~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Maulidur Rasul 2012

Hari selasa lepas, 27 Mac 2012 opis aku ada buat Majlis Maulidur Rasul. Kebiasaannya pada tahun-tahun lepas dibuat selepas waktu pejabat. Namun atas beberapa sebab maka kata sepakat diambil dan akhirnya majlis yang baik ini dibuat pada siang hari dari pukul 12 tengahari hinggalah ke pukul 2.00 petang. Kejap je majlisnya, dan korang nak tau sapa penceramahnya??? Sila lihat gambar dibawah ini...


|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


Korang kenal sapakah gerangannya dibawah ini?????

Ya betull........... dialah Imam Muda Hassan juara program Imam Muda musim ke 2 tv Astro Oasis pada tahun lepas


Meh kite tengok sedikit biodata Imam Muda Hassan ni...


Nama sebenar Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26. Kini Di kenali sebagai Imam Muda Hassan. Beliau seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM). Beliau dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peingkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.

Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat.

Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu.Mempunyai banyak pengalaman membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

dan yang pentingnya... Imam Muda Hassan telah memilih Fardatul Ulfah Jamali sebagai pasangan hidupnya, mereka telah pun diijab kabulkan pada 17 Februari 2012 (tarikh nikah sama dengan tarikh dilahirkan macam aku gak.. ehehehe) dan majlis dirumah perempuan telah dibuat pada 18 Februari 2012. Maknanya apaa?? Maknanya Imam Muda Hassan ni dah berkahwinlah... ehehehehe okey majlis untuk belah lelaki akan diadakan pada hari sabtu ni 31 Mac 2012 di rumah keluarganya kat Perak.Sape-sape berangan nak pergi, silalah... ehehehe Imam Muda Hassan menjemput kami ke majlis beliau hookeyyy... tapi jauh sangatlah Perak tu, kalau dekat kompom aku dah pegi... Same cantek same padan dia orang ni... tak caye??? Sila tengok gambar kat bawah ni.... Sejukkk mate aku memandang... ehehehe



|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|


Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal hingga ke syurga, InsyaAllahhhh...

Melapangkan Dada krn Tersentap

Memenuhi permintaan En. Hubby belanje dia tutti fruti same ice blended starbak.. tak hagak2kan En. Hubby aku sekali dia mengidam... kalah aku tauuuuuu


Lama sudah tak dating ngan En. Hubby, so last sunday pergilah meronda2 ke bandar kejap sebelum menyinggah uma mak mentua, menjengah bapa mentua aku yang hilang selama 4 hari berturut-turut. Suspen aku laki bini tauuuu....

Hilang ke mana bapak mentua aku tu!!!! Hahhh keje tempat baru udah gitu we all semua tak tau dia kuar keje ngan kawan dia yang mana satu pasal dia kuar ngan kawan baru dia. Dengan henponnya tertinggal dekat uma, udah la gituuuuuu... dah kuar berhari-hari tidaklah pulak dia menelefon kite orang ni ha memberitahu ke mana peginya. Mau hati tak risau!!! Puas pikir ke mana hilangnya bapak mentua aku tu, pelbagai spekulasi dibuat...  Maklumlah sekarang ni kan macam-macam jadi, maka selama 4 hari itu jugalah hidup aku laki bini kacau bilau memikirkan ke mana peginya bapak mentua aku tu. 

So masuk hari ke-3 we all wat report.... sekalinyaaaaaa hari ke-4 petang pandai pulakkk bapak mentua aku ni menelefon anak bininya. Perghhh sentap hokeyyyy... Rupa-rupenya dia kuar ikut kawannya pergi keje jadi kelendan lori kargo, dari Jb hantar barang ke KL terus ke Kuantan. Mau tak makan 4 hari, tapi kot ye pun telefonlah anak bini bagi tau... ye dak!!! Ini tidak... menyepikan dirii membuatkan orang semua risau. Lepas tu nak bising kat mak mentua aku, sape suruh buat report masa mak mentua aku ngajak dia pegi tarik report. Perghhhhh lagi lagi sentap aku laki bini, nak marah pun adooo...  Sabar jela yeee dapat bapak mentua macam tu....Tapi syukurlah semuanya selamat...


