~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

N3 Panjang Berjela

Hamekkk kooo.. punye pemalas nak hupdate blog ehhhh!!!! Ape nak jadii yeeee... Mmmm maka dengan ini biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya.... Badan masih belum baik sepenuhnya dari demam, jom layan gambar....

Pembukaan...
jamu mata dengan handmade Honeydew juice yang sangat juicy... sedappp woooo


30 Mar 2012
Makan-makan di meknonel.... ditaja oleh Pakcik yang berbaju merah pakai spek ituu...

31 Mar 2012
Selamat Pengantin Baru Sepupuku, Norhashimah Binti Ibrahim dan pasangannyee...



31 Mar 2012
Selamat Pengantin Baru sepupuku, Suhaimi Bin Ibrahim dan pasangannyee...




31 Mar 2012 malamnyeee
Belanja my family makan-makan


Puasss makan hokeyyy


Aku sangat sayang keluarga aku


3 April 2012
Bergegas ke Singapura selepas mendengar perkhabaran yang nenek saudara aku sakit, di National University Hospital Singapura.

4 APRIL 2012 
Nenek saudaraku pergi menghadap Ilahi pada jam lebih kurang 9.30 malam di NUH... semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Al-Fatihah untuk
Hjh. Bechik Binti Manap


5 April 2012
Jenazah nenek saudaraku, Hjh Bechik Binti Manap selamat dikebumikan dalam pukul 11 pagi di tanah perkuburan orang-orang Islam, Singapura.


5 April 2012 malam
Bertolak ke Rawang untuk menghantar sepupu aku kawin kat Perak. Maka kene berkumpul di uma makcik aku dulu... sampai Rawang kul 3.40 pagi yeeee...


6 April 2012
Bergerak ke Perak pada pukul 3.00pm, Sampai di Virgo Hotel Resort, Teluk Batik, Perak pukul 7.30pm.


7 April 2012
Mengiringi sepupuku Muhammad Hadi Bin Tofan dinikahkan dengan pasangannya, selepas solat asar di Masjid Pekan Beruas, Perak.


7 April 2012
Alhamdulillah selamat diijab qabulkan... dan 
SELAMAT HARI JADI buat Muhammad Hadi Bin Tofan


Hehehee.. selingan si kecik yeeeee


7 April 2012
Selepas diakad nikah, pegi menjamu selera di rumah pengantin perempuan...
Apelah yang dibualkan anak beranak ni yeee!!!!!


7 April 2012 malammm
Memborong segala jenis kerepek keropok


8 April 2012
Kita naik bot dulu pusing-pusing pulau


8 April 2012
Kemudian disambung pula dengan memborong segala jenis pakaian...


8 April 2012
Majlis persandingan sepupuku, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat... pastu terus balik KL
9 April 2012
Bergerak balik ke JB dari Rawang pada pukul 4.00pm, hantar mak aku dulu kat kampung sampai uma kampung kul 8.30pm. Kemudian bergerak balik uma aku, sampai uma kul 9.30pm. Letihhh giloooo macam mau pitam pun adooo....mlm tu jugak mak aku demam..

9 April 2012 malam
Aiseyyyy.. dah hensem-hensem pakai spek sekali idap susu dalam botol daaaaa


10 April 2012
1st batch boss aku bagi duit suruh pegi makan pasal we all tak mau joint dia orang - Aku ngan geng-geng pekena udang blackpepper kat kedai mee udang, Tiram Duku, Gelang Patah.


11 April 2012
Aku dan En. Hubby melayan PLUS membuli budak kicik itu... Haaa ade gaya Imam Muda tak??? Ala-ala bersarban yeee


13 April 212
Hah hah hah hahhhh... Tu dia Muhammad Nafiz Zafran
Ini kejadian bukan aku punye kije... tuan punye badan sendiri punye kije pasal nak tunjuk skill yang dia baru pass mengengsotkan dirinya ke depannnnnn.. kesyiannnn takde orang tolong... K.Lia siap snap gambar yeee zafrannn... Ini kenangan untuk zafran bila dah besar ye nanti... K.Lia kasi simpannnn baek2 dalam ini blog...

13 Malam 2012
Siangnya aku dah start tak sedap badan kemudian malamnye aku domam... 

15 April 2012
Pegi kedai kete kat Taman U, tinted kete.. haaa hamek ko kene RM350 plusss tukar lampu brek rm20.. semua sekali RM370 je... murahhhh takkan tak murah


18 April 2012
2nd batch boss belanje, Setelah menghangitkan badan.. pekene chickencop 5 hengget di Bangunan Pejabat MB, Kota Iskandar...


18 April 2012
Last but not least... ahahahhahaa konon-konon aksi malu-malu kusyingggggg...



Yeayyyyy selesai sudah menghapdet blog yg tertunggak lama.... dah boleh duduk sambil goyang kaki...  Opssss.. ape ke kesnye yee malam tadi aku boleh bermimpi aku berada di zaman JEPUN???? Siap bersambung-sambung episodnyeee bila aku terjaga.. pelikkk betollaaa.. ade sesapa peramal mimpi kat sini!!!!!!!! dan hari ni aku  masih DEMAM...

