~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

pAm tayaR puNya pAsalLah

Semalam aku ke Pontian lagi. Biasalah bulan2 pose nie kalau ke Pontian 2 kalau tak ke paso aku ke bazar ramadhan. Lepas aku ke paso, aku menuju plak ke bazar ramadhan. Tapi sebelum tu aku singgah ke shell jap. Bukan nak tuang minyak tapi nak tuang angin. Hehehehe ade ke orang cakap nak tuang angin, iskkk ngarot jerk. Aku singgah sat kat shell sebab aku nak pam tayar kete aku yang belah kanan. Asyik lembik je kejenye, nak mintak ganti baru lah tu. Ape lagi!!! Macam2 hal, tu belum cite kete aku yang senget sebelah kanan. Shuk ngan Noh cadangkan supaya aku tukar absorber. Hmm dah kirim kat Shuk pun, suroh dia beli kat kilang kat tempat dia, dapatlah murah sikit. Harap2 begitulah, dah lah nak raye nie. Rotek kete aku pun dah nak mati bulan 10 nie. Ahaksss tak yah kuar raye lahhhh...
Berbalik citer tadi, aku kan singgah kat shell sebab aku nak pam tayar kete aku. Pastu cam biasalah aku tekan kapaciti yang sepatutnya. Then teruslah pam tayar kete aku. Pam punya pam tibe2 kepala pam tu boleh tercabuttt. Berpusing2 aku cari mana kepala pam tu, tapi rupe2 terpelanting kat belakang aku jerk. Hishhh terkujat sekejap aku kat situ. Aku raselah kuat gak aku melatah semalam terkejot punya pasal... Hahaha sampaikan orang2 yang ada kat shell tu semua gelakkan aku. Bukan orang yang kat shell jerk, tapi kete2 yang berenti sementara menunggukan lampu ijau pun gelakkan aku, yang senyum sumbing kambing pun ade. Huhhh aku pun tak tunggu lama, terus je aku pasang balik kepala pam tu and terus belah dari shell tu. Hishhh malu siutttt, pastu aku gelak sowang2. Mak aku pun pelik apsal aku gelak sakan. Lepas aku cite ngan mak dia pun ikut gelak. Lepas nie tak nak aku pam tayar kat shell tu.

Tak Ku Sangka...

Semalam aku call Nolie. Saje bertanye khabar kawan baik aku yang sowang nie. Tengah sarat mengandung skang nie. Nampak gaya Nolie bakal melahirkan baby sehari sebelum raya. Then aku wat suggestion kat Nolie, "anak ko lahir nanti, ko letaklah nama dia Aidil ke, fitri ker or aidifitri" Heheheh tak musim katanya. Wakakakah... whatever lah Lie, as long ko selamat melahirkan anak ko tu, alhamdulillah. Seisi keluarga dan kawan2 ko pasti gumbira mendengar khabar berita tu nanti. Maka bertambahlah anak sedara aku dari kalangan kawan2. Iskkk dah bape orang ekkk!!! ehhh ramai dahhh. Mana tak, dalam ramai2 tu aku je yang still solo molo. Jijie pun dah tunang. Semua kawan2 bising "bila lia, bila bila dan bila". Wahai kawan2 sekalian jangan kowang risau, ape yang boleh aku katakan disini. Alah ayat yang biasa kowang dengar dari mulut aku. Kalau tak "coming soon or wait for my invitation card" Hehehhh.. Heyyy life must go on beb...
Hmmm berbalik pada cerita asal. Nolie bagi tau aku yang En. Arif, nie x-lecturer aku yang ajar aku akaun mase aku amik DSK (UPM) dulu dah keje kat MBJB as akaunten skang nie. Nolie suwuh aku call En. Arif suwuh risik2 kalau2 ade jawatan kosong kat sane. Pastu suwuh aku wat cam biasalah and the most important is, Nolie tau aku sukekan En. Arif dari dulu lagi. Hahahaha cite lama, dah lapoks basi pun and as i kno En. Arif pun dah kawin ngan x-studentnya jugak. Melepas aku... and seperti yang Nolie and 5 sahabat aku tau, aku lah orang yang paling nakal sekali mase belajo dulu. Bukan nakal ape, aku suka sangat sakat En. Arif nie time dia ngajar sebab lecturer aku yang sowang nie pemalu giler. Dan aku juga selalu bagi hadiah2 yang merepek meraban and bunga kat En. Arif. Tak kiralah ari ape pun, ari tak special pun aku belasah bagi jugak. Tapi aku kan bijak, aku tak penah letak nama sebenar aku pada setiap hadiah yang aku bagi. Hahahah sampailah habis belajar dia tak penah tahu siapakah gerangannya NurFatiha (ni nick yang aku gunakan mase bagi hadiah kat En. Arif) sehinggalah semalam baru dia tahu bahawa aku adalah Nurfatiha. Hihihihi.. sowii En. Arif, bukan saya saje2 nak bagi tapi memang saya suke sangat nak mengganggu ketenteraman En. Arif mase tu. Sape suwuh En. Arif pemalu sangat, kan dah kene ngan saya.
Then mase aku call dia semalam banyak gak yang kite orang bualkan. Hinggakan aku terlupe tujuan asal aku menelefon dia, marah Nolie kat aku. Hehehe rase seronok plak bila dapat berbual ngan x-lect aku nie. Tapi yang aku sedih and tak sangka tu, dia dah bercerai ngan wife dia. Kesiannya dia and x-wife dia... Pasal ape tak plak tergamak aku nak bertanye. Takpelah pasti nanti satu hari mesti aku tahu gak. Hahahahahahaa and sempat gak lah aku mintak mahap pasal dolu2 punye cerita. And sempat gak kite orang bertukar no tel semalam, sebab dalam cadangan next week aku nak wat reunion berbuke puasa bersama kawan2 and ingatkan nak ajak En. Arif join sekali. Mesti lagi meriah reunion kali nie... Hehehehhhh

