~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Birthday Goodies

Ollaaaaaaa.... settle projek membuat goodies untuk sepupu cilik aku. Sonang jeeee membuatnya, idak susah pong.... all the goodies akan dibawak ke sekolah senin ni, birthdaynya pun 13hb ni.... so Naufal akan menyambut hari jadinya dengan kawan-kawan di tabika....


SELAMAT HARI JADI 
...MUHAMMAD ANIQ NAUFAL...
SEMOGA PANJANG UMUR, SENTIASA SIHAT, SENTIASA CERIA, BELAJAR PANDAI-PANDAI dannnnnn 
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH




Nahhh kasi tengok hasilnya yang meletops....




Haaaaa vogeyy D' vas kannnnnn... ehehehhe


Vogey-vogey.... siap 51 bungkusan untuk kawan-kawan Muhammad Aniq Naufal.. 

Aku BELI rumah dengan DUIT

Ooooo sangat seronok bile dapat tau akan dapat kunci rumah. Oooyeahhhh... aku dapat berita dari pemaju bahawasanya aku dah boleh pegi amik kunci kat opis pemaju. Itu pun setelah berbulan-bulan menunggu dengan penuh kesabaran dan dengan penuh menanggung perit membayar 2 bijik rumah. 

Maka dengan rasa bangganya aku dan En. Hubby ke opis pemaju rabu lepas untuk buat bayaran terakhir sebelum mengambil kunci. Lepas settle membayar kite orang pun terus ke rumah yang telah pun ditunggu oleh salah seorang pekerja pemaju. 

Sampai-sampai je kami terus dibawa masuk ke rumah, so cek sikit-sikit mana yang perlu dikomplen kepada pemaju. Aduhaiiii... walaupun dengan mata yang rambang macam tu kami still boleh tengok akan kekemasan pembuatan rumah aku tu.Mata aku kate SEDEYYYY tauuu tengok rumah tu.

Jadi untuk hari minggu ni, tugasan aku dan En. Hubby adalah untuk memeriksa dengan terperinci lagi keadaan rumah yang pembuatan tidaklah proper... Ini macam memang nak kene tembak kontraktor yang buat rumah aku tu tau. Ingat aku beli rumah tu murah-murah agaknye... GERAMMMMMMMM.. Korang ingat aku ngan En. Hubby ni olang kaya ka....


Ini namanya tampalan asal boleh...

Gambar 3 - Tingkap sliding door, bile dah bukak tak boleh nak tutup... kene tolak sekuat tenaga dan sampai tingkap terjongkit baru boleh tutup.
Gambar 4 - Tiang pagar yang berpaku dan simen yang menganga.... beserta pagar tak boleh ditolak masuk ke dalam....


Haaaa aku dah kata tak properkan!!!!! Ni baru belajar buat wayering ke ape!!!

Cermin tingkap bilik yang pecah dihujungnya, tu tak dikira pulak grillnya yang bengkang bengkok

Haaaaa part ni je hati aku sejok sikit.... Rumah aku dah pasang grill... yeayyyyyyyy

Ikan Masak Sambal Kicap

Hokeyyyy.. hari ni aku mau tepek resepi lauk yang aku masak 3 hari lepas. Lauk kes bangun lambat pasal alarm hp aku tak hedop gara-gara dimatikan oleh sepupu aku yang bidak lagi pandai... sape lagi kalau bukan budak Opal, seb baik sempat lagi aku siapkan sebelum En. Hubby pergi kije. Masa yang aku ade ketika menyediakan lauk ni adalah 30 minit saje, bayangkan aku sedar kul 6.32 pastu En. Hubby nak p kije dalam kul 7.15 pagi. Haaa sila bayangkan macam mana aku bersilat kat dapur pepagi hari. Kompommmmm orang belakang, kiri, kanan uma aku dengar aku kentang-kentung kat dapur. Hehehehehee.....