Maulidur Rasul 2012

Hari selasa lepas, 27 Mac 2012 opis aku ada buat Majlis Maulidur Rasul. Kebiasaannya pada tahun-tahun lepas dibuat selepas waktu pejabat. Namun atas beberapa sebab maka kata sepakat diambil dan akhirnya majlis yang baik ini dibuat pada siang hari dari pukul 12 tengahari hinggalah ke pukul 2.00 petang. Kejap je majlisnya, dan korang nak tau sapa penceramahnya??? Sila lihat gambar dibawah ini...


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


Korang kenal sapakah gerangannya dibawah ini?????

Ya betull........... dialah Imam Muda Hassan juara program Imam Muda musim ke 2 tv Astro Oasis pada tahun lepas


Meh kite tengok sedikit biodata Imam Muda Hassan ni...


Nama sebenar Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26. Kini Di kenali sebagai Imam Muda Hassan. Beliau seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM). Beliau dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.

Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.

Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.Mempunyai banyak pengalaman membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

dan yang pentingnya... Imam Muda Hassan telah memilih Fardatul Ulfah Jamali sebagai pasangan hidupnya, mereka telah pun diijab kabulkan pada 17 Februari 2012 (tarikh nikah sama dengan tarikh dilahirkan macam aku gak.. ehehehe) dan majlis dirumah perempuan telah dibuat pada 18 Februari 2012. Maknanya apaa?? Maknanya Imam Muda Hassan ni dah berkahwinlah... ehehehehe okey majlis untuk belah lelaki akan diadakan pada hari sabtu ni 31 Mac 2012 di rumah keluarganya kat Perak.Sape-sape berangan nak pergi, silalah... ehehehe Imam Muda Hassan menjemput kami ke majlis beliau hookeyyy... tapi jauh sangatlah Perak tu, kalau dekat kompom aku dah pegi... Same cantek same padan dia orang ni... tak caye??? Sila tengok gambar kat bawah ni.... Sejukkk mate aku memandang... ehehehe



|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal hingga ke syurga, InsyaAllahhhh...

Melapangkan Dada krn Tersentap

Memenuhi permintaan En. Hubby belanje dia tutti fruti same ice blended starbak.. tak hagak2kan En. Hubby aku sekali dia mengidam... kalah aku tauuuuuu


Lama sudah tak dating ngan En. Hubby, so last sunday pergilah meronda2 ke bandar kejap sebelum menyinggah uma mak mentua, menjengah bapa mentua aku yang hilang selama 4 hari berturut-turut. Suspen aku laki bini tauuuu....

Hilang ke mana bapak mentua aku tu!!!! Hahhh keje tempat baru udah gitu we all semua tak tau dia kuar keje ngan kawan dia yang mana satu pasal dia kuar ngan kawan baru dia. Dengan henponnya tertinggal dekat uma, udah la gituuuuuu... dah kuar berhari-hari tidaklah pulak dia menelefon kite orang ni ha memberitahu ke mana peginya. Mau hati tak risau!!! Puas pikir ke mana hilangnya bapak mentua aku tu, pelbagai spekulasi dibuat...  Maklumlah sekarang ni kan macam-macam jadi, maka selama 4 hari itu jugalah hidup aku laki bini kacau bilau memikirkan ke mana peginya bapak mentua aku tu. 

So masuk hari ke-3 we all wat report.... sekalinyaaaaaa hari ke-4 petang pandai pulakkk bapak mentua aku ni menelefon anak bininya. Perghhh sentap hokeyyyy... Rupa-rupenya dia kuar ikut kawannya pergi keje jadi kelendan lori kargo, dari Jb hantar barang ke KL terus ke Kuantan. Mau tak makan 4 hari, tapi kot ye pun telefonlah anak bini bagi tau... ye dak!!! Ini tidak... menyepikan dirii membuatkan orang semua risau. Lepas tu nak bising kat mak mentua aku, sape suruh buat report masa mak mentua aku ngajak dia pegi tarik report. Perghhhhh lagi lagi sentap aku laki bini, nak marah pun adooo...  Sabar jela yeee dapat bapak mentua macam tu....Tapi syukurlah semuanya selamat...


Pelik BIN Ajaib

Penat merewang kite makan duluuuuuu... barulah boleh balik uma tido ngan lenanya...

Haaaa kasi tengok tuan empunya blog kat atas tu ha.... bertudung biru berbaju lengan panjang ijo belumut dan berseluar jeans biru... Sekali pandang memang takde apa2, tapi bile aku tenong-tenong terasa macam ade yang tak kene ngan gambar aku tu. Aku nampak GEMOKKK padat BERISI terutama sekali tang lengan tu ha... cepat tengokkk... ahahahhaha mengerikannnn.... dah macam same pulak ngan En. Hubby... eehehehe tapi takpe gambar itu tipu semata-mata.... lengan tu masih kecikkkk comey loteyyy... 


