~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

No Paraben, No Sulphates Toiletries Set the series - PIGEON ka???

Hamekkk ko.. sikit punya panjang tajuk N3 kali ni. Hihihi takpe sesekali nak jugak tajuk panjang berjela. Mmmm so mummy to be... lagi-lagi yang nak dapat 1st baby macam aku ni ha. Apakah produk mandian yang akan korang gunakan untuk si baby korang???

Untuk aku.. memang memeningkan kepalalah nak mencari produk yang takde paraben takde sulphates bagai. Setiap kali pergi shopping complex habis aku belek satu-satu produk mandian baby yang ada kat situ. Fiffy, Carry Junior, Pureen, Baby Kiko, Johnson & Johnson, Tenderly, Tollyjoy pendek kata semua brand aku belek. Ada yang part syampoo takde paraben ok setuju untuk amik produk tu tapi bile belek kat losyen or mandian ada pulak parabennya. Kansel la pulak and cari lagi. Korang bayangkanlah berapa lama aku amik masa untuk decide part toiletries si baby ni. 

Sampai En. Hubby cakap... "Alaaa semua sama jeee... mana ada yang takde paraben and sulphates tu, mesti ada je". Ehhhh aku yang tak nak mengalah ni pun cakap, "Takpe kita cari pelan-pelan". Satu hari mesti jumpa punya, kalau nak ikutkan ada je produk yang takde tu semua. Cari yang organik kompom semua benda-benda macam tu takde. Tapi organik ni mahal sikitlah, nama pun organik. So Misi mencari diteruskan sampailah aku jumpa Set Pigeon Sakura Toiletries kat UO Angsana, dari yang aku tengok memang no paraben and no sulphates. Tapi masih ada masalah lagi, masalah apa??? Masalahnya dikalangan family aku memang takde sorang pun yang pernah gunakan produk Pigeon ni. So aku tak tahu tahap kebagusan produk ni. Harga?? Memang mahal sikitlah dari brand yang lain, tapi dah kata nak anak bebas dari segala bahan tu kan, so apa salahnya. Lagi pun bukannya setiap minggu ko kene beli set tu pun. Paling-paling mesti sebulan sekali.

Bila ada kelapangan kat opis, aku try search kat internet. Kalau ikut dari blogger-blogger memang kata set ni bagus, belum ada lagilah yang aku jumpa kata set ni tak bagus. Apa pun kite tengok dulu yeeee....

Pastu selain set mandian ni, Pigeon baru-baru ni aku tengok ada pulak buat promo, promo boleh trade-in botol lama. Wahhhhh lagi lagiii la macam best je kan. Ini macam kalau selalu Pigeon buat promo macam ni, memang aku guna botol brand Pigeon je la lepas ni. Kannnn... memang pandai Pigeon tarik pelanggan.


Benefits yang ada dalam PIGEON Sakura Baby Toiletries sets ni:-

  • Enriched with natural SAKURA extract to nourish and soothe sensitive skin
  • Proven safe for baby's sensitive skin
  • Hypoallergenic
  • Paraben-free
  • Sulphates-free
  • Free from colouring agents
  • Tear-free
  • pH balanced
  • Mild & Gentle
dan mengikut pembacaan aku dari blogger-blogger yang dah pakai set Pigeon ni, set ni memang bagus untuk si baby yang berkulit sensetif. So misal kata kulit anak aku nanti jenis sensitif memang takde masalahlah kalau pakai set ni. Maka dengan itu takdelah datangnya perkataan membazir... Bukan apa.. kita ni tak tahu jenis kulit si baby macam mana kan. Kang main belasah beli set mandian yang sebarang sekali dibuatnya alergik pulak tak ke dah membazir namanya. So untuk mengelakkan pembaziran berlaku adalah lebih baik beli yang betul-betul bagus punya. Bukanlah aku nak kondem brand lain, tidakkk.. tapi mencari yang bagus untuk si baby itu kan lebih baik sebelum terjadinya apa-apa.

