~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Bistik Ayam

Amacam ade menarik tak??? Tengok pun terliur woooo... aku lebihkan kuah pasal En. Hubby suka makan masakan yang berkuah.






Ohhh sudah lama rasanya tidak menepek resepi masakan dari dapur cinonet aku ni. Menjak dah ada rumah sendiri ni, part nak menghapdet blog memang malas. Patut makin rajin pasal macam-macam kisah yang boleh ditepek untuk dijadikan kenangan akan datang. Tapi kuasa M dah terlebey-lebey maka tak adalah kisah huru-hara aku nak pindah-randah, kisah dapur aku tak berasap beberapa hari hanya kerana rak dapur pendek kata macam-macam ada.

Takpelahhh.... yang berlalu biarlah berlalu, jadi hari ini untuk pertama kalinya aku tepek sumber resepi masakan BISTIK AYAM dari dapur cinonet aku hasil cilokan dari dapur Kak Nor tuan empunya Secubit Garam. Salah satu hidangan ketika Mak dan Makcik aku ada dirumah aku. Jom kite tengok resepinya...

BISTIK AYAM

Bahan-bahan perap :

  • 1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
  • 3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
  • 2 sudu besar tepung gandum

** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :

  • 4 ulas bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 labu bawang besar - dimayang bulat
  • 2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar majerin

Bahan-bahan lain :

  • 2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
  • 2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 3 sudu besar puri tomato (aku tak letak, pasal dapur aku takde maka aku gantikan ngan sos tomato aje)
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4
  • Sedikit kacang pis (optional, aku tak letak pun)
  • Sedikit daun sup untuk hiasan (optional, wajib letak he he)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
  2. Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
  5. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
  6. Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
  7. Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup untuk menyerikan lagi masakan. Ohhh yeahhh...


dari kuali Kak Nor, so yummy.







Selamat mencuba!!!

A Famosa Resort, Melaka



Yihaaaa yaribaaaaa andre andreeeeee.... Alhamdulillah selamat akhirnya perjalanan aku ke Melaka bersama-sama kawan-kawan sekilang En. Hubby. Family day kilang En. Hubby tahun ini dibuat di A Famosa Melaka dengan tema Rock. Syukurrrr... semuanya telah selesai dengan sempurna dan dengan jayanya. 

Sebanyak 8 buah bas kot yang pergi kalau tak silap aku la... ditambah lagi dengan beberapa biji kereta yang dipandu sendiri oleh mereka-mereka yang tak mahu naik bas. Untuk aku ngan En. Hubby, kite orang lebih suka naik bas pasal tak payah nak bersusah payah memandu bagai. Kalau we all penat 2 2 boleh membuta dengan sepuasnya. 

Tempat penginapan, Alhamdulillahhhh semuanya sempurna and tak ada gangguan walaupun pada permulaannya hati aku berdebak debuk bila mengenangkan cerita-cerita suspen yang disampaikan oleh kawan sepejabat aku, sekali lagi syukurrrrrrr.. Cuma yang tak bestnya kat A Famosa Resort ni adalah.. MAKANANnya... aduhaiii saddissss sungguh. Tekak aku ni takdelah pandai merasa sangat tapi kalau dah semua orang kata, "10 kali lagi sedap makanan dekat Gambang Resort", maka apakah maknanya tu yee!!! Aku berharaplah sangat  management A Famosa Resort ni khususnya part tukang-tukang masak ni ha, amiklah chef yang betul-betul pandai merasa. Sedihhhh woooo, resort superduper tetabos plus superduper mahal tapi part makanan superduper ........................... haiskkk paham-paham sendirilah.

Dah malas nak komplen banyak-banyak sangat. Untuk mereka-mereka yang nak ke A Famosa resort pesanan aku cuma 1 je... sila bawa stok makanan korang banyak-banyak. Hehehehee....






































Touch & Go from BFF





Yehhhh... semalam bff aku datang bertandang ke rumah secara touch and go. Dia and En. Hubbynya men terjah je ke rumah aku selepas balik bershopping sakan untuk D'Cradle Ayrrah. Memula dia ade la call and tanya uma aku lorong apa and no berapa. Lepas bertanya lebih kurang 5 minit terjengul lakik bini depan pintu pagar uma aku. Cesssss... dah aku agak dah... kalau dah tanya-tanya macam tu mesti nak datang serang uma aku. Bagusssss betul, aku memang suka tapi kesiannnn la kat korang lakik bini datang uma aku setakat minum air teh 'o' same biskut kering je... Biskut oat pulak tu... ahahahaha... biskut oat yang aku beli khas untuk En. Hubby.

