~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Iftar ke-6

Minggu lepas masa balik uma MIL, MIL bagi pelam epal 3 biji. Terus tetiba tekak mau makan kerabu mangga ikan bilis. Aduhhh yum yummm.. baru sebut dah terasa ditekak okeh. Maka iftar hari ke-6 aku buat kerabu mangga ikan bilis.


Kerabu Mangga Ikan Bilis, terliur tak??? Hehehee

KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan-bahan :-D
  • Mangga
  • Tomato
  • Kacang Tanah 
  • Ikan Bilis
  • Lada Cili
  • Bawang Merah
  • Sos Ikan
  • Jus Limau Nipis
  • Serai
  • Gula
  • ***Semua bahan agak-agak sendiri yeeee

Cara-caranya ;-D
  1. Racik Kerabu menggunakan peracik atau pakai pisau pun boleh, kemudian ketepikan.
  2. Potong nipis-nipis tomato, buang biji tengahnye ye.
  3. Hiris halus cili padi dan bawang merah mengikut kesesuaian.
  4. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  5. Goreng kacang tanah hingga garing dan kemudian tumbuk sedikit. (Kalau nak lebur sebiji-biji pun boleh).
  6. Racik serai sehalusnya supaya senang masuk ke tekak.
  7. Gaul semua bahan kecuali kacang tanah dan ikan bilis.
  8. Sedia untuk dihidang.
  9. Ikan bilis dan kacang tanah ditaburkan ketika hendak makan untuk mengelakkan lemau.


Ikan Pari Bakar.. ini beli jeee

Rojak Asma, ini pun beli je... En. Hubby sebok sangat nak makan sudahnya tak habis pun pasal tak menepati citarasa

Iftar Ke-5

Semalam aku berbuka puasa dengan Ikan Caru Belah Depan Berpandan. Hapsal caru belah depan berdaun pandan pulak ek??? Hahahah... dah aku yang masak maka ikut suka hati aku lah kan nak letak nama apa. Okey... Meh sini aku jawab ye... ngapa belah depan, sebab aku dah terbelah ikan caru tu bahagian perotnya, patutnyakan kene belah sebelah belakang ikan. Dah masa awal-awal siang takde pulak teringat nak masak ikan caru sumbat. Oleh kerana nak jugak menyumpat maka aku bedal saja kemudian aku gunakan daun pandan untuk mengikat si ikan caru supaya isi perotnya tak membuak keluar. Rugiii wooo kalau keluar, penat-penat aku tumbuk rencahnya semalam. Tumbuk hokeyyy bukan blender.

Apsal eh rencahnye tak merah??? Haaaa tu sebab aku guna cili hidup vs cili padi, oleh kerana cili kering uma aku dah kehabisan stok maka aku tibai je pakai cili padi ngan cili hidup. Tetap sedap hingga menjilat jari ye kawan-kawan, aku tak cakap tapi En. Hubby aku yang cakap. Hahahaha... So idaklah aku "masuk bakul angkat sendiri".





Tinggal 1 setengah ekor je... Tang hekok dah masuk dalam bekal  En. Hubby untuk bawak bekal sahur ke tempat keje.


IKAN CARU BELAH DEPAN BERPANDAN MELETUP


Bahan-bahan :-)

  • 2 ekor Ikan Cencaru
  • 2 helai Daun Pandan



Bahan kisar :-)

  • 1 biji Bawang Merah
  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 biji Bawang Putih (kalau kecik 2 biji)
  • 1/2 inchi Halia
  • 1/2 inchi Lengkuas
  • 1 batang Serai
  • 2 batang Cili Merah 
  • 10-15 batang Cili Padi Merah & Hijau
  • Garam secukup rasa



Cara-caranya ;-D

  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan perisakan dengan garam secukupnya.
  2. Sumbatkan sambal yang telah siap ke dalam ikan cencaru kemudian ikat dengan daun pandan kemas-kemas.
  3. Goreng ikan cencaru yang telah disumbat menggunakan minyak yang sedikit hingga masak.
  4. Bila dah masak sedia untuk dihidang.





