Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul...
Lihat betapa hebatnya peribadi Rasulullah yang tidak ada pada aku. Ya Allahhh, aku memohon kepada MU agar kau memberikan aku secebis sifat-sifat terpuji Rasulullah. Tingkatkan kesabaran aku dan tabahkan hati aku untuk menghadapi manusia yang tidak pernah mengaku kesilapannya sendiri dan yang hanya pandai mereka cerita untuk mendapat belas ihsan dari insan lain.
Aku ampunkan dosa mereka Ya Allah dan kau bukakan pintu hatinya supaya menginsafi dan menyedari setiap perilakunya dan aku ampunkan orang-orang yang seangkatan dengannya yang menyokongnya kerana aku tau mereka tidak tahu ujung pangkalnya dan di mana kebenarannya hanya kerana mata dan halwa telinga mereka telah ditutupi dengan hasutan.
Ingatlah wahai manusia bahawasanya, KEHIDUPAN KITA INI ADALAH LAKONAN MATI KITA DI ALAM YANG KEKAL ABADI.
3 Ng0mel-ng0mel:
setuju! bila2 masa je mati akan menjemput kite..
bnyk2 sabar ya lia.. mn ada manusia yg sempurna kan.. Biarkan pd org yg rs dia merasa bagus sgt2 tu.. Allah Maha Mengetahui & Insya Allah mereka akn mndapat balasan.. X dpt kat dunia, akhirat ttp juga dpt.. So, jgn kita bangga sgt hidup kat dunia ni! Klau kita kejar dunia, dunia akn hancur.. Tp klau akhirat yg kita kejar, insya Allah kita akn selamat dunia akhirat..
Sabar... sebab bersabar dan tiada tindakan diambiklah orang itu semakin memijak-mijak kepala dan semakin menjadi-jadi perangainya. Tapi mengapa... Semoga Allah meningkatkan lagi tahap kesabaranku, dan semoga Allah membuka pintu hatinya kejalan yang benar.
Post a Comment