Bazar Ramadhan

Hmmm sedar tak sedar dah masuk 6 hari berpuasa rupenye. Hari pertama berpuasa aku berbuka kat uma aje. Tapi sebelom tu macam biasalah acara tahunan yang tak penah aku tinggal dan terpaksa aku wat. Kene jadi drebar mak pegi paso tepi sungai dan yang paling utama p bazar ramadhan kat Pontian. Orang selalu cakap macam mana aku bleh pegi ke bazar Pontian tu selalu. Jauhhhh tu... Ahhh dah naik kete bukannya jauh pun. Tuang ajelah minyak sepenuh tank. Hehehe... Dok uma pun takde wat ape lagi boring, sebab asyik tengok jam, menghitung detik bila masanya nak berbuke pose. Nak wat kuih plak macam tak berbaloi sebab yang makannya tak ramai, baiklah beli aje. Cume kalau ade a. long, a. ngah n jamal balik jelah kene wat kuih. Wat roti prata ke, murtabak ke, ipok2 ke (orang johor lah cakap ipok2 orang tempat lain sebut karipap) or masak yang best2 sikit.
Puasa kedua aku ke bazar Pontian...hehehehe memmang aku tunggu2 sebab nak p risik2 somebody yang berniaga kat situ. Hmmm actually tak kenai pun, kenai melalui phone jerk. Then sampai kat bazar aku pun semes2 lah that guy. Tengah semes2 mak cakap nak beli air katira, huhhh best tu air nie. Then tibe2 mak tanye ngan bro yang jual air tu "ehh cikgu sekolah serkat kan???" erkkk aku yang kat sebelah mak nie pun terkezot jap. Alamakkk kat sini ker!!! Yang mana satu ekk ada 3 orang nie!!! Hmmm ok takpe aku semes2 lagi. Tengah2 sibok aku nak semes2 mak panggil aku tanye nak air ape. Alamakkk pesallah mak sebut nama aku nie!!! dah 3 3 orang dok tengok aku. Terkejot yang tadi tak ilang lagi, mak tambah lagi dengan sergahan. Huhhh... tak patut tak patut... mase tu aku dah nak gelak besar je, kononlah nak ilangkan rase terkejot tadi. Tapi tak bleh plak, nanti orang ingat aku giler plak. Aku pun ape lagi dok memaku kat balakang mak aje,pastu oleh kerana dek matahari membakar aku, aku berpindah ke bawah payung. Huhhh redup cikit mata aku. Pastu bile tibe part nak bayo air, dia pun hulur air kat aku "nahhh cik lia airnya" Erkkkk kali nie bukan sekadar terkejot, malahan terkebil2 mata aku dibuatnya termasuklah mak. Pelik mak macam mana budak nie bleh tau name aku. Hahahahaaa alamak kantoiii rupe2nya dia dah pasan mase mak sebut nama aku. :-} Iskkkk sejuk satu badan aku diwatnya budak nie. Apelah tak baik sergah aku macam tu tau dak. Tapi ok lah tu, as long dia dah tau aku camne. Wakakakahh.. tak payah lagi aku nak menyorok.
Keesokkan harinya aku ke bazar lagi dengan Mah, Yuen and Kikin sebelom tu kite orang ke butik mulia dulu. Saje jalan2 sambil cuci mata. Heheheh besar tujuannya tu. Sepatah kate Noh "pasang badan" hishhhh mana ade aku pasang badan. Badan aku memang dah siap terpasang ape. Hmmmm jumpe lagi, kali nie aku beli lagi air katira 2 palstik ngan kuih sikit. Akim suke sangat minum air katira nie. Aku pun samelah, sedap tuuuu... Tapi Mah, Yuen and Kikin kate takot nak minum. Takut mati... Hehhh kalau minum air ijau nie boleh mati dah lame orang2 yang minum air nie mati. Apelahhh jakon betul amoi 3 orang nie.