Pelik BIN Ajaib

Penat merewang kite makan duluuuuuu... barulah boleh balik uma tido ngan lenanya...

Haaaa kasi tengok tuan empunya blog kat atas tu ha.... bertudung biru berbaju lengan panjang ijo belumut dan berseluar jeans biru... Sekali pandang memang takde apa2, tapi bile aku tenong-tenong terasa macam ade yang tak kene ngan gambar aku tu. Aku nampak GEMOKKK padat BERISI terutama sekali tang lengan tu ha... cepat tengokkk... ahahahhaha mengerikannnn.... dah macam same pulak ngan En. Hubby... eehehehe tapi takpe gambar itu tipu semata-mata.... lengan tu masih kecikkkk comey loteyyy... 


Ayam Black Pepper 0regano

Hari ni nak menepek resepi hari isnin lepas. Selongkar-longkar peti ais tengok ade ayam. So keluarkan ayam dan bersihkan kemudian kasi cincang lumat. Heeeeeeeee.... Lepas tu tengok pulak almari bahan-bahan kering, dalam otak tak tau nak masak apa. Lepas tu nampak pulak serbuk lada hitam dalam botol duduk sebelah menyelah dengan botol oregano. Terus datang idea nak masak ayam black pepper dicampur sikit dengan rempah oregano, "mesti sedap ni". Maka inilah hasilnya... rasanyaaaa.... ALHAMDULILLAH, En. Hubby kata SEDAP...SUPER POWER...YUMMYLICIOUS...ADA UMMPPHHH... bukan pasal nak memikat hati aku ye!!! Tapi En. Hubby kata memang kompom sedap... eewaaahhhhhh... aku SUKA... Dah jom layan resepi....


Superrrrr powerrrr.....pedas menyengat

AYAM BLACK PEPPER OREGANO


Bahan-bahan :-D
  • 500 gm Ayam
  • *1 biji Bawang Merah
  • *3 ulas Bawang Putih
  • *1/2 inchi Halia
  • 1 sb Sos Cili
  • 1 sb Sos Tiram
  • 1 sb Serbuk Lada Hitam
  • 1 sk Serbuk Lada Putih
  • 1 sk Rempah Oregano
  • Lobak Merah 
* dihiris
**boleh letak aneka jenis sayur

Cara-cara ;-D
  1. Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam hampir masak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, lada hitam, lada sulah, oregano, sedikit air dan kacau sebati.
  4. Masukkan lobak merah dan tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Tutup api bila rasa dah sebati.
SELAMAT MENCUBA!!!


Feeling Jiwang

Picture from Mr. Google


Salam pagi jumaat, dipagi jumaat ni hati tiba-tiba nak feeling jiwang pulak bile dengar lagu yang berkumandang di radio Hot FM. Hu huuuu dalam hati ada taman.... eehehehehe... Bila dengar Dato' Siti Nurhaliza request lagu ni terus aku tersenyum, pasal apa??? Pasal lagu ni adalah antara lagu yang ditujukan oleh En. Hubby masa zaman kegemilangan berchenta kami. Sapa tak sukaaa yobbb.... terus teringat En. Hubby yang sedang berkerja jauh nun dari mata, dekatttttttttt dihati... Jom layan lagu ni..

@>--- DEALOVA ---<@

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu

Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh...

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...

Sya... na na na...

Dear En. Hubby, Payungkan cintaku dengan ilmu yang ada pada dirimu, payungkan cintaku dengan bimbinganmu menghiasi diriku, payungkan cintaku dengan kasih sayang dirimu, payungkan cintaku... AKU SAYANG KAMU...

Botbot Masuk Hospital

Muhammad Danish Asyraf a.k.a Botbot dan Muhammad Aniq Naufal a.k.a 0pal
Perghh memasing punya nama takmoh kalahkan, panjang berjela

Sila tengok muke budak baju hijau tu, nama glemer botbot.. BOTBOT??? Hahaha janganlah korang pelik ngan nama glemer tu... Opsss bukan aku yang bagi gelaran itu ye walaupun aku suke memanggil sepupuku ngan panggilan yang bukan-bukan tapi part Botbot ni  bukan aku yang gelar... Ini semua gara-gara Kak Ngahnya yang tak reti nak sebut Boyboy masa keciknya... Almaklumlah budak lidah pelatt maka Boyboy menjadi BOTBOT...  