Kemudian aku masak Tomyam Sayur, segala-galanya sayur ye kawan-kawan. En. Hubby nak ada lauk yang berkuah, kalau takde kuah tekaknya macam tak berselera nak makan pepagi hari. Aku masak sekali je sehari, lauk time berbuka puasa dibawak ke pagi hari. Kemudian ditambah pulak dengan adanya sambal "tembucan" (tempoyak+budu+belacan) hahhh memang menambahkan selera untuk En. Hubby aku. En. Hubby jeeee aku tidak pasal aku tak reti makan tembucan tu. Kalau setakat sambal belacan tu aku bedallah.




Hamek gambar saki baki dalam periuk jela, aku lupe nak snap awal-awal. Ni untuk sahur aku, sikit jeee banyak-banyak tak habis.


TOMYAM SAYUR


Bahan-bahan :-)

  • 1 biji Bawang Merah - dimayang halus
  • 1 biji Bawang Putih (saiz kecik) - dimayang halus
  • 1 batang Lada Merah - hiris
  • 1 biji Limau Nipis (saiz kecik) - perah amik jusnya
  • 1 batang Serai - ketuk
  • 1 helai Daun Limau Purut - buang batang tengah dah siat 2
  • Air secukupnya
  • Garam



Sayur-sayuran :-)

  • Cendawan
  • Lobak Merah
  • Putik Jagung
  • Batang Saderi
  • Kubis
  • Kubis Bunga
  • Brokoli
  • Tomato



Cara-caranya ;-D

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hidup hingga layu. 
  2. Masukkan air, serai, daun limau purut dan sayur-sayuran yang lambat empuk tunggu hingga mendidih.
  3. Bila telah mendidik masukkan garam dan jus limau nipis kacau rata.
  4. Mendidih sekali lagi masukkan sayur-sayuran yang mudah masak seperti cendawan dan tomato.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.









"Ohhhh saya malu bile ditogelkan, bulan-bulan puasa ni tak baik seksi-seksi tau"
Clean and clear senang nak mencuci.. ehehehe


Haaaa hamek kau, naik licin kite orang bedal menu iftar semalam. Udah tu ini je menu kite orang. No kuih no mee no lauk-lauk lain. Beginilah kite orang hidup laki bini, jarang nak membeli kat kedai pasal tahu kalau beli mesti tak habis. Maka eloklah tak payah beli dan makan apa yang ada je sudah mencukupi. Janji berbuka dengan nasi dan perot kenyang. Syukurrrrrr Alhamdulillah...



Ayam Ungkep Jawa Style

Bila berpuasa ni, takde pulak idea nak memasak. Tanya En. Hubby dia pun tak tau, jawapannya.. "takda idealah pasal semua benda yang nak makan dah dapat". Ni lah yang payahnya kalau takda permintaan dari En. Hubby atau tekak aku takda mengidam nak makan apa-apa. Buntu kepalo den ni ha nak masak menu berbuka puasa, semalam baru hari ke-3 aku dah buntu. Adehhhhh

Wahai tekakku dan tekak En. Hubby, silalah mengidam nak makan makanan-makanan yang sedap-sedap. Maka bila ada permintaan dan mengidam maka mudahlah kerja aku yang satu itu. Hehehehe....

Nasib baik masa training congkak semalam kat pantry bual-bual ngan Nana, Liza juga Hj Sham... Tetiba Hj. Sham cakap menu berbuka puasa dia. Wahh... Ayam masak ungkep ye!!! Mmmm aku memang tak penah makan ayam masak ungkep ni pasal ni makanan orang jawa. Si Liza ngan Nana pulak citelah pasal rasa ayam masak ungkep ni macam mana kan... MAKA... tingggggggg terus ada idea nak masak apa. Masuk-masuk opis terus cari resepi ayam masak ungkep, dan terjumpalah kat blog Kak Yati, terus zassss copy paste and print untuk simpanan akan datang.





