~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Bile Puan Sri Malas

Tu dia tajuk... dengan penuh rasa BANGGA ye, aku mengaku yg ade time aku MALAS nak ke dapur. Haaa mood ke dapur ke lautlah apa lagi... mangsa yg kene memasak ialahhhhhh....

jeng

jeng

jenggggg...................

mangsanya ialahhhhhhhhh.........

K.E.D.A.I?????

Oooooooooooooo

No

No

No.................

mangsanya opkoslahhhhhhhhhh.......

EN. HUBBY ku...

Hahahahaha....

dengan menu specialnyaaaa....

MEE MAGGIE CEPAT DI MASAK ENAK DI MAKAN

MEGGI SPECIAL

Meggi special hasil air tangan En. Hubby... perghhh super duper SEDAP

Bahan-bahannya :-D

  • 2 paket Meggi
  • 2 biji Telur
  • 6 batang Cili Padi
  • 2 biji Bawang Merah (bawang kecik daaa, dihiris ok)
  • 1 biji Bawang Putih (dihiris)
  • 2 biji Jus Limau Kasturi
  • 1 biji Tomato (belah 6)
  • Bunga Kubis
  • Lobak Merah
  • Daun sup
  • Air secukupnya

Cara-caranya ;-D

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sayur-sayuran yang lambat empuk.
  3. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
  4. Masukkan telur dan tunggu hingga telur masak.
  5. Masukkan meggi, jus limau, tomato dan tunggu hingga megi masak, jangan sampai kembang yeee...
  6. Sedia untuk dihidang bersama daun sup.

N3 khas untuk Muhammad Fitri Hakim

Telefon berbunyi ring ring ring,

Kuangkat kutanya siapa,

Telefon berbunyi ring ring ring,

Kudengar kudengar suara.

Rupenye mak aku tepon da... soh beli surat khabar Sinar Harian. Cikgu Hakim telefon suruh beli, katanya muke Hakim ade keluar dekat surat khabar. Hamboiii ke main lagi kan sepupu aku sorang ni, untuk tahun je ni dah bape kali muke dia masuk surat khabar. Kebiasaannya surat khabar Utusan atau Berita Harian. Pasal sekolah dia bapa kali memenangi pertandingan dalam pelbagai bidang.

Muhammad Fitri Hakim, dia ni sepupu aku yang mak aku jaga sejak dia berumur 4 tahun selepas arwah adik aku meninggal akibat kemalangan pada tahun 2001 dulu. Nanti ada masa aku cite pasal arwah adik aku ni. Skang mau cite pasal sepupu aku si Hakim ni. Kenapa mak aku ambil dia???? Soalan tu kan yang korang nak tanya aku??? Selepas pemergian arwah adik aku, mak aku merana kerana tak boleh terima hakikat yang adik aku pergi meninggalkan dia. Lama mak aku merana.... kesedihan yang tak terucap, sesapa yang pernah kehilangan orang yang dia sayang, dia akan paham. So makcik aku suruh kami jaga Hakim macam anak dan adik sendiri.

Hakim ni anak ke-2 dari 4 orang adik beradik. Semasa kelahiran Hakim, 2 minggu dia terlantar kat Hospital Sultanah Aminah (HSA). Wayer berselirat kat seluruh badan, dan doktor menjangkakan hayatnya hanya 2 hari. Korang percaya tak kalau aku katakan, bila saluran oksigen Hakim di cabut jantung Hakim terus terhenti. Yepppp itu benar-benar terjadi pada Hakim. Tapi kami sekeluarga, doktor juga misi-misi terus berusaha buat itu ini dan tak berhenti berdoa pada NYA yang satu. Memohon agar Hakim dipanjangkan umur, syukur alhamdulillah kerana kami diberi peluang untuk menjaga Hakim.

Tapi pesanan dari doktor semasa Hakim bertarung antara hidup ngan matinya, "kalau dia panjang umur, dia akan jadi anak yang hiperaktif dan akan ada kekurangan dalam diri dia".

Betul apa yang doktor cakap, Hakim membesar sebagai kanak-kanak yang sangat hiperaktif (ADHD). Ketika kami menjaganya Hakim dirujukkan ke Klinik Permai Tampoi, dulu klinik ni dekat-dekat ngan kondominium Bukit Alif, sebelum Shell yang dekat trafiklite tu ha. Sekarang Klinik Permai ni dah berpindah ke atas Bukit Tampoi dekat-dekat ngan Klinik Kesihatan Tampoi. Masa mula-mula pergi tu aku mintak tolong ngan kawan abang aku tunjukkan. Persepsi kawan abang aku masa mula-mula sampai kat situ, dia tak bagi mak aku bawak Hakim ke situ. Korang tau kenapa?? Pasal dia tengok budak-budak yang datang ke situ semuanya adalah kanak-kanak autisma, sindrom down, terencat akal, hiperaktif dan sebagainya. Tapi kami tak mengindahkan apa yang kawan abang aku cakap sebab kami nak Hakim jadi seperti kanak-kanak lain, keesokan harinya kami datang lagi tanpa bantuan dari kawan abang aku. Selepas beberapa kali berjumpa doktor Hakim diberikan ubat mengikut tahap aktifnya. Ubat pertama yang dimakan sangat kuat dosnya membuatkan Hakim menjadi seorang yang pendiam, membawa haluan sendiri dengan memencilkan diri ditepi-tepi almari, hilang selera makan dan tak keterlaluan jika aku katakan bila dia makan je ubat tu akan menyebabkan Hakim macam orang bodoh.

