~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Paprik Ayam dan Air Asam Mak Yam

Semalam menu berbuke puasa aku ialah Paprik Ayam Mek Ye beserta ulaman kacang panjang dicicah air asam. Mmmm sedap sehingga menjilat jari.... Nak cube kat bawah ade bahan-bahan dan juga cara-caranya. Selamat mencubaaa...
PAPRIK AYAM MEK YE

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ayam
  • 20 btg Kacang Panjang (dipatah2kan)
  • 1 biji Gula Melaka (tengok besar mane ayam, kalau ayam kecik guna suku je..dicincang)
  • 4 helai Daun Limau Purut
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Air Asam Jawa pekat
  • Minyak utk menumis
Bahan Blender
  • Segenggam Lada Kering
  • 8 btg Cili Kering
  • 6 btg Serai (dipotong halus)
  • 1 inchi Kunyit
  • 1 labu Bawang Putih
  • 1 inchi Belacan
  • sedikit Lada Hitam
  • Air
Cara-cara
  1. Tumis bahan2 yg telah diblender sehingga garing.
  2. Masukkan gula melaka dan ayam sehingga empuk.
  3. Masukkan daun limau purut dan kacang panjang dan gaul rata.
  4. Masukkan garam, ajinomoto juga air asam dan masak sehingga mendidih, sedia utk dihidang.
AIR ASAM MEK YE

Bahan-bahan

  • 1 inchi Belacan
  • 2 Sudu Gula
  • 1 biji Limau Kasturi
  • 20 btg Cili Padi
  • Air Asam Pekat
  • Ajinomoto
Cara-cara
  1. Tumbuk cili hingga lumat bersama belacan, gula dan ajinomoto.
  2. Perahkan air limau kasturi.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul rata.
  4. Sedia utk hidangan.
***Kalau nak wat pencecah utk ikan cume tambahkan bawang merah aje.

Sambal Satey Daging Omak

BAHAN-BAHAN
  • 1kg Daging (dipotong nipis2)
Bahan Perapan
  • 1 biji Gula Melaka (dipecah2kan)
  • Gula Pasir (sucukup rase)
Blender Kering
  • RM1 Ketumbar
  • RM1 Jintan Kasar
  • 1/2 sk Jintan Halus
Blender Basah (dibahagi kepada 2 bahagian, separuh untuk perapan dan separuh lagi untuk menumis)
  • 2 inchi Lengkuas
  • 1 inchi Halia
  • 1 inchi Kunyit
  • 4 biji Bawang Besar
  • 5 batang Serai
  • 6 biji Bawang Putih
KUAH
  • Lada kering (diblender halus dan ikut citarasa nak pedas ke tidak)
  • 1 biji Gula Melaka
  • 1 biji Bawang besar (dimayang)
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 2 kuntum Bunga Pekkak
  • 8 kuntum Cengkih
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 1 kg Kacang (digoreng dan diblender kasar)
  • Air Asam Jawa (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula Pasir (secukup rasa)
  • Air
  • Minyak
CARA-CARANYA
  1. Perap daging dengan bahan blender kering, blender basah, gula melaka juga gula pasir dan biarkan 3 - 4 jam lagi lama lagi elok.
  2. Selepas diperap, goreng daging perap itu dengan minyak yg banyak dan biarkan hingga daging empuk (semi garing), kemudian angkat, minyak menggoreng tadi di ambil utk menumis dan tambah lagi dgn minyak baru.
  3. Tumiskan bunga lawang, bunga pekkak, cengkih, kulit kayu manis dan bawang merah hingga naik bau.
  4. Masukkan Lada blender dan bahan blender basah, tumis hingga garing.
  5. Masukkan gula melaka dan masukkan air, masak hingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan kacang, garam dan daging tunggu hingga mendidih.
  7. Masukkan air asam, bila dah cukup rase semua masak sehingga betul2 mendidih.

Terapi Ikan

Haaa jumaat lepas aku p zoommm ke Sutera Mall mencari barang lepas tu tetibe lak nampak ade sorang amoi nie wat terapi ikan. So bile dah mate aku tengok mcm menarik, kene lagi dah lame memang aku nak try wat terapi ikan nie dan dengan dia orang wat promosi dengan harga RM8.00 setengah jam, nie mesti harge selepas x dapat sambutan nie. hahaha... Aku pun ape lagi, dengan bangganya aku menyerahkan kaki aku ke ikan2 kecik tu. Korang pun penah tengok kannnn... Mula2 tu terase geli geleman dengan gigitan ikan2 tu. Tapi bile dah lame2 rase ok dah. So sesape nak cube p la buat yerkkk... menariikkkk serius tak tipu, lepas buat terapi ikan tu kaki aku rase lembutttt jee.. x tau la sbb ikan tu dah makan kulit kaki aku ke or sbb air tu sejuk dengan berendam lame. hahaha...

