Haaaa.. gamaknya dah macam sebulan 1 N3 la pulak. Dah malas nak menghapdet blog... kerajinan itu tak sampai-sampai entah ke manalah hilangnya yeee... Tapi takpelah at least adelah jugak N3 dalam sebulankan!!! Takdelah kosong bontang je...
Okehhhh... just nak share ngan korang kat luar sane, alaa skangkan sebok orang dok cite pasal drama Adam & Hawa. Best wooo citenyeee sebest novelnya. Untuk korang yang ada melanggan astro mustika saluran 134 kompommm takkan melepaskan peluang menontonnya. Tapi untuk aku yang takde langgan ni kan, aku just tengok melalui web je. So kawan2 yang nak sangat tengok ke"best"san cite ni, mohlah kite sama-sama menonton secara online. Nak tengok kat mana... haaa ni dia laman webnyaa... "Drama TV Online". Bukan setakat cite Adam & Hawa je yang ada, ade macam-macam lagi cite kat tv yang ado. So kawan-kawan selamat menonton... Yihuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~
They aRe s0 Gorge0us
Legoland Malaysia
(",)
Lieya
on Thursday, September 20, 2012
Labels:
cuTi2 Malaysia,
Event
/
Comments: (0)
Sebokkan sekarang orang bercerita pasal Legoland Malaysia ni, maunya tidak inilah legoland yang ke enam didirikan di dunia. Haaa hebat tak hebatlahkan.... Maka pada yang berminat nak masuk, silakan... Nak detail lebih lanjut sila lawat web Legoland Malaysia. Alhamdulillah aku dah masuk dah ke legoland ni, aku dapat masuk FREE pasal kawan aku cikgu so dia dapat tiket free dari legoland.
| Main entrance, aku cilok dari Mr. Google jeee... |
| Berani nak naik mende alah ni??? Aku dah buktikan walaupun naik sekali jekan... ketakkkkk gile kaki lepas naik.. ahahahaha |
| Haha.. ini picca aku snap, try and error masa nak amik picca kawan aku naik menda alah ni... Gegel kaki lepas naik benda alah ni wooo.. |
| Haaa camnilah gayenye naik dragon roller coaster ni, kasi korang teranggg sikit mata tu ha.... |
| Antara tempat yang korang WAJIB pegi... boleh rasa salji turunnnn.. eheheh manyak syokkk oooo |
![]() |
| Asyik memandu kereta jekan, sesekali nak jugak jadi nakhoda kapal. Maka disinilah tempatnya... ehehehehe |
![]() |
| Yang ini pulak permainan menguyupkan badan, tapi takdelah kuyup sangat but no worries ada tempat utk mengeringkan badan.. |
| Ini pulakk kasi anak2 memandu, tengok terrer ke tidak dia orang ni nak buat drift bagai.. ehehehe |
| Dah puas berpanas-panasan, masuk pulak ke kawasan beraircon , mencipta apa jua yg terlintas dlm kepala dengan menggunakan lego |
| Kalau anak-anak suka nak naik kuda, haa korang kasi dia naik si kuda ini.. Nasib baik hanya budak2 je yang boleh naik. Kalau takde limit kompom aku pun nak tunggang sekali... |
| Haaaa... kalau dah penat korang berjalan, korang boleh naik train ni. Tapi train ni hanya ada 1 pick-up point dan disitulah jugak tempat korang turun. Takde nak tahan-tahan soh berenti ke apa ke kan. |
| Haaa ni salah 1 yang boleh dibanggakan, KLCC yang dibuat dari lego eh... tak bangga ko??? Memmang terbaekkk ok. Macam-macam bangunan lagi yang ado kat miniland. |
| Ini pulak map dalam legoland sendiri... So kalau korang nak pegi korang start dari Lego City. |
Ok cukuplah tu, kalau nak tau lebih lanjut silalah pergi ke legoland. Tapi bukan memaksa yeee... pasal harganya ada yang tak puas hati kerana a bit mahal. Ada yg siap tag aku, "membazir je pegi ke sana"... Aloooo PM pun tak paksa ko ke sanakan, itukan hak masing-masing. Ko ada duit lebih and nak having fun ko boleh pegi. Tapi kalau keadaan kewangan ko tak mencukupi so takyah la ko pegi and no need ko nak cakap ngan aku membazir bagai. Aku pegi atas dasar tiket free and aku sendiri belum beli tiket legoland takde pulak aku nak kecoh2 kat kawan-kawan aku yang berlumba-lumba membeli and cakap membazir so on kat dia orang. Kan kawan-kawan... so tepuk dada tanya selera and tepuklah poket korang sendiri. hehehehe...