Picture credit to Nurs Little Kitchen

Bahan-bahan :-D
  • 8 ekor Ikan  (apa-apa ikan pun boleh, tp aku bedal pakai ikan debam)
  • 1 batang serai (ketuk) 
  • 3 helai Daun Limau Purut (koyakkan) 
  • 1 biji Bawang Besar (hiris bulat)
  • 2 sb sos Tomato 
  • 8 sb kicap Manis
  • 3 sb kicap lemak Masin
  • Geng Menumis (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bunga pekkak)
  • Minyak 
  • Garam (jika perlu)

Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering
  • 2 bj bawang besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 1/2 inchi Halia
  • 1 cwn air

Cara-cara ;-D
 
  1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam, kemudian goreng ikan. (tak perlu sampai garing) 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin, serai, geng menumis dan tumis hingga garing. 
  3. Masukkan ikan dan kacau, biarkan hingga kuah sebati ngan ikan. 
  4. Masukkan daun limau purut, sos tomato, bawang dan kicap. 
  5. Masakkan sehingga naik minyak.  
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Kek Coklat Hoyeay Hoyeay

Ni namanya kek bantai saje..... resepi kelam kabut pasal takot En. Hubby sampai awal sebelum kek siap. Hehehehe suprise kek for En. Hubby's birthday on 19 January 2012.

Bahan A
  • 1 cawan Gula Kastor/ gula perang
  • 1 cawan koko 
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu nescafe
Bahan B
  • 6 biji telur 
  • 340gm tepung naik sendiri
  • 300gm gula caster(10 oz)
  • 250gm butter
Cara-caranya ;-D
  1. Sediakan loyang 8" sapukan loyang dengan butter dan letak kertas minyak.
    Panaskan aven sebelum membakar kek dengan suhu 170c
  2. Satukan bahan A, gaul rata kemudian letak tepi.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul butter dengan gula hingga kembang.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang seli dengan bancuhan A.
  5. Kemudian masukkan tepung dan kaup dan balikkan perlahan-lahan hingga adunan rata.
  6. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.

untuk topping aku gunakan resepi dari blog Kak Ita,

STABILISED WHIPPED CREAM

Bahan-bahan :-D
  • 2 sudu besar gelatin
  • 4 sudu besar air
  • 2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara;-D
  1. Pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit
  2. Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais
  3. Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil
  4. Kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata
  5. Kemudian panaskan bahan ini di atas api perlah sehingga gelatin melarut
  6. Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan
  7. Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais
  8. Tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana
  9. Kemudian masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras
  10. Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental.
  11. Pastikan tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi.
Diantara lapisan topping tu aku letak sikit blueberry, maka semakin mabeleslah rasanya kerana coklat telah digandingkan dengan blueberry. Tak caya trylah sendiri.... ala2 blackforest gitu.. ahahahhaa




Rainbow Kek

Hari ni adalah hari menepek resepi.. ohhh yeayyyy... resepi kek birthday ke-2 untuk En. Hubby, Akim dan Icha yg aku buat tuh hari. Bz la kekononnye sampai aku terlupe nak menepek resepi kek yg dah aku buat tu. Macam biasalah resepinye cilok dari Kak Ita tuan empunya blog Masam Manis.


KEK SENGET BENGET


Jangan dipandang pada rupe, walaupun senget rasa totap mantop... ahahahaa
 


Bahan-bahan :-D
  • 3 cwn tepung gandum
  • 4 sdk baking powder
  • 1/2 sdk garam
  • 1 cwn butter ~ suhu bilik
  • 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
  • 5 biji putih telor ~ suhu bilik
  • 2 sdk esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
  • pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara ;-D
 
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

  1. Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan.
  2. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih.
  3. Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  4. Masukkan esen vanila
  5. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
  6. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
  7. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
  8. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  9. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
  10. *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
  11. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata, dan masukkan dalam loyang
  12. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
  13. Bila dah masak letak atas redai
  14. Tunggu sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  15. Kemudian bolehlah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
  16. Jangan tindih2kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Untuk  topping pulak aku guna resepi yang ini.

ORANGE CREAM CHEESE FROSTING
By : Sheery Dzul
Rujukan : Zuriani Alias
C&P from : Kak Ita

Bahan-bahan :-D
  • 1cwn Cream Cheese
  • 1 cwn Butter
  • 4 tbs Jus Oren
  • 4 tsp Kulit Oren yg dah disagat
  • 2 tsp Vanilla 
  • 4 cwn Gula Aising (Aku pakai 3 cawan je)

Cara-cara ;-D
  1. Pukul cream cheese, butter, jus oren, kulit oren dan vanilla sehingga lembut.
  2. Masukkan gula dan teruskan memukul sehingga adunan berkrim dan ringan.
  3. Bila dah siap boleh warnakan ikut warna kesukaan atau boleh guna terus dan sapu pada kek.



