~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Peta ke Semua House

Baru perasan... ade orang tinggalkan note kat notakaki aku tu ha.... Nak bagi guide terus pada tuan empunya badan dia tak tinggalkan link pulak... so aku tepek je kat blog aku ni ha. Moga2 dapat membantu cik Nadia dan lelain yang nak menuju ke Semua House Kuala Lumpur.




Tu dia SEMUA HOUSE yang dicari-cari....


Map from Street Directory
Semua House. No. 3 Lorong Bunus 6 50100, Kuala Lumpur



  1. Lepas Sogo pelan-pelan impit ke kiri, nanti ade 1 lorong ke kiri, masuk. 
  2. Lepas masuk lorong tu jalan terus sampai jumpe simpang 3 dalam 10-20 meter je kalau tak silap, pastu akan nampak lot parking. Open parking ni betul2 belakang semua house, boleh terus parking kat situ. or... 
  3. Kalau nak parking kat dalam semua house pun boleh jugak tapi rege pun sedaplah pasal parking tertutupkan. or
  4. Boleh jugak kalau nak terus masuk Lorong Bunus 6... 


Moga peta dan direction yang ringkas ini dapat membantu.... Good Luck!!!

Tragedi November bukan Tragedi Oktober

Puggahhhhhh.... punye pemalas nak update blog, nahh hamek aku update utk 1 bulan punye sekaligus. Resepi baru from my kitchen??? Ohhh opkos ado, tp kenelah sabar menunggu kerajinan puan empunya blog. Hehehehehee...




Disuatu hari bile En. Hubby dikerahkan membuat sarapan pagi.. rajinlah pulak mendeco...


Mau juge berposing dengan Kak Diba walaupun Kak Diba pandang ke lain. Kak Diba memang yang terbaek....UEM Group Southern Region Dinner  @ The Zon Regency Hotel, JB. 


Jom main golf ngan pro golfers Tongchai Jaidee (Thailand) and Henrik  Stenson (Sweden) for the Iskandar Open 2011 @ Horizon Hills golf & Country Club.



Budak Gumbira & Budak Kecut Khatam Al-Quran @ Nenek Jijah House.




Ismail & Norafiza wedding, semoga kehidupan mereka berdua ini diberkati hingga ke akhir hayat. 


Family picture with the pengantin, penning kepala mak aku menengokkan posing maut dr anak sedaranya yang sorang itu.



Suprise tak suprise!!!! Birthday gal pegi beli kek utk diri sendiri ... heeeeeee


Sharing is caring, birthday cake dikongsi bersama dengan pak mentua dan adik ipar. Bagusss ini namanya family ecoooonomy... kekekekee



Adegan manja suami isteri di depan anak menantu. Ewwahhhh ewwahhhhh..........



Siput Gonggong, tempat lain aku tak tahu panggil ape. Sekali dengar namanya macam mengerikan nak makan, tp bile dah pekene siput gonggong ni.. kompom jatuh cinta.... siput sedut pun kalah wooooo.... Antara siput terglemer dalam family aku. hehehehee


Selalu lalang kat depan Kemangi Cafe, Pontian. 25112011 masuk ini kafe kasi try 1 kali. Makanan  super power...


Pekene Tutti Frutti yogurt dengan En, Hubby on 28112011. Dating-dating cari hal...



...THE END....



Memmang Terbaek...

Semalam balik keje bergegas balik ke rumah pasal nak memasak. Biasalah nak menjadi isteri solehah la katakan.... Sampaikan niat nak menyinggah kedai pun aku batalkan pasal takut En. Hubby tak kuarkan daging or ikan dari si peti sejuk. Kalau tak kuarkan, akulah yg masak pasal bahan semua keras kejung.

Pastu sampai-sampai uma, tengok En. Hubby dah bangun tengah layan badminton. Letak bag and aku terus ke dapur... Masuk dapurrr... uwaaaaaaaaaa.. what a supriseeeeeee!!!!!!! En. Hubby dah masak hokey.... Ooooooo terus dapatkan En. Hubby and polok ketat2 same dia. Heheheheeeeeee... wooo best killer....



