gandum
  • 200 gm Kacang Tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
  • 100gm Gula Halus
  • 1 botol kecil Minyak Mazola
  • Kuning Telur untuk hiasan
Cara-cara ;-D
  1. Gaul kacang tanah, tepung gandum dan gula hingga sebati.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bentukkan mengikut citarasa yang disukai dan susun di dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega.
  4. Sapukan atasnya kuning telur kemudian dibakar hingga kekuningan.
Okey resepi biskut lain akan aku sambung kat next N3 ye.... Selamat mencubeeee...

Raya raya rayaaaa

Salam HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua.. yeayyy raye sudah... dah selamat berkunjung ke rumah sedara mara kaum kerabat bagai. Maraton raya Pontian-Gelang Patah-Singapore dari hari raya pertama lagi. Tapi peginya uma yg penting-penting jelah.. hihihiii khususnya uma nenek-nenek, atok-atok, makcik-makcik juge kazen-kazen terchenta... nak diredah semua rumah tak sempat, lagi-lagi yang kat Singapura. Masa amat terhad untuk aku & family redah semua uma. Kene pulak raya ke-3 aku menjointkan diri jumpe kawan-kawan sek menengah, reunion rayalah kononnyaa. Uiskkk banyak syokk bile dapat jumpe kawan-kawan lama, aku tinggalkan sekolah menengah dah 14 tahun, haaa mau tak syokkannn. Next reunion akan diatur dengan lebih terperinci lagi.

Weekend ni nak meredah ke Batu Pahat-Perling-Bandar Sri Alam-Pasir Gudang-Permas Jaya-Kota Tinggi... haaa hamek ko, pusing keliling sampai muntah hijau. Pastu weekend depannye pulak, Rawang menanti ketibaan aku sekeluarga. Kazen aku kawinlah pulak. Hadiah tak dibeli lagi, bile pulak aku nak mencari hadiah ni ye. Opsss aku baru dapat kazen baru, baby boy baru je semalam lahir. Ciannn 0pel kene duduk kat wad pasal dah temakan najis pastu jantungnya pun lemah. Aku pun belum sempat menjengah kazen baru ngan makcik aku tu. Hehehe tunggu dia kuar spitallah aku baru pegi melawat.

Mmmm gambar raya?? Oooo non ado rasenye, kalau ade pun tak banyak. Raye tahun ni??? Opkos seronok pasal dah berduakan. Tunggu mase pulak nak raya bertiga, mesti lagi seronok. Kan kan kannnn... So gambar tunggulah kerajinan aku mengupload nanti. Selamat Pengantin Baru kepada mereka-mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di bulan raye ni. Selamat memeningkan kepala. Hahahahahaa

Selamat Hari Raya

Ucapan khas dari aku untuk kalian semuaaa.....

Red Velvet Cake Punye Cerita

Seperti yg telah dirancangkan, sabtu lepas adalah majlis berbuka puasa untuk keluarga aku, and sempena majlis berbuka puasa ni jugak kite orang celebrate birthday mereka-mereka yg dilahirkan pada bulan 8. So pada permulaannya aku dipertanggungjawabkan supaya membeli kek untuk sambutan hari jadi tu nanti.

Ok aku setuju, setakat nak tempah kek kan!!!! ooo kije senang je.... tapi oleh kerana bile aku berjalan-jalan sambil mencuci mate di semua blog-blog masakan maka mata aku telah mencemburui kek baldu merah atau lebih dikenali sebagai Red Velvet Cake, terutama sekali mase melintas blog Kak Ayu. Uiskkkkk kalau dah cenggitu rupe keknya sape-sape yg memandang pun akan jatuh chenta pandang pertama. Haaaa... mcm tu sekali penangan red velvet ni tau. Ke aku je yg mcm tu ehhh!!!! Hahahah whateverrrr la kan yg penting aku sukeeeee sangat.

Before terjumpe blog Kak Ayu ni, aku dah jumpe blog Hasue yg telah menepekkan resepi red velvet dia. For the 1st time trying aku guna resepi Hasue, tp tak berjaya. Tak tau dimana silapnya sedangkan aku mengikut 100% resepinya. Rasa kek tu yg tak bape nak menarik tekak aku membuatkan aku menukar resepi dengan menggunakan resepi Kak Ayu pulak.

