~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

FamilyDayKg Vs Birthday

Sabtu lepas kg kelahiran aku telah membuat HARI KELUARGA. Wahhhh sangat meriah ok, dari hari jumaat malam dah start  bermula dengan pertandingan badminton, dam aji hinggalah ke subuh hari kemudian bersambung pulak hari sabtu kul 9.00 pagi sehinggalah ke 1.30 pagi hari ahad yang berakhir dengan acara karaoke dan cabutan bertuah. Sangatlah menyeronokkan wokey... aku??? Tak terkecuali... sempat gaklah menjointkan diri masuk 1 game. 1 game jee!!! Udah tu malamnye family aku sendiri ade majlis tersendiri. Heeee majlis bakar membakar dan menyambut hari jadi si tua IS, si budak kepoh Naufal dan si budak becok Umairah.

Hokeyyyy... skang kite layan picture yee...


Pertandingan mewarna mengikut kategori....


Fatin Nurin Hazika  lagi glemer ngan panggilan budak Mok aka Wowen pun joint the club utk kategori 10-12 tahun... dapat no. 2


Haaaaa tu dia hasil mewarnanya... cantekkannnn!!!


Ni plak kategori 7-9 tahun... Fatin Nurin Khaleesa aka Dek Ngah dapat No. 2 jugak, yang berbaju pink tu haaa...


Haaaaaaaa ini kategori 4-6 tahun, hasil mewarna budak si Nur Izzati Umairah aka Umai.... toleh kiri kanan orang semua dah siap kaler, dia boleh hentam menangis hokey.....


Ceteka, acara ape pulak yang aku joint ni!!!!Jom kite lariiiiiii.....
Yezzaaaa... acara mengayam ketupat.. anyam punya anyam punye anyam boleh tak jadi plak ketupat aku, geram jekkan... boleh plak tangan aku menggegel2 masa mengayam... Hahahah omak aku pun 2 x 5, tapi takpe makcik aku dapat tempat ke-2 dlm game ni... ahahahaha kire ade gak wakil yang menang dalam kuarga aku...


Bile tengok picture ni, terasa macam kering kontang pulakkk badan aku ni.... tp masa cek kesihatan time ni berat aku 50kg hokey... entah betul ke tidak timbang misi tu... ye ye ar je kan....


Ini pulak acara masukkan benang dalam jarum... ahahahaa payah tak payah nak masukkan... abang aku masuk game ni, tengok si baju merah yg tinggi tu ha... beria-ria nak masukkan benang.. habis je game boleh pulak anaknye jumpe pengadil....

Umairah,"Acik-acik, ayah kite dapat hadiah tak???"
Pengadil 1 (Kak Rose),"Haaaaaa....???? Ape budak ni cakap Mak Andak aku tak paham"
Pengadil 2 (Mak Andak),"Umai cakap apa???
Umairah,"Ayah kiteeeee... yang nama dia Rizal tu menang tak??"
Pengadil 2, "Wooooo.. ayah Umai tak menanglahhhhh"

Haaaaaaa.. punyelah sukeee si anak bile tengok ayah dia masuk pertandingan sampai teruja nak jugak ayahnye dapat hadiah. Hehehehe kelako betul lahaii anak sedara aku sorang ni, siap pegi tanya haaa... Bijakkk bijakkkk.... Mana aku dapat tau pasal kes ni, haaaaa tu makcik aku yang bernama Mak Andaklah yang ceritakan balik....









Muhammad Darwish Asyraf aka Botbet adik kepada Botbot sepupu aku la ni... ehehehe umur 1 tahun 3 bulan masuk pertandingan lari dalam walker... Melalak-lalak tak moh masuk walker tau... dari kecik pun tak penah masuk walker sekali tetibe kene masuk dalam walker mau tak member mengamuk sakan. Dapat gaklah no. 3...terrer terrer terrerrr


Time ni aku dah balik uma nenek untuk persiapan berbbq di malam hari... Omak aku ngan makcik aku je yang joint the club.... mak aku dapat no. 2 weiii dalam acara meraub daun kelapa.... siap ade yang tak puas hati lagi tu, tak tau ke mak aku memang terrer part ni...