c0melnyA...

Fewittt fewittt... anak sape lah nie yerk!!! See comel tak budak dalam gambo nie. Cube teka siapa dia. Hehehehehe.... Aku!!??!!! Ehhh bukanlahhh, nie gambo mak aku mase kecik-kecik dolu. Ahaksss... Aku jumpe mase pegi uma nenek sedara aku kat Singapore. Long Adi cakap nie lah satu-satunya gambo mak aku yang jadi mase kecik dia. Sebab kebanyakan gambar yang diambil yang melibatkan mak aku susah nak jadi. Tak tahu apsal... Jadi aku pun ape lagi, mintak lah gambo nie nak wat kenang-kenangan. Nasib baik Nek Bechik and Tok Tairek bagi... Heheheheee....

Pose yAng y0k, paGi-pAgi bukAk peri0k

Lagi kisah di Era Rentak Muzik Terkini. Tajuk perbualan pagi nie antara Apek, Khairil and Kiran serta pendengar Era pasal "Pose yang yok, pagi2 bukak peri0k". Hmmm puasa di zaman kanak-kanak Apek and K&K macam nie...
"Mase time mandi, sambil mandi sambil minum air"
"Apek plak kantoi bila bibir dia merah sebab dia minum air sirap" Kahkahkahkahkahhh...
dan yang sebenarnya aku pun sikit lebih kurang cam dia orang gak. Mase umor aku 6 tahun mak aku dah ajar aku berpose. Bukan pose setengah hari tapi mak aku paksa aku pose 1 hari. Aku nak ponteng jangan harap dapatlah. Bila masuk darjah 1 lagi lah takleh nak ponteng. Kebanyakkan kawan2 aku mase tu siap bawak bekal pegi sekolah. Aku yang tengok nie hanye telan air liur jelah. Waaaaaaa mase tu aku rase mak zalim sangat sebab paksa aku pose dan tak bagi aku berbuke pose tengahari. Sudahnya setiap kali balik sekolah pagi and petang konfem aku pegi mandi. Atas alasan nak segarkan badan, tapi yang sebenarnya sambil aku mandi sambil aku minum air. Air paip pun air paiplah janji aku dapat air. Hehehehheh... Kalau tak silap aku betul2 aku pose penuh darjah 3. Itu pun selepas kantoi ngan mak aku panjat pokok kelapa. Mak pelik macam mana aku bleh kuat panjat pokok kelapa sedangkan aku pose mase tu,dah le kudrat kanak-kanak perempuan, kuat mana!!!. Dah le gitu abg long and abg ngah pun tak larat nak panjat, dia orang tunggu kat bawah aku plak yang kat atas pokok. Mana tak kantoiiii!!! soal punya soal...haaaa bocor rahsiaaa... Wahkahkahkahkahh terok aku kene belasah ngan mak. Pastu tobat tak nak wat lagi dah. Dan sampailah ke sekarang setiap kali Ramadhan tibe pasti aku teringat kisah lama. Hehehe... Macam-macam ada... Kowang plak macam mana. Ntah-ntah lebih terok dari aku kot...Muahahahahahaaaa

Duit Hantaran!!!