AYAM UNGKEP JAWA STYLE
c&p :- Kak Yati - Sinar Kehidupan
Sumber :- Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 600 gram ayam, potong saiz sederhana
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf (jangan kata bayleaf, daun salam pun aku takde maka aku tak guna kedua-duanya)
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya



BAHAN KISAR HALUS :-)

  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 tangkai cili hijau
  • 10 - 15 biji cili padi merah
  • 1 camca besar ketumbar
  • 1/2 camca teh jintan kasar
  • 1/2 camca teh jintan halus
  • 3/4 inci kunyit hidup



CARA MEMBUATNYA ;-)

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
  3. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  4. Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). Biar mendidih.
  5. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
  6. Masak dengan api sederhana hingga kering.
  7. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Ramadhan Datang Lagi


Kepada semua blogger juga pembaca yang lalu lintas kat blog aku ni, aku menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari korang semua dan kami sekeluarga ingin mengucapkan 

...SELAMAT BERPUASA...

dan

...SELAMAT BERTERAWIH...

Semoga amalan yang kita buat sepanjang ramadhan ini akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T. 



Tanaman di Belakang Rumah



Menjak dah ada rumah sendiri ni, cubalah belajar menanam sikit-sikit. Kata orang tak rugi berbudi kepada tanah walaupun hanya di dalam pasu. Hehehe... tak caye?? Haaa tak cuba tak tauuu, aku dah merasa hasilnya. Walau pun pokok yang aku tanam tu masih kecil lagi tapi yang mana boleh aku cantas dah pun aku cantas.

Dalam pasu panjang  aku semai pokok lada besar, tomato, daun sup dan ada jugak terselit halia. Semua masih kecik-kecik lagi, nanti sampai masanya aku pindahkan ke tanah or pindah masuk ke dalam pasu lain. Nak dibiarkan bersusun dalam pasu tu terus memang tak sesuaikan. Sape mau anak benih cili besar sila angkat tangan, punye berderet hidup tu ha. Itu pun dah banyak yang aku cabut buang. 3 pasu berderet tu yang belah kanan sekali anak benih daun kesum dan 2 lagi anak benih cili padi, tomato dan daun sup.

Pasu yang comel sekali tu, pokok daun bawang. Daunnya dah aku cantas pastu aku tanamlah lebihnya. Pokok yang boleh di tanam dan mudah hidup wajiblah kite tepek dalam pasu. Pasu kecik tu patutnya ada pokok halau nyamuk, En. Hubby beli kat kawan dia tp oleh kerana dah 3 minggu disemai tak hidup-hidup maka aku pun tanam daun bawang kat situ lagi mendatangkan hasilkan.

Mangkuk biru yang besar tu pulak, aku tanam daun ketumbar hasil mencantas aku masak tomyam same ikan masak kuning tuh hari. Mangkuk mak aku tu, oleh kerana dah pecah maka jadilah pasu jugak daripada aku buang baik aku gunakan buat pasu, lagi berpekdah Kannnn....

Selain daripada benih-benih kat atas tu, ada gak aku tanam pokok pisang tanduk, kunyit, serai, daun selasih, pandan, lengkuas dan halia bara. Belum sempat aku tuai hasil, dah ada yang tolong tuai dulu. Panas je hati aku kan dengan en. ulat yang suka sangat rembat daun kunyit aku. Aku geram aku lenyek-lenyek kasi dia leper. Tapi kalau dah nama binatangkan, memang tak makan saman. Hari ni bunuh sekor hari esok datang yang lain. Tensennnnn betol. Entah apa nasib ngan cili-cili sama tomato aku akan datang. Perghhh ini macam kene pasang alarm untuk serangga ni. Hehehehee....




Biar pun kecik dah aku cantas pucuknya, nak masak asam pedas ikan pari punye pasalkan!!! mahaplaaa wahai  cek kesum. Hehehehe....



Jus MInda Dato' Fazley

Alhamdulillah selamat sudah aku habiskan puasa ganti aku. Syukurrr kepada Mu ya Allah kerana memberi kesempatan kepada aku untuk mengganti puasa yang tertunggak.

Bila dah berpuasa maka tekak pun macam-macamlah nak makan, ehehehehe... Kalau cakap macam tu ngan makcik aku, jawapannya "Tekak ko je macam tu, tekak mak ya tak pun". hahahahaa... Tapi betul, makcik aku ni kalau bulan puasa tak kesah berbuka apa pun. Apa ada depan mata tak diherannya asalkan perot dia kenyang dengan nasi. WAJIB bagi dia berbuka puasa dengan nasi. Takde nasi memang tak sah.

