~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Teacher Shida in the House

Nak hilangkan stress, jom kite tengok video yg dibuat sendiri oleh Teacher Shida. Seriusss boleh hilangkan tensen. Dah banyak dah koleksi video miming lagu yg dia buat sendiri.

Teacher Shida FB

Teacher Shida Youtube

Ade orang xsuke tengok vid dia ni tp ramai gak yg suke... ape pun sepatah kate Teacher Shida nie "LET'S ENJOY...PEDULI APE ORG NAK KATE! YEAH!!!!!!" hahaha

Nie plak vid lain... Nie salah satu video dia.. kite enjoy duluuu

Contest : The Best Picture With My Baju Raya

Yihaaaaa.. aku mau joint contest lagiii... contestnya ialahhhh seperti yg tertera kat atas tu yee... and tuan punye blog yg bertanggungjawab membuat contest ini ialah Miss MIZA.

Sape2 nak joint contest ini silakan tiada pantang larang pun kecuali korang kene memenuhi syarat2 yg telah ditetapkan. Heeeee...

Sebelum tu kene tepekkan banner tuan punye blog dulu ye kawan2... Yes inilah dia picca yg nak jadikan sebagai pertaruhannn....

2 Days Training

This is the training that i go... Mastering English Through Effective Communication (METEC)
Discussion for talk show (group)
Orang discussion aku sebok nak tangkap picca
Ini orang plak.... sebok group dia present, dia plak gasak tersenyum sesorang. Hahaha

Wahai Kunci Kete

Gilee.. ini adalah kali ke-2 aku tertinggal kunci kete aku kat dalam kete orang, kali nie dlm kete si Neli. 1st time mase kat opis lama dulu mase aku keje ngan zelan, click here for the story. Mampuihhh tak layannn....

Semalam konon beria la kan nak balik lambat, orang len dok sebok bekemas nak balik, aku ngan selamba kodoknye buat muke xde pape yg akan berlaku. So then kul 6.15 lebey kurang gitu la aku pun kemas2 la nak balik uma kononnye. Sekali cari2 kunci kete, yg aku tak hengat mane aku humban terus kuar berjalan sambil mencari kunci kete kat dlm handbag aku kononnye. Wahh masih tak hengat tu kunci dah tinggal kat kete Neli. Sampai kat kete, dah siap swipe card segala, baru terpikir yg kunci kete aku dlm kete Neli. Huarghhh.. immediately aku call Neli and terus bg tau kunci kete aku kat dlm kete dia and terus tanye dia kat mana. The answer is... opkos she at house. Mmg mampuihhh x bleh layan ngan sikap pelupa aku nie. Hadoiiiiiiiiii...

Ape ke gila nak suruh si Neli tu patah balik, ok laaaa aku assume can get other car from my kampeni which is bos2 aku pakai buat pegi site. Call sesorang, memasing ade yg terbawak balik kunci la, bawak balik kete bagai laa.. Hadoiiiiiii... ini kalau xde kete kompom aku naik bas no 11 balik uma. Bas ofkos dah xde pepetang bute nie. Teksi??? Gile mane aku nak dapat no tepon plak kan. So bile aku dah kelam kelibut mcm tu aku terus kuar opis balik tengok kete sape yg ade. Wahhhh i'm very lucky coz 1 of my ofismate belum balik and he stays at the same lorong ngan uma makcik aku. Hahahaha seriusssss i'm very lucky yesterday. Terus call dia dengan bangga dan kompidennye.. suddently org yg aku call tu pun kompiusssss pasal aku strait cakap nak tumpang balik. Why he's so kompiusss?? Haaaa yg aku call tu orang lain. Hahahaha againsss blushing of me... merah bekarat dah muke aku yg gelap nie. Hadoiiii tengok2 rupe2nye no lain, sama nama tp org berlainan. Sekali lg mampuihhhh x layan ngan kelaku aku ni haaaa....

So immediately masuk opis and terus tekan no interkom. Kot takut tersalah orang lagikan. Haaaaa tak ke nayeee nyawa aku. Lepas pot pet pot pet.. baru la selesai rayuan gombal nak tumpang balik. Hadoiiii... so selamat la aku dr kene berjalan kaki balik uma.

