~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Selamat Tahun Baru!!!!



Hari berganti hari dan kini tahun pula berganti... 

2011 adalah tahun penghijrahan untuk aku dan En. Hubby....

Semoga dengan kehadiran 2012 ini juga akan menjadi tahun penghijrahan untuk kami berdua...

InsyaAllahhhh.... sesungguhnya semua adalah kehendak dan ketentuan Mu ya Allah...

Selamat Tahun Baru untuk semua....

Siput al Sedut

Ini menu entah kurun bile punye... baru teringat nak menepek kat blog aku ni ha. Siput sedut masak sambal kicap, seriously aku memang tak penah masak siput sedut masak sambal kicap. Kebiasaannya masak sambal biasa or masak lemak or masak asam ngan batang keladi or suloh keladi. Tapi oleh kerana En. Hubby request nak makan masak sambal kicap kaw-kaw pedas punya, so aku bedal je resepinya... Time nak masak tu, aku redha je dan berdoa.. moga-moga we all laki bini tidak dikejarkan ke hospital gara-gara masakan aku. Ha ha....

Tapi alhamdulillah, resepi bedal membedal aku menjadi. En. Hubby aku kata "sedapppp hingga menjilat jari" dan makcik aku pulak kata "sedappppp walaupun pedas ala-ala nak membunuh". Hahahaha seriously, siput sedut masak sambal kicap aku tuh hari super duper pedas. Dah laki aku request "kaw-kaw pedas" maka aku sebagai isteri yang mithali (mithali la sangat) ini hanya mengikut perintah. Hahahahaaa....

Jom terjah resepi bedal membedal aku....

SIPUT SEDUT SAMBAL KICAP

Tengok macam tak pedaskan!!! Tapi jangan korang berani2 makan kalau tak tahan...

Bahan-bahan :-D
  • 1kg Siput Sedut (bersihkan)
  • 2 sb Sos Tiram
  • 3 sb Kicap Pekat
  • 1/2 cwn Kicap Manis
  • 2 helai Daun Limau Purut
  • 1 batang Serai (titikkan)
  • Sedikit Air
  • Minyak
  • Air Asam Jawa/ Jus Limau Nipis secukup rasa
  • Garam dan perisa secukup rasa

Bahan kisar :-D
  • 4 biji Bawang Merah
  • 2 biji Bawang Besar
  • 4 biji Bawang Putih
  • 2 batang Lada Merah
  • 10 btg Cili Padi Merah
  • 10 btg Cili Padi Hijau (cili thai mari)
  • 20 batang Lada Kering
  • 1 sb Lada Hitam
  • 1 inchi Halia

Cara-cara ;-D
  1. Tumiskan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan segala macam kicap dan sos tiram.
  4. Masukkan siput dan daun limau purut kemudian gaul rata.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa, air dan garam sedikit.
  6. Bila rasa dah ok tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


NotaDihujungjari
***Kalau tak kuat makan pedas macam aku ni, kurangkan kuantiti lada cili.
















B.U.L.I

Bila si abang dah mula pandai membuli si adik.... 
Kompom tensen jadi adik... 
isk isk iskkkkk....


























Sourvenir ohh laa laaa

Setelah menyepikan diri beberapa hari, hari ni tergerak hati aku nak menghapdet blog. Saje nak tepek souvenir dari kawan-kawan aku yang dah agak berkurun lamanya. Untuk kenangan di masa akan datang...

Cenderahati pertama dari geng bas sekolah aku, yang baru balik dari Holland setelah berhijrah bertahun-tahun lamanya dinegara orang putih. Akhirnya balik jugak ko ke bumi Malaysia ni Chek Dah oiiiii... semua orang rindukan ko... maka tercapailah cita-cita ko di zaman persekolahan dolu kala... dan dah puas jugaklah ko pusing keliling negara omputih itu. Segala genap sudut ko jejak....

Aku doakan ko berjumpa dengan Mr. Right yang ko idam-idamkan secepat yang mungkin supaya ko tidak berhijrah lagi. Cukup-cukuplah beb ko berhijrah... janganlah ko bagi masa 2 tahun je untuk diri ko mencari jodoh. Semua ini adalah ketentuan Allah yang tidak pernah kite ketahui... InsyaAllahhhh kawan-kawan kite sentiasa mendoakan kebahagiaan ko.