Jadi selama berpuasa maka macam-macamlah yang aku sediakan untuk juadah berbuka puasa aku sendiri. Ni salah satu air untuk aku berbuka puasa, JUS MINDA DATO' FAZLEY hasil ramuan ibu Dato' Fazley untuk anak-anaknya ketika kecil dahulu. Memang super duper sedap yehh kawan-kawanku sekalian. Bagus untuk semua peringkat usia. Korang pun tau kan khasiat kismis, kurma, madu dan badam maka tak perlu was-was untuk mencubanya. 

Selamat mencuba!!!!











JUS MINDA DATO' FAZLEY


Bahan-bahan :-D

  • 200g Kismis
  • 100g Kurma
  • 100g Cranberry (ini aku tambah)
  • 1 mangkuk Natural Yogurt (gantikan dengan susu pun boleh)
  • 2 sb Serbuk Badam
  • 5 sb Madu
  • 1 cwn Ais 
  • 1 gelas Air



Cara-cara ;-D

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  2. Sedia untuk dihidang./li>
***Boleh jugak perahkan sedikit lemon 








Bersukan utk Saturn

Minggu lepas adalah hari bersukan untuk kampeni aku. Mmmmm bukanlah minggu lepas je, dah starting dari beberapa minggu lepas lagi dah, bermula dengan bowling. Kemudian sabtu lepas pulak pertandingan futsal diantara kumpulan yang dibahagi-bahagikan mengikut nama planet. Aku diletakkan dibawah planet SATURN, budak-budak opis aku panggil group SEEEETAN, kuang ajokan!!! ahahahah tp ade aku kesah.   Dah namanya berguraukan...

FUTSAL!!! inilah salah satu game yang aku kene masuk secara paksa rela ok!!! Nak sepak bola serius aku  tak reti, dah memang sah aku tak penah main futsal sepanjang aku hidup ni macam manenya aku nak reti menyepak. Kalau suruh aku tangkap pakai tangan, yeppp aku memang terrer kerana aku memang terrer dalam permainan bola jaring, dah kata perempuankan!!! Opkoslah kene pandai main bola jaring kan!!! Zas zuss zasss ligat aku dalam padang. Tapi itu zaman mude belia laaa... sekarang ni pun kalau main aku rasa pancit gak, pasal dah lama tinggalkan bidang sukan ni. 

Dengan takde trainingnya aku bantai main futsal tu tapi nasib baiklah aku ni jenis layan En. Hubby tengok bola, maka ade jugaklah skill yang aku tau plus before main futsal tu En. Hubby ada tunjuk ajar sket macam mana nak gelecek bola bagai. Maka hasil dari menonton tv dan hasil dari tunjuk ajar En. Hubby, aku praktikkan di dalam gelanggang ketika perlawanan berlangsung.

Hasil kerja keras bersama kumpulan yang sama-sama tak pandai main tu, kite orang dapat tempat ke-3. Haaaa terrer ke tak kite orang??? Padahal semua team tak reti main. Hahahaha... cuma adalah beberapa orang dalam beberapa team yang lain pandai kecuali team aku je yang sememangnya takde yang reti main. Masing-masing main hantam kromo je. Tabik spring same goal keeper team aku Pn. Zarina Harun yang banyak menyelamatkan gol dari pihak lawan. Hehehehe... Aku pulak??? Berjaya menyumbatkan sebijik gol, sebijik je??? Aishhh kire terrer apa, korang ado??? Takdekannnn!!!! Hahahahah...


Apa pun dalam tak pandai main tu kite orang berjaya menghabiskan game tu dengan jayanya. Yezzzzaaa memang berjaya walaupun ditempat ke-3 je. Aku sangat berbangga wokeyyy... pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Bravo bravooo congrate untuk semua perempuan melayu terakhir opis aku. Hahahahahhaaaaa.... KITE MEMANG TERBAEKKKK... Jumpa next game yee...



Cewaaahhh... mula-mula masuk gelanggang suke bebeno okey...


Haaa bile dah main, mau sumput nyawa nak kejar bola walaupun gelanggangnya sekangkang kera je...


Ref bg tendangan penalti, ponggggggg aku tendang sekali hampehhh tak masuk daaaaa, nampak sangat tak reti main. Hehehehe...