Daging goreng kunyit ul la laaa...

 

Kangkong goreng belacan... ui ya yaaaa







Sambal ayam penyek special... uw wa waaaaa



Keseluruhan masakan En. Hubby, ADA UMMMPPPP.... yummylicoussss sehingga menjilat jari terutamanya sambal ayam penyek tu ha. Serius sodappp... original resepi dari Kg Jawa Shah Alam ye kawan-kawan. En. Hubby dapat masa dia keje part time kat Shah Alam zaman dolu kala. 

SAMBAL AYAM PENYEK

Bahan-bahannya :-D
Ikan Bilis
Belacan
Cili Padi
Lada Merah
Lada Hijau
Tomato
Jus Limau Nipis
Garam, Gula dan Ajinomoto.

Cara-caranya ;-D
Goreng semua bahan (ikan bilis,belacan, cili padi, lada merah, lada hijau, tomato). Kemudian lenyekkan dengan lesung kayu (pakai lesung batu pun boley jugee). Pastu perah limau, masukkan garam, gula dan ajinomoto. Rasa dah ok boleh dihidang bersama ayam penyek, takde ayam makan ngan nasi saje pun sodap.


Komen dari juri tetap,



Kita Manusia Biasa


Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,


Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,


Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul...




Lihat betapa hebatnya peribadi Rasulullah yang tidak ada pada aku. Ya Allahhh, aku memohon kepada MU agar kau memberikan aku secebis sifat-sifat terpuji Rasulullah. Tingkatkan kesabaran aku dan tabahkan hati aku untuk menghadapi manusia yang tidak pernah mengaku kesilapannya sendiri dan yang hanya pandai mereka cerita untuk mendapat belas ihsan dari insan lain. 

Aku ampunkan dosa mereka Ya Allah dan kau bukakan pintu hatinya supaya menginsafi dan menyedari setiap perilakunya dan aku ampunkan orang-orang yang seangkatan dengannya yang menyokongnya kerana aku tau mereka tidak tahu ujung pangkalnya dan di mana kebenarannya hanya kerana mata dan halwa telinga mereka telah ditutupi dengan hasutan. 

Ingatlah wahai manusia bahawasanya, KEHIDUPAN KITA INI ADALAH LAKONAN MATI KITA DI ALAM YANG KEKAL ABADI.   

Klentang Klentung di Pagi Hari

Salam AIDIL ADHA untuk semua blogger juga kepada silent reader di luar sane...  cehhhh dah lepas beberapa hari baru nak ucap ek, ape ke teruk bebenor aku ni!!! Aiskkkk xpelah dah jadi dah pun, takleh nak undur balik.Hari nie aku mau berkongsi resepi ayam masak lemak cili padi style mak mentua aku. Amat berbeza dengan cara masak-masak lemak yang ado... KESEDAPANNYA??? Kasi cube dululah baru tau... bagi surprise rasa la kat korang....


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI SPECIAL


Tu dia gambarnya, gambar dr bekal aku je. Pepagi buta takdan aku nak deco2 bagai. Ni pun time nak makan pastu tetiba teringat picca belum amik lg.

Bahan-bahannya :-D

  • 600gram Ayam 
  • 1 inchi Lengkuas (dititik)
  • 1 btg Serai (dititik)
  • 1 helai Daun Kunyit (koyak-koyakkan)
  • 1 helai Daun Limau Purut (buang tulang tengah)
  • 1/2 biji Jus Limau Nipis 
  • Air secukupnya
  • 150ml Santan Kelapa (aku pakai santan kotak je, kalau santan fresh lagi sedap)
  • Minyak utk menumis
  • Garam
  • Gula
  • Ajinomoto



Bahan Blender :-D

  • 15 biji Cili Padi (ikut kepedasan sendiri)
  • 2 biji Lada Hidup Merah
  • 1 Bawang Besar 
  • 2 biji Bawang Putih
  • 1 inchi Halia
  • 1/2 inchi Kunyit Hidup (kunyit serbuk pun boleh)