Ape pun seronok bila bff datang bertandang ke rumah walaupun sekejap aje. Takpe lain kali kite arrange baik pastu kite main masak-masak kat dapur uma aku ye Zu, pastu kite panggil geng-geng lain.

Oooohhh meh aku cite sikit pasal bff aku ni. Dia ni tokey kepada D'Cradle Ayrrah, apa perniagaan yang dia buat?? Hahaha p jengah gambar-gambar yang aku tepek kat bawah tuh ha... pernigaan secara kecil-kecilan. Alhamdulillahhh rezekinya semakin melimpah ruah semenjak adenya perniagaan ni.




Bunga telur untuk hari besar si comel... mau order?? Pegilah FB bff aku ni yee... sila klik link di atas nun...




Mahukan kelainan pada hari besar si comel??? Tu dia mini pelamin untuk berendoi..
Dah macam pelamin orang nak kawin la pulak aku tengok. hehehehee




Macam-macam kaler ada... ikut citerasa memasing. Pakej yang sangat MUUURAHHHH diberi dizaman sekarang ni... dengan orang lain tak dapat dah dengan rege yang diberi oleh bff aku ni...


atauuuu








Mencari backdrop untuk birthday si comel....
D'Cradle Ayrrah la jawapannya.. meh meh booking cepat




atauuuu






Pelamin untuk pengantin, make-up, complete package semua ada.... 


Marilah beramai-ramai memajukan bangsa sendiri.... Sokonglah perniagaan bff aku ni ha... Aku SOKONGGG ko Zu... ahahahaha... opsss terlebey susah... oitttt Zu, sikit punye baik promo aku buat kat blog aku ni ha.... nanti kalau sudah tiba masanya... F.O.C untuk aku haaaaaa.... wakakakakkakaa....


Or kalau korang tak boleh nak bukak link yang aku bagi kat atas tu ha... tinggalkan komen korang kat blog aku ni ha, nanti aku bagi no henpon tokey D'Cradle Ayrrah tu yeee... No worries harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan... 



Bunga Nan Setaman




Yihaaaaa... mari menghijaukan mood dengan pokok bunga aku yang sihat-sihat itu. Haaa baru pindah uma tetiba pokok bunga dah besar gajah. Pokok bunga besar yang belakang sekali tu adalah hasil usaha Mak aku kat kampung, dia dah malas nak bela yang besar-besar pasal kecewa bile tengok dedaun pokok bunganya koyak rabak. Sudahnya Mak aku suruh aku amik pokok-pokok bunga tu, pastu Mak aku kembali menanam yang kecik dengan syarat aku belikan pasu-pasu bunga plus dengan tanahnya sekali. Amboiiii.... dah macam sistem bater pulakkan. Heheheh tapi ape ade kesah, bukan besar sangat permintaan Mak aku tu kan. Jadi untuk pengganti pokok bunga yang dah aku rembat dari uma Mak aku, aku gantikan dengan pasu bunga yang sedang-sedang, baru 8 hengget. Nak tau besar mana?? Tu haaa silalah tengok pasu bunga yang tengah-tengah tu ha. Boleh tahan besarnyaaa.... pastu aku belikan Mak aku tanah, 3 paket berharga 5 hengget. 

Dah seronok-seronok aku dapat pokok bunga besar, En. Hubby pulak merundumkan mood aku... Ade dikatakan membazir je tanam pokok bunga, tau kerana apa??? 

"Bazir je tanam pokok bunga ni, bukan dapat hasil pun. Baiklah tanam cili ke serai ke, pokok pisang ke dalam pasu tu... lagi bagus hasil boleh buat makan"

Haaaa tu dia ayat En. Hubby aku. Amboi amboi amboiiiiii... sedap rasa jekannn cakap macam tu. Tau aku jawab apa???