So if korang rasa nak membelek dan membaca lagi pasal Pigeon ni bolehlah layari laman web rasminya kat sini... PIGEON

It's 32 Week

Okeyyy sudah 32 minggu 4 hari ni, so ada lagi 54 hari saja lagi nak jumpa ngan Cek Baby. Yihuuuu.. harap-harap segalanya dipermudahkan nanti dan semoga kami sentiasa dilindungi oleh yang Maha Esa. Alhamdulillahhh selama preggy ni aku berjaya untuk mengharungi dugaan yang diberikan oleh Allah, terima kasih En. Hubby yang sentiasa rajin melayan kerenah si isterinya ni. Hihiii.... and hopes it will continued until the day. InsyaAllahh...

Rakan seperjuangan dan yang seopis pun dah selamat melahirkan, seawal 2 minggu. Aku masih menghitung hari dan waktu itu. InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

Perihal barang kelengkapan Cek Baby, alhamdulillah hampir sempurna semuanya. Cuma masih adalah 2 3 barang yang belum disediakan. Beg untuk ke hospital pun dah dipack. Tinggal masuk barang-barang yang belum ada je. InsyaAllah akan cuba sedaya upaya lengkapkan secepat yang mungkin. Tadi pegi check-up pun misi cakap dah boleh masuk beg dalam bonet dah, standby jee kot apa-apa kan. Timbang berat badan... jeng jeng jenggggg... berat aku kini 57.5kg yehhhh... Hamekkk kau penangan kuat makan, kejap-kejap lapar kejap-kejap makan. Dalam masa 2 minggu berat badan aku naik 2.5kg. Ok misi tulis dengan pen kaler MERAH. Hahahahaaa... takpe baru 2.5kg kan.... So total berat badan naik before aku preggy ialah lebih kurang 10kg.

Kite tunggu pulak berat badan lagi 2 minggu, 11/11/2013 kene pegi check-up lagi. Yelahhh dah masuk 8 bulan ni check-up kene 2 minggu sekali. Nanti dah 9 bulan seminggu sekali pulak. Will see... Jangan misi nak suruh aku minum air gula lagi hudah... tobat nasuha aku kene minum air gula sebanyak 3 kali. 1st time minum masa preggy 3 bulan, time tu tengah mabuk-mabuk. Aku ni dah le tak berapa nak minum air manis-manis ni, sekali kene minum  air gula plus dengan pening-pening plus dengan gastrik... belum sampai time amik darah ke-2 habis semua air gula aku muntahkan. Bukan segaja aku muntahkan tapi memang takleh handle dek tekak aku dah. Selang 2 minggu misi call soh datang minum balik, tak ke haru namanya tu. 

Tapi alhamdulillah... masa minum kali ke-2 tu, aku boleh tahan sikit. Cara aku minum air gula tu???? haaaa ko minumlah air gula tu sekali lalu, jangan minum sikit-sikit. Buat naya tekak je kalau nak minum sikit-sikit, ramai yang aku tengok ibu-ibu yang saing aku minum tu. Dia orang dok minum sikit-sikit air gula tu, memanglah korang cari nahaskan. Aku memang taklah nak minum sikit-sikit aku tarik nafas panjang pastu aku bedal minum sekali lalu pastu ada belen lagi sikit lagi dalam 1 inchi dr dasar gelas aku terus aku buang kat singgi dan cuci gelas terus bagi misi. Gila ko dah lah bagi aku gelas besar gabakkkk... Ada akak yg aku jumpa masa sama-sama minum tu, dia kata kat klinik lain yang penah dia pegi misi bagi gelas kecik je. Ini kat klinik aku pegi ni, memang bapak besar punya gelas. Memang takdelah aku nak habiskan semuanya. Otak kene pandai sikit, camne caranya??? Sebelum minum tu ko hameklah tisu yang ada dekat singgi yang disediakan tu, pastu ko balut gelas besar tu konon-konon tak nak air gula tu tumpah. Lepas tu terus jalankan operasi minum sampai licin. Hahahahhaa...