Kasut Holland mari, TQ Chek Dah....




Ini pulak oven mitt dan glove yang diterbangkan khas dari Perth, thanks to Puan Nana kite yang baru je balik dari berhoneymoon. Wahhhh sonokkkkkan dapat pegi honeymoon jejauh. Terujaaaa tau tengok gambar-gambar kat sane. Semoga perkahwinan kamu berdua kekal hingga ke syurga.

Oven mitt and glove Aussie mari, TQ Nana

... dan tak lupe juga ini makanan, nougat namanya.. juga diterbangkan khas dari Perth oleh Pn Nana. Di tekak aku setap hingga menjilat jari tapi pada si Nana ni pulak katanya tak sedap. Aku siap mencari resepinye tauu, berangan nak membuat sendiri. huhuhuhu..... Sedap mungkin sebab aku suka makan kacang kot. ehehehehee Ade sesapa nak pi Perth??? Aku nak kirim beli nougat... ahahaha

Nougat ada pelbagai perisa, yang aku telan perisa vanilla memang super sedap.

NO ENTRY

MOOD NAK MENULIS NON ADO LAGI 

PASAL RUMAH YANG AKU BELI MASIH BELUM DAPAT KUNCI...

MAKA.. KENELAH MENUNGGU SEHINGGA MOOD GUMBIRA AKU DATANG BALIK...

OPSSS... ADELAH SEDIKIT KEGEMBIRAAN AKU...

EN. HUBBY DAH BELI TV PLASMA 43 HINCHI DENGAN REGE RM1399 SAJE...

AKU SUKE AKU SUKE AAAAAKU SUKEE...

TUNGGU SETTLE DUIT KUNCI, GRILL, API... AIR BAGAI

WE ALL NAK GRAB PETI SEJOK PULAK...

HE HE HE....



Sup Sayur ala Tom Yam

Bile dah muhsan makan daging, ayam, ikannnnn... ikan.. ikan... maka menu terus bertukar kepada sayur. Segala-galanya sayur... no rendang daging, no ayam masak cili padi no ikan masak sambal cili... ohhh no no no.... Bile sampai tekak vegetarian, sila lupekan semua itu sampaikan En. Hubby pun terbabit sama.

Hahahahaaa... nasiblah badan, dah chefnya aku dan yang menentukan menu pun aku, makaaaaa sila ikut selera aku. Hik hik hikk... tapi takdelah teruk sangat sampai berminggu-minggu makan sayur, kan sayang kannnn.... tapi apa salahnya makan sayur, sayur itu bagus ape!!!! Betul tak????

Oklah takmo celoteh panjang lagi... meh menjeling resepi aku ni ha... Resepi ikut naluri hati aje, takde nak belek-belek buku 365 Resepi or membelek kat tenet bagai.


Sup Sayur ala Tom Yam




       



Ini picture selepas aku menyamtap sakan ngan En.Hubby.. lapo bebeno sampai terlupe nak snap awal-awal. Orang tengok pun dah macam tak selera je nak menerai resepi aku. Hahahaha tapi ape aku kesah.. ini blog adalah untuk ingatan di hari tua aku dan untuk tatapan generasi aku akan datang, insyaAllahhh....















 Bahan-bahan :-D
  • Kacang Panjang
  • Putik Jagung
  • Lobak Merah
  • Kubis Bunga
  • Brokoli
  • Tomato
  • Cili Padi
  • Jus Limau Nipis
  • Air dari Stok Daging (ahahaha ada gak dagingnya)
  • Garam 
  • Air
Bahan Tumis (di mayang halus) :-D
  • Minyak
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih

Cara-cara ;-D
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan air dari stok daging dan tunggu hingga didih. (kalau takde stok daging pakai stok ayam or seafood pun boleh jugak)
  3. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan mendidih lagi.
  4. Masukkan garam dan jus limau nipis secukupnya.
  5. Bila rasa dah cukup, tutup api dan sedia untuk di hidang.
  6. Taburkan daun dup dan bawang goreng barulah sedap dimakan.