Cara-caranya ;-D

  1. Tumis bahan blender hingga naik bau.
  2. Masukkan lengkuas dan serai kemudian tumis hingga bahan yang diblender garing.
  3. Masukkan air dan santan kemudian kacau selalu supaya santan tidak pecah.
  4. Bila kuah mendidih masukkan ayam dan kacau lagi.
  5. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, jus limau nipis, garam, gula, ajinomoto dan kacau hingga mendidih.
  6. Bila rasa dah ok, tutup api dan sedia untuk dihidang.


Komen dari juri tetap a.k.a En. Hubby, 



2011 Dinner ☺ "Culture of the World"

Perghhh memang world bebudak opis aku... Kenapa ye??? Semalamkan aku cakap, weols ada dinner malam tadi dan temanya pulak haa tetabooo punyeee "Culture of the World". Memasing pun melaram dengan pelbagai jenis pakaian. Ada yang siap menyewa kat butik-butik pengantin. Masuk-masuk dewan semalam dah macam berada di dalam perjumpaan sedunia, ada yang pakai baju India, China, Indonesia, Jepun dan macam-macam lagilah.... kalau pakaian kebangsaan kite jangan cakaplah ramai yang pakai.

Aku pulak??? Aku pakai baju Bugis Sulawesi, aku pinjam dari sedara aku kat kampung, FOC je pun. Senin malam tuh hari baru pegi amik. Pinjam sekali dengan segala aksesori, dah alang-alang meminjamkan haaaaa rembatlah segala yang ada. Lagi plak Mak Aji sendiri yang offer suruh pakai aksesorinya sekali. Orang dah pelawakan, aku ape lagi bak kata orang, musuh jangan dicari. Hehehehe

Dah jom layan gambo jerk. Penat mendinnerkan diri semalam tak hilang lagi ni. Bukan penat ape pun, ngantokkkkk sebenarnya. Hahahah so hari ni kat opis aku adalah hari ngantuk sedunia... Hehehehhe

Tu dia menunya.... ditekak aku tak bapa nak sedap. Di tekak orang lain aku tak tau lah... tapi tak sedap tak sedap pun banyak gak aku bedal pasal dah kebulur.

Haaa nampak??? Makanan sedunia ok...

Yeahhh... seb baik En. Hubby sporting jugak, merelakan badannya memakai baju Bugis. Tapi sebenarnya kene paksa ngan Cik Puan... hahahahaaaa

Geng semeja, weols terduduk kat penghujung benua jadi tak dapat nak berposing ngan kengkawan yg lain. Sedeyyyyy tauuu!!!
Ohhh Kak Diba the powerpuff gal (heeee mampuihhh kalau Kak Diba baca ni) really love your voice. Tabik spring sama Kak Diba pasal boleh menyanyi sambil melayan peminat plus amik gambar.

Culture of the World

Ape ke ngentam tetiba tajuk aku macam ni??? Ahaaa disebalik tajuk adalah storynya, ingat suke-suke aku nak tepek tajuk sebegitu, kannnn!!!!!

Malam ni, opis aku akan adakan dinner, then tema dinnernya adalah "CULTURE OF THE WORLD". Jadinyaaaaa... weols semua kene pakai pakaian yang bertemakan budaya di dunia ni ha. Tak kiralah pakaian dari pelosok dunia mane sekali pun. Tak sabar aku nak tengok budak-budak opis aku bergaya, aku dengar ade yang siap menyewa baju kat butik-butik pengantin. Fuhhhh gile dasat dia orang ni!!! Setahun sekali nak bergaya la katekan.

Aku?? Entah la haiii... masih belum ade keputusan muktamat. Bergantung kepada kemuatan baju yang nak dipakai nanti. Hahahaa... so tunggu jerklah update akan datang aku. Wait and see.... byeeee....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.