TQ Mr. Google.. saje tepek gambo ni kasi korang tengok... |
Khamis tuh hari aku amik Emergency Leave memandangkan En. Hubby demam pastu tulang belikatnya sakit walaupun telah berjumpa doktor pada hari Selasanya. Kesakitan yang telah membuatkan dia tidak dapat tidur ngan lena pada malam harinya, ohhh ofkosss melibatkan aku sekali.
So aku ajak En. Hubby pegi hospital bile tengok keadaannya yang asyik mengerang kesakitan. Mau aku tak risau bile laki dah berkeadaan macam tu. Bagi makan ubat tak jalan, sapu minyak panas pun tak jalan. Tapi yang aku geramnya, tidak pulak dia nak ke hospital. Ngapa dia tak nak??? Pasal takut kene tahan ngan Doktor. Okey ape kene tahan, sekurang-kurangnya Doktor tahu nak buat apa bile kene kes macam tu. Aku??? yang boleh aku buat sapu minyak angin sambil bace-bace surah yang aku tau pastu bagi ubat tahan sakit. Udahnya aku ajak ke klinik Puteri Skudai pasal kat situ ade X-Ray.
Sampai-sampai klinik orang dah ramai. Bile sampai turn En. Hubby aku ikut masuk sekali and bagi tau apa masalah laki aku. Sambil tu doktor cek badan En. Hubby and sesi bersoal jawab antara Doktor dan En. Hubby bermula hinggalah sampai 1 part soalan Doktor dan jawapan En. Hubby membuatkan aku SENTAP.
Doktor,"Merokok tak???".
Boleh agakkan apa jawapan En. Hubby. ANGGUKKAN kepala sambil memandang muka aku membuatkan hati aku panas membara macam api yang sedang marak... Okey aku boleh cool lagi, dahhhh takkan nak melenting kat depan doktorkan. Aku diam je lepas tu, sampai turn En. Hubby nak pegi X-Ray pun aku mendiamkan diri jugak. X-Ray sampai 4 kali okey.... kenapa sampai 4 kali??? Hasil X-Ray kabur... Bile Doktor dah terangkan 1 persatu tiba masanya Doktor bagi tau hasil amik darah 6 bulan yang lepas.
Hasil test darah 6 bulan yang lepas yeeeeee... KOLESTEROL dalam darah En. Hubby adalah TINGGI. Doktor cakap sangat tinggi, dan Doktor ade bagi tau punca-puncanya semua. Bile dah settle semua, kuar klinik menuju ke kereta tengok kereta kene saman pulak dengan DATOK. Perghhhh sentappppp lagi... mana aku tau kawasan tu tak leh parking, dah aku tengok semua orang park situ siap tepek kupon aku pun followlah. I followwwwwww.... Follow follow hah terjun longkang.
Jadi kerana hati telah panas ditambah pulak tengok kereta dapat surat chenta maka meletoplah puting beliung yang aku simpan sejak dalam klinik lagi dan bermulalah ceramah tengahari dan sesi perli memerli untuk En. Hubby. Haaaa sentap tak sentaplah En. Hubby mendengar aku berceramah sepanjang hari. Rasakan.... len kali menipu lagi.. ikut lagi ajakan kawan. Ikut lagi kata hati nak merokok. Haaa hamek hamek hamekkkk... sekarang kolestrol dalam darah dah tinggikan... hamekkk bahagiannnn... itu hasil menipu binilah tu.
Okeyyy.. stop sini... kang kalau aku teruskan panjang pulak bebelan aku. Sentap pulak aku nak bace akan datang. Hahahahaa....
MoralOfTheStory:-
JANGAN SESEKALI MENIPU ISTERI/ SUAMI SENDIRI... BURUK PADAHNYAAA
3 Ng0mel-ng0mel:
ngeh2...bawakla bertenang si isteri...
smoking aje kot...
eheheheheh...apepon..pade en.somo...sile ikotla pantang larang dan prosidur org yg berkolestrol tgi yeh.....
harap2 en suami berhenti merokok la lepas ni, kat rumah dia tak merokok langsung ke? tak pasan ada bau rokok2 eh... semoga cepat sihat...
BondaSiDadif->Aku memang bertenang, kalau tak bertenang kat klinik lg aku dah mengamuk. Pd aku merokok 1 kesalahan yg besar utk laki aku. Org lain takpe jangan kat dia...
Hanis->Kat uma time2 cuti memang dia tak penah merokok, kalau balik keje kadang2 tu memang berbau rokok tp bile dia tanye En. hubby kate kawan2 dia yg merokok. So malas nak panjang cite diamkan aje... sampailah pada hari kejadian, Allah menunjukkan keberannya... Allah tu maha adilkan....
Post a Comment