Ini pun terasa seperti mau menyambung cuti setelah seploh hari aku bercuti dr bebanan keje di opis yg kadang2 melambak dan kadang2 datang keje seperti pegi holiday gamaknye. Hahaha. Aiskkkkk bangun pagi pun terasa sangat malas mau pegi keje. Tapi apekan daya, tulang empat keratku harus dibanting, wahhh mcm keje teruk je kannn, padahal keje dok mengadap pc je kat opis ni ha. Senang bangat kalau nak dibandingkan ngan orang2 yg bekerja dibawah terik mentari tu haaa...
Ok selama aku bercuti seminggu takde la ape sangat program aku. Pasal ditengah minggu tu kan hari raya haji, jadi untuk senin dan selasa diawal minggu lepas hanya dok kat uma membuat persiapan untuk raya. Then balik ke kampung halaman meraikan raya bersama nenda dan family terchenta sambil menyaksikan secara live lembu dikorbankan. Tapi aku tak tengok ye kawan2, pasal aku nie boleh dikatekan mabuk darah. Ohhh idak la aku sanggup menengoknye, silap haribulan sebelum lembu tumbang aku yg tumbang dulu. Huhuuu... tobatt hokeyyy... So jangan harap aku nak tepek gambo lembu kene sembelih kat sini.
Pastu pada rabunye pulak, aku meronda sakan ngan makcik juga spupu2 aku yg turun dr KL. Saje depa nak meronda ke Danga Bay and makan kat Marisa Burger and Western atau lebih dikenali kedai chicken chop rm5 di medan selera Atap Berlian Hutan Bandar. Danga Bay??? Aduhaiii sedey aku mau cerita, kedai2 kat dalam Festive Street Mall telah ditutup kecuali yg kat luar2 tu je. Itu pun xdelah banyak mane dibuka. Pastu kedai2 kat luar tu pun non-ado juga. Mungkin jugak kerana aku pegi pada hari khamis.
Dah puas melepak kat Danga Bay tu, kite orang terus ke Medan selera Atap Berlian Hutan Bandar pasal spupu2 aku nie mau pekene chicken chop 5 hengget. Sedap ke tak sedap??? Uiskkkk kalau korang datang ke Johor nie or orang2 Johor yg belum penah pekena chicken chop kat sini, silalah pergi ke kedai ini. Seriuss sangat sedap and harganya sangat berbaloi2. Sepinggan chicken chop hanya 5 hengget je ok, aku tak tipu. (ohhh tuan kedai sila bg komisyen kat aku..promote nie...hahaha). Selain dari chicken chop ade jugak makanan western lain ok!!! Kedai nie dibuka hari2 dari pukul 6.30 petang hinggalah ke pukul 2.30am.
Pehtu sabtu dan ahadnya plak memenuhi jemputan raja sehari and oso merewang kat uma nenek sedara aku. Makcik aku kawin daaa... oohhh makcik aku nie muda ok dr aku. Kemudian semalam pulak bukan aku sengaja mau cuti, tapi kerajaan Johor memberi cuti kepada semua warga Johor kerana semalam adalah HARI JADI SULTAN JOHOR. DAULAT TUANKU...
Dah habisss... ini pun dah cukup panjang rasenye aku berceloteh, malas aku nak tulis panjang2. Mood masih dalam bercuti. Hahahaha... boleh gitu...
2 Ng0mel-ng0mel:
aha....cam besh aje..=)
Uiskkk besttt... K.sal dah pegi dah, ko bile lak nak terjah
Post a Comment