Gambar kat atas tu diambil masa kite orang 1 family tengah lepaking kat kedai makan selepas penat merewang hari sabtu malam lepas. Time ni budak Botbot ni sihatttttttttt la lagi... sekali balik dari kedai sampai je uma nenek, dia terus flet and batuk-batuk then pepagi Ibu ngan Ayah dia bawak ke klinik untuk pam. Lepas pam keadaan Botbot dah ok, tapi angkara Ayahnya yang terejal suke mengusik anak-anaknya tak kire waktu telah membuatkan si anak kembali batuk dengan lagi teruk. Bawak gak ke rumah pengantin and lepas tu bawak ke klinik kemudian Botbot direhatkan kat bilik dewan sekali makin lama semakin tak boleh bernafas and terus dibawak ke klinik lagi.

Sampai klinik doc cek and bagi pam, bile tengok keadaannya still sama doc arahkan Botbot dihantar ke hospital. Sampai kat hospital cek cek semua sekali kene tahan pasal doc cakap paru-paru Botbot berkuman. So until today Botbot masih ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah JB.

K.Lia doakan semoga Botbot cepat sembuh okeyyy....

Merewang-rewang

Orang sebok kupas bawang budak Elman ni pun sebok nak tolong jugak... Nasib baik dia kupas pakai tangan je tak mintak pisau, kalau dia mintak pisau gak memangglah haru Ummi dia nak memujuk...


Wahhhh.. sapekah itu???? Buat Sang Puteri hokeyy... hik hik hikkk

Supervisor berbaju belang depannnn sekali tu ha... menengok betul tak betul si tudung pepel tu menuang air. Dari start orang datang sampai ke habis majlis tak lari ngan airnya... tabik springgggg wooo.... Air singgit air singgit....

Ha haa..... berbaju batik kaler pepel... inilah MANAGERnyaa... Pekene bubur kacang sambil-sambil meronda tengok staff buat keje... ki ki ki ki

Aikkk tak habis lagi menyanyiiii.. ini sungguh-sungguh menyanyi untuk Cik Puan ni.... ha haaaa... dalam menyanyi pun boleh tersengeh...

Alahaiii... kesian bebeno anak sedara aku sorang ni, makan limau sampai tercangkung-cangkung... Aiyaaa Acoiiii, itu limauuu ayahhhh yg bawak tauuuu....

Bila ipar duai dah berjumpe.. macam-macam gosip keluar yeeee!!!

Adik beradik bertemu maka macam-macam ceritalah yang keluar, maklumlahhhh time macam ni lah baru dapat berjumpe... hari raya pun susah nak jumpa tau!!! Paling susah nak jumpe pakcik aku yg berkemeja biru tu ha.... Kejenye asyik outstation jeeee...
Setelah selesai majlis, acara mengemas yang tak sampai 1 jam pun bermula, inilah bagusnya bergotong royong... sama-sama buat keje maka cepatlah selesai segalanya.  


Alahaiiiiii kecikk bebenar gambar ni... tak bape nak terang muka memasing.. redho jelaaaa
SELAMAT PENGANTIN BARU buat sepupuku,
NORHAZLIYANA dan ROSLAN
Semoga memasing tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan berumah tangga yang pastinya banyak pancaroba
Semoga kekal hingga ke akhir hayat
InsyaAllahhhh












Asam Rebus Ikan Parang

Haaaaa terkeliur tengok gambar ikan parang masak asam rebus aku ni??? Asam rebus or kekadang kite orang panggil masak kering... apsal KERING??? Ha ha haaaa jangan tanya aku kenapa, pasal aku tiada jawapannya.

Tuh hari masa aku balik rumah mak aku, mak aku bagi aku 3 hiris ikan parang. Nak tunggu aku membeli ikan parang ni kat pasar memang tidaklah... Pasal En. Hubby tak berapa nak makan ikan parang. KENAPA???? Paham-paham ajelah.... ikan parang ni kan banyak tulangnya, jadi En. Hubby malas nak melayan kalau makan ikan yang banyak tulang ni. Rugikan!!!!! Sedapppp woo ikan parang ni kalau kene ngan masakannya pastu lagi sedap kalau ikan parang yang baru naik... Perghhhh ini kalau makan masak asam pedas or masak asam rebus mak mentua lalu pun tak nampak. Hehehehee....