NotaDiHujungKaki:-
Jangan masak sayur terlalu lama kerana segala khasiat, zat, vitamin segala bagai akan terbang ke awan. Makan sayur yang telah dimasak lama dan dicuci lama sehingga menghilangkan segala nutriennya samalah seperti kita makan rumput, iskkk itulah ayat lecturer B.I aku dolu masa belajar. Hu hu huuuu




Mee Suah

Mee Suah... cepat di masak sodap di makan.. boleh makan pada bila-bila masa.




Bahan-bahan :-D
  • 2 gulung Mee Suah (untuk 2 orang makan)
  • Cili Padi (ikut kepedasan sendiri)
  • 1 biji Bawang Merah
  • 1/2 biji Bawang Putih (kalau kecik pakai jela sebijik)
  • Ikan Bilis
  • Air secukupnya (kalau boleh biar lebih kerana mee suah menyerap air macam megi)
  • Lobak Merah
  • Putik Jagung
  • Cendawan
  • Daun Sup
  • Daun Bawang

Cara-cara ;-D
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan lada cili (kalau takut pedas letak cili di akhir masakkan)
  2. Apabila bawang merah dah mula menguning masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Apabila kuah mendidih, perlahankan api dan cerai-ceraikan mee suah setiap satu kemudian bilas sedikit mee suah dengan api paip.
  5. Kemudian terus masukkan mee suah ke dalam kuah dan gaul rata.
  6. Tutup api dan terus dihidang bersama daun sup beserta daun bawang dan terus di makan.

NotaDiHujungJari:- 
  • MeeSuah ni cepat menyerap air sama seperti meegi, jadi jika telah memasak WAJIB terus dimakan selepas di masak. Kalau nak hidangkan kepada tamu, sediakan kuahnya dahulu bila nak makan baru panaskan kuahnya dan masukkan mee suahnya..
  • Jika tak nak bilas mee suah dengan air pun boleh. Terus cerai-ceraikan ke dalam kuali atau periuk. Bergantung kepada citarasa masing-masing.









Sup Cendawan Chek Na

Holaaaaaaaaaaahukkkkkkk.... hari ni aku mau kongsi resepi SUP CENDAWAN CHEK NA... resepi dari mak aku, resepi turun temurun dari mak aku ke aku... ehehehe baru turun setingkat ye bukan bertingkat-tingkat. Resepi mudah lagi simple. Orang paling pemalas pun boleh buat yeeeee..


Sup Cendawan Chek Na sedap dimakan bersama sambal belacan dan ikan kering. Ada umppphhh.. stok bekalan untuk aku dan En. Hubby untuk santapan ditengahari di tempat kije.

Bahan-bahan :-
1 paket Cendawan (aku beli yang 2 hengget punye)
1 biji Tomato 
1/2 batang Lobak Merah
2 batang Putik Jagung (aku letak sikit je pasal pasal En. Hubby tak suka)
1/2 batang Saderi
5 batang Cili Padi
1 sb Kicap Sotong (tak letak pun takpe)
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
1 liter Air @ secukupnya
Daun Sup
Bawang goreng (lagi sedap kalau goreng sendiri)

Bahan dikisar :-
2 biji Bawang Merah
1 biji Bawang Putih
1 sk Serbuk Lada Hitam

Cara-cara:-
  1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan Air dan tunggu hingga air mendidih.
  3. Kemudian masukkan cili padi, lobak merah, batang saleri, putik jagung, kicap sotong, garam dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan dan tomato gaul rata dan tutup api.
  5. Hidangkan kemudian taburkan daun sup dan bawang goreng.





Gardenia Mabeles


Jom kite bersarapan dengan gardenia mabeles... Nak tepek ape sebagai inti kat roti tu ikut suka hati koranglah kan, janji kenyang diperot mabeles dimulot. Hehehehee.... Resepi dari mana??? Ohhh olahan sendiri je. Bedal ape suke, jom telek resepi.