Menitik air mata kalau tengokkan dia berkeadaan begitu, tapi kami tak boleh nak berhentikan dia dari makan ubat tu. Sebab itu saje caranya untuk mententeramkan Hakim, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Ubat yang Hakim makan pun bertukar mengikut tahap keaktifan dia. Dan sekarang alhamdulillah, dos pil yg di beri kepada Hakim sudah semakin kurang dan pemberian ubat kepada Hakim hanya pada waktu persekolahannya sejak dari permulaan ubat itu diambil, kami takkan bagi time dia cuti sekolah walaupun pada asalnya doktor menegah kami berbuat sedemikian sebab takut tak terkawal perangainya. Kami tak sanggup melihat Hakim macam orang bodoh dungu. Pernah mak aku mintak ngan doktor untuk berhentikan Hakim dari pengambilan ubat tu, tapi doktor tak bagi sebab dengan pengambilan ubat yang berterusan akan membuatkan Hakim normal kembali macam orang biasa. Temujanji dengan doktor pun sekarang ni sudah semakin menjarak, kalau dulu masa mula-mula kene jumpa doktor sebulan sekali, kemudian 3 bulan sekali dan sekarang ni tinggal 6 bulan sekali.

Dan kerana dia berkeadaan begitu, cikgu memasukkan Hakim ke kelas pendidikan khas walaupun Hakim boleh membaca dengan lancar dan pandai mengira. Wooo part duit memang dia terrer mengira. Hehehehe... Tak segan aku katakan yang Hakim ni tergolong dalam orang kurang upaya (OKU) kategori lemah dalam mata pelajaran. Ada sesetengah mak bapak tak terima bila anak mereka dimasukkan ke kelas seperti ini dan dikatakan OKU, tapi bagi aku adalah lebih baik dia dimasukkan ke kelas seperti ini. Sekurang-kurangnya dia diajar berdikari, mengurus diri, bercucuk tanam, berniaga dan sebagainya, dan kami bangga dengan pencapaian Hakim sekarang ni.

Jadi nasihat aku jika anak korang ade ciri-ciri hyperaktif, austisma dan sebagainya janganlah korang malu untuk membawa anak-anak korang ke Klinik Permai untuk buat rawatan dan janganlah korang malu kerana anak korang dimasukkan ke kelas pendidikan khas. Adalah lebih baik dia masuk kelas seperti ini daripada dia masuk kelas biasa tapi tak ada kemahiran yang boleh dia buat.

Untuk kesekian kalinya muka Hakim masuk surat khabar Sinar Harian.

Tu dia orangnya yang bernama Muhammad Fitri Hakim bin Saidon.

TAHNIAH HAKIM... K.Lia masukkan cite Hakim kat sini untuk dijadikan pedoman kepada semua orang yg ada anak macam Hakim. Jangan mereka di luar sane memandang rendah dengan kanak-kanak seperti Hakim hanya kerana Hakim mempunyai kad OKU dan hanya kerana Hakim bersekolah di kelas Pendidikan Khas. Hakim dah sampai Sarawak, dah sampai Melaka dah duduk makan semeja dengan menteri besar Melaka, dah sampai KL hasil pencapaian dia di sekolah, dan tahun depan insyaAllah akan ke Sabah. Korang adooo??? Walaupun pada korang alahhhh setakat sampai Melaka sampai KL apalah sangat, tapi pada kami sekeluarga... kami cukup berbangga dengan Hakim dan TAHNIAH buat Hakim kerana dah berjaya mengumpul duit untuk membeli laptop hasil usaha Hakim sendiri. Korang mampu??? BELI LAPTOP DENGAN HASIL TITIK PELUH SENDIRI PADA UMURNYA 13 TAHUN TANPA BANTUAN ORANG LAIN. Alhamdulillahhhh Hakim kini memiliki sebuah komputer riba berjenama Asus yang berharga RM1699 hasil titik peluhnya memungut biji sawit selama beberapa bulan. Tiada siapa yang memaksanya untuk berbuat begitu, dia berusaha mencari duit sendiri dengan tulang empat keratnya dan memiliki harta hasil usahanya sendiri. Syukurrr alhamdulillahh....

Asam Pedas Lada Hitam

Hari ni kul 5.19 pagi dah sedar, skang ni rajin benar aku sedar awal. Bagus gak tp tak bagusnya nanti kat opis mengantuk tahap gaban. Udah tu meroyan mencari kopi Cik Patimah, takde pastu bedal ape-apa kopi janji hilang ngantuk aku. Hu hu.... Dah tu sambung balik tido, kekonon nak menyambung tp kalau dah mate tak mahu tido pejam lelama pun tak guna. Sudahnya bangun jugaklah kul 5.45 pagi.

Lepas siap-siap turun ke dapur menjalankan rutin harian. Dalam kepala tak tahu dah nak masak apa, padahal buku Chef Hanieliza betepek tepi tv, nak bukak cek tenet lg lah punya pemalas

, so decide nak masak ikan sambal cili je. Tengah-tengah menggoreng bihun dan ikan, tiba-tiba otak rasa nak tukar menu pulak. Bolehhh gitu!!! Tekak teringin pulak nak makan Asam Pedas Lada Hitam, terus sediakan bahannya. Sekali tengok-tengok halia takde serai pun takde.

Dah alang-alang menukar menu aku redhokan jelah kalau asam pedas lada hitam aku tak menjadi. Masa menyelongkar mr. peti sejuk ternampak pulak si daun kunyit, so blasah pakai daun kunyit tu untuk gantikan serai. Sekali lagi aku redho. Hahahaha... Suka-suka hati aku jekan menderhaka ngan resepi Kak Liza. Mintak hampunnn la kak oiiii...Heeee adik tak sengaja tp terpaksa... tp takpekan kak sesekali menderhaka, kikikikiii... yang penting hasilnya meletop jugak.

Tu dia bekalan aku, tak sempat lunch hour aku dah bedal. Kul 10.30 pagi ok aku dah kebulur... So bile dah kebulur apa tunggu lagi, ngap ngap ngap depan pc, nasiblah bos dpt staff mcm aku ni...