Hahhh hamek kauuu, kete aku berembun pasal semalaman kat opis. Sampai budak2 opis aku yg tak tau bertanye, "Maliah, apsal kete ko berembun??" dengan muke kompius ok memasing. Aku pun gelakkkk jerk laaaaa....

I Love U Contest

Aku telah ditag oleh si Nelipetado untuk menjointkan diri dlm I LOVE U CONTEST. Yahhh dengan rela hatinye aku jointtt tanpa paksaan.. heeeeeeee

Mehh tengok syarat penyertaan.

  1. Open to All blogger. Opkosss i'm 1 of the bloggers
  2. Buat entry yg bertajuk I Love U Contest, opkosssss i make it...
  3. Wajib jadi follower, yehhh exactly follow
  4. Kene letak kat side bar plakk... dah dahhh
  5. 3 org yg di tag ialahhhh

Ok all done yeee... skang mau upload gambar yg ingin dijadikan pertaruhan. heeeee

Mehhh kasi tengokkkkk

jeng jeng jengggggggggggggggggg

jengggg lagiiii

sekali lagi jeng jeng jengggggggggggggg

...

......

..........

Tadaaaaa.. inilah dia gambo yg aku nak tepek sbg pertaruhan utk "I Love U Contest"... picca ini diambil pada 23 July 2008 oleh amoi yg menjaga kedai hp nie, mase tu kite orang baru balik dr tengok wayang pastu pegi kedai hp jap. Then my other half nie bleh plak nampak kedai tu juai munge sekali then dia terus beli and bg aku munge ros ituuu. Hamek kau siap ala2 prince nak melamar princess nye lagiii. heehee so sweettttt time tu. I loikeeee

1 Minggu Punye Story

Ini gambar dr side blakang, kire dr orang dapurlah ni. Haku la orang itu. Hahahaaaa orang sebok bermarhaban aku sebok nak hamek gambar. Ni marbahan kat uma nenek aku. Tetiap tahun nenek aku amik marbahan dr orang2 kg. Alaaa geng2 Yasin nenek aku gak la tu.

Yahhh gambar kat hatas nie, usherer2 untuk Hari Raya Open House kampeni kite orang hari khamis yg lepas kat The Ledang Urban retreave. Sudah time utk bekerja pun masih giler kuasa nak bergambo sakan. Dah diloceng pun tettap mau selesaikan camera2 yg bersusun kat hatas meja tu. Seb baik batery camera aku dah habis, kalau tak mau ditambah lagi ngan camera aku plak padahal boleh je email dr 1 camera kan... Ini idakkk, korang nie semua mmg la giler kuasa.

Hini pulakk gambo aku ngan bakal hadik ipar aku. Nie lepas dia orang menikah hari khamis malam jumaat tuh hari. Kenapa nikah hari khamis??? Jawapan dia orang "amik berkat mlm jumaat" :D ahahaha.... Anyway congrat to Ijal & Zura... Semoga pernikahan mereka berkekalan hingga ke akhir hayattt.... Ramai gak yg bertanye, bile plak turn kite orang, pasal adik2 dah melangkah bendul nie. Ohhh jawapan kami, Tungguuuuuu!!!!!!!!! The date confirm olediiiii, just wait and see ok. Aku and the other half boleh sabar, xkan la korang xbleh sabar.. Kannnnn!!!

Zapin??? Ohhh tidakkk.. tarian ini tidak ade kene mengena ngan zapin yee kawan2. Ini adalah tarian bugis yg dikendalikan oleh Pn. Hjh. Induk Chicuk Bt Daing Haddadek kat kg aku. Pelikkk??? Jangan kate korang, aku yg berdarah bugis nie pun baru hari sabtu lepas tengok tarian bugis nie. Hihihihiii... jakun tak jakun la kan aku sebagai anak bugis. Meh kite tengok skit vid yg sempat aku rakam. Tp sikit je aku rakam, vid kat bawah nie tarian ke-2, tarian per-1 aku x sempat nak rakam So mehh kite enjoy dulu....
Tarian Bugis yg diambil ketika pengantin lelaki nak p sambar pengantin perempuan. Tp sebelum nak menyambar tu haruslah tekun dan tawaduk menikmati tarian bugis nie. He he heee... kalau hujan turun sekali pun kene gak habiskan tarian ini, tak boleh berhenti ditengah jalan.