GARDENIA MABELES






Bahan-bahan :-
  • 4 keping roti Gardenia
  • 2 biji Telur
  • 1/2 batang Sosej (potong dadu)
  • 1/3 batang Lobak Merah (potong dadu)
  • 1/2 biji Tomato (potong dadu)
  • 2 batang Cili Padi (hiris halus)
  • 1 biji Bawang Merah (mayang halus)
  • Daun Sup (hiris halus)
  • 1 sk Rempah Kari
  • Garam
  • Minyak @ marjerin @ butter utk menggoreng

Cara-cara :-
  1. Gaul rata semua bahan dan perasakan dengan garam kecuali roti dan minyak.
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan panaskan.
  3. Kemudian lengserkan bahan yang dah digaul ke atas kuali leper.
  4. Bila dah agak2 nak kering tepekkan roti ke telur yg dah dilengser tadi, sambil ditekan-tekan sikit.
  5. Tunggu hingga telur garing kemudian terbalikkan supaya dibelakang roti pun garing sikit tp pada yang tak suke roti garing boleh terus diangkat selepas telur garing.
  6. Lepas tu bolehlah dihidangkan bersama sos, mayonis or thousand island sos.

Tak susah  mana kannn!!! Selamat mencuba....!!!









Daging Dendeng

NUSANTARA: Seorang suami telah membuat permohonan kepada isterinya supaya memasak DAGING DENDENG ketika isterinya sedang seronok menonton tv. Perbualan mereka telah dirakamkan di dalam kotak hati si isteri hingga membuatkan si isteri mencari resepi daging dendeng itu pada keesokan harinya.

Hu hu huuuu ape aku merapu pepegi buta ni kan!!!! Hak hak hakk.... tapi itu adalah kejadian sebenarnya, lakonan dunia antara suami isteri selepas kekenyangan... Burghhhh.... Boleh korang pikir bagaimana kurussssnya En. Hubby aku itu!!! Baru lepas makan dah request menu untuk keesokan harinya pulak. Hahahaha... tapi takpe, aku suke pasal sekurang-kurangnya En. Hubby ku itu telah mengurangkan beban aku untuk memikirkan menu memasak untuk hari esok. I like i like i likeeeeee....

Dah jom kite tengok resepi kat bawah tuh haaa... sila ignorekan gambar masakan aku sendiri, pasal gambar itu kabur. Kalau nak nampak sedap mata memandang sila tengok picture yang ke-2 hasil sentuhan Kak Ita tuan empunya blog Masam Manis.


 
Dah nak habis makan baru teringat nak amibik gambar... ehehehe



 
Picture credit to Kak Azlita Aziz



DAGING DENDENG
Sources from:- Pak Engku
Copy&Paste :- Kak Azlita Aziz


Bahan-bahan :-
  • 1 kg daging lembu yg tiada lemak - ita guna batang pinang
  • 100 gm bawang goreng
Bahan Kisar :-
  • 15 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar
  • 10 ulas bawang merah - digoreng dan dikisar
  • 2 inc halia - digoreng dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih - digoreng dan dikisar
Bahan Tumis :-
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara-cara :-
  1. Daging dipotong nipis kemudian direbus
  2. Apabila lembut, toskan dan kemudian digoreng
  3. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih
  4. Masukkan bahan yg telah dikisar kasar tadi.
  5. Biarkan hingga naik bau dan naik minyak
  6. Barulah masukkan daging yg telah digoreng tadi.
  7. Masukkan garam dan perasa kacau rata.
  8. Kemudian taburkan bawang goreng.

Ayam Sambal Hutan

Nie resepi tetunggak dari minggu lepas lagi. 

Rasa....???!!!!????

Umpppphhhh ade power...

Tapi bukannye guna AYAM HUTAN ye kawan-kawan....

Ingat senang nak dapat ayam hutan skang ni!!!

Hehehehee..... sila guna ayam bandar saje...


AYAM SAMBAL HUTAN


 Sources:-From Hjh Alijah Abdullah
Copy&paste :  Kak Nor Secubit Garam

Bahan-bahan:-
  • 1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
  • 2cm lengkuas, dititik
  • 2 batang serai, dititik
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
  • 2 sudu makan penuh ketumbar biji
  • 2 sudu teh penuh jintan halus
  • 15 biji lada kering
  • 12 biji bawang merah
  • 8 biji bawang puith
  • 2cm kunyit hidup

Cara-cara:-
  1. Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar. 
  2. Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi. 
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata. 
  4. Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat. 
  5. Taburkan gula dan garam secukup rasa. 
  6. Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Simple punye Birthday

Sungguh tragis ketika pemproses nak membuat kek untuk MAK ngan ABAH aku. Haaaaaa dah siap barang bagai sekali alat penimbang aku rosak pulak. Haiskkkk time2 diperlukan ni lahhhhh dia merosakkan diri. Geram betol aku time tu... nak pegi membeliiii!! Memang non adoolah gamaknye... nanti buat aku terkejar2 ngan masa yg tak mencukupi. 

