~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

They aRe s0 Gorge0us

Usus, Daging or Otak????

Begitu besarnya kuasa Allah tak siapa pun yang tahu. 

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendakan sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya, "JADILAH!!! LALU JADILAH IA."
-Al-Baqarah: 117-


Cuba tengok gambar yang aku tepek kat bawah ni, dan perhatikan betul-betul.


Bile korang tengok gambar yang aku tepek ni, korang agak apa benda alahnya tu??? Usus? Daging? Otak? Ohhh tidakkkkk... semuanya bukan ok. Bukan usus, bukan daging dan opkosss bukan jugak otak ye. Nampak besarkannnn... kalau yang ini korang nampak besar cuba bayangkan bahawa gambar itu adalah separuh bahagian daripada ketumbuhan yang dikeluarkan oleh doktor dari perot Harith. Bayangkan lagi, dalam pada Harith berumur 1-3bulan ketumbuhan ni membesar dengan jayanya dalam perut Harith. 3 bulan ok, bukanlah 1 jangka masa yang lamakan. 

Pejam celik pejam celik tuppp 3 bulan. Sekali doktor belah perut Harith selonggok ketulan ni dikeluarkan dari perut Harith. Kami sekeluarga semua cuba membayangkan macam mana ketumbuhan ni boleh duduk dalam perut Harith yang kecil molek tu. Subhanallahhhh maha suci Allah.. sesungguhnya itulah ketentuan Allah. Bila Allah mengatakan JADI, maka perkara yang mustahil pada kita tidak lagi akan menjadi mustahil. 

Untuk pengetahuan semua, Harith masih lagi ditahan di wad ICU kanak-kanak, masih tidak sedarkan diri tetapi keadaannya mengikut kata doktor Alhamdulillah dah stabil berbanding dari 3 hari lepas. Penerangan doktor itu sudah cukup melegakan kami sekeluarga. Kami akan terus berdoa agar Harith akan cepat sembuh  dan sihat seperti kanak-kanak yang lain.

Kawan-kawan yang budiman sekalian, tolong yeee doakan kesihatan 
Muhammad Harith Darwisy bin Zainuddin.

Terima kasih.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Life Must Go On |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.