Lepas minum aku tak duduk dalam klinik tu, aku p duduk kat luar amik udara segar lepas 2 jam baru aku masuk balik ke klinik tu. Itu pun lepas kuar dari klinik, habis keluar semua air gula tu. Tu takpelah pasal dah selamat darah aku diamik. Bacaan before minum 3.9 selepas minum 7.3.

Kemudian minum lagi masa kandungan cecah 28 minggu bacaan sebelum minum 3.5, lepas minum air gula 5.3. Yang ni pun alhamdulillah dipermudahkan... pun aku buat style macam minuman ke-2. Lepas  minum kepala pening.. aahahaha alasan??? Tak biasa minum manis-manis. Hihihi... ok sambung lagi nanti.








Operation Berjaya

Alhamdulillah... mak mentua aku dah selamat buat pembedahan pada 21 Oktober 2013 yang lepas, seminggu duduk di wad dan sabtu baru ni doc dah benarkan balik. Khamis ni pegi follow up lagi untuk bukak beg air kencing. Dan rahimnya pun telah dibuang semua... Sekarang tengah menanggung sakit untuk kulit perut bercantum balik. Alahaiii kesian tengok mentua aku, tengok pulak bekas jahitannya dah tak rupe macam jahit kantung guni je gamaknya. 

Nak duduk sikit punya seksa. Ada masa mentua aku mengaku bisa dan perit-perit kat tempat bekas dibelah tu. Yelaaa.. kulit dah dihiris2 pastu nak mengering dan bercantum balik gitulah rasanya. Tu belum masuk kes gatal-gatal lagi tu. Kene pulak doc belah perut mentua aku tu menegak bukannya melintang macam orang operate bersalin tu ha. Lagilah seksaa kesiannn...

So untuk dalam masa sebulan lebih ni doc bagi ubat je dulu, nanti bulan 12 akan disambung pulak dengan kemoterapi. Ramai orang cakap kemoterapi tu sakit, tapi nak buat macam mana ye. Kalau dah itu jalannya maka kenelah teruskan jugak. Kalau tak lagilah sel kanser tu merebak nanti. Pasal sel kanser mentua aku ni dah merebak ke leher, dan yang kat leher tu doc tak buang pasal mengikut kata doc kalau buang takut akan membahayakan mentua aku. Tak tahulah mana betulnya, apa pun berusahalah dulu selagi yang mampu.

Sakit Itu Ujian dari Allah

Beberapa bulan kebelakangan ini.. hati selalu risau. Bukan risau kerana aku nak bersalin, tetapi risaukan keadaan mak mentua yang sekarang ni tengah sakit. Sakit yang ditanggung dari tahun lepas hingga ke hari  ini. 

Ingatkan sakit biasa-biasa aje atau pun sakit nak monopos, rupa-rupanya tidak.....

Sakit yang tak pernah disangka-sangka dan tak pernah terpikir. Pembunuh wanita nombor 2 didunia... Yeee itulah yang sedang menyerang mak mentua aku. Dari tahun lepas ke hospital tp doc kata takda apa-apa. Sehinggalah 6 bulan lepas mak mentua aku diserang sakit perut yang amat sangat dan darah keluar dengan banyaknya. Pada permulaannya bawak ke HSA, tp selepas buat rawatan dan x-ray doc hanya kata kencing kotor. Ok.. percayalah kami anak beranak... kemudian selang beberapa minggu mak mentua aku diserang sakit perot yang melampau lagi. Kami bawa pulak ke HSI... 

Pada permulaannya jawapan dari mulut doc memang menghampakan... Jawapannya mak mentua aku takde sakit apa-apa. Tapi Allah memberi jalan kepada kami, kebetulan aku yang mengiringi mak mentua aku masuk berjumpa doc. Lalu aku terangkan kat doc muda tu bahawasanya yang mentua aku ni dah menanggung sakit dari tahun lepas lagi. Hasil x-ray dari HSA juga aku tunjuk dan aku mintak doc tu buat pemeriksaan lebih terperinci. Mintak buat ultrasound segala bagai. Maka dari situ, baru doc nampak ada kepelikan sikit pada perot mentua aku. 3 orang doc mengerumuni mentua aku, dan mereka katakan yang rahim mentua aku MACAM bengkak. 