Siapakah gerangan awekss dibelakang daun keladi itu??? Hahaha itu daun olok2 da bukan daun betul punye. Semalam aku p terjah salah 1 kedai pengantin kat Perling ngan my other half. Skang dah kene mula start survey sane sini barang2 pengantin. Heeeee...

Sambil2 tengok mungeee untuk deco hantaran & bilik beraduu asmaradana... Warkkkk...

Jugaa mau nengok kotak ka, bakul ka or ape2 saje untuk buat hantaran. Uiskkk aku sudah rambang mate pasal semua cantek2 belaka. My other half sudah mening, ajak aku kuar pasal aku sudah demand mau itu dan ini. Hahahaha... sabar yee enchik C Y G the boz..

Yahhhh itu dia.. sekali aku terpandang 1 munge matahari yg besar gedabakkkk punye, dan haruslah berposing bersama munge ini. Hahahaaa.... Letak 3 kuntum bunge matahari kat pasu aku kompom dah penuh.

Makan... ofkosssss.. sudah penat meronding2, wajiblah mengisi perotku yg kosong ini. Semalam makan kat Z Family Tomyam ehhhhhh Family Z Tomyam kot , ntah haku pun tak berapa nak hengat nama kedai tu, ala warungnye kat tepi highway Perling tu je. Makanannye ok laaaaa... so so... Menu yg biasa aku makan, tomyam ayam, kailan ikan masin dan ofkos my feveret puyuh goreng kunyit. Bile peyot sudah kinyang aku pun balik la ke rumah, but b4 that hantar my other half balik dulu ke rumah dia.
~ THE END ~

Sembelih orang ke sembelih ayam???

Tengok tajuk je kompom korang dah tau ape yg aku nak cerita. Nie semua gara-gara kes pembunuhan secara kejam Dato Susilawati & 3 org yg lain, opss bukan kes nie jerk semenjak 2 menjak nie dah macam2 kes yg aku bace, dengar dan aku lihat dr kace tv kat uma tu. Manusia menyembelih dan membunuh dengan rakusnya seperti mudahnye menyembelih seekor ayam. dimanakah sifat perikemanusiaan mereka yg terlibat ni??? Subhanallah... Ya Allah lindungi aku, keluargaku, guru2ku dan sahabat2ku dr kekejaman seperti ini. Saban hari, saban minggu, saban bulan dan saban tahun Malaysia digemparkan dengan pelbagai jenayah dan kekejaman, pendek kate ade saje berita2 kekejaman berlaku mcm dah jadi trend pulak aku tengok. Tak percaya??? Korang selak balik berita2 yg korang bace. Bile hari nie ade kes pembunuhan, penculikan, rogol & bunuh dan mcm2 jenayah lagi, sok lusa atau tulat pasti ade yg menyusul.
Mari kite tengok antara kes pembunuhan kejam berPROFIL TINGGI sejak tahun 1982

1) PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS

Pembunuhan arwah Datuk Mazlan ( ADUN Batu Talam) yang dianggap paling mengerikan 17 tahun lalu yang memeranjatkan semua pihak.. pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan bomoh suami isteri Mona Fandey, Mohd Affandi Abdul Rahman (suami) serta pembantu mereka, Juraimi Husin sememangnya kejam dan diluar batas perikemanusiaan.

"Jeremi menetak leher mangsa sebanyak 3 kali sehingga putus, kemudian memotong sendi kemudian melapah kulit dan daging mangsa... semuanya atas arahan Mohd Affandi. kemudian tulang dan daging yang dikerat 18 di letak di dalam besen sebelum dicurah ke dalam lubang sedalam 1.8 meter di sebuah bilik stor."

walaupun terdapat pencanggahan keterangan dari ketiga-tiga suspek. mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. dan pada 2 NOV 2001 mereka menjalani hukuman di penjara Kajang.

2) PEMBUNUHAN DATUK S.KRISHNASAMY

Beliau merupakan seorang ADUN TENGGAROH (MIC). di tembak mati ketika di dalam lif. tembakan dari belakang leher menyebabkan beliau mati serta merta pada 11 JAN 2008.. pernah menerima ugutan bunuh melalui penggilan telefon. namun, apa yang menyedihkan.. pembunuh masih bebas di luar sana.. walaupun 13 orang ditangkap tetapi dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.