"Oooo nak tanam pokok pisang dalam pasu!!! Bolehhhh nanti kite beli pasu sebesar gajah ehhh, pastu tepek kat depan tu ha.... Sedap rasa je kata membazir, ni kan utk cantekkan rumahhh sejukkan mata. Udah tu yang kite menanam kat belakang uma tu bukan cili, bukan pokok pisang?? Aaaa nanti lepas dah pasang owning tepi tu, kita tanam cili semua dalam pasu eh... jangan risau-risau. Cepat-cepatlah pasang owning, cepat pasang maka cepatlah cili berbuah dalam pasu"

Haaa tau pulak lepas tu gelak sakan bila aku cakap. Hehehe aku ni kalau ngan En. Hubby sepatah dia cakap 10 patah aku balas balik. Hahahah nasib la yangg dapat bini macam ni. Redhoo jela yeeee... Tapi nasib baiklahhh dapat suami yang rajin menolong. Dia lah yang menolong aku angkatkan pasu-pasu tu, aku tinggal tolak sikit-sikit je. Ape gila nak soh aku angkat sendiri, berat pasu-pasu tu semua. Tak larat aku nak mengangkatnye sensorang diri.

Wokeeyyyy next N3, aku akan tepek apa yang aku tanam kat belakang rumah yeeeee....

Aku di Johor Ikea di Damansara

Mabuk membeli barang-barang yang bercop mohor ikea. Hik hik hik... suke pulak aku menengok barang-barang dari ikea ni. Takdelah aku pegi ke KL nunnnn.. just pesan kat kengkawan yang nak berbelanja kat sana. Maka aku memmang tak melepaskan peluang, tumpang memesan sekali. Hehehee... So setakat ni adelah sikit barang kat uma aku tu bercop mohor ikea. Mau tau apa dia... jom kite tengokkk... zasssssssssssssssssss


Nie barang-barang yang 1st time aku kirim ngan budak opis aku, Pn.Ct Raudhah. Mekasih banyak-banyak eh Ti, len kali kalau pegi lain boleh kirim.. heeeee


Rationell Variera, Waste bin, RM9.90  
Ni sebenarnya tong sampah, tapi oleh kerana kawan aku si CT buat tempat letak plastik maka aku pun tiru jugak idea dia. So inilah tempat letak plastik terpakai selepas berbelanja.



Ordning Cutlery Stand Set, tinggi tu RM14.90 yang rendah RM9.90
Yang tinggi tu aku buat tempat letak sudip, yg rendahbuat tempat letak sudu. Xtually aku ada 2 yg rendah, dah beli dolu-dolu lagi kirim ngan budak opis aku jugak si Nana. So 1 lagi aku buat letak pisau, gunting, pengupas buah dan pembukak tin.


JÄLL laundry bag with stand, RM8.90
Ini pulak paham-paham sendirilah.. ape lagi kalau bukan untuk menumpul baju-baju kotor aku dengan En. Hubby.



PRUTA foodsaver, set of 17 berharga RM15
Ini pulak bekas letak makanan. Saja gedik-gedik beli pasal tengok mcm menarik je. Padahal dah cakap ngan En. Hubby nak beli brand tupperware punye. Ok untuk makluman semua aku adalah dealer tupperware. Ade yang berminatt nak beli barang-barang tupperware ngan aku tak? ehehehe.... 




Nak beli pruta foodsaver ni sampai kene perli ngan si CT, "E'ehhh tokey tupperware beli tipuware dari ikea??" Hahahah ade aku kesahhh... inikan sementara ajeee... nak menunggu En. Hubby bagi aku duit beli tupperware betul tu kan... maka gedik-gedikla beli pruta ni.




Ini pulak dish drainer ye... sebenarnya kat uma aku pun dah ade. Aku beli kat kedai 2 hengget tu ha... tapi tengok ikea punye cantek maka aku rembat gak 1. Murah je pun... tengok cantekkkk je kan kaler puteh... suciiiii gituu.. Opsss ape kene mengena suci ngan tempat keringkan pinggan ehhh!!!



Yeeeezzaaaa.. ini pulak kerusi cun melecun. Asalnye beli utk aku menyimpan barang kat almari aku yang tinggi tu ha. (Almari yang tinggi ke aku yang pendek ehh.. hik hik) senang kalau aku nak panjat simpan barang. Sekalinya En. Hubby dah pasang kat uma, uiyoooo canteknyeee kaler dia. So nice ok!!! En. Hubby siap cakap ngapa tak beli 4 or 2 sekali. Nanti tinggal beli meja. Haiskkkk cam tu pulakkk!!!




Burken Jar with Lid, RM7.90Ini pun saje gedik-gedik beli tanpa motip. Sampai En. Hubby aku cakap,"Kalau membazirkan duit akulah orangnya". Haaaaa... sape kata membazir, aku beli lepas basuh terus pakai ok!!! Aku letak teh ok dalam bekas ni. Teh dah bersampul dan berperisa gitu. So bolehlah nampak teh perisa apa dari luar. Hahahaha... (Motip!!! padahal boleh je biarkan teh tu dalam kotak dia, wakakaka... memang membazirlah ehhh!!!)