Yang Hidup Pasti Akan Mati
Bulan ramadan berlalu pergi dan kini syawal juga bakal meninggalkan kita. Macam-macam cerita suka duka dikongsi bersama kaum keluarga. Awal ramadan disambut dengan gembira, kemudian dipertengahan pula... kesedihan menyelubungi kaum keluarga, Pak cik ku kembali ke rahmatullah tanpa dijangka, yeee ajal dan maut tidak pernah kite ketahui... Sesungguhnya janji Allah itu benar belaka.
Pada 6 Ogos 2012 bersamaan 17 Ramadan 1433H dan hari itu adalah hari Nuzul AlQuran, hari baik bulan baik pakcik ku Ismail Hj Sharif telah pergi buat selama-lamanya. Pergi meninggalkan seorang isteri tanpa berwaris. Tak siapa menyangka akan pemergiannya.
Pagi pada 6 Ogos itu, pakcik ku keluar ke Hospital Sultanah Aminah untuk membuat pemeriksaan lanjut setelah 2 bulan tidak melakukannya. Sampai di Hospital arwah telah dimarahi oleh doktor kerana tidak datang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Hasil pemeriksaan, mengikut kata doktor darah pakcikku sedikit pekat, jantung dan kencing manis semua normal dan pakcik ku perlu datang kembali ke hospital pada minggu depannya untuk cek darah sekali lagi.
Selesai mengambil ubat pakcik ku terus ke tempat kerjanya di Pekan Rabu, semasa dalam perjalanan pakcik ku sempat menelefon makcik ku untuk memberi perkhabaran hasil dari pemeriksaan doktor. "Yang... Alhamdulillah... semuanya ok, cuma kata doktor darah pekat sikit minggu depan kene datang lagi cek darah." Itulah antara ayat terakhir yang didengari oleh makcik ku dari suaminya melalui panggilan telefon lebih kurang pukul 11.30 pagi. Maha suci Allah... siapa kita untuk menghalang ketentuan yang telah Allah buat. Perancangan Allah cukup sempurna.
Pada pukul 1.30pm, aku menerima panggilan telefon dari makcik ku, mengatakan yang pakcik ku pengsan ditempat kerjanya ketika berbual dengan rakan sepejabatnya. Maka aku dan suami ku bergegas membawa makcik ku ke tempat kerja pakcik ku. Suatu kebetulan, pada hari itu suami ku hantar aku ke tempat kerja. Sampai di sana, sekujur tubuh yang kurus tinggi telah ditutupi kain putih menyambut kedatangan kami. Tiada kata yang dapat diungkapkan, hanya air mata berjujuran jatuh ke pipi dan raungan seorang isteri di atas pemergian suaminya yang sebelum itu berbual seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pada kebiasaannya situasi itu hanya aku tonton dikaca tv, tidak pernah aku duga keluarga kami akan diuji seperti itu. Pemergian seorang insan yang terlalu baik dengan semua orang, pertolongan yang diberi tidak pernah minta dibalas.
Ya Allah... Engkau memberi balasan yang setimpal dengan amalannya, itu janji Mu. Engkau tarikh nafas pakcik ku dengan begitu mudah pada hari yang cukup baik dan pada bulan yang baik. Engkau pancarkan cahaya pada wajahnya disaat rohnya telah terpisah dari jasadnya. Sesungguhnya janji Mu itu benar Ya Allah. Ya Allahh... aku memohon kepada Mu, tempatkanlah arwah pakcik ku, ISMAIL BIN HJ SHARIF dikalangan orang-orang yang beriman iaitu dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Aminn Ya Rabbal Alamain.
| Tinggal kenangan, Sambutan Hari Jadi Arwah bersama ahli keluarga yang lain pada hari raya haji tahun 2009. |
Al-Fatihah untuk Arwah ISMAIL BIN HJ. SHARIF
Alahaiiii Elyano...
Mood kelaut nak menulis pasal baru dapat berita kucing aku yang bernama Elyano mati pagi tadi. Yano sakit mata, tapi takdelah terok sangat and mak cakap dah elok sikit lepas letak ubat cuma semalam demam sikit. Pagi tadi mak nak keluarkan dari sangkar and nak bagi makan macam biasa sekali tengok Yano dah terbaring kaku tak seperti kebiasaan akan menunggu di depan pintu sangkar berebut dengan adik beradik lain untuk keluar. Hua hua huaaaa...mau tak sedih walaupun bukan dibawah jagaan aku, tettap aku sedey pasal boleh dikatakan tetiap minggu balik uma mak tengok anak-anak bulus dan baru je hari sabtu lepas aku balik kampung mandikan mereka.