Bahan-bahan :-D

  • 6 ekor ikan Kembung
  • 2 biji tomato (potong 4)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya (untuk kuah)
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup (potong pendek) *tak letak
  • 2 batang Serai (diketuk) *tak letak
  • 1 helai Daun Kunyit (hiris halus) *suke hati tambah psl kononnye gantikan serai
Bahan dikisar :-D
  • 15 biji cili api
  • 2 s/b lada hitam
  • 1 inchi halia* tak letak jugak psl stok habis
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 1 inchi belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah (2 biji bawang besar)
Cara-cara ;-D
  1. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian goreng sikit, jangan sampai garing.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan masak/garing.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam, daun serai dan buah tomato.
  5. Biarkan kuah reneh sehingga agak pekat.
  6. Sedia untuk di hidang.

M00d meMASAK ke LAUT

Aduhaii.. tengok rakan-rakan blogger lain membuat juadah macam-macam rasa gerammm je kan tengok. Aku ni!!! Haiseyyyy dapur dah macam berasap tak berasap je.. aven?? Hahhh jangan ditanya, selepas raya tuh hari langsung tak bepanas. Aishhhh ape mau jadi, bile tengok blog orang lain... waaaaaaa verangan nak jugak buat, tp mood MALAS tu terlebihh sudah dalam badan ni ha.

Sampai la ni, tengok orang buat itu ini, pendam je dalam diari berangan-rangan. Aiseyyy bilelah keRAJINan itu mau datang semula ke dalam diri aku ni. Hu hu huuuu... Sendiri jawablah ye... dah sendiri punye badan dan sampai la ni jugak aku kecur liur tengok kuih muih, lauk pauk bagai bertepek-tepek kat blog blogger yang SUPER-DUPER RAJIN memasak. Memang tabik springlah sama dia orang ni. Orang kenyang ngan menu yang dibuat, aku kenyang tengok gambar jela... hu hu...

Dahhh jom tengok antara menu yang membuatkan aku berangan lebey. Hu hu hu.... bahan ade tapi keRAJINan tu belum sampai lagi. Ohhhh RAJIN tolonglah datang kepadaku kembali.

Ku seruuuuu.....

Ku SERUUUUUUUUuuu....

Hahhhh SERIAUUUU tengok picca ni semua....

Silalah tangkap leleh.....

KEK LAPIS CHEESE PERSONA dari dapur RYO AZHAR tuan empunya blog RYO

PUDING TAUHU dari dapur KAK ANYMZ tuan empunya blog MY KITCHEN

FRAMBROZEN KENARI dari dapur KAK ITA tuan empunya blog MASAM MANIS

MALTESERS SQUARE dari dapur KAK ITA tuan punye blog MASAM MANIS

DEVIL's FOOD CHOCHOLATE CAKE dari dapur KAK AYU tuan empunya blog CURLYBABE"SATISFACTION

Opera Cake dari dapur KAK RIMA tuan empunya blog BISOUS A TOI

Sup Tulang Hangit

Alkisah tersebutlah kisah suatu cerita disuatu hari, seorang gembala lembu telah menyembelih seekor lembu untuk dijadikan santapan raja sehari. Kemudian salah satu daripada tulang selangka sang lembu itu telah diberikan kepada anak saudaranya untuk santapan.

Hahaha bolehhh korang baca ngan ayat gitu? Heee apa-apa sajalah kan nak menulis menggunakan bahasa dolu kala. Tulis pun tak betul ada hati nak menulis macam tu. Aiskkkk... Ok tuh hari pakcik aku bagi aku 1 tulang selangka segar dari ladang punye ehehehe, kemudian setelah hampir 2 minggu tulang selangka tu terperam dalam peti sejuk uma aku. Semalam pagi aku decide nak masak sup tulang untuk makan petang punya. Jadi sebelum pegi keje aku kuarkan tulang selangka tu and pesan kat En. Hubby mintak tolong dia cuci besih and rebus sampai empuk.

Cik Puan, "Haii yang, rentung ke tulang ni?".

En. Hubby, "Ehhh mana ade...".

Aku??? Aku teruskan jugaklah memasak walaupun hati aku ni masih sangsi ngan jawapan En. Hubby ape lagi bile tengok periuk aku cantekkkk je bersih macam baru lepas kene sental ngan berus periuk pluss dalam periuk ada air kaler putih, air paip la ye kawan-kawan. Aku masukkan air then godek-godek sikit tulang lembu tu. Sekali kat beberapa part tulang lembu tu aku tengok ade kaler-kaler coklat yang menandakan tulang lembu itu telah rentung. Haaaaa kan dah kantoiiiii... Dia ingat aku ni tak tauuu gaknye, ok then aku teruskan memasak sampai siap.

Cik Puan, "Makan yang.. sedap nie, sup tulang hangit!!!"

En. Hubby, "Erkkk.. yeee hangit?? iskkk mesti sedap ni, baru 1st time dengar menu ni"

Cik Puan, "A'a sedappppp.... ada orang tu tak nak ngaku dia rebus tulang sampai hangit"

En. Hubby, "Hehehehe... mana tau ni???"

Cik Puan, "Elleh... camne tak tau kalau dah dagingnya rentung"

En. Hubby, "Hihihihi... ala tertidolah tadi yang, nasib baik tersedar. Kalau tak entah tak tau lah. Habis hitam periuk tu tadi, puas sayang sental periuk tu tadi nak cover takot anje marah".

Cik Puan, "Marah tu tidak, tapi bahaya tau.. len kali jangan buat macam tu."

En. Hubby, "Sebenarnya 2 kali rebus tulang tu, pastu 2 kali jugak hangit. Tapi sedaplah yang, takde bau hangit or rasa hangit pun."

Cik Puan yang mendengar tak terkata apa selain mengucap panjang mendengar pengakuan ikhlas En. Hubby. Aduhaiii... 2 kali rentung ok!!! Nasib baiklah tak jadi apa-apa, syukur pada Mu ya Allah kerana menyedarkan suami ku dari tidonya. Dah jom kite tengok resepi, resepi olahan sendiri setelah dicampur, ditolak dan dibahagi rasa-rasa dikedai-kedai makan dan masakan kedua-dua mak. Hehehehe...