Seketul ikan parang untuk santapan tengahari.. Makan sorang-sorang tak habis pun... ehehehe
Bahan-bahannya :-D

  • 3 hiris ikan parang
  • 1 genggam Lada Kering
  • 1 inchi kunyit
  • Air Asam Jawa
  • Garam
  • Gula



Cara-caranya ;-D

  1. Kisar lada kering dan kunyit hidup.
  2. Gaulkan lada kisar bersama-sama air asam jawa kemudian tapiskan ke dalam periuk yang mengandungi ikan parang.
  3. Tapiskan hingga lada kisar kering airnya.
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Rebuskan hingga ikan masak pastikan kuahnya pekat dan selari dengan rasa masam, manis dan masinnya.


Sedap juga kalau diletakkan nenas sekali... pasti meletop... SELAMAT MENCUBA!!!

Pau Goreng Sambal Ikan Bilis

Ohhh semalam hari tensionnnn aku kepada blog aku, NGAPA??? Pasal dari pagi bawak ke petang, aku tak boleh login. Mau tak tension... tak tahulah sebab semua orang tak leh login atau saje kampeni aku blok blogspot semalam. Sangat tak patutkan kalau blog pun nak blok jugak!!! Udahlah fb diblok, takkan diari maya pun nak blok jugak. Mauuuu budak-budak opis aku tak meroyan semalam. Hu hu hu... tapi nasib baik hari ni dah ok.

Oraittt hari ni aku mau tepek hasil kejadian aku membuat pau goreng ahad lepas. Macam-macam saiz macam-macam kaler ade...


Macam-macam rupa ade haaa....
PAU GORENG SAMBAL a.k.a BURGER MALAYSIA

Bahan-bahannya :-D
  • 1 kg Tepung Gandum
  • 2 sb Gula
  • 2 sb Susu Pekat
  • 2 sb Marjerin @ Butter @ Minyak
  • 1/4 sk Garam
  • 1 bungkus Mauripan
  • Air Suam secukupnya

Cara-caranya :-D
  1. Bancuh mauripan dengan air suam, susu dan gula kemudian ketepikan.
  2. Satukan tepung, garam dan majerin kemudian gaul hingga rata.
  3. Tuang bancuhan mauripan tadi dan gaul sehingga rata, tambahkan air secukupnya untuk mendapatkan doh yang tidak melekat di tangan.
  4. Bila adunan telah menjadi doh yang sempurna tutup mangkuk adunan dengan dulang dan biarkan hingga doh naik 2 kali ganda.
  5. Bila doh dah naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin lepas tu barulah bentukkan doh mengikut saiz yang disukai.
  6. Kemudian goreng sehingga garing angkat dan biarkan sejuk.
  7. Belah pau tapi jangan sampai terbelah 2 kemudian masukkan timun dan sambal bilis. 
  8. Sedia untuk dihidang.....


    Camne masak sambal ikan bilis???? Ooooohhh sonang ajee... meh sini aku ajar, tapi ini sambal ikan bilis style aku lah. Lain orang lain caranyakan plusss hasil pertanyaan-pertanyaan aku kat orang yang lebih terror memasak dari aku. Hehehehe...




    SAMBAL IKAN BILIS


    Bahan-bahannya :-D
    • 1 1/2 genggam Ikan Bilis (buang perotnya yeeee) 
    • 1 genggam Lada Kering
    • 3 bj Bawang Besar (2 bj kisar & 1 bj potong bulat)
    • 3 bj Bawang Putih 
    • 1 inchi Belacan
    • Air Asam Jawa
    • Gula
    • Garam
    • Minyak
    ***Kisar bawang, bawang putih, lada kering, belacan dan 2 sudu ikan bilis goreng

    Cara-caranya ;-D
    1. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
    2. Tumiskan bahan kisar hingga garing atau sehingga pecah minyak. (*kalau nak cepat garing masukkan gula awal-awal tapi pastikan api dikecilkan dan sentiasa dikacau supaya tidak hangus)
    3. Masukkan gula, garam dan air asam jawa gaul rata.
    4. Masukkan bawang yang telah dihiris bulat-bulat.
    5. Tutup api dan masukkan ikan bilis dan gaul sehingga rata.