Sekarang tinggallah 6 ekor kucing aku Papa Jeyrit, Mamy Jeynet, Satria, Alvin, Britney dan juga Mika kat rumah mak aku. Yang lain-lain semua tinggal kenangan... Papy Kemmung, Papy Jeykey, Mamy Domong, Panda, Tiger, Eichik, E.J, Theodore, Simon and baby-baby Mamy Domong juga Mamy Jeynet yang belum sempat punya nama. Kalau tak kompom meriah rumah aku dengan anak-anak bulus aku.
S.E.D.I.H
Iftar ke-6
Minggu lepas masa balik uma MIL, MIL bagi pelam epal 3 biji. Terus tetiba tekak mau makan kerabu mangga ikan bilis. Aduhhh yum yummm.. baru sebut dah terasa ditekak okeh. Maka iftar hari ke-6 aku buat kerabu mangga ikan bilis.
| Kerabu Mangga Ikan Bilis, terliur tak??? Hehehee |
KERABU MANGGA IKAN BILIS
Bahan-bahan :-D
- Mangga
- Tomato
- Kacang Tanah
- Ikan Bilis
- Lada Cili
- Bawang Merah
- Sos Ikan
- Jus Limau Nipis
- Serai
- Gula
- ***Semua bahan agak-agak sendiri yeeee
Cara-caranya ;-D
- Racik Kerabu menggunakan peracik atau pakai pisau pun boleh, kemudian ketepikan.
- Potong nipis-nipis tomato, buang biji tengahnye ye.
- Hiris halus cili padi dan bawang merah mengikut kesesuaian.
- Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
- Goreng kacang tanah hingga garing dan kemudian tumbuk sedikit. (Kalau nak lebur sebiji-biji pun boleh).
- Racik serai sehalusnya supaya senang masuk ke tekak.
- Gaul semua bahan kecuali kacang tanah dan ikan bilis.
- Sedia untuk dihidang.
- Ikan bilis dan kacang tanah ditaburkan ketika hendak makan untuk mengelakkan lemau.
| Ikan Pari Bakar.. ini beli jeee |
| Rojak Asma, ini pun beli je... En. Hubby sebok sangat nak makan sudahnya tak habis pun pasal tak menepati citarasa |
Iftar Ke-5
(",)
Lieya
on Thursday, July 26, 2012
Semalam aku berbuka puasa dengan Ikan Caru Belah Depan Berpandan. Hapsal caru belah depan berdaun pandan pulak ek??? Hahahah... dah aku yang masak maka ikut suka hati aku lah kan nak letak nama apa. Okey... Meh sini aku jawab ye... ngapa belah depan, sebab aku dah terbelah ikan caru tu bahagian perotnya, patutnyakan kene belah sebelah belakang ikan. Dah masa awal-awal siang takde pulak teringat nak masak ikan caru sumbat. Oleh kerana nak jugak menyumpat maka aku bedal saja kemudian aku gunakan daun pandan untuk mengikat si ikan caru supaya isi perotnya tak membuak keluar. Rugiii wooo kalau keluar, penat-penat aku tumbuk rencahnya semalam. Tumbuk hokeyyy bukan blender.
Apsal eh rencahnye tak merah??? Haaaa tu sebab aku guna cili hidup vs cili padi, oleh kerana cili kering uma aku dah kehabisan stok maka aku tibai je pakai cili padi ngan cili hidup. Tetap sedap hingga menjilat jari ye kawan-kawan, aku tak cakap tapi En. Hubby aku yang cakap. Hahahaha... So idaklah aku "masuk bakul angkat sendiri".
| Tinggal 1 setengah ekor je... Tang hekok dah masuk dalam bekal En. Hubby untuk bawak bekal sahur ke tempat keje. |
IKAN CARU BELAH DEPAN BERPANDAN MELETUP
Bahan-bahan :-)
- 2 ekor Ikan Cencaru
- 2 helai Daun Pandan
Bahan kisar :-)
- 1 biji Bawang Merah
- 1 biji Bawang Besar
- 1 biji Bawang Putih (kalau kecik 2 biji)
- 1/2 inchi Halia
- 1/2 inchi Lengkuas
- 1 batang Serai
- 2 batang Cili Merah
- 10-15 batang Cili Padi Merah & Hijau
- Garam secukup rasa
Cara-caranya ;-D
- Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan perisakan dengan garam secukupnya.
- Sumbatkan sambal yang telah siap ke dalam ikan cencaru kemudian ikat dengan daun pandan kemas-kemas.
- Goreng ikan cencaru yang telah disumbat menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
- Bila dah masak sedia untuk dihidang.