Kelahiran Ramadhan

Mari2 tengok anak kucing aku yg baru lahir pada 15/9/2009. Haaa semua sekali ade 5 eko. Comel comel belaka. Seronok giler dapat anak kucing baru, memasing belum ade name. Cume ade sekor je yg akan diberi name Bobo sbb tuan yg akan dtg nye nak letak name tu. So 4 eko lagi belum bername. Nanti aku carikan name yg sesuai or korang ade nak tolong letakkan name anak2 kucing aku nie???
Ini pulak anak sedara aku yg baru. Name dia Muhammad Aqil Thakif Bin Mohammad Rizal. Dilahirkan pada 18/9/2009 (Jumaat) pukul 1.09 petang. Nie dia budak yg x sabo nak sambut raye, sepatutnye Thakif dilahirkan pada 25/9. Tensen je mama dia sbb tak dapat makan makanan raya...Kesiannn kannnn, xpe La aku makankan utk ko. Hehehee

Biskut Gajus

Bahan-bahan
  • 250g mentega
  • 100g tepung jagung
  • 100g Top flour
  • 225 tepung gandum
  • 100g icing sugar
  • 1 biji kuning telur
  • 60g gajus di kisar
  • 1 biji kuning telur untuk di sapu diatas kuih
  • kacang gajus untuk hiasan
  • 1/2 sudu teh vanilla essence
Cara-caranya
  1. Pukul mentega, telur, icing sugar dan vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan gajus kisar dan digaul.
  3. Masukkan ketiga-tiga jenis tepung dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Cetak mengikut citarasa sendiri.
  5. Sapukan kuning telur di permukaan biskut dan hiaskan dengan sebiji gajus diatasnya.
  6. Bakar sampai masak.

Chocolate Chips

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan unsalted butter (biarkan pada suhu bilik)
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
Cara-caranya
  1. Pukul butter, gula perang dan gula pasir sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur, pukul lagi sehingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan sedikit garam.
  3. Masukkan chocolate chip dan gaul menggunakan senduk.
  4. Gunakan sudu/ garfu dan letakkan satu satu adunan ke atas dulang pembakar. Jarak setiap 1 mestilah jauh kerana biskut ini akan mengembang.
  5. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga masak.

Cornflakes Madu

Nie dia resepi cornfales madu. Sape nak cube haaa buatla sendiri.. sonangkan je niee... Bahan A
  • 100 gram cornflakes
  • 100 gram bubble rice
  • 100 gram badam dicincang
  • madu (ikut suke ati nak letak bape banyak)
Bahan B
  • 110 gram butter
  • 90 gram gula halus
Cara-caranya
  1. Campurkan bahan B dan masak diatas api sampai butter cair.
  2. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk dan hancurkan sedikit. Masukkan bahan B yg telah cair ke dalam cornflakes dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan bubble rice dan badam cincang dan gaul rata.
  4. Masukkan madu dan gaul rata.
  5. Masukkan sesudu cornflakes ke dalam papercup.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C dan bakar selama 5 – 7 minit atau sehingga ia masak.

Tragedi Kuih Raya 2009

Tahun nie projek buat kuih raya diadakan pada ujung minggu yg baru nie. Lokasinya seperti biasalah mane lagi kalau bukan di rumah sepupu aku si Zura tu. Memandangkan tahun nie ade sedikit kemalasan dalam diri memasing terutamanya aku, jadi kami semua sepakat membuat kuih sebanyak 3 jenis je berbanding tahun2 lepas. Kami memulakan operasi membuat kuih lebih kurang pada jam 8.30 pagi sabtu, dimulakan dengan membuat kuih yg paling mudah dan ringkas apelagi kalau bukan cornflakes madu. Selesai mengadun aku dan yg lelain pun menjalankan tugas dengan memasukkan adunan ke dalam mangkuk kuih. Kemudian terus masukkan kuih cornflakes madu tu ke dalam aven. Selang beberapa minit terdengar bunyi letupan kecil dari aven spupu aku tu dan besertakan letupan kecil tu karen kat uma spupu aku pun terus mati. Lepas dihidupkan semula karen, tunggu punye tunggu kuih tak masak2. Tengok2 aven spupu aku tu tak panas2, rupe2nye aven tu dah rosak dah. Menggelabah gak kite orang nie, lepas tu sepupu aku mendapat idea meminjam aven mak mentua dia. Lepas spupu aku p amik aven tu kami pun dengan rase gembiranya memulakan operasi, tapi belum lame bile spupu aku nak menaikkan suhu panas aven tu karen terus trip lagi. Aduiiii bengangggnyeee... berkali2 kami buat tapi tetap trip. Korang bayangkan dari pukul 8.30 pagi sampai ke tengahari 1 kuih pun tak berbakar lagi.

Kemudian spupu aku tu bawak la aven tu ke kedai kononnye nak betulkan, tapi tokey kedai tu cakap kene tunggu seminggu baru boleh siap. Lepas tu spupu aku pun pegi la ke kedai2 elektrik yg berdekatan, servey punye servey aven semua dah sold out, kalau nak pun kene tunggu dalam mase 5 hari. 5 hari ok, 5 hari tu dah raye kan. Last2 spupu aku terpaksa menebalkan mukenye meminjam aven dari kawan dia memandangkan kuih dah beradun. So terpaksa jugala spupu aku tu pinjam aven si Yenny tu, kawan spupu aku tu laaa. Haiiii la Yenny nasib baik kau ade aven, kalau idak tak siapla kuih kite orang tu... dan akhirnya kite orang berjaya menyiapkan 3 jenis kuih tu pada pukul 2 pagi. Terima kasih Yennyyyyy.. kalau bukan krana aven kau, kompom kuih kite orang x jadi... huhuuhuuu

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.