Meh sini kite tengok antara penyebab kolesterol tinggi.
- KETURUNAN: Gen dapat mempengaruhi tubuh memetabolisme LDL (kolesterol jahat). Hiperkolesterolemia family merupakan bentuk warisan dari kolesterol tinggi yang dapat menyebabkan penyakit jantung.
Part keturunan ni tak pulak aku tau, keturunan En. Hubby ade ke
tidak.... Bahaya ni... Jantungkan PEMBUNUH paling senyap... Uiskkkk
mintak dijauhkan dari En. Hubby.
- BERAT BADAN : Terlebih berat badan dapat meningkatkan kolesterol LDL (jahat). Kehilangan berat badan dapat menurunkan LDL dan meningkatkan HDL (baik) .
:-D ini takleh nak nyahhh ketepi
pasal ape, lepas je 2 minggu kawin badan En. Hubby naik dengan jayanya.
Tengoklah sape isterinya pulak... ahahahhaa
- SUKAN: Bersukan secara teratur dapat menurunkan trigliserida dan meningkatkan kadar kolesterol HDL.
En. Hubby bersukan sesekali je, sebulan boleh dikira bape kali. Silap-silap 2 3 bulan boleh kire bape kali. Lepas ni aku nak suruh En. Hubby berkebun jelah... pasal kawan aku kata berkebun adalah cara terbaik menurunkan kolestetol.
- UMUR DAN JANTINA: Sebelum menopause, wanita biasanya memiliki kadar kolesterol yang lebih rendah dibandingkan lelaki pada usia yang sama. Sebagai wanita dan lelaki, kadar kolesterol darah mereka meningkat hingga lebih kurang 60-65 tahun. Setelah usia 50 tahun, wanita sering memiliki kadar kolesterol yang lebih tinggi dibandingkan lelaki pada usia yang sama.
Masalahnye skang ni umur belum jejak 50 pun kolesterol dah tinggi.... aduhaiiiii...
- ALKOHOL : Minum terlalu banyak alkohol dapat merosak hati dan otot jantung, menyebabkan tekanan darah tinggi, dan meningkatkan kadar trigliserida.
En. Hubby tak minum alkohol tapi merokok.... doktor pun ade cakap salah satu punca kolestrol tinggi adalah kerana merokok. Tengok betapa buruknya kesan rokok tapi masih ramai yang suka merokok. Ade orang tak kisah suaminya merokok tapi bagi aku... AKU KESAH.
- STRESS: Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa stres meningkatkan kadar kolesterol darah dalam jangka panjang. Salah satu cara bahawa stres mungkin melakukan ini adalah dengan mempengaruhi kebiasaan anda. Sebagai contoh, ketika beberapa orang sedang stres, mereka menghibur diri dengan makan makanan berlemak. Lemak tepu dan kolesterol dalam makanan ini memberikan sumbangan peningkatan kolesterol darah.
Oooo yup... En. Hubby memang selalu stres dengan kejenya. Dah aku nak soh En. Hubby cari keje lain. Tapi mana ade keje yang tak stres!!!! Kalau bos kite tak buat kite stres orang sekeliling pulak yang bagi kite super power stres. Kannnn.....
1 Ng0mel-ng0mel:
nice point, i suka baca.
marilah jenguk rumah i ye
Mama Aqil
Post a Comment