~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Gardenia Mabeles


Jom kite bersarapan dengan gardenia mabeles... Nak tepek ape sebagai inti kat roti tu ikut suka hati koranglah kan, janji kenyang diperot mabeles dimulot. Hehehehee.... Resepi dari mana??? Ohhh olahan sendiri je. Bedal ape suke, jom telek resepi.



GARDENIA MABELES






Bahan-bahan :-
  • 4 keping roti Gardenia
  • 2 biji Telur
  • 1/2 batang Sosej (potong dadu)
  • 1/3 batang Lobak Merah (potong dadu)
  • 1/2 biji Tomato (potong dadu)
  • 2 batang Cili Padi (hiris halus)
  • 1 biji Bawang Merah (mayang halus)
  • Daun Sup (hiris halus)
  • 1 sk Rempah Kari
  • Garam
  • Minyak @ marjerin @ butter utk menggoreng

Cara-cara :-
  1. Gaul rata semua bahan dan perasakan dengan garam kecuali roti dan minyak.
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan panaskan.
  3. Kemudian lengserkan bahan yang dah digaul ke atas kuali leper.
  4. Bila dah agak2 nak kering tepekkan roti ke telur yg dah dilengser tadi, sambil ditekan-tekan sikit.
  5. Tunggu hingga telur garing kemudian terbalikkan supaya dibelakang roti pun garing sikit tp pada yang tak suke roti garing boleh terus diangkat selepas telur garing.
  6. Lepas tu bolehlah dihidangkan bersama sos, mayonis or thousand island sos.

Tak susah  mana kannn!!! Selamat mencuba....!!!









Daging Dendeng

NUSANTARA: Seorang suami telah membuat permohonan kepada isterinya supaya memasak DAGING DENDENG ketika isterinya sedang seronok menonton tv. Perbualan mereka telah dirakamkan di dalam kotak hati si isteri hingga membuatkan si isteri mencari resepi daging dendeng itu pada keesokan harinya.

Hu hu huuuu ape aku merapu pepegi buta ni kan!!!! Hak hak hakk.... tapi itu adalah kejadian sebenarnya, lakonan dunia antara suami isteri selepas kekenyangan... Burghhhh.... Boleh korang pikir bagaimana kurussssnya En. Hubby aku itu!!! Baru lepas makan dah request menu untuk keesokan harinya pulak. Hahahaha... tapi takpe, aku suke pasal sekurang-kurangnya En. Hubby ku itu telah mengurangkan beban aku untuk memikirkan menu memasak untuk hari esok. I like i like i likeeeeee....

Dah jom kite tengok resepi kat bawah tuh haaa... sila ignorekan gambar masakan aku sendiri, pasal gambar itu kabur. Kalau nak nampak sedap mata memandang sila tengok picture yang ke-2 hasil sentuhan Kak Ita tuan empunya blog Masam Manis.


 
Dah nak habis makan baru teringat nak amibik gambar... ehehehe



 
Picture credit to Kak Azlita Aziz



DAGING DENDENG
Sources from:- Pak Engku
Copy&Paste :- Kak Azlita Aziz


Bahan-bahan :-
  • 1 kg daging lembu yg tiada lemak - ita guna batang pinang
  • 100 gm bawang goreng
Bahan Kisar :-
  • 15 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
  • 10 ulas bawang merah - digoreng dan dikisar
  • 2 inc halia - digoreng dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih - digoreng dan dikisar
Bahan Tumis :-
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara-cara :-
  1. Daging dipotong nipis kemudian direbus
  2. Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng
  3. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih
  4. Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
  5. Biarkan hingga naik bau dan naik minyak
  6. Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
  7. Masukkan garam dan perasa kacau rata.
  8. Kemudian taburkan bawang goreng.

Ayam Sambal Hutan

Nie resepi tetunggak dari minggu lepas lagi. 

Rasa....???!!!!????

Umpppphhhh ade power...

Tapi bukannye guna AYAM HUTAN ye kawan-kawan....

Ingat senang nak dapat ayam hutan skang ni!!!