Ayam Black Pepper 0regano

Hari ni nak menepek resepi hari isnin lepas. Selongkar-longkar peti ais tengok ade ayam. So keluarkan ayam dan bersihkan kemudian kasi cincang lumat. Heeeeeeeee.... Lepas tu tengok pulak almari bahan-bahan kering, dalam otak tak tau nak masak apa. Lepas tu nampak pulak serbuk lada hitam dalam botol duduk sebelah menyelah dengan botol oregano. Terus datang idea nak masak ayam black pepper dicampur sikit dengan rempah oregano, "mesti sedap ni". Maka inilah hasilnya... rasanyaaaa.... ALHAMDULILLAH, En. Hubby kata SEDAP...SUPER POWER...YUMMYLICIOUS...ADA UMMPPHHH... bukan pasal nak memikat hati aku ye!!! Tapi En. Hubby kata memang kompom sedap... eewaaahhhhhh... aku SUKA... Dah jom layan resepi....


Superrrrr powerrrr.....pedas menyengat

AYAM BLACK PEPPER OREGANO


Bahan-bahan :-D
  • 500 gm Ayam
  • *1 biji Bawang Merah
  • *3 ulas Bawang Putih
  • *1/2 inchi Halia
  • 1 sb Sos Cili
  • 1 sb Sos Tiram
  • 1 sb Serbuk Lada Hitam
  • 1 sk Serbuk Lada Putih
  • 1 sk Rempah Oregano
  • Lobak Merah 
* dihiris
**boleh letak aneka jenis sayur

Cara-cara ;-D
  1. Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam hampir masak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, lada hitam, lada sulah, oregano, sedikit air dan kacau sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Tutup api bila rasa dah sebati.
SELAMAT MENCUBA!!!


Feeling Jiwang

Picture from Mr. Google


Salam pagi jumaat, dipagi jumaat ni hati tiba-tiba nak feeling jiwang pulak bile dengar lagu yang berkumandang di radio Hot FM. Hu huuuu dalam hati ada taman.... eehehehehe... Bila dengar Dato' Siti Nurhaliza request lagu ni terus aku tersenyum, pasal apa??? Pasal lagu ni adalah antara lagu yang ditujukan oleh En. Hubby masa zaman kegemilangan berchenta kami. Sapa tak sukaaa yobbb.... terus teringat En. Hubby yang sedang berkerja jauh nun dari mata, dekatttttttttt dihati... Jom layan lagu ni..

@>--- DEALOVA ---<@

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu

Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh...

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...

Sya... na na na...

Dear En. Hubby, Payungkan cintaku dengan ilmu yang ada pada dirimu, payungkan cintaku dengan bimbinganmu menghiasi diriku, payungkan cintaku dengan kasih sayang dirimu, payungkan cintaku... AKU SAYANG KAMU...

Botbot Masuk Hospital

Muhammad Danish Asyraf a.k.a Botbot dan Muhammad Aniq Naufal a.k.a 0pal
Perghh memasing punya nama takmoh kalahkan, panjang berjela

Sila tengok muke budak baju hijau tu, nama glemer botbot.. BOTBOT??? Hahaha janganlah korang pelik ngan nama glemer tu... Opsss bukan aku yang bagi gelaran itu ye walaupun aku suke memanggil sepupuku ngan panggilan yang bukan-bukan tapi part Botbot ni  bukan aku yang gelar... Ini semua gara-gara Kak Ngahnya yang tak reti nak sebut Boyboy masa keciknya... Almaklumlah budak lidah pelatt maka Boyboy menjadi BOTBOT...  

Gambar kat atas tu diambil masa kite orang 1 family tengah lepaking kat kedai makan selepas penat merewang hari sabtu malam lepas. Time ni budak Botbot ni sihatttttttttt la lagi... sekali balik dari kedai sampai je uma nenek, dia terus flet and batuk-batuk then pepagi Ibu ngan Ayah dia bawak ke klinik untuk pam. Lepas pam keadaan Botbot dah ok, tapi angkara Ayahnya yang terejal suke mengusik anak-anaknya tak kire waktu telah membuatkan si anak kembali batuk dengan lagi teruk. Bawak gak ke rumah pengantin and lepas tu bawak ke klinik kemudian Botbot direhatkan kat bilik dewan sekali makin lama semakin tak boleh bernafas and terus dibawak ke klinik lagi.

Sampai klinik doc cek and bagi pam, bile tengok keadaannya still sama doc arahkan Botbot dihantar ke hospital. Sampai kat hospital cek cek semua sekali kene tahan pasal doc cakap paru-paru Botbot berkuman. So until today Botbot masih ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah JB.

K.Lia doakan semoga Botbot cepat sembuh okeyyy....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.