Haaaa kerusi beracun, game ni aku terrer sebenarnyee tapi tak dapat nak joint, time ni aku rasa aku dah kat Mydin kot memborong barang2 untuk BBQ.. haiskkk rugi2 aku tak joint kalau tak kompom aku menang.... Haaa ini makcik aku dapat tempat ke-2. Hehehehe pendek kate banyak gak hadiah yang kite orang dapat.


Acara meniup belon sampai pecah.... 5 orang sepupu termasuk anak sedara aku masuk acara ni tapi takde sorang pun yang menang... seddeyyyyy


Beria-ria menarik tapi apakan daya tak dapat tempat pertama... mana nak lawannye ngan orang yang berbadan gemuk2 lagi tegapkan.....


2 orang anak sedara aku baju merah tu Muhammad Akil Thakif dan si abang Akil Ammar beria je amik belon tiup tak jugak... paling penting, botol air tak lepas dari tangan tu... takut beno orang amik air dia.. isk isk iskkkkkkk


Tibalah pulak acara bakar membakar dan potong memotong kek... hoyeayyyyyyyy.... Budak si Opal sekali lagi potong kek bersama ngan sepupunya Abg Maei dan anak sedaranya Si Umai.... ehehehehe...
Tengok budak yang tepi belah kanan tu ha... beria menjeling kakaknya yang kesukaan memotong kek... jelesssslah tuuu.. ehehehehe... takpe Thakif nanti Mak Ode buatkan kek time birthday Thakif nanti yeeee....


Haaaa kek yag aku buat... CAYE??? Hahahah idaklah aku seterrer ini... ini kek yang kazen aku beli...


dannn.... inilah kek yang aku buat... 2nd time buat kek ni... 1st masa buat untuk sambut birthday Naufal kat tabika dia.

Hari ahadnya pulak seberang ke Singapore pulak, menghadiri majlis sedara belah Abah aku kat Woodlands.. dokek jeeeee


Tu dia perantinnye... Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat Syahira dan Fazlie


Inilah masanya untuk bergosip...Mak aku ni kalau dah jumpe member dia anak dilupekan... isk isk iskkkkk

dan akhir sekaliii...... jeng JENG jenggggg... Men teropong-teropong plak mak aku ni... Hehehe xtually ni keje anak sedara dia yang bernama Elmon D London punye kijee... pantang ade kamera kat tangan habis semua di snap. Budak Emon mau jadi photogapher ke!!!!!!


























Makanan ANTI Kolesterol

Jom kite makan makanan yang boleh menurunkan kolesterol dalam badan. Jangan ingat orang kurus takde potensi nak kene kolesterol tinggi ye... pasal beberapa orang kawan aku sendiri yang berbadan kurus menghadapi masalah kolesterol tinggi dalam darah. Sebelum terkene baik kite berjaga-jaga....



1. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Untuk memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh, disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi . Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

2. OAT
kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

3. KISMIS
Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.


4. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol jahat dalam tubuh.
 
5. EPAL
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari dapatuntuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.


6. ANGGUR
Buah yang kaya dengan zat catechin yang paling baik untuk menurunkan paras kolestrol dalam tubuh sesorang. 

7. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.


8. KUACI
Kuaci mengandungi zat besi. Pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari dapat menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol jahat sekali gus menghadkan kolestrol baik.



9. SOYA
Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak di samping membantu meningkatkan kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Kacang soya juga dapt mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.



10. WALNUTS/ BADAM
Kajian telah membuktikan walnuts boleh mengurangkan kolesterol darah. Kaya dengan asid poli tak tepu lemak, walnuts juga membantu mengekalkan salur darah sihat dan anjal. Begitu juga dengan badam, menunjukkan satu peningkatan ketara dengan hanya empat minggu.
11. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol baik dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

12. TEH
 Minum teh setiap hari dalam jumlah yang wajar dapat mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Teh dapat mengelakkan masalah pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.