Hehehehee..... sila guna ayam bandar saje...


AYAM SAMBAL HUTAN


 Sources:-From Hjh Alijah Abdullah
Copy&paste :  Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
  • 2cm lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
  • 2 sudu makan penuh ketumbar biji
  • 2 sudu teh penuh jintan halus
  • 15 biji lada kering
  • 12 biji bawang merah
  • 8 biji bawang puith
  • 2cm kunyit hidup

Cara-cara:-
  1. Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar. 
  2. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi. 
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata. 
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat. 
  5. Taburkan gula dan garam secukup rasa. 
  6. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Simple punye Birthday

Sungguh tragis ketika pemproses nak membuat kek untuk MAK ngan ABAH aku. Haaaaaa dah siap barang bagai sekali alat penimbang aku rosak pulak. Haiskkkk time2 diperlukan ni lahhhhh dia merosakkan diri. Geram betol aku time tu... nak pegi membeliiii!! Memang non adoolah gamaknye... nanti buat aku terkejar2 ngan masa yg tak mencukupi. 

Okeh aku simpan segala bahan, pikir balik kek ape yg boleh aku buat dengan cepat ringkas tanpa menggunakan alat penimbang. Aku ni memang fail tau kalau part nak agak-agak ni. Bile dah dapat aje idea nak membuat kek ape dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah plus tanpa memerlukan aku ke kedai, dengan cepat dan tangkasnya aku menggodak cream cheese. Yehhhh aku buat Kek Lapis Persona Cheese hasil menggodek blogger RyoAzhar kite. Hasilnye memang sodapppp....





Proses melapis... aku tabur sikit ngan serbuk koko



♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari Jadiiiiii..... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪
♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari jadiiiii.... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪

♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari Jadi MAK dan ABAH... ATOK dan NNENEKKKK... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪

♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari jadiiiii.... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪


Wahhhh time dinyanyikan tersenyum simpul MAK dan ABAH aku ni ha.... ehehehehe 


Tu nampak kek lapis persona cheese aku yg leper... ahahah pasal aku guna  springform 10" punye... 


Yeahhhh sesi memotong kek bermula selepas anak2, menantu2 juga cucu2 menyanyi lagu birthday



Tu dia sesi suap menyuap pulak... memalu mak ngan abah aku ni....

Turn abah pulak menyuap mak... eheheheh yang cucunya tu pulak mcm takde apa je berlaku. Hehehehe 

Haaaa ni rupe kek RyoAzhar buat, tebal gitu

Ni pulak versi Kak Ita yang penuh dengan cheesenye.. perghhh memang mantop... ehehehe


Nampak cantekkkkk je kan orang buat... aku punye!!!! Walaupun NIPIS kek aku tu... tapi aku kagum kerana MAK dan ABAH aku kata, "walaupun nipis tapi rasanya sedapppppp". Oooo bukan sesi nak punye diri sendiri ye, tapi memang sedap rasa Kek Lapis Persona Cheese ni. tak caya cubelah buat....Kakak ipar juga anak-anak sedara aku pun sukeeeee... siap mintak simpankan sikit untuk tapau bawak balik uma.... 


Happy Birthday MAK...

Hari ini....

@>---01 DECEMBER 2011---<@

adalah tarikh MAK aku dilahirkan
dan hari ini juga

MAK aku berusia....



Pepagi call MAK, tanya itu ini thennnnn....

SELAMAT HARI JADI MAKKKKK...

baru ucap "selamat hari jadi mak!!!" airmata aku laju je turun

Haiskkkkk.... aku ucap birthday kat MAK airmata aku turun,

MAK ucap birthday kat aku punnnnn airmata turun gak...

Patutnya hepi tp lebat pulak hujan turun

Maka ucapan pun tersekat-sekat...

MAK.... hati anak MAK ni semakin mudah tersentuh walaupun muke nampak kental (dah bocor rahsia aku)

Skang menulis pun, airmata nak menitik bila mengenangkan MAK jauh kat kampung...