SUP TULANG HANGIT

Bahan-bahan :-D
  • 1 keping Tulang Selangka (dikerat)
  • 1 biji Tomato
  • 1/2 biji Limau Nipis (amik airnya)
  • Daun Sup
  • Daun Bawang
  • 1 paket Sup Bunjut (siap ada bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga)
  • Garam
Bahan Kisar :-D
  • 6 biji Bawang Merah
  • 4 biji Bawang Putih
  • 1 inchi Halia
  • 1 sudu Lada Hitam
Cara-cara ;-D
  1. Rebus tulang lembu dalam periuk hingga dagingnya empuk.
  2. Setelah daging empuk dalam kuali yang lain tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bahan kisar hingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan sup bunjut ke dalam periuk yang berisi tulang daging tunggu hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan jus limau nipis, tomato, garam dan tunggu hingga didih kemudian tutup api.
  5. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng ketika menghidang.

It's Sunday Time

Oooo yeahhh, its Sunday time. He he... Bangun pagi siap-siap terus ke Hutan Bandar MPJBT
dengan En. Hubby. Program membuang lemak En. Hubby harus dimulakan skarang, memandangkan perot En. Hubby semakin berjalan ke depan dari tuan empunya badan. Heeee... salah sapekah itu!!!???!!!

Sekali sampai, uiskkk cam biasalah orang ramaiiiiiii killers, parking pun fenohhhh so pelan-pelan mencari parking. Bile dah dapat ape lagi wat stretching sikit-sikit pastu terus zasssssssssssss.... LARIIIIIII.... baru 500 meter aku berlari... "haaa semputttttt", En. Hubby pulak... ceehhhhh yo yo ar berlari dengan machonya. Cesssssss... dah aku lama tinggalkan bidang larian ni, camno tak semput. Siap mengutuk aku yang tak tahan tu. Sungguhhhh kurang sopan En. Hubby aku ni kan!!! Tapi dengan semangat waja yang aku ado plus nak tunjuk TERRERRRRR kat En. Hubby walaupun sakit pinggang aku, sakit perot aku plus fenattttt mau sumput, aku gagahkan diri terus berlari. Eewahhhhh..

Dah puas keliling hutan bandar tu, singgah plak kejap2 kat mini gym. Hehehe best best best... hakak suke naik menatang yang ala-ala berlari tu haaa... pasal tak penat sangat. Wakakakakaka... dah lah jom tengok gamboo pulak... menat berjogging tak hilang lagi ni ha... he hehhh. Ooo yeee sebelum aku terlupe,agak-agak kalau sesapa nak beraerobik kat hutan bandar MPJBT ni bolehlah datang seawal pagi. Ada chekgu aerobik yang akan mengetuai aerobik tu, macam-macam gaya ade.

Ooo yeahhh tengok perot sape lagi munchitt!!!

Sebelum berlari kite wat stretching dulu

Haaaa menatang ni lah yang aku suke naik.. he he, sangat mencabarkan!!!!

En. Hubby sedang bertapa di bawah pokok togey. heeeee

Yeeeee balik dari jogging, singgah jap kat uma aku. My home sweet home, tak sabar nak pindah uma baru.

Sebelum balik ke rumah sewa sempat singgah sarapan pasal perot dah berkeroncong. Dah penat-penat buang lemak, balik dari jogging tambah lemak semula.. Hu hu

Hari SABTU DUDUK RUMAH..

Aiskkk ape punye tajuk daaaa...Muahahha...Hari ni SABTU kannnn, makanya hari ni aku bercuti, manakala En. Hubby pulak bekerja. So duduklah kat uma menangok tengok tv or buatlah apa-apa yang patut kat uma ni ha. Awal-awal dah dapat pesanan dari En. Hubby, "Jangan bawak motor balik Pontian". Dalam hati berkata-kata, "Aiskkkk macam tau-tau jerk aku nak merempit balik ke uma mak". Hahahahhaa adehhhh terpaksalah membatalkan hasrat di hati nak merempit hari ni. Takpeee agak-agak kalau dah buhsannnn sangat aku kolling molling bff aku si Zu ngan anak-anak angkat aku 2 orang tu datang uma aku. Haaa bijakkkk tak aku!!! Ngeh ngeh ngehhh....
Oooo malam tadi aku menerai resepi baru dari dapur Kak Ummi, apakah resepinyaa?? AYAM SOS SIAM yang mabeles, sedapppp wooo.... cara penyediaanya pun tersangatlah mudah. Kak Ummi mintak izin tepek kat sini ye resepinya....

AYAM SOS SIAM

whooopsss.... picca sendiri hokeyy.. haku tetibe jadi rajin nak snap picca sendiri...
Bahan-bahannya :D
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
Cara-caranya ;-D
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!
Kemudian pagi ni pulak aku buat sarapan Bihun Goreng Putih dan Air Koko. Koko disponsor oleh abang aku yang bekerja kat kilang koko. Pure koko from kilang haaa... panasssss lagi. Heheheheh mutu terbaekkk dari ladang punya.

BIHUN GORENG PUTIH

Font size
Bahan-bahan :-D
  • Bihun
  • Batang Saderi (hiris)
  • Lobak Merah (hiris)
  • Hotdog (hiris)
  • Daun Sup (hiris)
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa
Bahan Kisar :-D
  • Ikan Bilis
  • Udang Kering
  • biji Bawang Merah
  • biji Bawang Putih
  • Lada Hitam
Cara-caranya ;-D
  1. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.
  2. Masukkan sayur-sayuran, hotdog, garam dan sedikit ajinomoto.
  3. Masukkan bihun dan goreng hingga masak.
  4. Sedia untuk dihidang.

Hari Ni Jumaat sok Sabtu

Alhamdulillahhh hari ni dah hari jumaat, sok chotii... yeay yeayyy... planning nak balik kampung jumpa mak dan abah terchenta. Tapi macam tak boleh la pulak pasal En. Hubby kate esok mau bawak kete. Arramakkkk ini macam hancuss planning aku. Heeee apa kata kalau aku merempit ngan motor En. Hubby!!! Ellehh bukan jauh punnnn setakat 1 jam perjalanan je dari uma aku ke uma mak. Heheheh cite balik kampung sikit punye gempakkan. Hahahahahaa.... mmm tengoklah keadaan macam mane, nak balik ka tak nak balik ka.... Ujung-ujung minggu ni balik kampung memang idea yang terbaikkan!!!

