Mee Suah... cepat di masak sodap di makan.. boleh makan pada bila-bila masa. |
Bahan-bahan :-D
- 2 gulung Mee Suah (untuk 2 orang makan)
- Cili Padi (ikut kepedasan sendiri)
- 1 biji Bawang Merah
- 1/2 biji Bawang Putih (kalau kecik pakai jela sebijik)
- Ikan Bilis
- Air secukupnya (kalau boleh biar lebih kerana mee suah menyerap air macam megi)
- Lobak Merah
- Putik Jagung
- Cendawan
- Daun Sup
- Daun Bawang
Cara-cara ;-D
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan lada cili (kalau takut pedas letak cili di akhir masakkan)
- Apabila bawang merah dah mula menguning masukkan air dan biarkan mendidih.
- Perasakan dengan garam secukupnya.
- Apabila kuah mendidih, perlahankan api dan cerai-ceraikan mee suah setiap satu kemudian bilas sedikit mee suah dengan api paip.
- Kemudian terus masukkan mee suah ke dalam kuah dan gaul rata.
- Tutup api dan terus dihidang bersama daun sup beserta daun bawang dan terus di makan.
NotaDiHujungJari:-
- MeeSuah ni cepat menyerap air sama seperti meegi, jadi jika telah memasak WAJIB terus dimakan selepas di masak. Kalau nak hidangkan kepada tamu, sediakan kuahnya dahulu bila nak makan baru panaskan kuahnya dan masukkan mee suahnya..
- Jika tak nak bilas mee suah dengan air pun boleh. Terus cerai-ceraikan ke dalam kuali atau periuk. Bergantung kepada citarasa masing-masing.
0 Ng0mel-ng0mel:
Post a Comment