    KENANGAN vs IMPIAN aka B.E.R.A.N.G.A.N

    Peta apakah ini!!!! Klik kasi besarrrr punye... cilok dari Langkawi Travel Guide

    Bile jalan-jalan baca blog orang tetibe terjumpe pulak N3 pasal dia orang pergi bercuti ke Langkawi. Alahaiiiiii bile tengok dia orang tepek cerita bercuti ke Langkawi terasa rindulah pulak nak menjejakkan kaki ke sana. Aku pernah menjejakkan kaki ke sana dulu, masa tu aku pegi ngan ahli keluarga aku. Rombongan Chek Jijah.... yang pergi masa tu semuanya perempuan, opss ade lelaki tapi semuanya kecik-kecik belaka. 7 perempuan 3 lelaki kite orang pergi naik bas dari JB turun kat Kuala Perlis pastu sambung naik feri pulak.

    Masa kat Langkawi kite orang sewa sebuah Van dan drivernya adalah aku. Haaa cube korang bayangkan aku bawak van. BAYANGKANNNNN.... Itu adalah kali pertama aku bawak Van, nekad tak nekadlah aku time tu. Nak sewa kete memang takdan lah pasal yang boleh memandu aku sorang je, mak aku ade lesen tapi dia tak berani nak bawak. Jadinya aku main hantam kromo je, tapi hari pertama tu jugak aku dah bawak dia orang meronda 1 pulau. Haaaa terrorkan, udahlah tak penah bawak van tak penah pulak sampai ke sane, tapi boleh pusing keliling pulau hanya berpandukan peta kat tangan. Tapi masa aku pegi tu banyak tempat tengah renovate.

    Sekarang bile tengok N3 kengkawan blogger sekalian yang menepek gambar pegi bercuti ke Langkawi, bagai terasa di hati dan dalam otak aku si helang yang besau macam gajah tu memanggil-manggil aku terbang ke sana. Bile nak sampai aku pun tak tahulah... insyaAllahhhhh ade rezeki akan sampai jugak aku ke sana suatu hari nanti.

    Tapi pengalaman yang tak aku boleh lupekan ialah... bila seorang mat salleh mintak air coke tapi pelayan kedai tu pegi bagi dia kopi. Tercengang-cengang mat saleh ngan minah saleh tu bile dibagi kopi. Hehehehe.... berkali-kali dia menyebut "coke" dalam loghat negeranya yang pekat tu ha kat pelayan tapi langsung tidak difahami. Udahnya aku tolong xplain kat pelayan tu barulah dia paham. Sampai sekarang bile aku ingatkan balik, aku cube kaitkan persamaan bunyi "coke" dengan "coffee", same ke!!!

    Haaaa sape nak sponsor honeymoon ke-2 aku ngan En. Hubby ke Langkawi??? Cepat-cepat offer dibuka sekarang ni, Ehehehehe.... dapat sponsor bilik pun dah kire ok kan!!! Hahahahhaaa....


    1 of the place that i want to go...  hu hu






    Bertomyam Kite

    Pepagi hari sabtu aku dah banguun cam biasalahhh menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam selain menyediakan sarapan pagi dan bekalan makan tengahari untuk En. Hubby... dikala  aku dan orang lain bercuti, En. Hubby kene pegi berkerja mencari rezeki yang halal untuk menannggung kehidupan kami ni ha.

    Pagi sabtu, menu sarapan pagi ialah nasi goreng dan pisang goreng. Haaaaa hamek ko sekali 2 juadah aku sediakan. Udah tu aku tengok nasi kat periuk melambak lagi, nak dibuang sayang jadinya aku goreng jelah pastu tengok pulak pisang nipah yang aku beli kat pasar tani khamis lepas dah masak ranum, takut benyek maka aku goreng juga. Lagi pun boleh jugak aku bawak balik ke rumah nenek memandangkan aku dan makcik aku nak balik ke rumah nenek pagi tu selepas Enchek Enchek Hubby kami keluar berkerja.