3) PEMBUNUHAN DATUK MOHAMED TAHA TALIB

Kes ini cukup menggemparkan apabila bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim dituduh membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamed Taha Talib 28 tahun lalu. beliau ditangkap polis dan didapati bersalah. dijatuhkan hukuman mati.. rayuan beliau ditolak. namun selepas bekas Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai Yang DiPertuan Agong meringankan hukuman kepada penjara seumur hidup di Penjara Pudu. Kemudian dibebaskan atas perkenan Yang DiPertuan Agong SultanAzlan Shah pada tahun 1991.
tamat tempoh penjara pada 1995.
tempoh perbicaraan 75 hari, perbicaraan kedua terpanjang selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4) PEMBUNUHAN HASLEZA ISHAK

Kes ini menarik perhatian ramai sebab ada kaitan engan kerabat diraja. Hasleza merupakan isteri kedua Raja Dihilir Perak. mangsa dicampakkan dari jambatan setinggi bangunan 5 tingkat. tindakan tersebut sama ada sebelum kematian atau selepas adalah kejam.

5) PEMBUNUHAN CANNY ONG LAY KIAN.

Canny menjadi mangsa lelaki GILA SEX.Canny diculik di pusat membeli belah ketika mengambil tiket kereta yang tertinggal di dalam kereta di tingkat bawah tempat letak kereta Pusat Membeli Belah Bangsar. apa yang memilukan.. mangsa dirogol kemudian dibunuh dengan kejam dan dibakar di dalam sebuah lubang. tertuduh menikam perut mangsa selepas merogol mangsa antara pukul 1 hingga 5 pagi pada 14 Jun 2003. Mangsa dibakar di dalam sebuah lubang.malah mayat mangsa ditutup dengan papan penanda jalan dan 2 tayar bersimen.. sebelum menutup dengan sekeping papan.. ketika mayat ditemui, mayat didapati putus antara bahagian badan dan kaki... bahagian luar kemaluan mangsa turut dibakar.
Pada 23 Februari 2005, Ahmad Najib dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan atas tuduhan merogol Canny.

Itu tak termasuk lagi kes pembunuhan Norita Samsuddin, Noor Suzaily Mukhtar, Altantuya dan banyak lagi la yg disampaikan di berita2 sebelum nie. Kenapa agaknya manusia menjadi semakin kejam semakin tidak berperikemanusiaan sekarang nie!!! Gara2 nak mengejar harta dunia, gara2 tamak haloba, gara2 hasad dengki, gara nafsu dan juga ada yg mengatakan membunuh kerana mendengar bisikan2 yg entah datang dr mane.

Pedoman buat kita sebagai manusia....

Puasa2 Raya2 2010

Gambar bawah nie time jamuan berbuka puasa bersama keluarga Nek Jijah pada 04 September 2010 hari sabtu. Kire2nye minggu terakhir puasa la nie. We all berkumpul reramai kat uma Nenek aku untuk berbuka puasa bersama2. Haaa yg ada2 korang tengok tu bukan orang lain. Memasing adik-beradik mak aku, so menjadi pakcik2 & makcik2 la kannn... Then yg kecik2 tu pulak semua sepupu2 aku. Anak sedara aku cume ada 3 horang ajee tu pun anak A.Ngah aku. A.Long x dapat joint the club pasal kete dia rosak last minit. Then dicampur pulak adik dan adik ipar Nenek aku and special guest from Kempas marii heheheh. Haaaa korang tengok sajelah kan... ramai x??? Ramai la jugakkannn... hehehe dah mcm panggil kenduri orang2 kg... Menunyee.. wah macam2 adaaaa... Pasal kite orang wat potluck, memasing kene bawa juadah. Sup daging, sayur capcai, roti jala, roti prata, roti perancis, bihun goreng, ayam percik, kuih-muih, murtabak ahh pendek kate banyak la makanan time tu. Sampai aku x tau nak makan yg mana satu. Rambang mata aku nak makan semua. Heeeee
Haaaa gambar2 kat bawah nie plak sila la layan ngan mata dulu. Tak dan aku nak bercerita pasal aku nak balik dah. Nak pegi pasar malam walaupun hari tengah hujan. Heeee aku sambung sokkkk hokeyyyy

Salam Lebaran

Salam lebaran untuk semua Dikesempatan yg ade nie Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN Kepada yg pulang ke kampung halaman, pandu lah kereta dengan berhati PANDU CERMAT NYAWA INSYAALLAH PASTI SELAMAT Semoga Allah memudahkan perjalanan korang semua....

