~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Disember Story

Fuhhh fuhhh fuhhh.. ha hamekkk kau, mau bersawang serta berabuk blog aku. Kannnnn.... Gilosss malas aku skang menjadi2. Blog malas nak hupdet, persiapan kawin pun xde aku buat... hadoiiiiii.... takpe2 jauh lagi... hu huuuu... Jauh tak jauh dah tinggal beberapa bulan jerk lagi nie. Ape pun takde aku buat. Cume 1st Jan nie kene jumpe ngan Bridal nak bincang2 skit pasal tema segala bagai. Ohh jangan xcaye bahawasanya aku tiada tema lagi ye kawan2. Aku pun tak tau mau pakai kaler ape. Aku takleh nak pikirrrr.. kejap aku rase mau pakai tema ini, pastu kejap aku mau pakai tema ini. Aduhaiii tolon2... ape sudah jadi kat aku ni!!!! Ooo yahhhh... korang tengok jela picca yg sempat aku snap sepanjang perjalanan hidup aku bulan disember nie... heeeeee
Ini adalah picca b4 masuk panggung cite NGANGKUNG. Gilosss best ye kawan2. My other half pun joint sekali last minute. Habis 1 row kerusi panggung tu kami booking. Then balik dr midnite movie we all singgah supper kat My Friend Corner, picca tada yeee...
Celebrate bsday Nana together with kakak iparnye kat Secret Recipe di JJ Bukit Indah. Orangnye 3 ketoi tp order kek sejibik besau... ha hamek kau mentakedarah kek sebesar alam. Hahahaha anyway tq CT coz belanje aku sekali.
Pegi pengantin kat BP ngan BFF aku, si GG. Yg kecik syomel tu anak dia... heee geram aku tengok, naik2 kete aku terus menangisss hadohaiiii, tp bile dah jumpe kawan ilang nangis dia.
Memenuhi jemputan kawan2 ngan my other half. Tengok tu janggut dia, panjang dah... Oooo ade hati mau simpan janggut panjang2 ye. No no no... cantassssssss kasi kontot. Skang dah jadi pak janggut misai kontot. Hahahahaaaa.... nak kerek sangat ngan aku kan, so terimalah padahnyee... padan mukee....

BIRTHDAY MAK, MASAKAN MAK

Yahh itulah hasilnya bila dpt makan masakan Mak. Habis licin aku kejekan 2 ketoi ayam masak merah. Sangat2 mabeles ok. Sedap hingga menjilat ke pinggan, heeee...

Ohh yaaa semalam adalah HARI JADI MAK aku yg ke 56 tahun. Oohhhh mude lagi.. heee Happy birthday Mak, semoga Allah memanjangkan usia Mak, semoga Allah memberi kesihatan kepada Mak, Semoga Allah mengurniakan kebahagian di dunia dan akhirat kepada Mak, ohh segala yg terbaik untuk Mak.

Semalam lepas kerja terus shoot balik kampung jumpe Mak. Wishing2, Singing2, kissing2, touching2 ngan Mak and with Abah n Akim. Pastu belanja Mak makan kat kedai kegemarannya. Ohhh really love that moment. Huuuuuuu

Then pagi ni sebelum Mak berangkat ke Penang bersama rombongannnya selama 4 hari, rombongan cek kiah menghantar pengantin sempat Mak masakkan aku, Abah n Akim ayam masak merah. Siap bekalkan untuk aku makan tengahari. Wahhhh lumayannnn... B4 hantar Mak and before aku pergi keje sempat aku makan nasi bersama ayam masak merah mak dipagi hari. Pagi2 hari melantak nasi??? Heeee i likeee...

Semoga MAK dan rombongannye selamat pergi dan pulang...

AMINNNNNN....

N.O.M.O.O.D

Ooo mahap la kawan2.. mood untuk menulis non-adoo... KeMALASan telah melanda diri aku nie ha... Aduhaiiii mood pleaseeeee

Meninggal Sebelum Sempat Duduki SPM

Takziah kepada keluarga Allahyarham Hazizul Hasah yg telah kembali ke rahmatullah semalam lebih kurang jam 7.45 pagi ketika sedang mendengar taklimat SPM di bilik peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, Tangkak.

Mari bace sikit keratan akhbar utusan hari ni,

“Pihak Jabatan Pelajaran Negeri mengucapkan takziah atas pemergian mengejut Allahyarham dan diharap keluarganya akan banyak bersabar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, ayah Allahyarham, Hasah Eunos, 56, memberitahu, dia dimaklumkan tentang kematian anaknya itu ketika berada di kebun.

“Saya menghantarnya ke sekolah setiap hari sebab itu saya terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak sekolah yang mengatakan anak saya tenat dan kemudiannya meninggal dunia,” katanya yang menetap di Kampung Seri Maamor di sini.

Katanya, Allahyarham merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dikesan menghidap komplikasi jantung sejak lahir dan dia sering membawa mangsa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor di IJN memberitahu yang penyakit jantung anak saya ini agak kronik dan pembedahan tidak dapat dibuat untuk menyembuhkannya, namun dari semasa ke semasa kami ada membawanya ke hospital.

“Dia boleh bersekolah seperti biasa tetapi tidak boleh aktif kerana badannya boleh menjadi kebiruan. Dia juga sering batuk-batuk, namun dia seorang yang periang dan merupakan anak yang baik,” katanya yang turut memberitahu Allahyarham amat meminati mata pelajaran lukisan.

