~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Artikel Kesihatan

ROTI (KHUBZ) ~ Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu". JINTAN MANIS (ANISUN) ~ Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. EPAL (TUFFAH) ~ Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati. ASPARAGUS (HIYAWN) ~ Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. PISANG (MAWZ) ~ Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. BARLI (SYA'IR) ~ Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam. SELASIH (MANIS RAYHAN) ~ Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air. MENTEGA (ZUBDAH) ~ Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil. BUNGA KUBIS (QUNNABIT) ~ Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan. CHAMOMILE (BABUNAJ) ~ Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan. LOBAK MERAH ~ Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. BIJI HITAM (HABB AL SAUDA) ~ Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema. BIJI KOPI (QAHWAH) ~ Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan. AYAM (DAJAJ) ~ Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur. KULIT KAYU MANIS (DARCHINI) ~ Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. LIMAU KULIT TEBAL, WARNA KUNING PUCAT, KURANG MENGANDUNGI ASID (UTRUJJ) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu. TIMUN (QITTA') Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. JINTAN PUTIH (KAMMUN) Jintan putih (kammun) khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas. TAMAR KERING (TAMR) Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini. TERUNG (BADHIJAN) Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. TELUR (BAYDAH) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit. 'ENDIVE' (HINDIBA) Khasiat hindiba berubah mengikut musim.. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba". FENUGREEK (HULBAH) / HALBA Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas). BUAH ARA FIG (FIN) / BUAH TIN Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai. IKAN (SAMAK) Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air.. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan. BAWANG PUTIH (THUM) Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami." MINYAK SAPI (SAMN) Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan. HALIA (ZANJABIL) Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. INAI (HENNA) Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru. MADU LEBAH(A'SAL) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter). KEKACANG (A'DAS) Semua kekacang mengeluarkan kekeringan.. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan. SALAD (KHASS) Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan. DAGING (LAHM) Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Hari ke-2 Training

Ahaa hari kedua aku di KL, training berjalan seperti biasa2 jer. Takde yg menarik selain dari pembelajaran yg sometimes mengantukkan. Heheheehhh aku laaaa orang itu, orang lain aku tak tau lak. Pastu lunch time aku jumpe la kejap dengan kawan aku yg kebetulan ade meeting kat Maju Junction. So aku ngan kawan aku nie lunch la together. Lepas kawan aku balik, aku terus ke surau di Menara Sime Darby. Mase hari pertama aku solat kat surau menara tharkudas tapi rase tak selesa sebab pack ngan budak2 UKL and budak2 Cosmopoint.

Selepas kuar dari surau tu. kawan aku pun bercerita yg dia orang tersembahyang awal.. Belum masuk waktu zohor memasing dengan konfidennye telah mendirikan solat sehinggalah ke rakaat terakhir dan siap berdoa lagi. Lepas kemas2 ade sowang kakak kat surau tu tegur dia orang, "adik sembahyang ape tadi? Pastu salah sowang kawan aku nie dengan muke kompiusnye menjawab, "sembahyang jamak..." Pastu akak tu pun cakap, "zohor belum masuk dik"... Entah ape2 jelah kawan2 aku nie, entah apelah yg dikejarkan gaknye. Nasib baik mase kejadian berlaku aku masuk lewat sikit, kalau tak dengan aku2 sekali sembahyang sebelum masuk waktu.

Hehehe.. so arinie kami meneruskan lagi training kami untuk hari yg terakhir kami di sini.

Alahaiii cerita semalam

Dah masuk 3 hari aku kat KL nie, macam2 hal yg berlaku. Semalam salah seorang member training aku dah kehilangan wang sebanyak RM450 kat hotel penginapannya. Ape ehh name hotel tu aku lupe plak, tengahari semalam mase nak bayar makanan baru dia pasan yg duit dia hilang. Dia check-in kat hotel tu lebih kurang kul 2 pagi pastu handbag dia tertinggal kat receptionist. Pastu salah sorang dari receptionist tu hantarkan handbag dia. So dia tak tau kat mane duit dia tu hilang. Nak kate mase dia naik train tak mungkin sbb yg hilangnya hanye duit jerk. So aku tengah menunggu jawapan dia hari nie. Hehehe kepohnye akuuuuu...

Hemm semalam petang mase nak kuar parking dari Wisma Havela Thakardas, dibelakang Wisma Sime Darby tibe2 ade sorang uncle nie dok sergah aku ngan member2.

"Heyy.. u orang punye kereta ker itu wira hitam"

Aku yg sah2 memang tak boleh kene sergah nie pun ape lagi... terkejottt sakannnlahh. Adoiiii uncle nie kot ye pun marah berbudi bahasalah sikittttt... Siap tunjuk tu sign board "Season Parking" kat kite orang.