Jumaat VS Solat Jumaat

Jom aku citer pasal kisah hari jumaat. Heeee... Aku kan ke jarang keluar opis lagi2 time bulan puasa nie. Memang aku terperap jelah kat opis nie menggodeh tenet sementara tak di blok time2 rehat begini. Big bos aku nie memang sentiasa bizi sampaikan hari jumaat pun dia lupa. Masuk minggu nie dah 2 kali jumaat dia lupe yg hari itu adalah hari jumaat.

Meh aku citer kes 2 minggu lepas punye yeee... bile semua orang dah kuar, tinggal la aku terkontang kanting mengetuk keyboard komputer yg dipinjamkan kampeni kat aku... ketak ketuk ketak ketuk dengan sangat rancak sekaliii ok!!! bayangggggkannnnn.... Heeeee

Tiba2 Bigbos aku tercegat depan aku, ntah bile mase dia ade kat depan aku nie kan aku pun tak pasan, "Maliah... Hadi mana??"

Aku nie dlm pada terperanjat pasal disape dengan tiba2 menjawab la jugakkan, "Hadi pegi semayang jumaat la bossssss..".

Dengan muke terperanjat and muke kompius bos aku menjawab, "Ehh hari nie hari jumaat ker?, Ahhh aku dah lambat la nie"

Sambil menengok jam kat tangan dia, bos aku terus berlalu pergi sambil menggaru2 kepala. Aku plak senyum jerk la sambil menggeleng2kan kelapa ngan kelaku bos aku tu.

Lepas tu minggu lepas pulak... segerombolan bos2 dikampeni aku nie berkumpul kat bilik dia, adelah dlm 5-6 orang. Dok rancak berbual sambil ketawa ngan kuatnya kuh kah kuh kah...Ha ha ha ha ha...

Pastu Neli pun datang tempat aku, haaa Neli rakan sekerja aku tp dept lain2. "Ehhh bos ko tu tak pegi semayang jumaat ker? ketawa komen kuat lagi memasing".

Aku pun jawabla,"Entahhh... memasing lupe gaknye hari nie ari jumaat, tu ade secretary dia pun dok diam keras je x ingatkan. Takpe biar aku sms en. Mazlan ingatkan dia, hehhehe".

Aku pun ngan lajunye menaip sms, "Woiiii sembahyang jumaat laaa" terus aku sent ke En. Mazlan. Haa En. Mazlan ni pun salah sorang bos kat dept aku. Tp aku ngan dia men hantam sebarang jerk kalau bercakap. Pasal dia jenis yg x kesah. tapi aku still hormatkan dia as 1 of my bos.

Lepas tu korang tau ape jadiiii???

Haaaaa bagai kejutan elektrik memasing bingkas bangun dan terus ke kereta nak p semayang jumaat. Macam mane dia orang boleh bersuraiii??? Teruskan membaca yeee...

En. Mazlan, "Bos tok bilal dah panggil sembahyang jumaat"

Itu yg masing2 lintang pukang bangun p sembahyang jumaat. Lepas tu mase dlm perjalanan ke kereta bigbos telah bertanye ngan En. Mazlan.

Bigbos, "Tok bilal mane yg sms ko panggil sembahyang jumaat Lan???"

En. Mazlan,"Maliah yg jadi tok bilal bos, dia yg sms aku tadi tu"

Haaa dengarkan penjelasan En. Mazlan tu, bigbos aku nie terus terkedu dan terdiam sekejap. Hahahhaa... Lawak plak aku dengar cerita En. Mazlan bile dia bercerita ngan aku selepas dia balik dr sembahyang jumaat.

Salam keMERDEKAan

Semoga masih tidak terlewat utk aku mengucapkan Salam keMERDEKAan utk semua

Semoga kita benar2 dah merdeka la yeeee

Hari2 merdeka semalam takde ape yg boleh menggembirakan aku

Kerana aku kehilangan salah seekor kucing kesayangan aku

Klik sini utk mengetahui dan melihat gambar si Tiger yg hilang itu

Aku pun dah tak mau tulis panjang2 pasal mode memang xde

:-'(

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.