13. MINYAK ZAITUN
Memasak menggunakan minyak zaitun amat digalakkan kerana ia mempunyai campuran anti oksida yang mampu menyingkirkan kolestrol jahat keluar dari badan tanpa mengganggu kehadiran kolestrol jenis baik. Ia lebih sihat dan tidak perlu melalui proses pengolahan mahupun penambahan zat kimia.


14. IKAN TUNA
Ikan Tuna tergolong dalam sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol jahat.

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

Semalam dapat email dari seorang kawan, menghantar sesuatu yang berguna untuk peringatan sendiri dan juga untuk renungan bersama. 

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar  tidak derhaka denganNYA.

Penyebab KOLESTEROL Tinggi

Meh sini kite tengok antara penyebab kolesterol tinggi.

  • KETURUNAN: Gen dapat mempengaruhi  tubuh memetabolisme LDL (kolesterol jahat). Hiperkolesterolemia family merupakan bentuk warisan dari kolesterol tinggi yang dapat menyebabkan penyakit jantung. 
Part keturunan ni tak pulak aku tau, keturunan En. Hubby ade ke tidak.... Bahaya ni... Jantungkan PEMBUNUH paling senyap... Uiskkkk mintak dijauhkan dari En. Hubby.

  • BERAT BADAN : Terlebih berat badan dapat meningkatkan kolesterol LDL (jahat). Kehilangan berat badan dapat menurunkan LDL dan meningkatkan HDL (baik) .
:-D ini takleh nak nyahhh ketepi pasal ape, lepas je 2 minggu kawin badan En. Hubby naik dengan jayanya. Tengoklah sape isterinya pulak... ahahahhaa 

  • SUKAN: Bersukan secara teratur dapat menurunkan trigliserida dan meningkatkan kadar kolesterol HDL. 
En. Hubby bersukan sesekali je, sebulan boleh dikira bape kali. Silap-silap 2 3 bulan boleh kire bape kali. Lepas ni aku nak suruh En. Hubby berkebun jelah... pasal kawan aku kata berkebun adalah cara terbaik menurunkan kolestetol.  

  • UMUR DAN JANTINA: Sebelum menopause, wanita biasanya memiliki kadar kolesterol yang lebih rendah dibandingkan lelaki pada usia yang sama. Sebagai wanita dan lelaki, kadar kolesterol darah mereka meningkat hingga lebih kurang 60-65 tahun. Setelah usia 50 tahun, wanita sering memiliki kadar kolesterol yang lebih tinggi dibandingkan lelaki pada usia yang sama. 
 Masalahnye skang ni umur belum jejak 50 pun kolesterol dah tinggi.... aduhaiiiii...

  • ALKOHOL : Minum terlalu banyak alkohol dapat merosak hati dan otot jantung, menyebabkan tekanan darah tinggi, dan meningkatkan kadar trigliserida. 
En. Hubby tak minum alkohol tapi merokok.... doktor pun ade cakap salah satu punca kolestrol tinggi adalah kerana merokok. Tengok betapa buruknya kesan rokok tapi masih ramai yang suka merokok. Ade orang tak kisah suaminya merokok tapi bagi aku... AKU KESAH.

  • STRESS: Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa stres meningkatkan kadar kolesterol darah dalam jangka panjang. Salah satu cara bahawa stres mungkin melakukan ini adalah dengan mempengaruhi kebiasaan anda. Sebagai contoh, ketika beberapa orang sedang stres, mereka menghibur diri dengan makan makanan berlemak. Lemak tepu dan kolesterol dalam makanan ini memberikan sumbangan peningkatan kolesterol darah.
Oooo yup... En. Hubby memang selalu stres dengan kejenya. Dah aku nak soh En. Hubby cari keje lain. Tapi mana ade keje yang tak stres!!!! Kalau bos kite tak buat kite stres orang sekeliling pulak yang bagi kite super power stres. Kannnn.....