.... dah tu je barang yang aku borong setakat ni. Borong melalui kawan-kawan ye. TU JEEEE???? Hahaha jangan harrappp, sape-sape yang ade hati nak ke ikea kompom aku akan kirim. Kekekeke...

Nampak-nampak!!! Ini borongan kali ke-2. Tak menang tangan member aku yee... ehehehe TQ Jay pasal belikan barang-barang yang dipesan. Len kali K.Lia pesan lagi k....










Macam-macam adooo

Aku.. Sudah semakin MALAS nak menghapdet blog. Giler pemalassss woooo... Bile dah MALAS maka ginilah jadinya, blog tak berhapdet seb baik masak tak MALAS kalau idak kompom kebulurlah perot aku laki bini. Heeeeeeee......... Akibat kerajinan aku memasak maka badan aku dan En. Hubby sama2 membesar dengan sehat, dan hasilnyaaaaa... "Liaaaaa... dah nampak GEMOK sekarang ni." Adehhhhh.... takleh nak handle ayat ituu.. takpeeee yang penting hati manyakkk sinang bersama En. Hubby.. Hahahahaaa..... tapi aku kesah dan En. Hubby juga kesah bila badan aku semakin sehak.


Dah jom lah kite layan gambar pulak...




Nak jugak tepek usaha En. Hubby masa proses memasang lampu... En. Hubby pasang sendiri hokeyyy... aku tolong hulur je...






Dah petang hari sikittt, barulah abg long aku sama 2 org pakcik aku datang membantu. Mekasih Pak Acip pasal bawakkan makanan... meknonel mariii...






Hari berikutnya.... makanan disponsor dari uma Mamujiro... dan tukang masaknye Maknani.. rezeku rezekiii...






Opsss kite minummm dulu, homemade strawberi milk share , strawberi segar dari ladang Cameron Highland disponsor oleh Pn. Nananurgaye






Sambutan hari ibu... sesi ibu-ibu memotong kek...seronotttnyeee mekasih  Pn. Ajula sponsor KFC and cake from MakJaiha








Selamat hari ibu omak... lap u mak... muah muah muahhhh








Dah sambut mother day belah aku, belah mentua pun kenelah sambut jugak... TQ En. Hubby  sponsor makan2 itu hari... lap u dear...






Muke Mamy amik sikit je yeee... biar muke Aman yg lebey.. hik hik 







Selamat bertunang, adik ipar aku bersama tunangannye... Semoga tabah, sabar dan  kuatkan iman kerana di alam pertunangan macam-macam dogaan yang akan ditempuhi....
Last but not leasttt... gambar budak bokdong berposing di taman mainan giant  Bukit Indah.









Nikmat & Rezeki Allah Bagi

Alhamdulillahhh.. syukur ke hadrat ilahi kerana masih memanjangkan umurku untuk menikmati kehidupan di dunia ini. 30 April yang lepas adalah tarikh penting dalam hidup aku, ianya tarikh aku dilahirkan ke dunia ini dan merupakan tarikh aku disatukan dengan En. Hubby. Syukurrr alhamdulillah... pada 30 April 2012 genap umurku 32 tahun opssssss jangan pandang pada umur haaa, ahahahaaa dan genaplah setahun aku mendirikan rumah tangga bersama suami terchenta. Oooo yeahhhhh setahun ka!!! sekejap je masa berlalukan!!! suke suke sukeeee.... 

Alhamdulillahh... kini aku sudah berpindah ke rumah baru, rumah kami sendiri. Setelah berminggu-minggu berhempas pulas menyiapkan apa yang patut.... syukur Ya Allah atas nikmat dan rezeki yang kau curahkan kepada kami. 

Terima kasih kepada seluruh ahli keluargaku yang datang membantu, tak dapat kami balas jasa kalian semua. Terima kasih juga kepada En. Hubby kerana sanggup bersengkang mata menunggu kontraktor menyiapkan kerjanya, berkerja keras selama ini untuk kehidupan kita yang lebih sempurna dan terima kasih kerana mengambil tanggungjawab abah untuk menjaga isterimu ini.

07 May 2012 secara rasminya kami telah berpindah ke rumah baru... alhamdulillahhh

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.