Tajuk perbualan serta pendapat pendengar di radio era pagi tadi menarik minat aku untuk mendengar. Alahhh tentang duit hantaran yang diletak oleh pihak perempuan. Wajar ke tak wajar kalau perempuan meletakkan wang hantaran beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu or beratus-ratus ribu. Tak mustahil beratus ribukan!!! Tengok aje artis-artis skarang, ahli korporat or anak-anak dato or kerabat di raja. Hehehehe macam-macam komen yang aku dengar pagi tadi. Ade yang tak setuju dan ade juga yang setuju. Balance r, dua dua ade. Ahakssss Hmmm pada aku "no komen" bergantung pada individu itu sendirilah. Kalau pihak lelaki mampu, dia boleh bagi sendiri ape. Tak payah nak mintak-mintak. Alah lagi pun duit hantaran tu bukannya untuk pengantin perempuan pun, tapi untuk perbelanjaan majlis. Itu untuk orang-orang di Johor ler, penah aku dengar orang luar dari Johor cakap "anak dara kat Johor nie mahal-mahal belaka" ehehehe itu aku dengar mase zaman sekolah aku lagi. Pastu anak dara yang murah kat Kelantan, erkkk betul ker??? Bukan murah ape, tapi wang hantaran mereka nie murah sebab duit hantaran tu semua diserahkan pada pengantin perempuan.So mak bapak diorang nie sesen pun tak amik. Ahaksss... Againsss no komen. watever yang pentingnya bile sebut je pasal duit hantaran nie. Teringat aku kate-kate Abg Ngah 4 tahun lepas. Kawan Abg Long tanye pasal aku. Konon nak minang ler...hehehee Pastu Abg Ngah cakap kat abg tu, "ko nak adik aku ko kene hantar RM20k" atas alasan aku adik pompuan dia sowang. Erkkkk giler aper Abg Ngah aku nie. Mengarut entah hape-hape. Wat malu aku jerk. Tapi at last aku tahu nape abg Ngah wat macam tu. and bersyukur sangat-sangat sebab aku tak kawin ngan abg tu. Kalau tak naye aku... Hehehehh... Bukan jodoh antara kita. Yezzaaa dan sekarang abg tu pun dah ade sowang anak laki2. Alhamdulillah... dan yang pentingnya aku tetap baik ngan abg tu and mak dia...

Majlis Cukur Rambut ands Kenduri Arwah

Hari sabtu merupakan hari cukur rambut (mmm potong jambul ker cukur rambut ekk) untuk Rianne Marsya. So seperti biasalah kalau dah ade kenduri kendara nie memang sibuk ler nak wat persediaannya. Aku sampai ke umah Zura pun ari jumaat malam. Sampai jerk dah kene wat keje sebab sok pagi kul 11.00 orang-orang marhaban akan sampai ke umah Zura pastu belah petangnya plak sambung wat kenduri arwah. Wat lah ape yang patut di wat. Pastu bile menjelang subuh jerk, masing-masing dah amik port. Pembahagian tugas dah diwat awal-awal laei. Untungnye aku kali nie, aku dah tak jadi driver laei. Kalau tak penatlah aku kene ke hulu ke hilir. Dan untungnya lagi sebab kenduri tu diwat secara buffet, pastu semua pinggan mangkuk Zura beli yang pakai buang punya. Sekali lagi menyelamatkan keadaan. Kalau tak jenohlah masing-masing nak basuh pinggan. Penat bebbbb... Mmm abis tak abis majlis pukul 8.30 malam. Huhhhh letihhhh. Kul 10.30 masing-masing dah diulit mimpi "K.E.P.E.N.A.T.A.N"... Hehehhhh

Hari ini yang Bizisss...