Kemudian aku masak Tomyam Sayur, segala-galanya sayur ye kawan-kawan. En. Hubby nak ada lauk yang berkuah, kalau takde kuah tekaknya macam tak berselera nak makan pepagi hari. Aku masak sekali je sehari, lauk time berbuka puasa dibawak ke pagi hari. Kemudian ditambah pulak dengan adanya sambal "tembucan" (tempoyak+budu+belacan) hahhh memang menambahkan selera untuk En. Hubby aku. En. Hubby jeeee aku tidak pasal aku tak reti makan tembucan tu. Kalau setakat sambal belacan tu aku bedallah.
| Hamek gambar saki baki dalam periuk jela, aku lupe nak snap awal-awal. Ni untuk sahur aku, sikit jeee banyak-banyak tak habis. |
TOMYAM SAYUR
Bahan-bahan :-)
- 1 biji Bawang Merah - dimayang halus
- 1 biji Bawang Putih (saiz kecik) - dimayang halus
- 1 batang Lada Merah - hiris
- 1 biji Limau Nipis (saiz kecik) - perah amik jusnya
- 1 batang Serai - ketuk
- 1 helai Daun Limau Purut - buang batang tengah dah siat 2
- Air secukupnya
- Garam
Sayur-sayuran :-)
- Cendawan
- Lobak Merah
- Putik Jagung
- Batang Saderi
- Kubis
- Kubis Bunga
- Brokoli
- Tomato
Cara-caranya ;-D
- Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hidup hingga layu.
- Masukkan air, serai, daun limau purut dan sayur-sayuran yang lambat empuk tunggu hingga mendidih.
- Bila telah mendidik masukkan garam dan jus limau nipis kacau rata.
- Mendidih sekali lagi masukkan sayur-sayuran yang mudah masak seperti cendawan dan tomato.
- Tutup api dan sedia untuk dihidang.
| "Ohhhh saya malu bile ditogelkan, bulan-bulan puasa ni tak baik seksi-seksi tau" Clean and clear senang nak mencuci.. ehehehe |
Haaaa hamek kau, naik licin kite orang bedal menu iftar semalam. Udah tu ini je menu kite orang. No kuih no mee no lauk-lauk lain. Beginilah kite orang hidup laki bini, jarang nak membeli kat kedai pasal tahu kalau beli mesti tak habis. Maka eloklah tak payah beli dan makan apa yang ada je sudah mencukupi. Janji berbuka dengan nasi dan perot kenyang. Syukurrrrrr Alhamdulillah...
Ayam Ungkep Jawa Style
Bila berpuasa ni, takde pulak idea nak memasak. Tanya En. Hubby dia pun tak tau, jawapannya.. "takda idealah pasal semua benda yang nak makan dah dapat". Ni lah yang payahnya kalau takda permintaan dari En. Hubby atau tekak aku takda mengidam nak makan apa-apa. Buntu kepalo den ni ha nak masak menu berbuka puasa, semalam baru hari ke-3 aku dah buntu. Adehhhhh
Wahai tekakku dan tekak En. Hubby, silalah mengidam nak makan makanan-makanan yang sedap-sedap. Maka bila ada permintaan dan mengidam maka mudahlah kerja aku yang satu itu. Hehehehe....
Nasib baik masa training congkak semalam kat pantry bual-bual ngan Nana, Liza juga Hj Sham... Tetiba Hj. Sham cakap menu berbuka puasa dia. Wahh... Ayam masak ungkep ye!!! Mmmm aku memang tak penah makan ayam masak ungkep ni pasal ni makanan orang jawa. Si Liza ngan Nana pulak citelah pasal rasa ayam masak ungkep ni macam mana kan... MAKA... tingggggggg terus ada idea nak masak apa. Masuk-masuk opis terus cari resepi ayam masak ungkep, dan terjumpalah kat blog Kak Yati, terus zassss copy paste and print untuk simpanan akan datang.
AYAM UNGKEP JAWA STYLE
c&p :- Kak Yati - Sinar Kehidupan
Sumber :- Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 600 gram ayam, potong saiz sederhana
- 2 batang serai, dititik
- 1 keping asam gelugor
- 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf (jangan kata bayleaf, daun salam pun aku takde maka aku tak guna kedua-duanya)
- 1 camca besar gula melaka
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 3 biji buah keras
- 1 tangkai cili hijau
- 10 - 15 biji cili padi merah
- 1 camca besar ketumbar
- 1/2 camca teh jintan kasar
- 1/2 camca teh jintan halus
- 3/4 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA ;-)
- Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
- Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
- Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih.
- Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
- Masak dengan api sederhana hingga kering.
- Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..