Namun selepas 3 orang doc tu berbincang, mereka buat keputusan just nak bagi mentua aku makan ubat tahan sakit aje, then kalau sakit lagi mereka mintak mentua aku datang balik ke hospital. Aku yang mendengar ni pun membangkang la... Yelaaa dah orang tua tu sakit, ko just nak bagi ubat tahan sakit jeeee. Walhal aku dah cite kat doc tu semua yang mentua aku ni menanggung sakit start dari tahun lepas lagi memang bergantung dengan ubat tahan sakit jee. Dengan muka mentua aku yang pucat tu doc2 tu soh balik. Ok mereka setuju untuk test darah mentua aku. 

Hasil ujian, darah mentua aku kurang, ko tengok muka pun tau kotttt... orang tua tu kurang darah dalam badan. Dah darah kurang barulah doc tu kata mentua aku kene tahan kat wad, dan bila je kata kene tahan wad aku terus cakap kat doc mintak rujuk ke pakar sakit puan. Maka dari situlah baru kami tahu yang mentua aku ni kene KANSER RAHIM. Itu pun puas kuar masuk hospital... berbulan-bulan juga orang tua tu menahan sakit setiap hari dekat rumah, dan berbulan-bulan juga orang tua tu makan postan. Sungguh aku tak paham permainan doc ni, sekejap cakap macam ni sekejap cakap macam tu. 

2 minggu lepas aku jumpa doc pakar, doc Badrul namanya.. katanya pakar O&G di HSI... mengikut penerangan dia mentua aku ni maybe dah berada di tahap yang ke-4. So tak boleh di bedah, kene buat radioterapi selama 5 minggu bersamaan dengan 25 kali kemudian disambung pulak dengan kemoterapi kemudia baru boleh bedah... tapi tup-tup sekarang ni lain pulak ceritanya. Sabtu lepas mentua aku sakit lagi, keluar darah beku sebesar tapak tangan kemudian diikuti darah beku yang panjangnya hampir 10 inchi kemudian dengan darah yang keluar mencurah-curah tak guna air paip, doc kata nak bedah hari isnin ni pulak. Lepas bedah baru buat radioterapi, kannnn dah terbalik pulak apa yang dicakapnya masa 2 minggu lepas aku jumpa dia. Sungguh aku memang tak paham dengan doc ni. Macam bedah ni 1 permainan pulak dibuatnya... dan sekarang mentua aku masih di hospital, aku doakan segalanya berjalan lancar.. semoga Allah memberi kekuatan dan semangat kepada kami sekeluarga untuk mengharungi dugaan ini, terutama sekali mak mentua aku, semoga kesihatan miliknya nanti. 


Alahan pada 1st Trimester

Untuk bulan pertama preggy Alhamdulillah aku tak mabuk teruk, cuma kekadang ada laa pening-pening dan mamai-mamai sikit. Tapi bila masuk aje pertengahan bulan ke-2 aku diserang gastrik yang teruk ditambah dengan hilang selera makan, sampai nak makan apa pun tak tahu.

1st klinik yang aku pergi masa gastrik teruk tu ialah Poliklinik Qualitas Taman Nusa Perintis Gelang Patah. Masa tu hari ahad, dan doktor yang merawat aku tu doktor ganti. Doktor India muda belia lagi, mesti fresh graduate... Kenapa aku cakap macam tu.. pasal doktor tu macam tak tau apa-apa. Bolehhh??? Aku cakap aku gastrik, ok konon bagilah nasihat semua aku takleh makan pedas2 bagai semua. Ok itu semua orang tau kot... Tapi  bukan itu yang aku nak, aku nak ubat untuk hilangkan gastrik masa preggy ni ha. Kalau time tak preggy aku tahulah nak makan ubat apa pasal before ni memang aku ada gastrik pun. Lepas doktor tu membebel, aku cakap aku nak ubat. Korang tau doktor tu jawab apa??