Dalam DARAH ade KOLESTROL

TQ Mr. Google.. saje tepek gambo ni kasi korang tengok...

Khamis tuh hari aku amik Emergency Leave memandangkan En. Hubby demam pastu tulang belikatnya sakit walaupun telah berjumpa doktor pada hari Selasanya. Kesakitan yang telah membuatkan dia tidak dapat tidur ngan lena pada malam harinya, ohhh ofkosss melibatkan aku sekali. 

So aku ajak En. Hubby pegi hospital bile tengok keadaannya yang asyik mengerang kesakitan. Mau aku tak risau bile laki dah berkeadaan macam tu. Bagi makan ubat tak jalan, sapu minyak panas pun tak jalan. Tapi yang aku geramnya, tidak pulak dia nak ke hospital. Ngapa dia tak nak??? Pasal takut kene tahan ngan Doktor. Okey ape kene tahan, sekurang-kurangnya Doktor tahu nak buat apa bile kene kes macam tu. Aku??? yang boleh aku buat sapu minyak angin sambil bace-bace surah yang aku tau pastu bagi ubat tahan sakit. Udahnya aku ajak ke klinik Puteri Skudai pasal kat situ ade X-Ray.

Sampai-sampai klinik orang dah ramai. Bile sampai turn En. Hubby aku ikut masuk sekali and bagi tau apa masalah laki aku. Sambil tu doktor cek badan En. Hubby and sesi bersoal jawab antara Doktor dan En. Hubby bermula hinggalah sampai 1 part soalan Doktor dan jawapan En. Hubby membuatkan aku SENTAP

Doktor,"Merokok tak???".

Boleh agakkan apa jawapan En. Hubby. ANGGUKKAN kepala sambil memandang muka aku membuatkan hati aku panas membara macam api yang sedang marak... Okey aku boleh cool lagi, dahhhh takkan nak melenting kat depan doktorkan. Aku diam je lepas tu, sampai turn En. Hubby nak pegi X-Ray pun aku mendiamkan diri jugak. X-Ray sampai 4 kali okey.... kenapa sampai 4 kali??? Hasil X-Ray kabur... Bile Doktor dah terangkan 1 persatu tiba masanya Doktor bagi tau hasil amik darah 6 bulan yang lepas. 

Hasil test darah 6 bulan yang lepas yeeeeee... KOLESTEROL dalam darah En. Hubby adalah TINGGI. Doktor cakap sangat tinggi, dan Doktor ade bagi tau punca-puncanya semua. Bile dah settle semua, kuar klinik menuju ke kereta tengok kereta kene saman pulak dengan DATOK. Perghhhh sentappppp lagi... mana aku tau kawasan tu tak leh parking, dah aku tengok semua orang park situ siap tepek kupon aku pun followlah. I followwwwwww.... Follow follow hah terjun longkang.

Jadi kerana hati telah panas ditambah pulak tengok kereta dapat surat chenta maka meletoplah puting beliung yang aku simpan sejak dalam klinik lagi dan bermulalah ceramah tengahari dan sesi perli memerli untuk En. Hubby. Haaaa sentap tak sentaplah En. Hubby mendengar aku berceramah sepanjang hari. Rasakan.... len kali menipu lagi.. ikut lagi ajakan kawan. Ikut lagi kata hati nak merokok. Haaa hamek hamek hamekkkk... sekarang kolestrol dalam darah dah tinggikan... hamekkk bahagiannnn... itu hasil menipu binilah tu.

Okeyyy.. stop sini... kang kalau aku teruskan panjang pulak bebelan aku. Sentap pulak aku nak bace akan datang. Hahahahaa....


MoralOfTheStory:- 
JANGAN SESEKALI MENIPU ISTERI/ SUAMI SENDIRI... BURUK PADAHNYAAA





































Tiket Wayang FREE


Hoyeayyyy.. dapat tiket free dari sport club kampeni aku. 
Mmmm free??? 
Lepas ni kene set time ngan En. Hubby utk menonton wayang. 
Cite apeee yeahhhh yang tengah meletops skang ni!!!! 
We wait and see...

