Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~
They aRe s0 Gorge0us
Happy Birthday MAK...
Hari ini....
@>---01 DECEMBER 2011---<@
adalah tarikh MAK aku dilahirkan
dan hari ini juga
MAK aku berusia....
Pepagi call MAK, tanya itu ini thennnnn....
SELAMAT HARI JADI MAKKKKK...
baru ucap "selamat hari jadi mak!!!" airmata aku laju je turun
Haiskkkkk.... aku ucap birthday kat MAK airmata aku turun,
MAK ucap birthday kat aku punnnnn airmata turun gak...
Maka ucapan pun tersekat-sekat...
MAK.... hati anak MAK ni semakin mudah tersentuh walaupun muke nampak kental (dah bocor rahsia aku)
Skang menulis pun, airmata nak menitik bila mengenangkan MAK jauh kat kampung...
Iskkk macamlah jauh sangatkan kampung aku...(padahal 1jam perjalanan je pun) hua hua huaaaaaa
Takpe.... this weekend anak MAK ni balik...
Anak MAK ni berangan nak buat birthday cake sendiri....
khas untuk MAK dan ABAH...
Tahun ni celebrate sekali yeeee.... pasal time ABAH tuh hari tak dapat nak buatkan birthday cake special dari anak kesayangan ni ha...
Aku panjatkan doa ke hadrat MU YA ALLAH untuk kedua MAK dan ABAH ku,
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
...Amin Ya Rabbal Alamin...
SELAMAT HARI JADI MAK...
Peta ke Semua House
| Tu dia SEMUA HOUSE yang dicari-cari.... |
| Map from Street Directory Semua House. No. 3 Lorong Bunus 6 50100, Kuala Lumpur
Moga peta dan direction yang ringkas ini dapat membantu.... Good Luck!!! |
Tragedi November bukan Tragedi Oktober
(",)
Lieya
Labels:
Breakfast,
cuTi2 Malaysia,
Event,
Makan-makan
/
Comments: (2)
Puggahhhhhh.... punye pemalas nak update blog, nahh hamek aku update utk 1 bulan punye sekaligus. Resepi baru from my kitchen??? Ohhh opkos ado, tp kenelah sabar menunggu kerajinan puan empunya blog. Hehehehehee...
![]() |
| Disuatu hari bile En. Hubby dikerahkan membuat sarapan pagi.. rajinlah pulak mendeco... |
![]() |
| Mau juge berposing dengan Kak Diba walaupun Kak Diba pandang ke lain. Kak Diba memang yang terbaek....UEM Group Southern Region Dinner @ The Zon Regency Hotel, JB. |
![]() |
| Jom main golf ngan pro golfers Tongchai Jaidee (Thailand) and Henrik Stenson (Sweden) for the Iskandar Open 2011 @ Horizon Hills golf & Country Club. |
![]() |
| Budak Gumbira & Budak Kecut Khatam Al-Quran @ Nenek Jijah House. |
| Ismail & Norafiza wedding, semoga kehidupan mereka berdua ini diberkati hingga ke akhir hayat. |
![]() |
| Family picture with the pengantin, penning kepala mak aku menengokkan posing maut dr anak sedaranya yang sorang itu. |
![]() |
| Suprise tak suprise!!!! Birthday gal pegi beli kek utk diri sendiri ... heeeeeee |
![]() |
| Sharing is caring, birthday cake dikongsi bersama dengan pak mentua dan adik ipar. Bagusss ini namanya family ecoooonomy... kekekekee |
![]() |
| Adegan manja suami isteri di depan anak menantu. Ewwahhhh ewwahhhhh.......... |
![]() |
| Selalu lalang kat depan Kemangi Cafe, Pontian. 25112011 masuk ini kafe kasi try 1 kali. Makanan super power... |
| Pekene Tutti Frutti yogurt dengan En, Hubby on 28112011. Dating-dating cari hal... |
...THE END....
Memmang Terbaek...
Semalam balik keje bergegas balik ke rumah pasal nak memasak.
Biasalah nak menjadi isteri solehah la katakan.... Sampaikan niat nak
menyinggah kedai pun aku batalkan pasal takut En. Hubby tak kuarkan
daging or ikan dari si peti sejuk. Kalau tak kuarkan, akulah yg masak pasal bahan semua keras kejung.
Pastu sampai-sampai uma, tengok En. Hubby dah bangun tengah layan badminton. Letak bag and aku terus ke dapur... Masuk dapurrr... uwaaaaaaaaaa.. what a supriseeeeeee!!!!!!! En. Hubby dah masak hokey.... Ooooooo terus dapatkan En. Hubby and polok ketat2 same dia. Heheheheeeeeee... wooo best killer....
Daging goreng kunyit ul la laaa...
Kangkong goreng belacan... ui ya yaaaa
Sambal ayam penyek special... uw wa waaaaa
Keseluruhan masakan En. Hubby, ADA UMMMPPPP.... yummylicoussss sehingga menjilat jari terutamanya sambal ayam penyek tu ha. Serius sodappp... original resepi dari Kg Jawa Shah Alam ye kawan-kawan. En. Hubby dapat masa dia keje part time kat Shah Alam zaman dolu kala.
SAMBAL AYAM PENYEK
Bahan-bahannya :-D
Ikan Bilis
Belacan
Cili Padi
Lada Merah
Lada Hijau
Tomato
Jus Limau Nipis
Garam, Gula dan Ajinomoto.