Haaa.. dia jawab macam ni, 'I tak boleh bagi U ubat gastrik, biasa kalau orang kene gastrik bolehlah makan antacid tapi ni U mengandung, bahaya untuk baby U. I cuma boleh bagi ponstan'.

Aku yang dengar ni tercengang, En. Hubby yang tak tahu apa-apa diam saja. Oleh kerana aku dah malas nak melayan doktor tu, so aku iyekan sajalah apa yang dicakapnya. Bila tiba dapat ubat, memang betul sangkaan aku, doktor tu pegi bagi aku PONSTAN 500mg hokeyyy... Setahu aku lah panadol pun doktor tak galakkan wanita preggy makan inikan lagi ponstan 500mg, aku ni gastrik bukan sakit kepala or sakit-sakit badan.

Sakit hati punya pasal aku terus balik. Buat buang habis duit aku jeee pegi klinik macam ni. Sudahnya keesokkan harinya waktu bekerja oleh kerana tak tertanggung menahan sakit aku pegi pulak klinik lain, Klinik Biosucinas di BBU. Haa kat klinik ni barulah aku dapat ubat yang betul, ubat antacid jugak tapi untuk preggy mummy dan aku diberi MC selama 2 hari. Jangan korang tak tau time ni kawan-kawan aku tak tau lagi aku preggy ok, yang dia orang tau aku cuma diserang gastrik yang teruk.

Oleh kerana aku kene gastrik yang teruk, walaupun makan ubat tapi saki baki gastrik tu ditambah pulak aku tak boleh makan sebarangan membuatkan aku lembik dan longlai tak bermaya muka pucat macam mayat bernyawa. Tapi aku kuatkan semangat dan cekalkan hati, dan ingat bahawa ada lagi orang yang teruk daripada aku.

Haaaa... selain aku diserang gastrik, aku tak boleh cium bau-bau yang busuk. Kalau bau wangi takpe aku suka.. tapi bile part bau busuk tu, kompom akan membuatkan aku mengeluarkan semua isi perut aku. Kalau makanan tu, aku tak boleh sangat makan makanan yang dalam polisterin, bau dia memang memeningkan kepala, tapi oleh kerana aku juga tak boleh masuk ke dapur.. mabuk dapur ok.. hahaa.. nak tak nak aku kene jugak tapau makanan dari kedai. Maka aku makan secara paksa rela, telan saja apa yang ada depan mata walau hati rasa nak nangis mengenangkan nasib badan. Dan kerana hilang selera makan aku ni lah.. aku kantoi ngan rakan-rakan sepejabat yang aku preggy pada usia kandungan aku 8 minggu. Haaa dah 8 minggu ok baru kawan2 tau, tapi yang tau tu pun hanya kawan-kawan perempuan seofis dengan aku, itu pun 4 orang je.







Buah Zuriat vs Serbuk Debunga Kurma

Ini lah buah zuriat yang aku beli secara online dan ada juga yang orang bagi dan aku kirim kawan untuk beli di Mekah,
Credit picca dari Mr. Google

Ini gambar serbuk debunga kurma, ada yang aku beli dan ada yang orang bagi
Credit picca dari Mr. Google


Cara makan serbuk kurma

Amik sesudu kecil serbuk kurma dan bancuh dengan apa-apa air yang korang nak minum.

atau

Dos yang dicadangkan: 1 sudu teh yang kecil setiap hari bersamaan 1 grams serbuk debunga kurma. Campurkan dengan 1 sudu madu asli. Kacau sehingga kelihatan seperti gambar di bawah.

Waktu makan: Pagi sebelum sarapan atau malam sebelum tidur.