Hari nie wat aku seperti tak sempat nak bernafas... Hahahah... kononnyelahhh... Nampak cam real gitu. Wakakakahh.. ahhh pedulik ape. Blog aku, aku punye suke nak tulih ape. Yang entah hape-hape. Yezzaaaa... Dari pagi dok wat surat, s.i, rfi, dengan ape entah lagi document yang wat aku fenin lalat. Pastu kul 11.30 meeting ngan randell and balaguru untuk audit petang. Pastu pegi makan sat, masuk-masuk ofis takd karen plak. Hehehe bila part takde karen nie syok skit. Bukan tak penin pikirkan koje yang tak siap, tapi dok gelakkan Noh yang kene baling dengan note book oleh aku. Wakakakaka padan muke ko Noh, tu lah rajin sangat dok sakat aku, hahhhh sesekali kene tul2 kene kat muke. Hehhhh... Then bile ade karen jerk, aku pun start mengaudit logistic department. Aku cek mana yang patut je, sebab aku nak kejarkan mende lain plak. Tapi si randell nie tak habis-habis tanye mende-mende yang simple. Alahaiii randell nie kan internal audit. Cek cikit-cikit udah ler. Wat aku ngantuk jer. Pastu aku cabut kejap dari audit, sambung wat surat aku. Pastu bile mase nak abis jer baru aku p ke logistic semula. Dahtu aku sambung lagi keje aku, pastu randell panggil lagi untuk audit technical, alamaksss aku tengah banyak keje dia panggil aku. Last-last dia wat sowang. Wakakakakakakhhh nasiblah, aku dah bagi tau awal-awal mase meeting tadi hari nie aku takleh nak audit. Tapi kowang degil sangat. hahhhh hamik bahagian. Bukan salah aku atau aku saje nak elak wat koje yerk, tapi ari nie memang bizissss giler. Nasib baik aku tak giler macam orang giler. Dah ler aku nak balik plak nie, nak kejarkan yang kat uma plak. Patutnya aku balik kul 5.00 tadi coz aku nak p masjid nak bace Yasin untuk mak cik aku yang meninggal tu. Tapi skang nie dah lebih kul 6 aku masih tercatok kat cini. Erkkkk tensennnn nye... Wa cauu la... yezzaaaaaaaaaa....

Muke katon aku... di lukis oleh anak Kak Upek, akak cleaner yang keje kat tempat aku. Kekekehhh tak same pun, tak kisahlah. Saje nak bagi semangat kat anak Kak Upek nie melukis. Aku bagi upah cikit. Hehehehe

Bot Zelan

Hmmm semalam mase nak pegi keje aku lalu laut sebab aku dari umah nenek. So macam biasalah aku akan pastikan yang aku sampai awal ke jeti PTP, sebab aku risau kalau kene tinggal ngan bot company aku. Perjalanan pagi tu seperti biasa ajelah, air laut tenang jerk. Takde ape yang nak dirisaukan. Tapi bila sampai time balik, aku tengok air tengah pasang. Alamakkk masalah besar bagi aku nie. Bukannya ape, aku takut ngan gelombang yang besar-besar nie. Mengingatkan aku pada ombak besar tsunami bukan tsumawi ehhh... Kekekekehhh Serius semalam ombak laut memang besar giler, giler pun tak sebesar tu. Bayangkanlah biasanya paling lewat pun 20 minit aku dah sampai kat jeti PTP dari jeti Tg Bin. Tapi semalam aku sampai kat jeti PTP lebih dari 30 minit. Warghhhh aku raselah muke aku dah pucat time tu, nak muntah pun ade. Goh pun perasan perubahan kat muka aku. Erkkk Tuhan je yang tau betapa takotttttnye aku mase tu. Tapi Alhamdulillah Razi dapat mengemudi bot tu dengan baik. Terima kasihlah Razi oitttt... sebab ko terrer gak bawak bot tu. Kalau tak, tak tauuuu aku nak cakap camner...Hehehhhh.

Happy Graduation Wawan...

TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! dan TAHNIAHHH!!! yang tak terhingga kepada Wawan kerana telah berjaya menamatkan Diplomanya. And sok dah start kuliah untuk Degree kan, ape yang diharapkan disini ialah belajar bersungguh-sungguh dan tingkatkan usaha. Lepas nie cabaran yang akan datang lebih mencabar dari yang sebelum nie. Jangan mudah mengalah ye... Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih dan ingat janji-janji yang penah dibuat dulu. Yakin dan cekalkan diri pasti akan berjaya suatu hari nanti. TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! anddds TAHNIAHHH!!!... "wink" "wink" "wink"...