Ini resepi from Hasue, rasa tak bape nak pegi maybe aku yg salah teknik. Habis aku cincang lumat 1st trial aku ni. Hu hu....

Haaaa ini resepi ke-2 from Kak Ayu, ni dalam proses menyapu cream frosting pd layer ke-2. Hehehehe... tu yg ade saki baki kek kat tepi tu adalah tepi-tepi kek yg aku potong supaya kek nampak lebih cantek bile disapu cream frosting.

Ahaa siap ade kotak ok!!! Dah macam kedai kek la plak... siap sedia dibawa ke rumah nenek.

Yezzaaaa inilah birthday kek yg aku buat... simple jee maklumlah tangan keraihhh tak reti sangat nak mendeko ni... lepaslah untuk kuarga sendiri. Heeeeee

dannnn inilah didalamnyaaa... just 3 layer aje pasal layer yg bawah sekali tu aku tersalah teknik pemotongan. Belum sempat putus 2, keknya dah terpotong kat tengah. So utk menyelamatkan keadaan aku biarkan je walaupun dah potong separuh jalan.

and here the recipe, just copy & paste from blog Kak Ayu. Sangat recommended for those yg nak try buat.

Ingredients:-
  • 1 2/3 cup self raising flour-(1 2/3 cawan tepung naik sendiri)
  • 2 tbsp cocoa powder - (2 sudu besar serbuk koko)
  • 1/2 tsp baking soda - (1/2 sudu kecil baking soda)
  • 110g butter - (ikut kak Ayu gunakan 125g)
  • 1 cup fine sugar - (1 cawan gula halus)
  • 2 large eggs - (2 biji telur besar)
  • 1/2 cup milk - (1/2 cawan susu)
  • 1/4 cup buttermilk - (1/4 cwn buttermilk)
  • 1 tsp vinegar - (1 sudu kecil cuka)
  • 1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel - (1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- aku gunakan 2 sudu besar pewarna merah star brand)
  • ***How to make buttermilk = 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar/lemon essen - leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup
  • ***Cara-cara membuat buttermilk = 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka/ perisa lemon biarkan hingga 15-20 minit
Method:-
  1. Cream butter & sugar till creamy. Add eggs one at a time. Add vanilla essence. Mix in dry ingredients (sifted) & milk plus buttermilk in alternate batches, ending with dry ingredients. Lastly stir in vinegar.Bake in a preheat oven at 170C for 30-40 minutes or just cooked.
Cara2:-
  1. Pukul mentega & gula hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu. Masukkan esen vanilla. Masukkan bahan kering (yang sudah diayak), bersama dengan susu & buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan selama 30-40 minit disuhu 170C atau ikut kepanasan oven masing hingga masak.
Cream Cheese Frosting
  • 250g Philadelphia cheese - (250g cream cheese)
  • 125 butter - (125 mentega)
  • 1 cup icing sugar- (1 cawan gula ising)
  • 1 tsp vanilla extract - (1 sudu kecil vanilla esen)
  • juice of a squeezed slice of lemon @ perisa lemon - (jus dari 1 hirisan lemon @ lemon essen)
Method:-
  1. Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Cara2:-
  1. Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.

19 Ramadhan 1432H

Hari ni hari Jumaat bersamaan dengan 19 ramadhan bermakna lagi 10 hari je lagi kite akan berpuasa. Kejap je kan mase berlalu pergi. Tak sedarrr begitu cepat sekali, rasanya macam baruuu je semalam kite mula berpuasa. Mmmm tp itulah hakikatnya, bahawasanya sekarang ni masa begitu cepat berlalu.

Mmmm sok kuarga aku akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Yesss tak sabar nak tunggu esok hari. Kompom meriah macam tahun-tahun yang sudah. Menu juadah macam biasalah.. masing-masing dikehendaki membawa juadah dari uma sendiri. Aku??? Heeee aku verangan nak bawak kek.

"KEK??? Ape tebiat bulan2 puasa nak membawak kek pulak, buke puasa ngan kek ker???"