Untuk memudahkan pengambilan, boleh jadikannya ketul-ketulan seperti gambar dibawah. Caranya mudah sahaja. Ambil packet Streptsil yang sudah digunakan atau dibuang isinya dan jadikan ianya sebagai acuan. Kemudian campur madu asli dengan Serbuk Debunga Kurma dan gaul sehingga agak sebati. Letakkan ke dalam acuan paket strepsil tersebut.

Atau lepas gaul hingga sebati tadi, gumpal kecil-kecil jadikan bebola. Make sure boleh dapat 20 biji untuk 20 hari makan. Dos yang kami sarankan ini sebenarnya digunakan oleh penyelidik Universiti of Tikrit, Iraq.

Simpan dalam peti sejuk.  

Kalau nak tambah serbuk habbatus sawda dan debunga lebah, lagi bagus. Ramai wanita Arab menambah 2 unsur ini kedalam resipi Serbuk Debunga Kurma.

Jangan lupa berdoa banyak2 & minta rezeki hanya pada Allah.

Amaran: Sesetengah orang alah atau alergi pada debunga, jika anda mengalami simptom gatal, bersin dan lain-lain, anda mungkin alah pada debunga...

Sesudu madu
Credit Picca to Mr. Google
Campurkan dengan sesudu serbuk degunga kurma
Credit Picca to Mr. Google

Gaul hingga sebati
Credit Picca to Mr. Google

Bentukkan agar mudah dimasukkan ke acuan strepsil
Credit Picca to Mr. Google
Credit Picca to Mr. Google


Cara-cara penyediaan Air Rebusan Buah Zuriat

Belah buah zuriat ini dengan menggunakan pisau/ parang, dibantu dengan tukul besi dan pastikan dilapis dengan papan lapis dan bawah papan lapis tu pastikan korang letak surat khabar dan kain untuk memudahkan proses membelah buah zuriat yang sangat keras sifatnya
Credit picca dari Mr. Google

Hasil selepas dibelah 2, nampak isi rong buah zuriat yang macam isi rong kelapa sawit tu???
Credit picca dari Mr. Google

Closed up supaya lagi terang
Credit picca dari Mr. Google

Hanya rebus isi rongnya sahaja, kulit boleh buang
Credit picca dari Mr. Google

Rebus selama 15 minit atau sehingga air bertukar warna kecoklatan. 
Minum selepas air menjadi suam.

Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. 
Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” 
Ayat 38, surah Ali-Imran.

Ganti buah zuriat ini selepas air rebusan tidak bertukar warna.
Sekali rebus biasanya aku buat 2 biji sahaja.
Minum setiap hari tak kira malam atau pun pagi.
Minum pada hari pertama korang uzur.

Selamat berusaha.. Yakin dengan usaha yang dibuat, berdoa, merendah diri serta berserah kepada Allah sepenuh hati. InsyaAllah ada rezeki untuk kita atau ada hikmah disebaliknya.   





Usaha untuk Mendapatkan Si Comel

Amboiii.... berbulan tak update ni, janji nak update tuh harikan.. isk isk iskkkk... masa tak berapa nak mengizinkan untuk aku update dengan lajunya.

Mmmm ok bermula cerita dengan usaha-usaha untuk mendapatkan si comel. Selepas tahun pertama usaha tidak berjaya, aku mula mencari pergi tempat-tempat mengurut yang orang kata bagus. Tapi takdelah banyak mana pun tempat yang aku terjah tu. Selain berurut dengan bidan kat kampung sendiri, pergi pulak ke tempat kawan En. Hubby yang katanya dah ramai yang berjaya namun untuk aku tak serasi kemudian mak mentua pulak bawak mengurut dengan bidan yang biasa dia mengurut. Semuanya hampa belaka... tidak mendatangkan hasil plus Allah masih mahu menguji dan mahu mendengar doa-doa kami suami isteri.