    Bekal En. Hubby pulak aku just tapaukan nasi goreng bersama ayam goreng untuk makan tengahari. Haaaa goreng-gorengan yeeee... kolestrol udah tinggi lagi aku tapaukan makanan bergoreng untuk En. Hubby. Uiskkkk... tp dont worry setiap hari aku paksa En. Hubby minum oat bersama susu omega, selain mengawasi pemakanannya yang lain nak stop terus tak bolehlahkan!!! ateeee meleleh air mata En. Hubby aku tu kalau aku cut off semua pemakanannya. Moga2 ianya berjayalah, semoga kolesterol dalam darah En. Hubby akan normal kembali, InsyaAllahhh... 

    Lebih kurang kul 10 pagi aku dan makcik aku berserta anak-anaknya pulang ke kampung halaman. Eewahhhh bunyik cam jauh benorkan rumah aku ngan rumah nenek aku. Tak sampai 30km pun jaraknya.. Hahahahaa... dekat je kan!!!!!!! Pastu aktiviti di kampung biasalah lepak-lepak bersama nenek dan makcik-makcik terchenta, puas melepak dan bergosip pastu aku terbongkang tido. Hehehehe... Sebelum tidur tu terdengarlah permintaan pakcik aku a.k.a "manager" soh masakkan dia tomyam. Bangun-bangun tido ingatkan dah boleh makan tomyam, Ohhhh hancusss hati bile tengok bahan-bahan elok je tersusun atas meja. Dia orang nak aku masak ghupenye... aiskkkkk.... sabor jelaa... Maka aku terus menjalankan operasi memasak tomyam sekawah. Heeee seriusssss seperiuk besarrrr aku masak, dah boleh buat kenduri hokeyyyy..... tak caye??? Tengok gambar bawah tu haa....


    Haaaa sudah ku bilang... korang tak cayekan!!!! Betol-betol sekawah aku masak haaa.... besarrrrr punyeeee......

    Tu dia bihun tomyam... mabelessss.. ini pinggan aku yeee....

    Haaaa korang mau resepinya??? Aku tepek bahan-bahan dan langkah-langkahnya saje ye.. bape banyak kuantiti penggunaan pandai-pandai koranglah adjust. Hehehee...


    TOMYAM MANAGER 
    (ngapa letak "manager"?? khas utk pakcik aku kannn mestilah letak manager)

    Bahan-bahan :-D (bahan dipotong @ dihiris ikut cita rasa)
    • Ayam
    • Udang
    • Sotong
    • Bunga Kubis
    • Putik Jagung
    • Lobak Merah
    • Cendawan
    • Tomato
    • Jus Limau Nipis
    • Daun Ketumbar a.k.a Daun Pijat
    • Daun Limau Purut
    • Air 
    • Garam


    Bahan-bahan perencah :-D
    • Bawang Besar @ Bawang Jepun (hiris)
    • Bawang Putih (hiris)
    • Halia (ketuk)
    • Lengkuas (Ketuk)
    • Serai (Ketuk)
    • Cili Padi (Belah 2)


    Cara-caranya ;-D
    1. Rebus air bersama ayam yang telah dicincang
    2. Masukkan bahan perencah (bawang, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan separuh daripada cili padi) kemudian tunggu hingga mendidih.
    3. Masukkan segala sayur-sayuran kecuali cendawan, daun limau purut, jus limau nipis dan gaul sebati, masak hingga sayur separuh empuk.
    4. Masukkan cendawan, sotong dan udang, perasakan dengan garam.
    5. Bila dah didih tutup api dan sedia untuk dihidang.

    NotaDiHujungKaki :-  Sonang je masak tomyam ni, biasa aku masak men pakai lebur je semua takde tumis-tumis. Kalau korang nak tumis pun boleh, bahan-bahan rencahnya tetap sama yang penting 3 bahan utama mesti ada iaitu serai, jus limau nipis dan daun limau purut plusssss lagi umphhh kalau ade daun pijat tu ha... kalau korang tak suke ngan rasanya tak letak pun takpe.






     
    Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

    Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

    Usage Rights

    DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.