Boring wooo dok uma sensorang, En. Hubby pulak kijee... Alhamdulillahhh syukurr sebenarnya, pasal ade jugak OT untuk En. Hubby minggu ni. Rasanya dah dekat 2 bulan kilang En. Hubby takde buat OT hari sabtu. Rezeki Allah nak bagikan, dalam pelbagai bentuk. Allah tau kite orang nak pakai duit banyak bulan 10 ni, almaklumlah uma kite orang dah siap. Tinggal tunggu kunci je ni ha... tak sabar rasanya nak pindah ke uma sendiri. Hoyeahhh hoyeahhh... Rumah kecik je pun, jadilah untuk permulaan hidup kami berdua laki bini dan bakal anak-anak kami nanti. Ape yang penting rumah sendiri, kan kan kannn... Murah-murah pun uma yang aku beli tu beberapa tahun dulu baru 80k++ memmang MURAH pastu naik jadi RM108k haaa kene turn aku nak beli lagi naik kaw-kaw punye... ha hamek kau RM138k. Keluasannya??? 18' x 60' JEE hokey, ade 4 bilik, 2 bilik air dan 2 carpark.

Dahhh cukuplah aku intro pasal uma aku tu, skang aku mau share menu lunch tengahari En. Hubby hari ni. Oleh kerana dalam peti sejuk uma aku tu ado daging, ikan, ayam dan sayur. So aku decide hari ni just masak sayur air ngan goreng ikan kembung je. Againss menu simple habihhh aku tapaukan untuk En. Hubby. Pastu aku tumbukkan En. Hubby sambal belacan, siap-siap terus masuk dalam bekas. Pastu terus teringat yang En. Hubby kalau makan sayur air ngan ikan goreng mesti dilawankan dengan sambal belacan + tempoyak + budu. 3 makanan ni akan di campur dan digaul rata manjadi satu, so aku kaup kuarkan balik sambal belacan tu then aku hamek tempoyak dan budu dalam peti sejuk dan aku gaulkan semua sekali sampai sebati. Ape jadi 3 makanan di satukan eh??? Apa rasa??? Adoiii jangan tanya aku pasal aku tak makan tempoyak, tanyalah En. Hubby ape rasanya. Dolu, masa memula kawin aku penah tanya kat dia, dia kata SODAPPPP HINGGA MENJILAT JARI. Ade betul ke tu!!! So sambal tu apa nak namakan eh!!! Dah bergabung 3 mcm tu kan... belaCAN+temPOyak+buDU jadilah sambal CANPODU.... eheheh boleh gitu!!! Sapa tak penah try, bolehlah buat lepas ni, dah kate En. Hubby sedap hingga menjilat jari. Apa lagii cubelah korang try pulak. Hahahahaa....

Mee dan Ayam

Bangun pagi, gosok gigi, cuci mukeee, mandi pagiii.. aiskkk betul ke lirik lagu tu... ahahah dah berpuluh-puluh tahun tak nyanyi langsung tak hengat dah. Isk isk iskkkk... Ape kes pulak tetiba nak nyanyi lagu kanak-kanak riangkan!!! Wahahahaa sesekali meriangkan hati sendiri ape salahnyakan, ye dakkkk!!!!

Hari ni seawal pagi aku dah sedar, kul 4.30 pagi kot sedarnya tapi pastu aku sambung balik tido. Ape ke gila nak bangun pepagi gajah macam tu. Haiskkk naheyy nahey naheyyy, rugi bangun pepagi pastu mengikut pembacaan aku dalam info sihat hari ahad yang lepas, tido kurang 6 jam boleh mengakibatkan maut. Iskkkk ngerikan bile dah dapat tahu info kesihatan macam tu. Haaaa tu pasallah aku tido balik, hehehe pastu pukul 5.17 pagi aku sedar lagi. Tengok-tengok jam.. dalam hati berkata,"ooo lambat lagi" so aku tido balik.

Bangun tak bangun kul 5.45 pagi, pastu terus ke dapur memasak. Aku masak nasi same lauk dulu pastu bile dah siap, 6.15 naik atas mandi dan solat baru turun semula buat sarapan pagi pulak. Goreng mee je pun, yang ringkas-ringkas aje. Segala bahan dah disiapkan malam tadi, so pagi bangun tinggal campak dalam kuali. Haaa senangkan keje macam tu, takdelah kelam kabut nak memotong itu ini. Dahhh jom kite tengok resepi Kuey Teow Goreng (resepi sendiri) sama Paprik Ayam dari resepi Kak Liza.

KUEW TEOW GORENG

Picca credit to Syazwani

Bahan-bahannya :-D

  • 500 gram Kuew Tiow (bersihkan dan toskan)
  • 1 cwn Isi Ayam (potong kecik)
  • 2 biji Telur
  • 1 senduk Lada Kisar
  • 2 biji Bawang Putih (ketuk)
  • 1 biji Bawang Besar (hiris)
  • 1 sudu Lada Hitam
  • 2 sudu Sos Tomato
  • 1 sudu Kicap Pekat
  • 1 sudu Sos Tiram
  • Garam & ajinomoto secukup rasa
Bahan-bahan sayur ;-D
  • 1/2 batang Lobak Merah
  • 5 batang Putik Jagung
  • 1 biji Tomato
  • 1/2 batang Saderi
  • 1 cwn Togeh
  • 5 batang Daun Sup (hiris halus)
***Sayur ikut suke hati koranglah nak letak ape pun, daging, udang, sotong semua boleh. Kat uma aku bahan-bahan tu je yang ado dalam peti sejuk aku, so itu jelah yang aku campak dalam kuali aku. Heeeeee
Cara-caranya ;-D
  1. Tumis bawang putih dan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan lada kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan isi ayam dan gaul rata.
  4. Masukkan sos tomato, kicap pekat, sos tiram dan lada hitam.
  5. Masukkan lobak merah, putik jagung, batang saderi, garam dan perasa tunggu hingga didih.
  6. Kemudian masukkan kuey teow dan gaul hingga rata.
  7. Kemudian pecahkan telur kemudian kacau hingga sebati.
  8. Akhir sekali masukkan togey dan tomato gaul rata dan kemudian tutup api.
  9. Sedia untuk di hidang.