Kelahiran Baru Rianne Marsya B. Noorhisham

Lahirnya Rianne Marsya mungkin sebagai ganti Arwah Neneknya yang meninggal dunia sehari sebelum kelahiran baby kecil yang comel ini. Tak sempat Arwah neneknya melihat Rianne Marsya. Tapi aku rase Arwah dapat melihat Rianne Marsya dari jarak jauh, kerana setahu aku roh orang yang meninggal dunia nie masih ada dekat dengan kita. Cume kita saje yang tak nampak. Comelkan Rianne Marsya!!! Kami sekeluarga sepakat memanggil Marsya sebab ketika Arwah Neneknya masih ade, Arwah selalu memanggil panggilan ini ketika Marsya masih dalam kandungan ibunya. Hari pertama Marsya dibawa pulang dari Hospital Maunt Elizabert, Orchard Singapura. Selepas waktu maghrib hari jumaat Marsya tido dengan nyenyaknya. Tapi selepas pukul 9.00 malam Marsya asyik menangis menggegarkan seisi rumah. Sehinggakan ketibaan aku dari kampung pun disambut dengan tangisan Marsya. Zura, Sham, Pak Ngah serta Mail tidak tahu bagaimana hendak mententeramkan Marsya. Pelbagai cara dibuat, tapi Marsya masih tetap menangis dan menangis. Sampaikan ibunya juga turut menangis kerana tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat. Mungkin perubahan persekitaran membuatkan Marsya menangis. Atauuuuu...!!!! aku sendiri pun tak tahu. Aku, Mak juga Nenek turut serta membantu Zura menenangkan Marsya. Dan kemudian hinggalah menjelang subuh, lebih kurang pukul 6.30 pagi barulah Marsya lena tidur di atas pangkuan Mak. Jadi mengantuk semua orang dibuatnya Marsya. Nasib baik Marsya mengaruk 1 hari aje, hari berikutnya Marsya tidur lena seperti biasa itu pun setelah puas kami berusaha membuat air penawar untuk Marsya kerana pada awalnya Marsya menangis seperti semalam. Kalau tidakkkk, tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Nak ketuk pintu macam crita Ahmad Albab tu takkan lah boleh pulakkan, takkan nak letak Siti Albab atau Nur Albab kalau tibe-tibe Marsya ketawa bila pintu rumah diketuk. Hehehhh Marsya Marsya, Nek Long kate jangan jadi macam Marsya yang tergedik2 tu sudahhh... Susah nanti Ibu nak jaga Marsya...

Aku, Aku dan Aku...

Tengok nie, nie angkara anae yang suke dengki aku. Aku dok leka-leka sambut telefon pon nak diambil gambo aku. Memang dengki... Erkkkk camnie punye orang pun ade. Hehehhee same dengan Noh Jenoh, suke sangat amik gambo bukan-bukan. Lobang hidun dia yang kembang tu lah diambilnye... entah hape-hape ajeee... Kire nak tunjukkan kekretifan agaknye... Nasib baik dia tak penah save, kalau tak sure aku boh kat dalam blog aku nie. Jaga ko Noh, satu hari nanti aku akan wat ape yang aku cakap...
Laaa jenohhh aku nyusun gambo2 nie, tapi tak nak ikut arahan gakkkk... Lantakkkk lahhh...

Dalam Kenangan

Gambar terakhir yang di ambil bersama Mak Ngah ketika majlis persandingan adik arwah yang ke 12, sebulan sebelum pemergian arwah. Arwah merupakan anak ke-2 dalam 16 orang adik-beradik.