Hamekkk kau kepenatan, mintakkk nyawaaaaa... mintakkkk nyawaaaaa..
Nasib baik ade import tukang urut profesional sapa lagi kalau bukan En. Hubby yang bagi sepenuh sokongan kat si isterinya ini... heheh terima kasseeeeehhhhh wahai En. Hubby. dannnn... HADIAH PALING BESAR yang aku dapat lepas berfutsal tu, aku muntah terok pada petang harinya sehinggalah ke malam dan selama beberapa hari badan aku sakit dan bisa-bisa akibat dah lama tak bersukan. Memmang TERBAEKKK....  

Bila Ramadhan Bakal Menjelma

Ni lah bahananya kalau orang tua cakap takmo dengar. Air dah paras hidung baru terhegeh-hegeh nak mengganti puasa. Haaa aku lah tu.. tetiap tahun macam ni. Sesakkk napas jap. Berbulan-bulan masa diberi tak digunakan sebaik mungkin, he he.... apa nak buat yeeee!!! Sepatah kata brother kat opis aku, "Cuba buat awal-awal tahun dulu, buatla senin khamis senin khamis kan senang". Haaa kauuu kene pelepek sejibik kat batang hidung padankan muka aku. Hehehehe.... Takpe bang, saya tengah mengganti ni ha, insyaAllahhhh sempat.

Hari ni kalau sampai, cukup puasa ganti aku 4 hari, maka ada 2 hari lagi untuk mengganti. Tuh hari berangan nak habiskan seminggu, akan tetapiiii tiba2 terasa hari esok nak stop dulu pastu sambung senin depan pulak. Syukurrr yee cuaca tak terlalu panas, mmmmmm kalau panas pun bukan aku rasa pun dah keje dalam airconkan.

Bila dah berpuasa tu, maka hawa nafsu makan macam-macam. Time berpuasa ni lah tekedek-kedek aku bukak blog masakan. Kalau hari-hari biasa malas la pulak. Sekali bukak-bukak blog terpampang depan mata gambar makanan yang boleh menggoncang iman aku. Terasa nak terkam makanan time tu jugak, tapi nasib baikklah ingattt bahawa waktu skang ni dah terlalu singkat utk aku skip puasa. Takkan nak bawak ke tahun depan pulakkan!!!

Hari pertama aku puasa, tekak terasa-rasa nak makan ayam masak lemak cili padi special resepi mentua aku. Balik keje apalagi, bergegas masak, alhamdulillahhh lepas puasa aku sehari. Kemudian hari ke-2, jalan-jalan cuci mata tengok blog orang part resepi-resepi ikan. Jeng jengggggg...aku berbuka dengan ikan senonggang buih masak 3 rasa. Mak aku kata ikan senonggang buih tu lagi sedap digoreng cecah air asam atau masak asam pedas pekat. Tapi dah tekak aku ni gatal nak makan masak 3 rasa maka bedal jela sedap ke tak sedap. Jangan tanya aku ngapa ikan tu dinamakan senonggang buih, pasal aku takde jawapannya. Hahahahaa...

Hari ke-3 pulak, ronda punya ronda punya ronda ternampak tomyam kemudian ternampak pulak Kek Batik... lepas tu jalan-jalan blog En. Aximud, boleh pulakkk dia tepek Chocolate Almond Torte with Peanut Butter Ganache, mau tak menyirap darahh aku. Heheh terus pegi blog Dr. Ezani Masterchef amik resepi. Berangan balik keje nak buat ke 3 3 menu untuk berbuka puasa ye. Korang pikir mampu aku buat semua tu??? Haaaaa.... ceteka ceteka, dengan aku balik kije 5.30 dengan nak mencari bahan lagi kat Mydin sebelah opis aku ni ha... hagak korang sempat ke???? Memang non ado lah yeee....

AKAN TETAPIIIIIIIIIIIIIIIII.....