Iskkk macamlah jauh sangatkan kampung aku...(padahal 1jam perjalanan je pun) hua hua huaaaaaa

Takpe.... this weekend anak MAK ni balik... 

Anak MAK ni berangan nak buat birthday cake sendiri.... 

khas untuk MAK dan ABAH...

Tahun ni celebrate sekali yeeee.... pasal time ABAH tuh hari tak dapat nak buatkan birthday cake special dari anak kesayangan ni ha...




Aku panjatkan doa ke hadrat MU YA ALLAH untuk kedua MAK dan ABAH ku,
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu 
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, 
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir dan 
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

...Amin Ya Rabbal Alamin...



SELAMAT HARI JADI MAK...



Peta ke Semua House

Baru perasan... ade orang tinggalkan note kat notakaki aku tu ha.... Nak bagi guide terus pada tuan empunya badan dia tak tinggalkan link pulak... so aku tepek je kat blog aku ni ha. Moga2 dapat membantu cik Nadia dan lelain yang nak menuju ke Semua House Kuala Lumpur.




Tu dia SEMUA HOUSE yang dicari-cari....


Map from Street Directory
Semua House. No. 3 Lorong Bunus 6 50100, Kuala Lumpur



  1. Lepas Sogo pelan-pelan impit ke kiri, nanti ade 1 lorong ke kiri, masuk. 
  2. Lepas masuk lorong tu jalan terus sampai jumpe simpang 3 dalam 10-20 meter je kalau tak silap, pastu akan nampak lot parking. Open parking ni betul2 belakang semua house, boleh terus parking kat situ. or... 
  3. Kalau nak parking kat dalam semua house pun boleh jugak tapi rege pun sedaplah pasal parking tertutupkan. or
  4. Boleh jugak kalau nak terus masuk Lorong Bunus 6... 


Moga peta dan direction yang ringkas ini dapat membantu.... Good Luck!!!

Tragedi November bukan Tragedi Oktober

Puggahhhhhh.... punye pemalas nak update blog, nahh hamek aku update utk 1 bulan punye sekaligus. Resepi baru from my kitchen??? Ohhh opkos ado, tp kenelah sabar menunggu kerajinan puan empunya blog. Hehehehehee...




Disuatu hari bile En. Hubby dikerahkan membuat sarapan pagi.. rajinlah pulak mendeco...


Mau juge berposing dengan Kak Diba walaupun Kak Diba pandang ke lain. Kak Diba memang yang terbaek....UEM Group Southern Region Dinner  @ The Zon Regency Hotel, JB. 


Jom main golf ngan pro golfers Tongchai Jaidee (Thailand) and Henrik  Stenson (Sweden) for the Iskandar Open 2011 @ Horizon Hills golf & Country Club.



Budak Gumbira & Budak Kecut Khatam Al-Quran @ Nenek Jijah House.




Ismail & Norafiza wedding, semoga kehidupan mereka berdua ini diberkati hingga ke akhir hayat. 


Family picture with the pengantin, penning kepala mak aku menengokkan posing maut dr anak sedaranya yang sorang itu.



Suprise tak suprise!!!! Birthday gal pegi beli kek utk diri sendiri ... heeeeeee


Sharing is caring, birthday cake dikongsi bersama dengan pak mentua dan adik ipar. Bagusss ini namanya family ecoooonomy... kekekekee



Adegan manja suami isteri di depan anak menantu. Ewwahhhh ewwahhhhh..........



Siput Gonggong, tempat lain aku tak tahu panggil ape. Sekali dengar namanya macam mengerikan nak makan, tp bile dah pekene siput gonggong ni.. kompom jatuh cinta.... siput sedut pun kalah wooooo.... Antara siput terglemer dalam family aku. hehehehee


Selalu lalang kat depan Kemangi Cafe, Pontian. 25112011 masuk ini kafe kasi try 1 kali. Makanan  super power...


Pekene Tutti Frutti yogurt dengan En, Hubby on 28112011. Dating-dating cari hal...



...THE END....



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.