Mari MENDERA

Ini budak nama dia Muhammad Nafiz Zafran bin Rizan. Amboiii nama ayahhh pendek je pun.... Nama abang Muhammad Aniq Naufal. nama ibu pulakkk Nazima... haaaa pun pendek gak. Dah menjadi trend zaman sekarang, bubuh nama anak panjang berjela. Siap sampai tak cukup kotak nak menulis. Kalau cekgu-cekgi nak isi borang or menulis nama anak murid kompom tensen giler pasal nama anak muridnya panjang berjela. Zaman aku mengajar dulu pun macam ni jugak. Jenuh nak menulis nama-nama murid dalam rekod.

Kekadang bile nama dah panjang berjela plus berbelit-belit lidah nak menyebut ni pun tak elok jugak, pasalnya memberatkan budak.Tu yang kadang-kadang budak-budak ni asyik sakit pastu haaa mulalah memendekkan nama. Heee akulah tu orangnya... Sepupu aku yang sorang ni kadang aku panggil ZAF aje... kadang aku panggil PRAN. Si abangnya pulak, dah melekat sampai ke besar aku panggil OPAL, kadang aku panggil ALKOPAL, dah macam jenama pingganlah pulak. Hehehehe...

Dah jom tengok gelagat sepupu aku bile kene dera ngan aku same ibu dia...


Kasi pakai mask birthday.. tak menangis pulak tu.....


Badan dah la gebab, jenuh nak memegangnya. Dah mula pandai melompat-lompat bile didirikan.

Haaaa satu satunya gambar yang diam, ini pun ibunya paksa duduk kalau idak habisssss 1 roll pilem aku.


Warna Warni Hari Raya

Seperti yang dijanjikan, aku buat kek betday utk en. Hubby. Hasil titik peluh air tangan aku sendiri... walaupun tak segah mcm kek kat kedai and walaupun frostingnya agak cair sikit pasal aku overmixed, En. Hubby sukeee ngan suprise yg aku buat untuk dia. Ditambah lagi dengan kehadiran seorang sepupu dan seorang pakcik yang telah meriuhkan suasana seperti ada 100 orang gamaknye kat uma aku tu. Siap bagi komen ala-ala masterchef tuuuu....

Pak Acip,"Mmmmm combination yang menarik.... krimnya walaupun nampak macam cair tapi bila digabungkan bersama kek, rasanya sangat menakjubkan".

Is,"Mmmm saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh chef Rasyid, inilah yang dikatakan rupe tak melambangkan rasa, sangat-sangat menarik."

Komen-komen 2 orang ni telah memecahkan gelak kite orang di tengah malam....




En. Hubby tersenyum simpul bile aku mengeluarkan kek utk dia.... heheheh kek tak seindah rupenye...

January birthday cake.... kek untuk dipotong bersama oleh En. Hubby, Hakim dan Nur Aien Farisya, we all sambut beramai-ramai kat uma mak aku. More happening pasal ramai orang. ehehehehee...

Haaaaaa itulah birthday boy dan birthday galnye... HAPPY BIRTDAYYYYY....

Kek pelangi boleh kek dam pun boleh, lagi best kek senget pun boleh.. ehehehehe

Hokeyyyy.. di hari raye orang beraye dan berjalan sakan kite orang plak habiskan masa dengan memancing ikan kat parit depan uma mak aku.... manyakkk syok wooo mancingggg...
Ini orang tak yah herrann, memang kaki pancing... selalu mancing kat laut or kat kolam....
Si Atok tukang perhati cucunya buat apa, lepas tu bila cucu-cucu dah ade batang pancing sendiri dia pun joint sama. En. Hubby pulak tukang buat pancing... sonang bah ituuu...

For the 1st time aku memancing kat parit depan uma mak aku, biasa tengok je orang memancing... bile dah meneraiiiiii.. wahhhh manyakkk syokkk terutama sekali bile mata kail kene sentap ngan si ikan... yeahhhh berlawan dengan gagahnye...

aku di darat ikan di air, akhirnya kalah gak ko ikan.. ahahahaha.. kocikkk je pun ikannyeee... tp amat berbaloiiiii selepas puas aku mencanggung bagai nak rak kat tepi parit tu ha...hilang sabar aku sauk je pakai jaring... ahahahaha


Hari selasa pulak, kejenye mengecat uma mentua aku kat pasir gudang, uma yang baru dibeli dan akan disewakan akan datang.. banyak penat okey mengecat walaupun umanya kecik sekangkang kera...sudahnye aku sambung lagi cuti sehari, eheheeheehee....

Okeyyy beraikhir sudahhh cerita pasal CNY 2012... jumpe lagi di tahun hadapan.... adiossss


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.