PAPRIK AYAM

Picca credit to Mrs. Aisheiteru

Bahan-bahan :-D

  • 300 gm isi ayam ayam
  • 100 gm carrot
  • 100 gm brokoli
  • 100 gm cauliflower
  • 50 gm capsicum hijau
  • 1 labu bawang besar
Bahan sos
  • 2 s/b kicap pekat
  • 5 s/b sos tomato
  • 5 s/b sos cili
  • 3 s/b sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai ketuk
  • 3 biji limau kasturi [ambil jus]
  • 5 biji ciliapi [ketukkan]
  • 3 ulas bawang putih [ketukkan]
  • 1/2 cawan air
  • minyak
Cara-caranya ;-D
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dengan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan carrot, kicap pekat sos tomato, sos cili dan sos tiram. Biarkan mendideh.
  4. Masukkan sayuran lain dan kacau rata.
  5. Bila mendideh masukkan jdaun limau purut dan kacau.
  6. Masukkan jus limau dan tutup api.
  7. Hidangkan dengan nasi putih atau mee/bihun yg telah dicelurkan.
***NotaDiHujungJari:-Takut suami lapar!!! Kenelah berkorban bangun dipagi hari... he hee

Demam vS Makan

Mood ke laut nak hapdet blog sebenarnya, tapi layankan jugak. Last week 2 hari aku bercuti dari keje pasal demam, batuk, sesema menyerang ditambah pulak kepala pening berpusing-pusing macam diawang-awangan, pastu badan letih pasal muntah-muntah. Muntahhhh...!!!!!!!! Tettttttttt... opss belum ado laeii.... hu hu hu... tah yah nanye lelebey yee... Muntah pasal demam dan sakit kepala je pun. Kejadian berlaku secara tiba-tiba, bukan keje aku nak mengorek tekak untuk memuntahkan makanan yang telah aku telan dengan elok.

Hu hu aiskkk teringat plak kat officemate aku dulu, kijenye lepas makannn jee korek tekak, asal korek tekak je mesti lepas makan. Ape keje lepas makan korek tekak ehh!!! Ape lagi kalau bukan nak mengeluarkan balik makanan yang dah ditelannya sebelum tu. Giloo?? Ahaaa memang gilo amoi officemate aku ni dulu, gilo nak slim ala-ala model.(sila tepuk dahi) Kalau dah macam tu baik takyah makankan. Ye dakkk!!!!

Ok berbalik pada story aku tadi, hari khamis lepas pegi jumpe doktor. Dapat mc 1 hari je, ape punye kedukut doc ni, aku mintak 2 hari dia cakap "besok baiklah demam tu, kalau tak baik datang lagi". Ape dia ingat aku sukelah sangat nak jumpe dia plus nak ulang balik datang klinik dia ni. Saje ko lah doc kan nak makan duit kampeni aku lelebey. Okeyyy oleh kerana badan aku dah letih sangat so malas aku nak melayan doc tu then terus kuar tanpa cakap ape-apa. En. Hubby tanye dapat mc bape hari. Then aku jawablah dapat sehari je, dia pun mengomel... aku??? Badan dah letih, lemah longlai ade kesah nak ngomel lelebey!!! Huhhh non adoo.. diam je tunggu ubat. So makanya hari jumaatnya aku amik EL, tak kuasa aku nak ke klinik ngadap doc tu lagi. Nak pegi klinik sebelah jangan harrap orang tak ramai. Aku pulak tak suke nak menunggu lelama dalam keadaan aku demam-demam gitu so guna jela annual leave yang ade.

Rutin harian memasak, mengemas tetap dibuat. Kalau tak masak kesian pulak kat en. hubby. So masaklah yang ringkas-ringkas aje. Ringkas-ringkas pun aku belasah masak ikan caru belah belakang. Time demam-demam ni, selera makan untuk tekak aku memang sentiasa ada. Hehehehe itu memang tak dinafikan. Ade orang time demam tak lalu makan, tapi aku time demam ni.. wahhhh selera makan tetap no. 1. Hahahaha.... Opss dah terlebey panjang plak aku merapu, jomlah tengok resepi ikan caru belah belakang resepi mak aku. Feberet aku dari kecik ni, yum yummmmm....

CENCARU BELAH BELAKANG

Picca credit to Kak Hanieliza

Bahan-bahan :-D

  • 2 ekor Ikan Cencaru a.k.a ikan jaket
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • Garam dan ajinomoto secukup rasa
Bahan Kisar :-D
  • 1 senduk Cili Kering Kisar
  • 1 biji Bawang Merah
  • 2 biji Bawang Putih
  • 1 batang Serai
  • 1/2 inchi Lengkuas
Cara-caranya ;-D
  1. Belah ikan cencaru dibahagian belakang badannya, buang juga bersihkan perotnya dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan blender hingga garing.
  3. Kemudian masukkan air asam, garam dan ajinomoto, bila rasa dah ok tutup api.
  4. Sumbatkan sambal ke dalam ikan caru.
  5. Panaskan minyak dan gorengkan ikan cencaru dengan minyak yang sederhana.
  6. Terbalikkan ikan supaya kedua-dua bahagian garing.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidang.