Ketam Masak Sambal Telur

Perghhh gila lama aku tak masak ketam dan tak makan ketam. Pasal apa ye??? Ini semua gara-gara aku kene operate buang apendik bulan 7 tahun lepas. Gila lama aku berpantang, dan ini pulak gara-gara En. Hubby yang melarang aku memakan sotong dan ketam. Kenapa En. Hubby melarang??? Haaaa ini pulak hasil pertanyaan dan penceritaan seorang kawan tempat kejenya. Jadi aku sebagai seorang isteri yang mithalilah sangat (biar perasan lebih), melayankan saje pantang larang yang dibuat oleh En. Hubby. Lagi pun aku ni sebenarnya bukanlah penggemar makanan laut tegar.

Ade depan mata aku makan, takde aku tak cari... dan aku juga sebenarnya seorang yang agak sensitif terhadap makanan laut ni. Bukanlah sensitip sampai kene gatal-gatal ke ape ke kan, cume tekak aku ni akan loya bila makan makanan laut dan kebiasaannya makanan yang aku makan akan keluar balik. Kalau dulu, ikan, sotong dan ketam hanya boleh aku makan bila digoreng. Kalau tak goreng kompommmm aku amik kuahnye saje, sanggup aku makan berlaukkan kuah saje. Kalau rajin pulak ikan masak tu aku campak dalam kuali dan goreng garinggggg. Sepatah kata mak aku, "ko ni kalau goreng ikan tak sah kalau tak macam kayu". Hahahahaaa... Part ni mak aku paling jaki ngan aku. Tapi alhamdulillahhh.... sekarang ni aku dah boleh dah makan makanan yang terus dimasak tanpa digoreng dahulu. Syukurrrr alhamdulillahhhh... Moga-moga sampai ke tua lah macam ni, kalau tak boleh seksa gak wooooo... Tengok orang lain makan tak ke terliur tokak ko!!!

Dah jom layan resepi turun temurun dari mak aku. Gambar aku masak non ado pasal aku skang dah tak rajin nak mengambik gambar. Hehehehe maka layankan sajelah gambar cilok dari mr. google yang cun melecun kat bawah tu ha. Sikit lebih kurang je ngan apa yang aku masak.


Picture credit to Mr. Google

KETAM MASAK SAMBAL TELUR

Bahan-bahan :-D
  • 1kg Ketam Bunga
  • 3 biji Telur
  • 5 sb Sos Cili
  • 2 sb Sos Tomato
  • Garam secukup rasa
  • Daun Sup untuk hiasan 

Bahan Kisar :-)
  • 1 genggam Cili Kering
  • 2 biji Bawang Besar
  • 3 biji Bawang Putih
  • 1/2 inchi Halia

Cara-cara ;-D
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos lada dan sos tomato dan tunggu hingga didih.
  3. Masukkan ketam kemudian gaul  rata.
  4. Perasakan dengan garam kemudian bila ketam hampir masak pecahkan telur.
  5. Masak sehingga telur dan ketam masak. 
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba..... kompom meletops kesedapannya

CHECKERED CAKE

Seperti yang aku janjikan semalam, hari ni aku tepek resepi membuat checkered cake, tapi aku buat jadi layer cake. ehehehehe... almaklumlah aku belum ade cutter ring yang cun melecun macam Kak Ita guna tu. Cari kat kedai kek kat Perling Indah idokla ade depa menjualnya ade pun yang comey-comey belaka. Tu hari buat rainbow cake senget benget tu aku bedal tekan pakai bekas tupperware untuk buat line pastu aku potong pakai pisau. Heeeeeeee... suke suki hati aku jekan.