Aku tauuu mesti dalam hati korang akan berkata2 macam tu. Xtuallynya kite org nak sambut birthday untuk mereka2 yang dilahirkan pada bulan 8. Tu pasallaa kene ade kek. Haaaa.... dan tu pasallah aku sebok bebeno nak buat kek. Pada mulanya kazen aku suruh aku tempah kek kat kedai je, tapiiiiiiiiiiiiiiii oleh kerana sekarang ni mood aku rajin memasak dan rajin membuat kek la kuih la bagai kat uma kan!!! So inilah masanya aku nak menguji diri aku dengan membuat kek birthday untuk kuarga tersayang.

Apa lagi bile tengok blog kakak-kakak juga kawan-kawan menepek pelbagai jenis kek yg meletop dan mabelesss. Tak ke ko rase jelessss!!!! Wooo... aku jelesss woo tengok kek yang mengancam jiwa aku ditepek kat blog korang tu. Jeles aku jelessssss... nak jugak aku tepek kek hasil air tangan aku sendiri.

Ok jom kite tengok resepi kek yang telah menjadi pojaan hatiku... Aku tepek resepi je dulu, sok baru aku jalankan operasi menggodak kek. Semangat berkobar-kobar ni, moga-moga jadilah red velvet aku tu nanti. Aminnnnn....

Picca menggiurkan dr En. Google, membuatkan tekak aku menggegel

Bahan-bahan :-D

  • 5 biji telur gred B
  • 250 gram mentega beku tanpa garam
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko Vochelle
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright
  • 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
  • 1 sudu makan cuka makan
Cara-caranya;-D
  1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
  5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
  6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

***Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
  • 500gram blueberry filling
Krim:
  • 500 gram krim keju Phillidephia
  • 1 cawan krim putar
Cara-caranya ;-D
  1. Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
  2. *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
Topping: 30biji coklat feraro

***Nota: Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

NURSE PELATIH HSI CUAI

Baru lepas dapat call dari biras aku... ingatkan nak bg tau yg baby dia dah boleh kuar dari wad hari ni tp rupe-rupenye tidak yg sepatutnya begitu... tapi atas KECUAIAN seorang NURSE PELATIH telah membuatkan anak sedara aku ditahan semula di wad NICU Hospital Sultan Ismail Johor (HSI).

Selalunya aku dengar berita ni dari tv je, tp sekarang ni berlaku kat anak sedara aku sendiri. Ape punye nurse ni langsung takde tanggungjawab sampai salah bagi info ubat pada biras aku. Ubat yg sepatutnya diberikan kepada ibu sebagai ubat tambah susu tp nurse pelatih yg sengal ni boleh cakap ubat tu utk baby. Lain kali kalau doktor cakap ngan ko tu, ko dengar betul2laa... senang2 je kan ko menjawab "maaf puan saya tersalah dengar apa yg doktor cakap tadi". Kalau jadi ape-apa kat anak sedara aku, aku heret ko ke mahkamah.

Citenye macam ni, dari hari sabtu tuh hari anak sedara aku AMAN DARIMI ditahan di wad NICU kerana tidak boleh membuang dan tidak boleh menyusu. Asal menyusu je muntah asal menyusu je muntah. So selepas beberapa hari kene tahan wad, hari ni sepatutnya Aman dibenarkan balik ke rumah. Bila doktor dah cakap boleh balik, kompomlah biras aku sukekan... sapelah yg tak sukakan bile dengar je kate dah boleh balik, dah la dalam pantang pastu baby sakit pulak kene jaga kat hospital. So bile doktor dah cakap macam tu, biras aku ni pun siap2lah berkemas sambil menunggu ubat. Pastu datang sorang nurse pelatih ni bawak ubat, bagi tau kat biras aku yang ubat tu untuk baby bancuh sekali ngan susu mase nak bagi baby susu. So for the 1st time biras aku ni pun peliklah jugak sbb mase jumpa doktor, doktor takde pun cakap pasal ubat untuk baby. Tapi nurse pelatih ni menegaskan yg ubat tu memang untuk baby, doktor yg bagi tau kat dia macam tu dengan penuh keyakinan.