Okeh aku simpan segala bahan, pikir balik kek ape yg boleh aku buat dengan cepat ringkas tanpa menggunakan alat penimbang. Aku ni memang fail tau kalau part nak agak-agak ni. Bile dah dapat aje idea nak membuat kek ape dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah plus tanpa memerlukan aku ke kedai, dengan cepat dan tangkasnya aku menggodak cream cheese. Yehhhh aku buat Kek Lapis Persona Cheese hasil menggodek blogger RyoAzhar kite. Hasilnye memang sodapppp....





Proses melapis... aku tabur sikit ngan serbuk koko



♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari Jadiiiiii..... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪
♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari jadiiiii.... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪

♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari Jadi MAK dan ABAH... ATOK dan NNENEKKKK... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪

♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪  Selamat Hari jadiiiii.... ♪♫♪♫♪♫♫♫♪♪♪


Wahhhh time dinyanyikan tersenyum simpul MAK dan ABAH aku ni ha.... ehehehehe 


Tu nampak kek lapis persona cheese aku yg leper... ahahah pasal aku guna  springform 10" punye... 


Yeahhhh sesi memotong kek bermula selepas anak2, menantu2 juga cucu2 menyanyi lagu birthday



Tu dia sesi suap menyuap pulak... memalu mak ngan abah aku ni....

Turn abah pulak menyuap mak... eheheheh yang cucunya tu pulak mcm takde apa je berlaku. Hehehehe 

Haaaa ni rupe kek RyoAzhar buat, tebal gitu

Ni pulak versi Kak Ita yang penuh dengan cheesenye.. perghhh memang mantop... ehehehe


Nampak cantekkkkk je kan orang buat... aku punye!!!! Walaupun NIPIS kek aku tu... tapi aku kagum kerana MAK dan ABAH aku kata, "walaupun nipis tapi rasanya sedapppppp". Oooo bukan sesi nak punye diri sendiri ye, tapi memang sedap rasa Kek Lapis Persona Cheese ni. tak caya cubelah buat....Kakak ipar juga anak-anak sedara aku pun sukeeeee... siap mintak simpankan sikit untuk tapau bawak balik uma.... 


Happy Birthday MAK...

Hari ini....

@>---01 DECEMBER 2011---<@

adalah tarikh MAK aku dilahirkan
dan hari ini juga

MAK aku berusia....



Pepagi call MAK, tanya itu ini thennnnn....

SELAMAT HARI JADI MAKKKKK...

baru ucap "selamat hari jadi mak!!!" airmata aku laju je turun

Haiskkkkk.... aku ucap birthday kat MAK airmata aku turun,

MAK ucap birthday kat aku punnnnn airmata turun gak...

Patutnya hepi tp lebat pulak hujan turun

Maka ucapan pun tersekat-sekat...

MAK.... hati anak MAK ni semakin mudah tersentuh walaupun muke nampak kental (dah bocor rahsia aku)

Skang menulis pun, airmata nak menitik bila mengenangkan MAK jauh kat kampung...

Iskkk macamlah jauh sangatkan kampung aku...(padahal 1jam perjalanan je pun) hua hua huaaaaaa

Takpe.... this weekend anak MAK ni balik... 

Anak MAK ni berangan nak buat birthday cake sendiri.... 

khas untuk MAK dan ABAH...

Tahun ni celebrate sekali yeeee.... pasal time ABAH tuh hari tak dapat nak buatkan birthday cake special dari anak kesayangan ni ha...




Aku panjatkan doa ke hadrat MU YA ALLAH untuk kedua MAK dan ABAH ku,
Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 

Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 

Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu 
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, 
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir dan 
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 

...Amin Ya Rabbal Alamin...



SELAMAT HARI JADI MAK...



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.