When His Wife Sick

Selamat malam untuk semua. Ohhh kejap-kejap aku nak membuang hingus jap, srootttt srooottttt... heeeee.. jangan nak geli-geli yeee, korang kalau sesema pun macam tu jugaklah gayanya. Tak tentu harah idup nak membuang hingus. Eiiiuuuuwwww.....
Ngapa??? Alahaiii tak reti-reti lagi!!! Kalau dah begitu ye aku tengah tak sihat, hatcuuuu hatcuuuu... haaa bersinlah pulak!!! Pakej baikkkk punye aku dapat ni ha. Demam, selsema juga batuk-batuk, ini gara-gara menjangkit En. Hubbylah ni. Tekak gatai mak oiiiii, rasa macam nak amik je penggaru kayu yang macam garfu tu haa masukkan kat tekak pastu garu kuat-kuat sekali pakej dengan hidung gatai merenyam macam orang rendung lepas makan belacan. Adehhhh sabooo jelaaa...

Balik-balik kije badan lepak tahap gaban, terus landing kat depan tv melepek macam ayam berak kapur. Sebelum tu sempat menjeling atas meja, wahhhh ade nampak 2 tudung saji telah bertutup pastu nasi pun telah ditenggek pakai periuk karen. Best best besttt pasal hari ni En. Hubby telah memasak, so takyahlah aku kelam kabut nak memasak dengan badan letih macam ni. Macamlah buat keje berat sangatkan!!!! Hahahahaa.... Tengah-tengah baring nampak En. Hubby tengah kemas-kemas dapur, pastu selesai dia datang dekat rasa dahi aku. Aiskk cam tau-tau je wifenye ni domam. Hehehee...

En. Hubby,"Iskk demam ni yang, pegi mandi pastu kite makan ye cyg dah masak".
Cik Puan,"Alaaa tak laratlah nak naik tangga, lagi pun sejukkkkkkkk".
En. Hubby,"Bangunnlaaa mandi, badan panas sangat ni mana boleh tak mandi... dah bangun".
Cik Puan,"Dokongggggggg....".
En. Hubby,"Aduhaiiiiiiiii....".

Ngeluh-ngeluh pun, diangkat jugak wifenye naik ke tingkat atas. Hehehe inilah masanya untuk bermanja dengan En. Hubby. Yihaaaaaa....Lepas mandi, solat dengan lajunya turun ke dapur dan terus duduk di meja. Yeahhhh semua dah siap, best best bestttt... So menu untuk hari ini, En. Hubby yang masak. Resepinya??? Mmmm nanti aku tanye En. Hubby dengan details apekah bahan-bahan yang digunakan yeeee. Hahahahhhaa

Sambal Cili Telur

Megi Goreng
Syukurr alhamdulillah kerana Allah telah menyatukan aku dengan En. Hubby. Dia sangat prihatin bila aku sakit, bukanlah time aku sakit je dia prihatin. Tapi lebihlah sikit prihatinnya bile time wifenya ni sakit. Hehehehe... Pastu en. hubby seorang yang rajin gak membantu wifenya ni di dapur dan time diperlukan bantuan. Walaupun kengkadang sakit hati aku ngan en. hubby ni pasal dia suke loyar buruk. Masak pun boleh tahan sedapnya walaupun kadang-kadang suke merapu masak yang bukan-bukan. Hehehehe....
My dear en. hubby, i love u forever and ever. Semoga Allah melindungi, merahmati, memberi kebahagiaan dan mengekalkan perkahwinan kite ni hingga ke dunia yang kenal abadi. Semoga yang terbaik untuk kite. InsyaAllahhhhhh... Amin....

Masakan Orang Kampung

Semalam aku masak yang ringkas-ringkas je... cepat, mudah dan emmm sedapppp... Kalau hari-hari menunya ikan same ayam, adekalanya bosan jugakkan. So wajiblah tukar menu ke sayur sayuran yang non ado ikannya. Hehehehe.... Untuk menu semalam aku lanyak masak air sayur sawi putih togel (iskkk ngapa ada togel plak.. ahaha dah aku yang masak and resepi sendirikan so suke hati aku la nak tepek nama ape, pun wakakaka), sambal kentang ikan bilis (iskkk bilis tu bukan spesis ikan jugak ke?? hahahhaa) dan akhir sekali sambal belacan.

Okey yommm kite belek resepinya pulak, walaupun sonang je pun resepinya (bercakap ala-ala kerek yeee). Biar ditepek resepinya so sonang untuk adik-adik yang baru nak belajar memasak. Kan kan kannn... macam aku jugaklah dolu-dolu kale masa zaman-zaman persekolahan... asal nak masak je tanye mak, asal tanya mak je nak masak. Hahahaha....

SAYUR SAWI PUTIH TOGEL

picca from MarienaPayne

Bahan-bahan :-D

  • 1 ikat Sayur Sawi Putih
  • 1/2 biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1 biji Bawang Putih (dihiris)
  • Sedikit Ikan Bilis
  • 1 cawan Air
  • 4 tbsp Minyak Masak
  • Garam dan Ajinomoto

Cara-cara ;-D

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Goreng ikan bilis dan goreng hingga ala-ala nak garing,
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan air, garam dan ajinomoto tunggu hingga didih.
  5. Masukkan sayur sawi tunggu hingga sayur sedikit layu.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

SAMBAL IKAN BILIS KENTANG

Picca from DapurMas

Bahan-bahan :-D

  • 2 biji Kentang (kupas dan hiris nipis-nipis)
  • 1 cawan Ikan Bilis
  • 1 senduk Cili Kering (yang dah diblender)
  • 2 biji Bawang Besar (di hiris)
  • 2 biji Bawang Putih (cincang lumat)
  • Sedikit Air Asam Jawa
  • Garam dan Ajinomoto
Cara-cara ;-D
  1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng kentang hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Masukkan cili kering dan tumis hingga lada garing.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan air asam jawa dan gaul rata.
  6. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang dan gaul lagi hingga sebati.
  7. Sedia untuk dihidang.