Kepada mereka-mereka yang baru nak belajar buat kek macam aku ni ha, boleh try buat kek ni. Pasal simple dan mudah je pun cara pembuatannya, takdelah rumit mana pun. Pejam sebelah mata pun boleh buat tau. Haahahahaa... Seriusss aku rekemen kat korang ni, rasanya pun ADE UMPPPHHHH.. sodap hingga menjilat jari, lembut pun lembut. Pengkritik tetap aku pun kate kek kali ni memmang meletopsss... Selamat mencuba!!!!


Picture credit to Masam Manis


CHECKERED CAKE
Rujukan video : Keikos Cake and Pastry Friends
Copy & paste : Masam Manis

KEK PUTIH

Bahan-bahannya :-D
  • 190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
  • 110 gm gula castor
  • 70 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung jagung
  • 30 gm butter
  • 20 ml susu segar
  • 1 sudu teh esen vanila  (K.Ita tambah aku pun tambah jugak)
Susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair
Kemudian tambahkan esen vanila.

KEK COKLAT
Bahan-bahannya :-D
  • 190 gm telur - anggaran 4 biji di buang tali pusatnya.
  • 110 gm gula castor
  • 60 gm tepung gandum
  • 10 gm tepung jagung
  • 20 gm serbuk koko
  • 20 gm butter
  • 20 ml susu segar
  • 1 sk vanilla
Sama juga seperti kek putih
Susu segar panaskan atas dapur bila dah suam masukkan butter.
Biarkan butter mencair

Cara-cara ;-D

KEK SPAN PUTIH
  1. Apa yang kita perlukan ialah loyang berukuran 7 inc. (aku guna loyang besar 10 inchi punya)
  2. Alas dasar loyang dan tepi loyang dengan kertas minyak. (JANGAN di sapu dengan butter) Bila dah siap, ketepikan.
  3. Panaskan oven pada suhu 190C. Aku guna suhu 170c je.Suhu oven bergantung kepada kepanaskan oven dan mengikut juga jangka hayat oven itu di gunakan.

Proses membuat kek.
  1. Proses membuat kek ni lain sedikit, ia menggunakan kaedah double boiler. Oleh itu ikut arahan dalam resepi.
  2. Mula-mula kita masak air dalam periuk yang kecil. Biar air mendidih.
  3. Dengan menggunakan mangkuk yang lebih besar dari periuk tadi, pecahkan telur dan masukkan gula dalam mangkuk tersebut.
  4. Letakkan mangkuk yang berisi gula dan telur di atas periuk yang telah mendidih airnya tadi.
  5. Pastikan dasar mangkuk yang besar tidak menyentuh permukaan air.
  6. Dengan menggunakan mixer, mulakan proses memukul telur dan gula secara double boiler tadi.
  7. Terus memukul sehingga suhu adunan telur mencapai suhu badan (38C - 40C)
    (Jika tiada thermometer, jangan bimbang anda hanya perlu sentuh adunan dan rasakan suhunya agak2 suam-suam kuku.)
  8. Bila adunan dah mencapai suhu badan, tutup api.
  9. Alihkan mangkuk dari periuk tadi dan terus memukul adunan telur sehingga ia menjadi ringan dan gebu. Ia mengambil masa yang agak panjang. Anda akan dapati perubahan pada telur iaitu dari warna kuning kepada warna peach dan akhirnya menjadi warna putih.
  10. Ayakkan tepung bersama tepung jagung ke dalam adunan telur tadi. 
  11. Dengan menggunakan spatula kaup balik adunan hingga rata.
    (Secara perlahan-lahan sahaja ye! jangan menggunakan mixer dan jangan pukul kuat-kuat kerana ini akan menganggu proses pengembangan telur tadi dan akan buatkan kek kita turun, atau bentat atau penyek setelah di bakar.) 
  12. Oleh tu pastikan adunan di pukul secara kaup balik dengan perlahan.
  13. Kemudian tuangkan pula susu dan butter yang telah di cairkan tadi.
  14. Tambahkan 1 sudu kecil esen vanila.
    (Dengan menggunakan spatula juga, kaup balik kek sehingga ia benar-benar sebati.
    Jangan terlebih pukul adunan, kerana adunan akan hilang kegebuannya nanti akibat terlalu di pukul.) 
  15. Masukkan adunan yang telah siap tadi ke dalam loyang.
  16. Hentak kan loyang sekali, perlahan aje ye jangan kuat sangat!
    (Proses ini untuk mengurangkan gelembung udara yang berlebihan pada kek.) 
  17. Bakar kek hanya menggunakan api bawah sahaja.
  18. Letak loyang pada rak paling bawah.
  19. Bakar pada suhu 190C ( aku bakar suhu 170C )
    (Proses membakar mengambil masa 15 - 20 minit.)
  20. Setelah kek masak terus keluarkan dari oven.
  21. Terbalikkan terus kek atas redai.
  22. Proses ini untuk mengelakkan kek mengecut dan penyek akibat faktor tarikan graviti.
  23. Bila kek dah sejuk keluarkan dari loyang.