Usaha tidak habis di situ, aku teruskan usaha dengan meminum air rebusan buah zuriat selama 40 hari ++ bersama dengan serbuk kurma, aku pun tak berapa nak ingat exactly hari yang sepatutnya kene minum. Yeee dah orang kata minum, air rebusan buah zuriat tu so aku minum jelaaa... Suami isteri kene minum, and yes kami buat tapi biasalah kadang kala terlupa tu maka terskiplaa gamaknya. Selepas tempoh yang ditetapkan habis, kami berhenti minum, tapi hasilnya... mmmmm masih tidak ada. Kami tetap berserah kepada Allah dan redha atas ketentuannya, belum rezeki kami lagi.

Beberapa bulan berlalu bergerak dari setahun tu, setiap bulan adalah waktu yang ditunggu hasilnya. Namun segalanya adalah ketentuan yang Allah tetapkan untuk kami, kami terima dengan redha. Bersabar dan terus bersabar dan menanti. Walau selalu hati kecil ini terasa dengan cakap-cakap orang, En. Hubby selalu menasihati dan begitulah sebaliknya. Kami lalui dengan tabah... 

Kami teruskan usaha... pantang dengar ada orang kampung or kawan-kawan nak ke Mekah menunaikan umrah atau haji. Aku pasti mengirim doa, minta keizinan dari Allah memberi kami zuriat. Mengirim sedekah ke masjid pada hari penghulu segala hari, setiap minggu aku pastikan masjid yang berlainan. Tapi kadang-kadang adalah jugak masjid yang sama, dan mintak kawan-kawan tolong doakan sekali kat masjid. 

Pada penghujung bulan Januari 2013, tergerak hati aku dan En. Hubby untuk pergi buat pemeriksaan doktor. Alhamdulillah kami berdua sihat, cuma ada sedikit masalah dengan rahim aku. Doktor Rajesh dari Hospital Pakar Columbia Asia mengatakan aku mengalami rahim terbalik (rahim retroverted), namun menurut kata Dr. Rajesh bukanlah masalah besar jika mengalami masalah rahim terbalik ni, ramai je patient dia yang mengalami rahim terbalik boleh mengandung seperti biasa. Tapi Dr. Rajesh memberi aku pilihan sama ada nak biarkan atau pun membuat pembedahan untuk membetulkan kembali rahim aku pada kedudukan asal. Aku dengar saja pembedahan hati terus tidak senang memandangkan aku telah 2 kali membuat pembedahan. Tak sanggup rasanya nak mengadap pembedahan buat kali ketiga ini. Jadi jalan yang aku pilih adalah mintak Dr. Rajesh bagi aku ubat subur (clomid) dahulu dan bagi aku masa sebulan.

Selepas itu, aku dan En. Hubby balik ke kampung dan berjumpa dengan Pak Haji yang dah aku anggap seperti ayah aku sendiri untuk minta dia tengok-tengokkan keadaan aku. Pak Haji tu pesan supaya jangan buat pembedahan, berubat cara kampung dahulu. Dan kemudiannya aku berurut dengan Pak Haji untuk membetulkan kembali kedudukan rahim aku yang terbalik itu. Kesakitan untuk membetulkan kembali rahim aku tu, jangan di cakaplah... sakitnya memang tak terkata rasanya. Disamping usaha itu, aku kembali meminum air rebusan buah zuriat bermula pada hari pertama aku uzur, kali ini tiada had hari yang aku tetapkan. Tekad aku minum hingga membuahkan hasil.

Pada pertengahan bulan Mac 2013, aku membuat test UPT sendiri di rumah dan aku disahkan mengandung oleh Dr. Rajesh dan ketika itu usia kandungan aku sudah pun mencecah 6 minggu. Kegembiraan yang tidak terhingga oleh kami suami isteri setelah menunggu berita gembira ini selama 1 tahun 10 bulan. Syukurrrr alhamdulillahh... semoga kawan-kawan yang masih berusaha, teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa. Penyusunan Allah untuk kita adalah yang terbaik untuk kehidupan kita yang tidak pernah kita ketahui.   

   
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.