Dengan bangganyaaaa aku umumkan disini, bahawasanya aku MALIAH... anak kepada ibubapa ku dan isteri kepada suamiku telah berjaya melaksanakan impiannya menjadi realiti. Yezzzzzzzz i made it,  i..... made it, hoyeayyy hoyeayyy.... Syukurrrrrrr aku berjaya masak tomyam sebelum masuk waktu berbuka puasa, aku berjaya buat kek batik ketika sedang berbuka puasa dan aku berjaya godak chocolate torte tu sebelum aku makan malam bersama En. Hubby ku. Hehehehee.... bila masanya aku berbuka??? Haaa sambil berbuka sambil-sambil buat kek batik. Cayooo??? Percayaaaaalaaaaaaa.... memang aku buat.

Kek batik, aku makan selepas aku makan malam... Perghhh sungguh puas hati yeeee pasal aku dapat makan apa yang aku nampak kat blog korang korang semua. TAPIIIII.... chocolate torte tu yang tak dapat aku makan malam tadi. Bukan kerana tak jadi, tapi kerana ganachenya aku tak buat. Memula aku nak la pakai ganache yang sedia ada dalam peti sejuk aku, adalah dalam beberapa bulan lepas aku buat. Tinggal letak peanut butter jelakan... sekali bukak-bukak tupperware haaaaa terkuzattttt aku kejap. Tengok ganache aku dah berkulat.... perghhhh hampaaaa betulll hati aku. Nak sejukkan hati punya pasal, aku simpan elok-elok chocolate torte tu dan akan aku buat peanut butter ganache balik keje karang. Padahal boleh je makan chocolate torte tu tanpa ganache. Hehehehehe... nak jugak aku makan chocolate torte dengan limpahan peanut butter ganache, gedikkkkkan!!! Hahahahahahahahahahahahahahaaaaaaa...


Tomyam dari blog Aku dan Sesuatu...


Mahukan resepinya??? Ada aku tepek kat N3 yang lepas... cari kan sini  BERTOMYAM KITE




Kek Batik dari Citarasawan


KEK BATIK
***cara paling mudah...


Bahan-bahannya :-D

  • 250g Mentega
  • 250g Susu
  • 400g Milo
  • Biskut Marie - Secukupnya  (Aku suka guna biskut marie yang kecik-kecik)
Cara-cara ;-D
  1. Masukkan mentega, susu dan milo gaul rata dan tunggu hingga adunan mendidih di atas api yang kecil.
  2. Bila dah mendidih tutup api, masukkan biskut marie dan gaul sehingga biskut marie disaluti coklat dengan sempurna.
  3. Bila dah rata masukkan ke dalam plastik ataupun ke dalam loyang adunan.
  4. Sejukkan didalam peti sejuk.
  5. Bila dah keras, keluarkan dan potong sedia untuk dihidang.
Kalau nak lagi sedap, letak kacang. Mudahkan!!! Semudah memakannya... ehehehe



Chocolate Torte with Peanut Butter Ganache dari Dr. Ezani Masterchef...



CHOCOLATE TORTE WITH PEANUT BUTTER GANACHE

Bahan-bahan kek :-D
100g mentega
140g coklat hitam
6 biji telur, diasingkan putih dan kuning
140g badam kisar/serbuk badam
85g gula castor

Bahan-bahan ganache mentega kacang coklat :-D
150g coklat hitam
150ml krim memasak/krim putar
4 sudu besar mentega kacang halus
25g mentega


Cara-cara ;-D
1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek “springform” berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin.

2. Untuk menyediakan kek, pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air mereneh (double boil). Tambahkan mentega dan kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5 minit).
3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang sepenuhnya (stiff peak).
5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam adunan kek dengan perlahan-lahan.
6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar selama 35-40 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering. Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau jika kek mendap dan merekah.
7. Keluarkan kek dari tin dan tanggalkan kertas pembakar. Letakkan kek di atas pinggan hidang.
8. Sediakan ganache. Potong coklat hitam dan masukkan ke dalam mangkuk.
9. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih, masukkan mentega kacang dan kacau hingga sebati.
10. Tuangkan krim yang telah dipanaskan tadi ke atas coklat, biarkan selama 5 minit, kemudian kacau sehingga ganache licin dan berkilat. Kacaukan mentega ke dalam ganache.
11. Tuangkan ganache ke atas kek. 
12. Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas kek.

Hari ni rasa-rasanya nak berbuka dengan Kuey Teow Hong Kong laaaa..... he hee





 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.