~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

miNyak nAikkkkk, berAs nAiK seMua baraNg nAik!!! 0hhHhhh tiDak...

Bermulalah kenaikan harga minyak yang melambung tinggi dr RM1.92 ke RM2.78 seliter, iaitu dengan kenaikan 78sen seliter... impaknya telah menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mengisi tank kereta masing2 tak terkecuali aku yang terpaksa menunggu sehingga 2 jam lamanya pada hari terakhir sebelum kenaikan harga minyak. Pada hari pertama kenaikan minyak nie, semua berita, radio juga rancangan mencuit hal harga minyak naik, dan sehingga lah ke hari ini semua cerita, berita, email dan ape jua corak perbualan juga bangsa membuka topik mengenai kenaikan harga minyak yg mendadak sepertinya menzalimi rakyat sendiri... Aku tak pasti sama ada percakapan aku ni betul ke tidak sebab segala apa yg aku cakap adalah melalui hati dan pemikiran pendek aku sendiri yg mungkin juga singkat pada pandangan orang lain. Secara jujur lagi kasarnya aku memang tak bersetuju dengan kenaikan harga minyak yg mendadak seperti ini, tp biasalah siapa aku untuk memberi komen ape tah lagi pandangan kepada PM kite yg dikagumi juga dibangga ramai.
Mmmm sekarang nie orang ramai berpusu-pusu ke pejabat pos untuk menuntut subsidi yg diberikan bermula pada hari sabtu yg lepas... semalam aku tengok gambar kat paper, perghhh tahap gaban punye sesak dan berjuta jugak duit yg telah dibayar kepada seciput rakyat Malaysia. Tu baru seciput utk claim bulan April ngan May, belum lagi bulan2 yg berikutnye. Tapi apelah sangat subsidi setahun tu kalau nak dibandingkan dengan keuntungan yg diperoleh oleh negara kite... Tapi betul ke negara kite yg mendapat keuntungan hasil daripada jualan minyak yg keluarkan oleh negara kite sendiri??? Hasil minyak kita gred A tuuu, tp minyak yg dijual kepada rakyat, gred ape??? tak perlulah aku terangkan sebab ramai yg tau kannnn... So kalau harga minyak dunia melambung tinggi, ini bermakna melambung tinggi jugaklah keuntungan yg diperolehi... sape lah nak jawab???
Kesian kepada rakyat yg tidak berkemampuan... semakin hari harga barang naik menjulang tinggi... tapi gaji??? Lepas nie orang pergi keje naik basikal or tidak pun jalan kaki sebab minyak dah naikkan, lepas tu orang2 Malaysia nie slim2 belaka sebab harga beras pun dah naik, makanan lain pun naik... huhuuuu tak tauu laaa akuuu... apo nak dikatoooo....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.