Cara-caranya ;-D
Goreng semua bahan (ikan bilis,belacan, cili padi, lada merah, lada hijau, tomato). Kemudian lenyekkan dengan lesung kayu (pakai lesung batu pun boley jugee). Pastu perah limau, masukkan garam, gula dan ajinomoto. Rasa dah ok boleh dihidang bersama ayam penyek, takde ayam makan ngan nasi saje pun sodap.
Komen dari juri tetap,
Kita Manusia Biasa
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul...
Lihat betapa hebatnya peribadi Rasulullah yang tidak ada pada aku. Ya Allahhh, aku memohon kepada MU agar kau memberikan aku secebis sifat-sifat terpuji Rasulullah. Tingkatkan kesabaran aku dan tabahkan hati aku untuk menghadapi manusia yang tidak pernah mengaku kesilapannya sendiri dan yang hanya pandai mereka cerita untuk mendapat belas ihsan dari insan lain.
Aku ampunkan dosa mereka Ya Allah dan kau bukakan pintu hatinya supaya menginsafi dan menyedari setiap perilakunya dan aku ampunkan orang-orang yang seangkatan dengannya yang menyokongnya kerana aku tau mereka tidak tahu ujung pangkalnya dan di mana kebenarannya hanya kerana mata dan halwa telinga mereka telah ditutupi dengan hasutan.
Ingatlah wahai manusia bahawasanya, KEHIDUPAN KITA INI ADALAH LAKONAN MATI KITA DI ALAM YANG KEKAL ABADI.
Klentang Klentung di Pagi Hari
Salam AIDIL ADHA untuk semua blogger juga kepada silent reader di luar sane... cehhhh dah lepas beberapa hari baru nak ucap ek, ape ke teruk bebenor aku ni!!! Aiskkkk xpelah dah jadi dah pun, takleh nak undur balik.Hari nie aku mau berkongsi resepi ayam masak lemak cili padi style mak mentua aku. Amat berbeza dengan cara masak-masak lemak yang ado... KESEDAPANNYA??? Kasi cube dululah baru tau... bagi surprise rasa la kat korang....
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI SPECIAL
Tu dia gambarnya, gambar dr bekal aku je. Pepagi buta takdan aku nak deco2 bagai. Ni pun time nak makan pastu tetiba teringat picca belum amik lg.
- 600gram Ayam
- 1 inchi Lengkuas (dititik)
- 1 btg Serai (dititik)
- 1 helai Daun Kunyit (koyak-koyakkan)
- 1 helai Daun Limau Purut (buang tulang tengah)
- 1/2 biji Jus Limau Nipis
- Air secukupnya
- 150ml Santan Kelapa (aku pakai santan kotak je, kalau santan fresh lagi sedap)
- Minyak utk menumis
- Garam
- Gula
- Ajinomoto
Bahan Blender :-D
- 15 biji Cili Padi (ikut kepedasan sendiri)
- 2 biji Lada Hidup Merah
- 1 Bawang Besar
- 2 biji Bawang Putih
- 1 inchi Halia
- 1/2 inchi Kunyit Hidup (kunyit serbuk pun boleh)
Cara-caranya ;-D
- Tumis bahan blender hingga naik bau.
- Masukkan lengkuas dan serai kemudian tumis hingga bahan yang diblender garing.
- Masukkan air dan santan kemudian kacau selalu supaya santan tidak pecah.
- Bila kuah mendidih masukkan ayam dan kacau lagi.
- Masukkan daun kunyit, daun limau purut, jus limau nipis, garam, gula, ajinomoto dan kacau hingga mendidih.
- Bila rasa dah ok, tutup api dan sedia untuk dihidang.
2011 Dinner ☺ "Culture of the World"
Perghhh memang world bebudak opis aku... Kenapa ye??? Semalamkan aku cakap, weols ada dinner malam tadi dan temanya pulak haa tetabooo punyeee "Culture of the World". Memasing pun melaram dengan pelbagai jenis pakaian. Ada yang siap menyewa kat butik-butik pengantin. Masuk-masuk dewan semalam dah macam berada di dalam perjumpaan sedunia, ada yang pakai baju India, China, Indonesia, Jepun dan macam-macam lagilah.... kalau pakaian kebangsaan kite jangan cakaplah ramai yang pakai.
Aku pulak??? Aku pakai baju Bugis Sulawesi, aku pinjam dari sedara aku kat kampung, FOC je pun. Senin malam tuh hari baru pegi amik. Pinjam sekali dengan segala aksesori, dah alang-alang meminjamkan haaaaa rembatlah segala yang ada. Lagi plak Mak Aji sendiri yang offer suruh pakai aksesorinya sekali. Orang dah pelawakan, aku ape lagi bak kata orang, musuh jangan dicari. Hehehehe
Dah jom layan gambo jerk. Penat mendinnerkan diri semalam tak hilang lagi ni. Bukan penat ape pun, ngantokkkkk sebenarnya. Hahahah so hari ni kat opis aku adalah hari ngantuk sedunia... Hehehehhe
Tu dia menunya.... ditekak aku tak bapa nak sedap. Di tekak orang lain aku tak tau lah... tapi tak sedap tak sedap pun banyak gak aku bedal pasal dah kebulur.
Haaa nampak??? Makanan sedunia ok...
Yeahhh... seb baik En. Hubby sporting jugak, merelakan badannya memakai baju Bugis. Tapi sebenarnya kene paksa ngan Cik Puan... hahahahaaaa
Geng semeja, weols terduduk kat penghujung benua jadi tak dapat nak berposing ngan kengkawan yg lain. Sedeyyyyy tauuu!!!