"U orang mari sini i tunjuk u mane boleh parking mane tak boleh parking."

"U orang tak tau bace ker??"

Dah lah dengan muke menyingeee.. Iskkk terkulat2 kite orang semua. Yg member aku 2 orang nie lagilah diam seribu bahasa.. Aisskkk aiksss.. Serius!!! mase aku nak masuk parking tu mmg aku tak perasan langsung signboard "Season Parking" tu. Sudahnya aku mintak maaf jelah sebab dah sah aku salah. HUhuhuhuuuu.. nasib baik uncle tu mintak bayar 5 hengget jerk...

So untuk hari nie, masuk hari kedua aku training. Mmmm boring giler ngan chekgu yg mengajar nie. Sebijik macam mengajar budak sekolah. Asal laaa HQ punye budak nie pegi amik vendor yg baru... tempat training yg lame tu dah ok sangattttt dahhh... Adesss Adesss... Nak ke tak nak ke ikutkan ajerk laaa...

Gastrik lagiiiiiiii!!!!!!!!!!!!

Adesss sekali lagi aku diserang gastrik, tapi kali nie lagi teruk dr yg lepas2. Start dr hari khamis yg lepas aku diserang. Makan kuar balik, asal aku makan jerk kuar balik. Sampai aku rase takut nak makan dan aku terpaksa mengambil pil tahan muntah, tu pun kengkadang tak jalan. Aku teruskan makan ubat2an yg doktor bagi. 2 3 jam sekali aku minum susu panas cap nespray, sampai rase dah tak tertelan dek tekak aku nie haaa. Bau makanan pun aku rase nak termuntah.

Ade pil gastrik yg aku ambil dr hospital pakar puteri, tp rase macam takut plak nak makan sebab doktor tu cakap sepatutnya kalau nak makan pil tu kene teropong usus dulu. Haiskkkkk ade ke usus aku nak diteropongnya... Mesti sakit teropong usus tu. Tak tergamak aku makan pil gastrik dr pakar puteri tu. Rase bile dah makan pil tu macam dah kronik sangat jerk. isk isk iskkk selisihhhhhhhhhh...Lepas tu kan baru 4 hari aku asyik belasah minum susu nespray, badan aku dah naik 3kg. Boleh gitu??? Iskk macam tak caya jerk.. biar betullll!!! Aku rase baru 2 minggu lepas aku timbang berat badan aku maintain 46kg tp semalam timbang dah jadi 49kg??? Tak mungkin tak mungkin... Mesin timbang tu mesti rosak...

Semalam kul 3 petang oleh kerana aku tak tahan sangat ngan gastrik aku nie, aku telan jugak pil dr pakar puteri tu. Aku terpaksa makan jugak pil tu bile perot aku dah rase senak sangat sebab aku dah minum susu panas bergelas2. Nak makan aku rase takut, takut termuntah balik sebab pil tahan muntah aku dah habis. Pedihhhh perutt ngan tekak aku bile time muntah tu. Aduiii ade tak ubat lain yg lebih mujarabbb??? Kawan aku suruh tuam perut aku ngan air panas ,aku buat. Rase angin dalam perut aku macam bergerak2 dan berbunyik2 bila aku tuam botol yg berisi air panas kat perot aku, sangatlah tak selesa...

Untuk pagi nie, aku rase macam dah ok sikit. Lebih baik dari semalam... Semoga baik betullah gastrik aku nie... Tak larat nak layannn...

AHAD yg Macam2 Hal

Ahaaaa pagi ahad yg lepas keje aku bercucuk tanam. Cewahhh... nie baru nak jadi petani, petani modenn yg tak berapa nak moden laaa.. sbb kalau moden tentunya aku pakai hydoroponik kannn.. Heheheh tp nie aku still gunakan tanah. Kate orang berbakti pd tanah hasilnya lumayannn...

Aku tanam sayur sawi tauu kat sek tabika kemas mak cik aku. Mak Ya aku mintak tolong aku tanam sayur kat sek dia. Hasilnye kene la tunggu beberapa minggu lagi... bile dah menjadi barulah tau tangan aku nie sejuk ke idak.