SAMBAL BELACAN

Picca from FlashFiez

Bahan-bahan :-D

  • 1 inchi Belacan
  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 biji Cili Merah
  • 2 biji Cili Hijau
  • 5 biji Cili Padi
  • Secubit Gula
  • Secubit Garam (bergantung pada kemasinan belacan)
  • 1/2 biji Limau Nipis (boleh gak guna Limau Kasturi)
Cara-cara ;-D
  1. Gorengkan bawang besar dan semua lada hingga layu, angkat dan toskan. (mak aku kata ini style sambal belacan orang jawa, masa mula-mula aku buat dulu tak tahu pulak aku orang jawa buat sambal belacan macam ni. Aku goreng bahan-bahan tu dulu pasal memudahkan aku mase proses menumbuk. ehehehe ni kes koje nak sonang jo).
  2. Masukkan belacan, bahan-bahan yang digoreng, garam dan gula tumbuk hingga lumat. (masukkan garam dan gula awal-awal supaya bahan yang ditumbuk tak memercik ke muka).
  3. Perahkan limau nipis dan gaul sebati.
  4. Sedia untuk dihidang.

Si Misai Tebal vs Aishiteru

Mr. AA,"Ji, apa maksud AISHETERU???"
Pak Aji,"i love u, aku cinta kamu"

Haaaa tengok perbualan antara 2 orang di atas. Tu perbualan di antara Mr. AA juga Pak Aji kat opis aku. Pak Aji kat opis aku ni memang pandai cakap Jepun pasal dolu-dolu dia belajar kat Jepun. Nasib baik perbualan dia orang tu bukan aku yang dengar, kalau aku yang dengar perbualan tu kompom aku dah gelak kuat-kuat sambil guling-guling kat Mr. AA tu. Hahahaa...

Ok part perbualan ni memang aku tak dengar langsung or maybe aku tidak berada di tempat duduk aku. So ignorekan aje walaupun bile aku dapat tau aku gelak sakan. Yang penting skarang nie aku mau cite satu kesah gelak guling-guling punye, ni pasal Mr. AA jugaklah.... antara orang atasan aku ni. Satu petang selepas aku jumpe bos aku, terdengar la pulak telinga aku akan seseorang menyanyi...nyanyian yang berbunyi...

"terhapus ruang dan waktu, percayakan kesetiaan ini, akan tulus a a ai aishiteru"

Si penyanyi terusan-terusan menyanyi sambil konon-kononnye membuat keje. Aku???? Ape lagi.. inilah masenya untuk mengenakan si penyanyi itu. Sambil berlalu di depan penyanyi itu, terus aku berkata-kata...

"Wahhhh.. tak ku sangkaa... muke ganazzzzz misai tebal tapi rupe-rupenye dalam hati ada tamannnn".

Habis aje aku lontarkan kata-kata "dalam hati ade taman" aku ketawa kaw-kaw punyenya. Hahahahaa.... Si penyanyi Mr. AA pulak yang bengang bile aku menegur macam tu terus menyinga... "Kuanggg ajooolah tu gelakkan aku". Bile dah dia kate begitu.. lagi kuatlah aku gelak sampaikan Mr. AA pun dok joint aku gelak.. rasa macam nak guling-guling je kat opis time tu. Hehehe... ngan Mr. AA ni memang selamba je kalau aku nak mengenakan dia. Pasal dia pun suke mengenakan aku tapi walau ape pun aku still hormat dia sebagai orang atasan aku. Hehehe dah jom layan AISHITERU...

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

Ikan Masam Manis

Yezzaaa... pepagi ni kite tepek resepi dulu eh. Resepi yang sangat simple dan sedap, cewwahhhh... tak sedap pun kate jelah sedap yeee... redhooo jelaaaa dah sendiri yang memasaknye. Hahaha... Okey resepi seperti biasalah, aku cilok dari buku Kak Hanieliza, mane lagi nak cilok. Nak bukak tenet petang-petang kat uma memanglah non ado. makanya buku Kak Hanielizalah yang aku gunakan. Cari resepi yang simple, mudah, ringkas, cepat dan sedap... kompom memang cepat dan sedap tak yah dinafikan. Semua resepi dalam buku Kak Liza memang terbaekkk...

Resepi ni Kak Liza pakai ikan siakap, tapi uma aku mane ade ikan siakap plus aku ni tak bape nak minat makan ikan siakap. Kecuali kalau ade request dari enchek hubby barulah aku akan beli ikan siakap. So untuk resepi ni aku bedal je pakai ikan selar, dah itu je stok ikan yang ade dalam peti sejuk aku. Hehehe.. takkan nak pakai ikan jaket plakkan. Tapi aku rase boleh je kot kalau nak pakai ikan jaket, janji ikan... ahahahaha... Suke hati jekan aku ni, ni kire ala-ala resepi derhaka. Wakakakaa mintak mahap Kak Liza pasal suke-suki mengubah resepi akak ni ha.... ampunkan saya tuan punye resepi..ampunkan saya tuan punye resepi.. ;-D ok lets check it out..

IKAN MASAK MASAM MANIS

Picca credit to Kak Liza, ngapa selar tukar jd siakap?? Hahaha ni kan picca contoh jeee pasal aku malas nak snap, lg pun tak sempat nak snap dah ngap.

Bahan-bahan :-D

  • 1 ekor ikan Siakap (2 ekor ikan Selar)
  • Kunyit
  • Garam
Bahan-bahan lain :-D
  • 5 biji Bawang Merah(dihiris)
  • 3 biji Bawang Putih (dihiris)
  • 1/2 inchi Halia (dihiris)
  • 2 biji Lada Merah (dhiris)
  • Daun Bawang
  • Daun Sup
  • 5 sudu makan Sos Tomato
  • 3 sudu makan Sos Cili
  • 1 bj Tomato (belah 4)
  • 1/2 cwn Air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara ;-D

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit kemudian goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan air dan masak hingga didih.
  4. Kemudian masukkan cili potong, garam dan gula.
  5. Selepas kuah pekat tutup api dan tuangkan ke atas kemudian taburkan daun bawang dan daun sup.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.