Marilah sama2 kite sedekahkan Fatiha untuk adik Hazizul Hasah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Al-Fatihah...

Sonotnye Choti

Ohhh kawan2 jangan salahkan aku kerana lama aku tak hapdet ini blog. Aku mintak hampun bebanyak la yerkkkk... Ini semua gara2 mood bercuti sakan sampailah nak hapdet blog pun aku malas.

Ini pun terasa seperti mau menyambung cuti setelah seploh hari aku bercuti dr bebanan keje di opis yg kadang2 melambak dan kadang2 datang keje seperti pegi holiday gamaknye. Hahaha. Aiskkkkk bangun pagi pun terasa sangat malas mau pegi keje. Tapi apekan daya, tulang empat keratku harus dibanting, wahhh mcm keje teruk je kannn, padahal keje dok mengadap pc je kat opis ni ha. Senang bangat kalau nak dibandingkan ngan orang2 yg bekerja dibawah terik mentari tu haaa...

Ok selama aku bercuti seminggu takde la ape sangat program aku. Pasal ditengah minggu tu kan hari raya haji, jadi untuk senin dan selasa diawal minggu lepas hanya dok kat uma membuat persiapan untuk raya. Then balik ke kampung halaman meraikan raya bersama nenda dan family terchenta sambil menyaksikan secara live lembu dikorbankan. Tapi aku tak tengok ye kawan2, pasal aku nie boleh dikatekan mabuk darah. Ohhh idak la aku sanggup menengoknye, silap haribulan sebelum lembu tumbang aku yg tumbang dulu. Huhuuu... tobatt hokeyyy... So jangan harap aku nak tepek gambo lembu kene sembelih kat sini.

Pastu pada rabunye pulak, aku meronda sakan ngan makcik juga spupu2 aku yg turun dr KL. Saje depa nak meronda ke Danga Bay and makan kat Marisa Burger and Western atau lebih dikenali kedai chicken chop rm5 di medan selera Atap Berlian Hutan Bandar. Danga Bay??? Aduhaiii sedey aku mau cerita, kedai2 kat dalam Festive Street Mall telah ditutup kecuali yg kat luar2 tu je. Itu pun xdelah banyak mane dibuka. Pastu kedai2 kat luar tu pun non-ado juga. Mungkin jugak kerana aku pegi pada hari khamis.

Dah puas melepak kat Danga Bay tu, kite orang terus ke Medan selera Atap Berlian Hutan Bandar pasal spupu2 aku nie mau pekene chicken chop 5 hengget. Sedap ke tak sedap??? Uiskkkk kalau korang datang ke Johor nie or orang2 Johor yg belum penah pekena chicken chop kat sini, silalah pergi ke kedai ini. Seriuss sangat sedap and harganya sangat berbaloi2. Sepinggan chicken chop hanya 5 hengget je ok, aku tak tipu. (ohhh tuan kedai sila bg komisyen kat aku..promote nie...hahaha). Selain dari chicken chop ade jugak makanan western lain ok!!! Kedai nie dibuka hari2 dari pukul 6.30 petang hinggalah ke pukul 2.30am.

Ini tuan kedai yee... En. Rahmat Atan. (picca from utusan, masuk paper ok)

Pehtu sabtu dan ahadnya plak memenuhi jemputan raja sehari and oso merewang kat uma nenek sedara aku. Makcik aku kawin daaa... oohhh makcik aku nie muda ok dr aku. Kemudian semalam pulak bukan aku sengaja mau cuti, tapi kerajaan Johor memberi cuti kepada semua warga Johor kerana semalam adalah HARI JADI SULTAN JOHOR. DAULAT TUANKU...

Dah habisss... ini pun dah cukup panjang rasenye aku berceloteh, malas aku nak tulis panjang2. Mood masih dalam bercuti. Hahahaha... boleh gitu...

Musim Haji

Alhamdulillahh, skang dah masuk musim Haji. Maka bagi mereka2 yg berkemampuan untuk tahun ini dah mula menunaikan Haji. Untuk aku??? Ooo cita2 itu ada, cume kemampuan belum ade lagi. InsyaAllahhhh adelah tu nanti. Juga pada semua aku doakan korang suatu masa nanti akan berkemampuan untuk menunaikan Haji.

Untuk tahun ini, Big Bos aku akan terbang menunaikan Haji pada hari Sabtu ini. Heeee... Big Bos aku nie base kat KL, sempatlah kami bervideo konferen pagi tadi. Penutup diikuti dengan bacaan doa, uiskkk sedeyy plak rasenye. Terus teringat kesah 2 tahun lepas di mana Nenek aku pergi menunaikan Haji. Iskkkk time tu xde yg x melelehkan air mate. Al-maklumlah kami tak pernah berpisah.

Aku doakan Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim dan isterinya selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mereka mendapat Haji yg mabrur begitu juga kepada yg lain2. Aminnnnnnn....

Tu tu... yg berkot hitam itu adalah Big Bos aku, sebelah dia CEO Dato' Izzadin Idris.

Happy Deepavali

To all dear friends, i wanna wish you a big HAPPY DEEPAVALI... Aiskkk kate 1 Malaysia... heee

Selamat berCUTI untuk semua....

Yeayyy Choti Choti Malaysiaaa....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.