Lepas tu aku tolong jadi manager kepada engineer a.k.a pakcik2 aku membuat kolam ikan kat sek Mak Ya. Seronok gileee bile tengok hasil yg dia orang wat, kuar air pancutttt mcm ayo terjunnn, tp lupe lak aku nak snap gambo kolam ikan tu. Lepas tu aku ngan Mak Ya dgn tak sabarnye telah pegi ke Kip Mart Tampoi semata2 nak memborong ikan koi dan perkakas2 yg lain. Heheheh Mak Ya siap borong ikan pelaga utk diletak kat atas meja dia. Yelaa sbb dia tengok kat atas meja keje aku pun ade pokok keladi pastu dlm balang tu ade ikan gapi. Dahhh terkene sawan bela ikan dah kite orang nie. Hahahahaa... Tapi betul seronok tengok ikan2 tu berenang. Tak cayeee cubelah bela ikan.... Tapi yg sebenarnya aku windukan kucing2 aku. Huhuhuuuuu...

Haaa tengok2!!! Nie laa anak2 ikan aku yg aku beri name Orange, Tiger dan Kitty. 3 eko jerkkk...

Ahaaa malamnye pulak sesi berehat2 sbb seninnya kan dah naik keje. Mase time rehat2 tu tekak aku nie nak la pekene teh hijau. Tengah2 aku menggodak air teh tu tibe2... Poommmm jag air yg aku godak tadi pecah. Habis air panas melimpah kuar. Nasib baik tak kene aku, kalau tak mau aku melenting... Hahahaaa... itu pun aku dah melatah sbb terkejot sakan... Kowang tengoklah hasil keje aku kat bawah tuuu haaa.. Keganasannn melanda kate Mak Ya aku. Huhuhuuuu.. I'm soriiiii... tak sengajaaa daaaa....

Kehangatan Percutian CNY 2009

Nie dia cara pemprosesan Teh
Tengok laa memasing sibuk memborong Teh... Isk isk iskkkk sampai berbakul-bakul...
Ini laa antara rombongan kami. Siap jumpe ngan artis plak, adee t0k dAlik lagi.. wuuu takottttt!!! Hahaha... 0psss bukan nak tumpang glamour ok!!! Artis2 nie wat pengambaran kat hotel kite org duduk. S0 dia org ajak kite org bergambo sekali. Hahahaa... boleh gitu!!!

Ahaaa untuk percutian raya cina tahun nie aku dan keluarga sekali lagi menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Emmm utk aku dah 4 kali aku ke sini. Kuarga aku yg lain plak dah 3 kali. Heheheee.... Ape yg menyeronokkan kami ke Cameron Highland nie ialah krn suasananya yg nyaman lagi sejukk ditambah plak adenye tumbuh-tumbuhan yg hidup segar. Kite orang nie semua pencinta alammm.. Ceewaaahhhhhh...

Macam2 yg berlaku dlm percutian kami kali nie. Dengan jalan JEM kat Cameron Highland, dulu mase kite orang dtg tahun 2006 takde la sesah macam nie sekali. Sekali sekarang nie, makkkk oiiiiii jalan jem giler... Mase banyak habis kat atas jalan jerkkk. Kowang tak caye???!!!??? Haaa tengok gambo kat bawah nie...

Haaa JEM kannnn!!!

Lepas tu mase kite org nak turun dr Kilang Teh Boh Sg Palas, dekat lereng2 bukit tu pun jalan bleh jem sbb adenya insan2 yg tak tau sabar dan kurang hajar... Paling dasyat ade sorang pakcik pemandu pelancong nie, udah la naik van pastu jalan sempit pun nak redah semacam jugak. Last2 tersangkut ngan kete yg aku bawak. Bengkekkk betul pakcik tu.. tau la bawak van, tapi ingat2 laa jalan tu berliku2 pastu tepi tu gaunggggg.. ade gile nak suruh aku redah jugak jalan yg nak menjunam ke gaung tu. Yang satu kes lagi, ade sekumpulan budak2 mude warge india kang aku sebut KE melenting plak. Tak reti bersabooo betul. Hahhh mmg aku hangin time tu...

Mase percutian tu jugak, bleh plak aku terjumpe ngan member mase aku blajo amik Dip dulu. Hahahaaa aku ngan Kak D nie 1 negeri 1 daerah.. tapi tak penah jumpe pun, tup2 bleh plak jumpe kat Cameron Highland. Hehehehehhhh gelak sakan kite org time tuh... Best giler dapat jumpe member lame kan!!!

Banyak halangan dan rintangan yg kami sekeluarga tempuhi untuk percutian kali nie, tapi tak dan aku nak citer kat kowang semua. Kalau aku nak citer semua alamat panjang berjela2 lah aku punye story pasal percutian CNY nie. Kowang pun mesti boring jerk nak membacenya, huhuhuuuu so story habis di sini jerk la.. Len tahun aku citer lagi pasal percutian kuarga aku. Ape yg pastinye, kami happy giler dpt bercuti bersame.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.