KEK SPAN COKLAT

  1. Sementara kek berada dalam oven kita buat pula kek coklat.
  2. Kaedah membuat kek coklat sama juga seperti kek putih tadi.
  3. Cuma bezanya kita tambahkan serbuk koko yang kita ayakkan sekali bersama tepung dan tepung jagung.
  4. Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, kita sediakan pula buttercream

BUTTERCREAM 

Bahan-bahannya :-D
  • 400 gm butter
  • 230 gm putih telur - anggaran 6 biji buang tali pusatnya
  • 200 gm gula castor
  • 50 ml air
Cara-caranya ;-D
  1. Buttercream ni menggunakan telur. Sebenarnya kita boleh juga gunakan buttercream yang lain jika kita tidak suka butter yang menggunakan telur. Butter yang menggunakan telur ni sedikit hanyir baunya, untuk mengelakkan hanyir jangan masukkan tali pusat telur.
  2. Kita juga boleh tambahkan esen vanila. Tapi esen vanila tu pastikan kita letak pada adunan butter jangan campur dgn adunan putih telur pulak! nanti tak jadi kita punya meringue.
  3. Mula-mula kita satukan gula dan air, masak atas dapur sehingga gula larut.
  4. Dalam masa yang sama kita pukul putih telur.
  5. Bila sirap gula mencapai suhu 117 -120 C ATAU Bila kita tengok gula tu dan larut dan keluar gelembung udara yang besar dan gula dah sedikit pekat dan likat dah ok lah tu.
  6. Tuangkan dalam adunan putih telur yang kita sedang pukul tadi.
    Teruskan memukul tanpa henti sehingga telur menjadi ringan gebu dan kaku.
    (Kaku - bila kita terbalikkan loyang telur tidak jatuh)
  7. Pukul adunan putih telur sehingga adunan sejuk. 
  8. Bila dah siap ketepikan.
  9. Kita pukul butter pula hingga butter kita lembut.
  10. Warna butter bertukar dari kuning ke putih dan sedikit creamy.
  11. Masa memukul ni boleh lah kita tambahkan sedikit esen vanila untuk mengelakakn bau hanyir pada buttercream kita tadi.
  12. Dengan menggunakan spatula, ambil 1/4 adunan putih telur dan satukan dengan adunan buter dan gaul rata.
  13. Bila dah rata tuang baki selebihnya dan gaul lagi hingga adunan sebati dan bergaul sempurna.
  14. Bila dah siap bolehlah kita mulakan proses melapis kek.