PerGinya Tak KembAli

Tanggal 04 September 2006 bersamaan 11 syaaban 1427 tepat pada jam 1.40 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon rumah aku. Tiba-tiba aku terdengar raungan Mak yang menyambut telefon, dan kemudian aku bergegas keluar dari bilik mendapatkan Mak. Aku lihat ganggang telefon dah terlepas dari genggaman Mak, Mak terduduk sendu di sisi meja. Aku capai telefon dan mendengar suara di hujung talian, aku dengar suara Mak Ani dan Mak Ani mengatakan bahawa Mak Ngah telah kembali ke rahmatullah tepat jam 01.33 pagi. Ya Allah dugaan apakah ini untuk seluruh keluarga aku setelah 5 tahun pemergian arwah adikku. Begitu sedih aku rasa kan, menangis aku tanpa airmata kerana aku tersentak mendengar khabar berita itu. Baru minggu lepas aku menghantar Mak Ngah pulang ke rumahnya di Singapura dari menghadiri majlis perkahwinan bapa saudara aku di Kota Tinggi dan baru pagi sebelum kematian aku berbual dengan arwah. Ya Allah kuatkan iman aku sekeluarga. Aku bergegas menelefon keluarga yang lain dan sejurus itu juga airmata mengalir laju bagai hujan yang menyimbah bumi, dan kemudian aku bergegas pulang ke kampung halaman, Kg Pekajang Gelang Patah meredah keheningan pagi. Sesampai di kampung semua adik beradik nenek, mak dan abang-abang aku sudah menanti. Aku sekeluarga berangkat pula ke Jurong West, Singapura. Aku sampai di rumah arwah pada pukul 4.30 pagi. Aku terus mendapatkan sepupuku Azura yang sedang sarat mengandung dan sepatutnya keesokkan pagi pukul 9.00 Zura kene operation sebab dia dah lewat melahirkan anaknya dari tarikh yang ditetapkan. Bila terpandang saje wajah aku airmata Zura mencurah bagaikan hujan yang lebat. Aku tenangkan dia, semampu yang boleh walau aku tahu aku sendiri sedih. Kemudian aku mendapatkan arwah. Ya Allah terpandang saje sekujur tubuh yang terbaring tidak bernyawa di katil, dan terpandang oleh aku Mail anak lelaki kepada arwah yang sedang menangis di penjuru katil lagi membuatkan aku sedih tak terkata. Aku ratapi wajah arwah yang tersenyum seolah-olah arwah masih bernyawa. Surah Yasin aku sedekahkan, hanya itu yang mampu aku lakukan sambil mata yang tak penah kering dengan airmata yang mengalir membasahi pipi. Tiada seorang pun yang dapat melelapkan mata ketika itu, hanya airmata yang menemani diri masing-masing juga surah Yasin dan tahlil yang dibaca silih berganti. Menjelang pagi hingga ke tengahari semakin ramai yang datang melawat silih berganti sehinggakan rumah 2 tingkat itu penuh di setiap penjuru. Aku tahu mengapa, kerana arwah seorang isteri, ibu, anak, adik, kakak, makcik, nenek dan seorang sahabat juga saudara yang cukup baik. Arwah seorang yang amat baik pada semua yang dikenalinya. Semua orang menyenanginya. Tak ketinggalan juga aku, aku antara anak saudara yang rapat dengan arwah. Aku jugalah yang selalu mengambil, menghantar arwah pulang ke Singapura atau balik ke kampung atau ke mana saje arwah nak pergi pasti aku yang dipanggilnya, dan rumah arwah jugalah tempat aku tinggal ketika cuti zaman persekolahan dulu. Tak kira senang atau susah kami sekeluarga bersama, aku dan arwah bukan lagi seperti ibu saudara dan anak saudara. Tapi arwah sudah seperti ibu aku sendiri. Buat pertama kalinya aku turut serta memandikan jenazah orang meninggal, walaupun sebelum ini aku antara orang yang paling takut nak memandikan jenazah. Tidak aku tahu dari mana datangnya kekuatan itu dan Alhamdulillah arwah dapat dimandikan dan dikhafankan dengan mudah sekali. Bukan hati aku saje yang berdetik malahan Ustazah yang mengetuai pun mengatakan bahawa jenazah Arwah cukup mudah diuruskan dari dimandikan hinggalah dikhafankan walaupun arwah agak sihat begitu juga ketika dikebumikan, aku tahu itu kerana aku juga turut serta mengiringi arwah ke tanah persemadiannya. Ketika kali terakhir kami sekeluarga diberi peluang untuk mengucup arwah, tiada seorang pun yang tak mengalirkan airmata. Cukup menyayat hati bila Azura, Mail, Pak Haris, Uncle Atan, Mak Ya, Nenek, Mak juga yang lain meraung seperti tak boleh menerima pemergian arwah. Cukup pilu hati aku bila melihatkan wajah nenek, patah hati aku bila melihatkan wajah Pak Ngah suami kepada arwah juga sayu hati aku bila terpandangkan Zura, Mail, Nayli, Mak serta keluarga yang lain. Terlalu pedih aku rasakan untuk terima ketentuan Allah ini. Namun apakan daya, walau sayang kami kepada arwah setinggi langit, tak boleh dilawan dengan sayangnya Allah terhadap arwah. Dan semalam sepupuku Azura anak kepada arwah selamat dibedah pada pukul 1.30 petang. Aku dapat seorang lagi anak saudara perempuan, sangat comel secomel kakaknya Nayli. Rian Marsya nama yang dipilih sendiri oleh arwah, dan sepupuku Azura meletakkan nama itu sebagai nama anak keduanya. Jenazah arwah selamat dikebumikan selepas solat Zohor. Ya Allah berkatilah Mak Ngah ku Rahimah Binti Esa, KAU ampunilah dosa-dosanya, tempatkanlah Mak Ngah ku ditempat orang-orang yang beriman ditempat orang-orang yang KAU kasihi.
....Al-Fatihah...