Bile nurse dah cakap macam tu, biras aku ni pun percayalah and amik ubat tu. Then bile time anak sedara aku ni nak menyusu, biras aku ni pun bancuhlah sekali ubat tu ngan susu and bagi baby dia minum. Lepas je minum susu tu anak buah aku ni terus cirit birit. Pastu bile diperiksa bagai rupe2nya ubat tu ubat tambah susu untuk biras aku, bukannya untuk baby. Eiiii gerammnyaa aku ngan nurse pelatih macam tu. Memanglah korang pelatih tapi kecuaian yg macam ni tak sepatutnya berlaku, kannn TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. Mende mudah je pun bukannye susah... macam manelah boleh dia dengar doktor tu cakap ngan dia yg ubat tu untuk baby. Sekarang ni nurse lain dah amik Aman Darimi untuk dicuci perotnya atas arahan doktor. Allahhhh huakbar.. moga2 takdelah jadi apa-apa effect pada si Aman Darimi tu... Semoga Allah melindungi Aman Darimi dan memberi kesihatan kepada dia. InsyaAllah...

Biskut Raya

Yeay yeay sudah nak dekat raya, maka kepala pun ligat berfikir tahun ni nak buat bape banyak biskut raya. Setelah ditolak ditambah dibahagi dikali bagai.... maka aku telah bercadang untuk membuat biskut yang paling sonang, simple dan bahan2nya mudah dan paling penting MURAH. Padahal tahun-tahun sebelumnya pun lebey kurang je, hehehe tp kalau boleh tahun ni lagiiii nak cut cost pasal lepas raya nanti dijangka akan dapat kunci uma baru. So bile nak dapat kunci uma tu, ofkosss banyak nak pakai money money money. Nak amik kunci nak kene duitkan, pastu nak pasang grill, api, air, lampu, kipas, perabut bagai... Wahhh ul la laaaa pusingggg kepala En. Hubby hu hu... tu belum masuk lagi sepupu sepapat aku yang nak berkahwin bulan 9, 10, 11, 12... haaaaa hamekk ko lepas raye ramai pulak yang nak kawin. Tu tak termasuk lagi kengkawan yang nak kawin... Haaaa cube pikir bape banyak aku dan En. Hubby kene spend.Ape pun insyaAllah.... rezeki tu sentiasa ada untuk kitekann.

Ehhh ape aku melalut ni, isk isk iskkk... Mmm ok 1st at all opkos kuih raya tahunan aku adalah Cornflakes Coklat yang sangat mudah. Pejam mate pun boleh buat ye kawan,-kawan very simple resepi yang aku gunakan. Aku tengok gak kat blog-blog orang lain, macam-macam resepinya. Tapi aku still nak stick pada cara aku sendiri. Actually resepi dari BFF aku mase zaman belajar dulu si Nolie a.ka. nule'. So meh layannn resepi yang teramatlah mudah ni.

CORNFLAKES COKLAT SIMPLE

Conflakes yg biasa aku buat rupenye mcm ni, credit to JuicyCafe

Bahan-bahan :-D

  • 1 bar coklat masakan
  • Conflakes (kuantiti bergantung pada coklat masakan)
  • 50 gram Butter (nak pakai minyak jagung pun boley)
  • Manik warna-warni
  • Paper cup
Cara-caranya :-D
  1. Ramas lebih kurang cornflakes dan ketepikan. (tak perlu sampai hancur ye kawan-kawan)
  2. Cairkan coklat masakan dengan butter secara double boil, bile dah cair tutup api.
  3. Kemudian masukkan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan dan gaul hingga rata.
  4. Sudukan conflakes ke dalam paper cup.
  5. Kemudian taburkan manik warna-warni.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan keras kemudian boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Haaaa senangkan, sudah aku cakap ini adalah resepi paling mudah. Takyah nak bakar-bakar bagai khasnya pada mereka-mereka yang xde aven, SU ko boleh buat ni. Heeeeee kadang-kadang kalau korang biarkan kat luar sementara menyelesaikan yg lain cornflakes coklat ni dah mengeras sendiri tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Kalau korang terlebih rajin bolehlah letak badam or apa-apa je kacang yang korang suke.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.