CHOCOLATE GLAZE

Bahan-bahan :-D
  • 300 gm coklat masakan gelap
  • 370 gm Heavy cream/ whipped cream
Cara-caranya ;-D
  1. Untuk chocolate glaze, resepi mencadangkan menggunakan Dark Couverture Chocolate, coklat cap tulip pun boleh atau coklat masakan gelap kalau tak ada boleh juga gunakan coklat masakan susu.
  2. Aku ikut Kak Ita guna whipping cream, pasal uma aku takde stok heavy cream.
  3. Caranya panaskan cream atas dapur hingga suam.
  4. Masukkan coklat masakan gelap yang telah di potong atau di hiris kecil.
  5. Kacau rata sehingga semua coklat melarut, kemudian tapis.
  6. Biarkan ia sejuk sepenuhnya. INGAT BIARKAN SEJUK. Kalau tuang coklat panas-panas atas kek akan membuatkan buttercream mencair. Haaaa keje aku lah tu pasal tak tengok betul-betul resepi. JANGAN IKUT KESILAPAN YANG AKU LAKUKAN.
  7. Kek yang telah dikeluarkan dari peti ais, di letakkan atas redai.
  8. Alas redai dengan tray atau dulang.
  9. Curahkan coklat atas kek hingga semua permukaan kek di saluti chocolate glaze.
  10. Dengan berhati-hati  alihkan atas dulang kek.
  11. Simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam
  12. Kemudian bolehlah hiasa kek mengikut kreativiti masing-masing.




Happy Birthday Na'opal

SELAMAT HARI JADI ANIQ NAUFAL

Segala benda yang dibuat tidak diberitahu kepada budak Opal ni. Tengah-tengah packing goodies dia datang mengepohkan diri, "Ibu, ibu... sape punye angry bird ni". Ibu pulak menjawab dengan selambanya, "Ni kawan K.Lia punye, jangan kacau nanti kawan K.Lia marah".

Okey bila sampai part membuat kek, budak si Opal ni bertanya lagii... "K.Lia, K.Lia... ni kek siapa??" Turn aku pulak menjawab, "K.Lia tengah buatkan kek untuk kawan K.Lia, kawan K.Lia order ngan K.Lia ni".

Makanyaaaa.... hari jadi disekolah adalah suprizeee untuk Opal. Masa hantar kek pun ibu dia sembunyi-sembunyi bagi pada teacher. Biasalahhhh.. ngan budak kepoh ni, semua kene rahsiakan. Kalau takkkk.... kompom 24 jam asyik tanya... "Ibu, bila nak buat hari jadi Opal, Ibu bila boleh bukak jajan Opal, Ibu bila Opal boleh potong kek, Ibu bila nak nyanyikan untuk Opal". Haaaaa takdenya aku ngan ibunya tahan nak melayan soklan-soklan seperti itu setiap hari. Letihhhh woooooo..... Dah jom layan gambar... resepi sok aku tepek...




Kek ketika dalam proses menepek buttercream
Puas lenyek buttercream kite simbah plak ngan coklat masakan.
PENGAJARAN:-Len kali beli coklat masakan yang mahal sikit, barulah berbaloi2...

Tangan aku ni kene bedung lagi.... gegel menulis tak hilang2... ehehehe
Tu dia... nilah ghupe dalam kek....
Budak Na'opal

"Opal kate : Ibu, ibu... tadi kat sekolah Opal potong kek sendiriiiiiii!!!!"

Ibu Opal kata : "Yekeee.... teacher ngan kawan-kawan Opal nyanyi macam mana???
Opal : "Dia orang nyanyi macam ni... ♫♪Happy birthday to youuuuu♫♪ ♪♫Happy birthday to youuuu♪♫ ♫♪Happy birthday to Aniq Naufal♫♪ ♫♪Happy birthday to youuuuu♫♪... (budak opal ni memang terrer menyanyi sejak dr umur 2 tahun lebey) haaaa macam tulaa dia orang nyanyi... best ibu...

...ibu tepuk tangan masa 0pal nyanyi...

Ibu Opal kata : "Wahhhhhh bestnyeeeee..... Selamat hari jadi anak ibuuu..."


Alahaiii muke birthday boy....

Kawan-kawan Opal yang meraikan hari jadi Opal....


Opal muke tensen dan birthday giftnya...
Sila tengok tangan kanan tu, bercita-cita nak buat peace tp teachernya larang... so tak dapat tunjuk peace dibuatnya peace ditepi seluar je... ahahhahaaa

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.