Zoo Saling

Selama aku di Johor nie, and walau pun aku membesar dan dilahirkan di Negeri Johor nie aku tak penah tahu bahawasenye dekat Saling Kulai nie ade Zoo. Bukanlah Zoo Negara tapi nama nya "Saling Zoo". Hehehehe baru semalam aku dapat tau, itu pun setelah diberitahu oleh sepupu aku Jamal. So semalam masa kami semua on the way nak ke Tebrau, aku pun singgah sebentar ke Zoo Saling nie. Bukannya ape, sekadar nak memastikan bahawa sememangnya wujud Zoo Saling seperti yang di gembar-gemburkan. Uuuhhh memang betul wujud Zoo Saling nie. Dari luar aku nampak ade banyak jugalah binatang yang dibela di Zoo nie. Mmmm kiranya nie private punye z0o lah. Dari luar aku lihat ade 2 ekor harimau, burung bangau, ikan arapaima, keli afrika (aku rasalah) and ade ular sawa yang sangat besar. Bak kate sepupu aku, kalau ular nie nak telan aku sure dengan sekelip mata je. Hmmm sure satu hari nanti aku akan masuk ke kawasan zoo tu untuk melihat binatang-binatang yang dibela.

sAmbutAn hAri KemerDekAan di DaNga BAy

Tengok betapa cantiknya bunga api nie. Gambar bunga api nie aku ambil mase malam kemerdekaan kat Danga Bay tu ari. Mmmm mase aku sampai jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam, so ade lagi masa lebih kurang setengah jam untuk aku dan yang lain-lain menunggu detik 12.00 malam, dan masa aku sampai tu kumpulan Amok (badi) tengah menyanyikan lagu rocknya. Nampaklah mamat-mamat yang gila rock terkinja-kinja depan stage dan ada jugalah 2 3 orang yang dijulang tinggi. Kalau aku, lepas aku julang tu aku tak sambut lagi dah. Cube lepaskan ke bawah, biar dia jatuh... Hahahhaa jahatnya aku!!! so malam kemerdekaan tu aku sambut kat Danga Bay dengan Mak, Akim, Jamal, Esah, Zarey, A'Coy, Dian, Reen dan juga orang-orang yang ada disekeliling aku. Pada mulanya aku memang malas nak ke mana-mana memandangkan faktor kesihatan aku yang tak mengizinkan. Tapi bila dah di timbang dan di sukat terpaksalah aku melayan kerenah diorang nie. Pada pandangan aku, sambutan kali nie tak semeriah macam tahun lepas. Sebab seperti tahun lepas, PM kite ade turun ke Danga Bay nie untuk memeriahkan lagi malam kemerdekaan. Tahun nie hanye sekadar kumpulan Amok yang menjadi penyeri Danga Bay. Alahaiiiiii.... Ade ke rock dikaitkan dengan kemerdekaan... Tak sesuai langsung...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.